Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia
- Dirempuh Sebelum Diragut Penyamun
- Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena
- Kezaliman Di Aidil-Fitri: Anak Isteri Tak Dibenar Temu Imam Hoslan
- Patutlah UMNO Kuat Meroyan Dan Memfitnah Kebelakangan Ini..
- [VIDEO] Kucing Lebih Berani Dari Buaya?
- Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang
- UMNO vs DAP - Anda Boleh Nilaikan Sendiri
[BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia Posted: 21 Aug 2012 01:04 AM PDT Solat Aidul-Fitri didirikan oleh umat Islam seluruh dunia pada 1 Syawal kelmarin. Saksikan: |
Dirempuh Sebelum Diragut Penyamun Posted: 20 Aug 2012 10:52 PM PDT Alor Gajah - "Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak kejam dengan meragutnya. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang. Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit. "Saya baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa dan melalui jalan kampung untuk pulang ke rumah. "Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter," katanya, semalam. Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya. "Kedua-duanya berkulit gelap. Mereka yang kelihatan panik berpura-pura bertanyakan keadaan saya. "Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng. Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit. "Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh," katanya. Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh. "Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan," katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta. "Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500. "Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena Posted: 20 Aug 2012 09:20 PM PDT Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik. Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui. Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam. Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri. Itu adalah kisah ingin berhijrah. Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang. Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/ (blog ini sudah dipadamkan oleh tuanpunya -GB), terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram. Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini. Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung. Tajuk-tajuknya juga terlalu 'pedas' dan menusuk hati kalau dibaca. Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam. Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai. Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara 'candid'. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang 'tajam' seperti itu. Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini. Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian. Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak. Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri. -mynewshub |
Kezaliman Di Aidil-Fitri: Anak Isteri Tak Dibenar Temu Imam Hoslan Posted: 20 Aug 2012 07:19 PM PDT Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat suaminya pada hari raya ketiga esok - tarikh yang ditetapkan pihak penjara untuk membuat lawatan. Noorliza mendakwa Hoslan dikurung selama 14 hari bermula 14 Ogos lalu kerana didakwa berkaitan satu kes yang berlaku di dalam penjara. Selain itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Noorliza berkata, beliau ke penjara Kajang pada 16 Ogos bersama adik iparnya selepas dimaklumkan mengenai perkara itu. "Akak tak pasti (Hoslan dipukul). Akak tak sedap hati, akak pergi ke penjara. Tapi pegawai penjara beritahu dia (Hoslan) dikurung di bilik berasingan. Bila akak nak pergi tengok betul ke sama ada dia dipukul, mereka tak benarkan," kata Noorliza, 43. "Selepas akak kira, 14 hari dia dikurung, maknanya akak tak boleh jumpa semasa hari rayalah. Pegawai tu kata lagi, kalau nak jumpa kena buat rayuan. Tapi kebanyakan pejabatkan tutup sebab raya, macam mana nak buat rayuan," katanya. Selepas tidak dibenarkan berjumpa Hoslan, Noorliza bersama adik iparnya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. "Akak dengan anak-anak ingat nak melawatnya di penjara esok. Tapi dah jadi macam ini, esok jugalah kami balik kampung naik keretapi. "Memang rasa terkilan. Anak-anak dah balik dari asrama. Mereka balik memang nak jumpa imam. Tapi dah jadi macam ini, kita tak boleh lawan undang-undang," kata Noorliza sambil menahan sebak. Tarikh lawatan seterusnya Noorliza untuk berjumpa Hoslan adalah pada 2 September akan datang. Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempar selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan. Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun. Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak. Ketika ditemui Malaysiakini minggu lepas, di Taska tempat dia bekerja, Noorliza, 43, berkata beliau dan anak-anak tidak pulang beraya ke kampung pada Aidilfitri kali ini kerana ingin melawat suaminya pada hari raya ketiga. Noorliza yang berasal daripada Sungkai, Perak berkata, beliau akan beraya di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga. Pada hari raya keempat pula Noorliza berkata, beliau bersama anak-anak akan pulang ke kampungnya dan kemungkinan menaiki keretapi. Menurutnya, ini adalah pertama mereka beraya tanpa imam Hoslan. -mk |
Patutlah UMNO Kuat Meroyan Dan Memfitnah Kebelakangan Ini.. Posted: 20 Aug 2012 05:03 PM PDT |
[VIDEO] Kucing Lebih Berani Dari Buaya? Posted: 20 Aug 2012 07:44 AM PDT Video yang melihatkan seekor kucing yang begitu berani dan garang mengacau dan menghalau seekor buaya. Kita sedia maklum, buaya adalah haiwan yang ganas dan silap hari bulan, boleh terkam kita hidup-hidup! Berbeza dalam video ini. Buaya itu seolah-olah lebih takut dengan kucing. Bukan seekor, tapi dua ekor! Hebat betul 'kuasa' kucing yang berani 'mengusik' buaya. -mynewshub |
Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang Posted: 20 Aug 2012 05:05 AM PDT George Town: Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY! Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. "HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai "dividen anti-rasuah" yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT)." Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010. "HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang." tambah Guan Eng. Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah. Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk. Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing. "Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah. "Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan. "Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin." Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. - roketkini |
UMNO vs DAP - Anda Boleh Nilaikan Sendiri Posted: 20 Aug 2012 03:04 AM PDT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan