Kelab Greenboc |
- Najib Ikut Mahathir: Percaya Janji Syaitan Jangan Percaya Janji Pakatan
- Kata-kata Hikmah TG Nik Aziz Dalam Bab Mencari Pemimpin
- Mahathir Di dalam Kesesatan Yang Nyata - Tiada Ulamak UMNO Berani Membetulkan..
- Nasharuddin Perlu Dilucutkan Keanggotaaannya Sebagai Ahli Majlis Syura
- Patut Pun Pemerintahan Pak Lah & Najib Pincang, Naik Dengan Surat Fitnah Umi Hafilda!
- [BERGAMBAR] Pengantin Cari Jurunikah Sampai Hospital
- Azwan Kagum Dengan Perjuangan Abangnya Azmin
Najib Ikut Mahathir: Percaya Janji Syaitan Jangan Percaya Janji Pakatan Posted: 26 Aug 2012 12:25 AM PDT Najib minta rakyat jangan buat 'perubahan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. "Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat Pekan, hari ini. Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008. Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat. "Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik. "Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya. Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020. Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi. "Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan...negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah," katanya. Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. - Bernama Ulasan GB Kelakar betul Najib ni. Semakin hari semakin tertekan dan semakin terdesak. memang benar, beliau diambang kejatuhan. Jika Mahathir kata percaya kepada syaitan yang dikenali, kini Najib pun ikut berucap begitu. Jangan percaya kepada malaikat yang dikenali iaitu Pakatan Rakyat. Kedua, jika tidak mahu rakyat melakukan perubahan, rakyat perlu menolak program TRANSFORMASI Najib kerana transformasi itu katanya dulu bermaksud membawa perubahan. Program TRANSFORMASI ke arah lebih baik? Tidak, ia hanya lipstik, seperti kadar jenayah yang dikatakan menurun sedangkan hakikatnya kadar jenayah semakin meningkat. Begitu juga indeks rasuah.... turun sedangkan indeks rasuah semakin meningkat di era Najib sebagai PM. |
Kata-kata Hikmah TG Nik Aziz Dalam Bab Mencari Pemimpin Posted: 25 Aug 2012 10:21 PM PDT "Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang tahu jalan ke Kuala Lumpur. Jika pemandu yang kita tumpang itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain. Demikian juga dengan pemimpin, kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu meneruskan jalan ke akhirat..?" - Ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat i Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa pada 29 April 2011 |
Mahathir Di dalam Kesesatan Yang Nyata - Tiada Ulamak UMNO Berani Membetulkan.. Posted: 25 Aug 2012 08:22 PM PDT Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN. "Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini. Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang. Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya. Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan. "Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan. Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu. Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. -mk Ulasan GB 1) Kenyetaaan Mahathir di atas mengesahkan bahawa memang banyak syaitan yang ada di dalam UMNO BN. Kehadiran mereka adalah dengan restu beliau sendiri. Dan syaitan-syaitan itu bergelandangan di dalam UMNO BN setidak-tidaknya semenjak Mahathir menjadi Presiden UMNO. Bukti nhyata di dalam UMNO kini banyak berperangai syaitan - samseng, pemfitnah, perasuah, pengebas, penipu malah pembunuh pun ada di dalam UMNO. Tengok sahaja perangai pencacai-pencacai UMNO... tulisan mereka penuh carut dan gambar lucah. Dengar khabar peminum arak pun ramai dari kalangan blogger UMNO... Itu semua ciri-ciri syaitaniah. 2) Mahathir mengakui bahawa Pakatan Rakyat adalah malaikat. 3) Mahathir adalah termasuk di dalam golongan yang boleh diragukan keimanannya kerana menyatakan bahawa "malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah". Sedang umat Islam diwajibkan "percaya kepada malaikat" sebagai salah satu rukun Iman. Malaikat adalah golongan yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan patuh kepada perintah Allah. Malaikat dibuat dari cahaya atau nur sedangkan syaitan berasal dari api atau nar. Malaikat terpelihara dari melakukan kesilapan. 4) Jika PAS dituduh sebagai Parti Ajaran Setan, kini tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh, rupanya UMNO BN yang diasuh syaitan selama ini. 5) Jelas Mahathir di dalam kesesatan yang nyata tapi tiada ulamak UMNO yang berani bangun untuk menegur dan membetulkannya. Nabi menggelarkan ulamak ini sebagai Ulamak Ussu'. 6) Jangkaan GB sebelum ini bahawa Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun semakin menjadi kenyataan. |
Nasharuddin Perlu Dilucutkan Keanggotaaannya Sebagai Ahli Majlis Syura Posted: 25 Aug 2012 05:03 PM PDT PAS serah Majlis Syura bincang isu Nasharudin KUALA LUMPUR: PAS menyerahkan kepada Majlis Syura parti itu untuk membincangkan isu membabitkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Memandangkan Nasharudin bukan lagi merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, maka isu berkaitan ahli parlimen Bachok itu tidak dibincangkan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu, petang ini. Mengulas lanjut isu berkenaan, Abdul Hadi berkata PAS menganggap Umno sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh daripada PAS. "Mungkin Umno sudah kehilangan tokoh agama mereka hingga terpaksa menumpang tokoh daripada PAS. Kita anggap begitulah," tegas beliau dan disambut gelak ketawa oleh hadirin. Isu berkaitan Nasharudin itu timbul berkaitan tersebarnya gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Arab Saudi, baru-baru ini. Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan isu membabitkan Nasharudin tidak menjejaskan PAS memandangkan tiada sebarang aduan atau permintaan daripada akar umbi untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap Nasharudin. "PAS ada saluran tertentu. Ada peringkat cawangan, kawasan. Setakat hari ini, tidak ada sebarang aduan berkaitan beliau diterima. Jadi, PAS tidak terjejas dengan isu tersebut," tegas beliau lagi merujuk kenyataan Nasharudin yang mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP berkeras menolak hudud.
Ulasan GB Dengan pelbagai masalah disiplin yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa seperti tidak hadir mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat, tidak mengindahkan tugasnya sebagai YDP Pas Kawasan Bachok, berpendirian yang bertentangan dengan amal jamaiyy di dalam banyak hal, maka sewajarnya kedudukan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura disemak semula dan beliau sepatutnya digugurkan dari menganggotai majlis berkenaan. Perlantikan Nasharuddin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berdasarkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS ketika itu dan apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Timbalan presiden PAS, sepatutnya keanggotaan beliau ditamatkan. Sekalipun Perlembagaan PAS menyebut bahawa ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun, namun Perlembagaan PAS juga mentepakan ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Ceraian (3) Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan. Sekalipun Nasharuddin pernah menyatakan tiada niatnya untuk memasuki UMNO, namun kata-katanya itu sama seperti Hassan Ali yang sebelum ini pernah mengungkapkan "cuma ada bulan dihatinya". Tetapi akhirnya terbukti setelah dipecat, kata-katanya itu dusta dan beliau kini menjadi penyerang utama kepada jemaah PAS sendiri. GB pernah mengulas sebelum ini mengenai "niat di hati" dengan "tindakan di zahir" di sini. Petikan: Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut. |
Patut Pun Pemerintahan Pak Lah & Najib Pincang, Naik Dengan Surat Fitnah Umi Hafilda! Posted: 25 Aug 2012 08:03 AM PDT Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM' PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008. "Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. "Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri," katanya. Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya. Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak. "Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah," katanya. Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik. "Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar," katanya. Mana menteri? Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang. "Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin," katanya lagi. Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan. "Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10,000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8,000 orang. "Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya," kata Umi lagi. Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno. Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu. Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir. -FMT Ulasan GB Sedikit pencerahan dari GB: 1) Rahsia terdedah kini, Pak Lah & Najib jadi PM kerana surat fitnah dari Umi Hafilda kepada Mahathir (dengan andaian kenyataan Umi Hafilda di atas adalah benar). Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. Sesuatu jawatan yang diperolehi bukan dengan cara yang benar maka akan pincanglah ia. Itu sebab mengapa pemerintahan Pak Lah dulu dan Najib kini begitu bergoncang dan penuh kepincangan. Pak Lah tersungkur dan begitu juga nanti, Najib. 2) Umi Hafilda sudah kantoi dengan mengheret ibunya untuk menyebelahinya dengan mereka-reka cerita bersama wartawan TV3 kononnya Azmin tidak pulang beraya. Umi Hafilda tertekan apabila rahsia penipuannya terbongkar, akhirnya menyalahkan UMNO tidak menyebelahinya sebagai langkah untuk menutup malunya. 3) Umi Hafilda mendakwa ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan. Entah ya ke tidak "ribuan orang" namun, hukum kebenaran dna keadilan menetapkan jika ceramah itu berasaskan fitnah, ia tidak akan memberikan kesan positif, sebaliknya akan memberikan impak negatif kepada pihak yang disokongnya, di dalam konteks ini, UMNO. 4) Jangan lupa, ayah Umi Hafilda pernah tidak mahu lagi menganggap beliau sebagai anaknya. Berdasarkan sekeping surat, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 5) Akhir sekali, sesungguhnya kebatilan akan tetap TEWAS bila bertemu kebenaran! |
[BERGAMBAR] Pengantin Cari Jurunikah Sampai Hospital Posted: 25 Aug 2012 07:00 AM PDT Teruja nikahkan orang di hospital' KUALA TERENGGANU – Jika sebelum ini kita hanya mendengar pengantin terpaksa dinikahkan di hospital disebabkan beberapa musibah yang tidak dapat dielak, kini lain pula ceritanya dengan pengalaman seorang jurunikah yang terpaksa menikahkan pasangan pengantin di hospital setelah ditahan di wad. Jurunikah, Harun Noh, 85, yang tinggal di Kampung Bukit Tunggal ditahan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) kira-kira jam 12 malam, malam kelmarin setelah mengalami sesak nafas akibat penyakit lelah yang dihidapinya. Katanya, pada mulanya dia ingin pulang ke rumah kerana telah berjanji untuk menikahkan pasangan pengantin itu di Kampung Tok Jembal, namun, doktor menasihatkan supaya dia tidak pulang dahulu kerana tahap kesihatannya tidak mengizinkan. "Walaupun telah tetapkan tarikh untuk nikahkan mereka, saya tidak boleh buat apa-apa melainkan terpaksa memaklumkan kepada pasangan itu pagi tadi (semalam) supaya datang ke hospital untuk dinikahkan di sini. "Rasa teruja dan gembira pun ada sebab selama lebih 30 tahun jadi jurunikah, ini kali pertama saya terpaksa nikahkan orang di hospital. Walaupun rasa kasihan dengan pasangan pengantin, ia sedikit sebanyak meringankan tugas saya," katanya. Selain bertugas sebagai jurunikah, Harun sebelum ini pernah bertugas sebagai imam di Masjid Kampung Bukit Tumbuh dan kini masih mengajar mengaji al-Quran di kediamannya. Pengantin terkejut, tak percaya tapi bersyukur Bagi pasangan pengantin yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faris Marwan Abdul Rahman, 22 dan Nurul Adina, 25, mereka masih terkejut dan tidak percaya akan diijabkabulkan di hospital. "Kami sebenarnya masih terkejut, tetapi reda atas ketentuan ini dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," katanya. Menurut Faris Marwan yang berasal dari Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan, dia dimaklumkan majlis akad nikah akan dijalankan di hospital ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Terengganu pagi tadi (semalam). "Ini pengalaman baru buat saya, bagaimanapun, bila semuanya telah selesai saya rasa lega. "Memandangkan kami berdua masih belajar, kami merancang untuk tinggal berasingan dahulu sebelum menamatkan pelajaran," katanya. -SH Harun membacakan lafaz ijabkabul dihadapan kira-kira 20 tetamu yang hadir pada majlis akad nikah pasangan Faris Marwan dan Nurul Adina yang dijalankan di Hospital Pakar. Pasangan pengantin membantu Harun (dua, kanan) menaiki kerusi roda setelah selesai majlis akad nikah jam 4 petang semalam. Pasangan pengantin Nur Adina (kanan) dan Faris Marwan membantu Harun untuk kembali ke wad selepas selesai majlis akad nikah yang dijalankan di bilik fosioterapi. |
Azwan Kagum Dengan Perjuangan Abangnya Azmin Posted: 25 Aug 2012 06:31 AM PDT Dulu ketika perbicaraan kes fitnah Azizan terhadap Anwar Ibrahim, Azwan Ali dilihat menyebelahi Umi Hafilda tetapi kini, sejak berubah dan mengerjakan umrah, Azwan Ali tidak gentar menunjukkan sokongan kepada Azmin Ali - Timbalan Presiden KEADILAN. Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu. "Slm. Besday Suprise YB@AzminAli ! Si anak usop bagi buku? The End of Barisan Nasional!" Kempen Jijik TV3 yang dapat sambutan hangat peminat Azwan Ali. Setiap kali retweet, hasghtag #JijikTV# akan dipapar. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan