Kelab Greenboc |
- Empat Konstabel Polis Ditahan Kerana Merogol
- [RAKAMAN VIDEO] Borak Bersama Anwar: Dari Provokasi BN Hingga Isu Robin Van Persie
- Janji Ditepati: "Janji Demokrasi" Mahu 8 Tuntutan Ditunaikan!
- Asrama Unisel Dibuka Semula Khamis, Tutup Laluan Untuk UMNO Eksploit Isu
- [LIVE] Borak Bersama Anwar Di Google Hangout -Video
- Pelik! Bayi 6 Bulan Mempunyai Payudara Akibat Susu Tepung
Empat Konstabel Polis Ditahan Kerana Merogol Posted: 18 Aug 2012 12:15 AM PDT Seremban – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu. Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka. Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah. Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir. "Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam. Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam. "Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan. "Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang. -SH Ulasan GB Apa mahu jadi negna negara kita? KPN kata kadar jenayah semakin menurun. Tup tup, kebenaran dan keadilan terserlah lagi. Kini anggota polis dicekup merogol beramai-ramai! |
[RAKAMAN VIDEO] Borak Bersama Anwar: Dari Provokasi BN Hingga Isu Robin Van Persie Posted: 17 Aug 2012 06:11 PM PDT DDatuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan daripada pelbagai lapisan rakyat, dari provokasi pemimpin Pemuda BN hingga ke isu perpindahan, Robbie Van Persie ke Manchester United. Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara. Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Pembangkang itu terhadap beberapa topik. Semua soalan dari twitter, facebook atau dilontar secara langsung itu, dijawab Anwar secara spontan tetapi jitu. Antaranya berkaitan keberkesanan penjawat kerajaan, kewibawaan anggota pasukan keselamatan khususnya polis, isu perumahan dan gejala rasuah serta penyelewengan Umno. Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan, malah Anwar menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Rancangan lebih sejam itu dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah. Anwar adalah ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat. -KD |
Janji Ditepati: "Janji Demokrasi" Mahu 8 Tuntutan Ditunaikan! Posted: 17 Aug 2012 03:38 PM PDT Gabungan Janji, sebuah gabungan terdiri daripada 49 badan bukan kerajaan (NGO), tidak mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan akan berhimpun pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka. Menurut penganjur, di bawah tema "Janji Demokrasi", mereka akan berhimpun di pancuran air di kawasan tersebut pada jam 10 malam pada hari tersebut. "Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi". "Gabungan Janji sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini. "Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai baju berwarna kuning pada malam ambang Merdeka," kata pengelola perhimpunan Janji yang dihantar pada The Malaysian Insider hari ini. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil. "Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau. "Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulinan Hari Kemerdekaan. "Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini. Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu. "Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan. "Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara," katanya lagi. -TMI |
Asrama Unisel Dibuka Semula Khamis, Tutup Laluan Untuk UMNO Eksploit Isu Posted: 17 Aug 2012 10:36 AM PDT Shah Alam – Seramai 1,600 penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya yang terpaksa menjadi 'pelarian' sebelum ini kerana tidak dapat memasuki asrama kini dibenarkan masuk bermula Khamis depan. Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, isu penempatan penuntut-penuntut Unisel itu selesai selepas Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) melalui peguamnya bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa itu bermula Khamis depan. "Unisel melalui peguam cara memfailkan satu tindakan mahkamah semalam (kelmarin) untuk memohon satu perintah bagi membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa dan selanjutnya atau menyerahkan kunci-kunci asrama tersebut kepada Unisel. "Keputusan tersebut dicapai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof semalam selepas Unisel membuat permohonan pendengaran," katanya pada sidang media di Unisel, semalam. Keputusan itu sekaligus membuatkan penuntut-penuntut kini boleh menarik nafas lega kerana dapat memasuki asrama berkenaan selepas Hari Raya Aidifiltri. Anuar berkata, jumlah keseluruhan pelajar baru mendaftar pada 7 Ogos lalu adalah sebanyak 6,000 tetapi hanya 4,000 yang tinggal di asrama. Bagaimanapun, 1,600 penuntut menghadapi masalah berkenaan selepas pengurusan asrama diselia syarikat swasta itu didakwa gagal membayar gaji kepada kakitangannya untuk tempoh 15 bulan selepas tidak menerima bayaran yuran penyelenggaraan daripada Unisel. "Apa yang penting dan keutamaan kita adalah pelajar-pelajar berkenaan dan mereka kini dapat memasuki asrama bermula 23 Ogos ini," katanya. Anuar berkata, bagaimanapun, keputusan tersebut sama sekali tidak menjejaskan mesyuarat Jawatankuasa Timbang Tara yang akan diadakan nanti. Menurutnya, peguam masing-masing akan berbincang semuka berhubung perkara itu. Dalam perkembangan sama, peguam mewakili Unisel, Edmund Bon berkata, Unisel mempunyai alasan mengapa tidak membuat bayaran kepada JNSB. "Ada sebab kenapa JNSB tidak dibayar. Mereka kata patut dibayar. Tetapi kita ada alasan sama ada JNSB ikut kontrak atau tidak. "Masalah ini sudah lama sebenarnya dan selepas 23 Ogos kita akan bincang lebih lanjut," katanya.-SH |
[LIVE] Borak Bersama Anwar Di Google Hangout -Video Posted: 17 Aug 2012 08:02 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. Program julung kali di Malaysia bermula jam 10.30 malam ini boleh diikuti melalui pautan http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured atau video selangorku di hujung artikel ini. "Setakat ini, lebih 700 orang menandakan kehadiran mereka di laman facebook dan jumlah ini dijangka akan meningkat. "Enam rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu Google Hangout dari rumah masing-masing. Mereka akan bergilir-gilir bertanya soalan. "Sebanyak 40 peratus soalan dari ahli panel, 40 peratus (soalan bertulis dari twitter dan facebook) dan 20 peratus (soalan ketika acara berlangsung," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Orang ramai boleh mengemukakan soalan melalui twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau tulis di laman Google Plus Events iaitu http://is.gd/borakanwar dan facebook iaitu http://tiny.cc/borakanwar. Program bual bicara secara langsung dari studio TV Selangor di Shah Alam akan dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah. "Acara ini santai, tidak formal. Soalan berkisar mengenai kehidupan di rumah, tentang keluarga, sukan kegemaran. Juga soalan serius termasuk polisi Pakatan Rakyat," kata Nik Nazmi. Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat. Nik Nazmi berkata, ahli dan pemimpin KEADILAN perlu memanfaatkan media sosial seperti facebook dan twitter secara optimum untuk berinteraksi dengan rakyat. "Sebanyak 80 peratus pengundi muda termasuk luar bandar menggunakan media baru untuk berkomunikasi. Tapi, pertemuan dan dialog secara langsung bersama orang ramai juga sama penting. Beliau berkata, acara #BorakAnwar di Google Hangout malam ini hanya permulaan yang bakal melibatkan lebih ramai pemimpin pada masa akan datang. Selain berkomunikasi secara langsung dan interaktif dengan pemimpin KEADILAN, katanya, arkib dalam Youtube boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat tawaran dan dasar Pakatan Rakyat. "Program ini anjuran Biro Komunikasi. Ia melibatkan lebih ramai peserta termasuk di luar negara," katanya. |
Pelik! Bayi 6 Bulan Mempunyai Payudara Akibat Susu Tepung Posted: 17 Aug 2012 06:25 AM PDT Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara. Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron. Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali apabila bayi itu berusia dua tahun. Pengumpulan gejala-gejala ini, antara lain, memberi kesan satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat. Satu kajian dikeluarkan oleh University of North Carolina dalam 2010 mengemukakan gadis keturunan Kauskasia di AS mengalami satu pertumbuhan yang cepat diusia muda mereka bermula pada usia 7 tahun hingga 10 tahun. -informasi.my |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan