Kelab Greenboc |
- Bangunan UMNO Port 'Selamat' Lepas Nafsu
- MISTERI - 1000 Tanda Nama Polis Disorok Bunian
- [GAMBAR SEBENAR] Siling Hospital Serdang Runtuh, 4 Cedera
- Tokoh Keparat Noh "Udang" Cabar Tokoh Korporat Khalid Ibrahim Letak Jawatan MB
- Saman Anwar Ke Atas Utusan, Hassan Ali Terbelit Kata "Ya" Kepada 2 Soalan Bertentangan
- Dicekup Bercumbu Lepas Berbuka
- Ugutan Jamal Untuk Bertindak Agresif, BERSIH Bermesyuarat Malam Ini
Bangunan UMNO Port 'Selamat' Lepas Nafsu Posted: 14 Aug 2012 12:28 AM PDT Bandar Temerloh - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Gambar: Bangunan Umno ini dikatakan menjadi tempat pasangan kekasih melepaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai. "Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja. "Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai. Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya. "Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik. "Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya," katanya. -SH |
MISTERI - 1000 Tanda Nama Polis Disorok Bunian Posted: 13 Aug 2012 09:38 PM PDT Seorang pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas operasi pasukan itu di Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berkata beliau tidak mengetahui bagaimana tanda nama anggotanya tertanggal ketika perhimpunan tersebut memuncak. ASP Ahmad Jais Usang, yang mengetuai operasi di zon Dataran Merdeka semasa perhimpunan tersebut berkata, semua 1,000 pegawai itu memakai tanda nama ketika beliau memberi taklimat pada pagi 28 April. "Pada waktu pagi semasa taklimat semua mereka memakai tanda nama," katanya kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam inkuiri yang dijalankan pagi semalam. Bagaimanapun, pakaian seragam itu hanya menunjukkan nama anggota dan tidak menunjukkan nombor anggota terbabit. Ahmad Jais menjelaskan bahawa sesetengah tanda nama itu dijahit di pakaian seragam tertentu manakala yang lain menggunakan kancing velcro yang boleh dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa. Inkuiri yang masuk hari ke-13 semalam bertujuan untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 3.0. Ulasan GB Dimana logiknya sehingga begitu ramai polis yang tercicir tag nama? Bukankah sebenarnya ia satu taktik polis sendiri supaya tidak dicam oleh rayat dengan menanggalkan tag nama tersebut? Dan kedua, polis yang memberi keterangan semalam, masih berupaya untuk terus berbohong dan berdusta di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di bulan puasa? |
[GAMBAR SEBENAR] Siling Hospital Serdang Runtuh, 4 Cedera Posted: 13 Aug 2012 07:20 PM PDT Projek 1 Malaysia! Keselamatan Rakyat Dibahlulkan Kekayaan Kroni Diutamakan!! Siapa punya kroni agaknya yg buat Hospital Serdang ni? Berapalah untung mereka dapat? Sehingga siling Hospital Serdang ni pun boleh runtuh!! INI BUKAN KALI PERTAMA!! Ini merupakan kejadian kedua di Hospital Serdang, yang beroperasi sejak Disember 2005, selepas insiden siling di kawasan lobi utama runtuh pada Januari tahun lepas. SERDANG – Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin. Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak. "Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing. "Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian. Ulasan GB Berikut ialah berita kejadian siling runtuh di hospital yang sama yang dilaporkan pada 31 Januari 2011 Siling Lobi Hospital Serdang Runtuh |
Tokoh Keparat Noh "Udang" Cabar Tokoh Korporat Khalid Ibrahim Letak Jawatan MB Posted: 13 Aug 2012 05:32 PM PDT Noh Omar: MB Selangor perlu letak jawatan jika gagal ambil alih Syabas PUTRAJAYA - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat. "Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih. Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang. "Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya. Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu. Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya. "Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya. Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut. Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengutarakan cadangan terlebih dahulu sebelum melantik konsultan untuk membuat kajian mengenainya.- Bernama Ulasan GB Sungguh lucu seorang yang sekarang ini terbelit dengan masalah perniagaan udang mahu mencabar Menteri Besar Selangor yang sah yang dipilih oleh rakyat Selangor supaya letak jawatan sebagai MB jika gagal ambil-alih SYABAS. Sedangkan umum sadah mengetahui peranan Kerajaan Pusat yang Noh Udang turut sama di dalamnya mempunyai grand design menghalang pengambil-alihan SYABAS oleh kerajaan negeri. Masalah air di Selangor hanya rekaan, sabotaj yang dilakukan oleh pengurusan SYABAS untuk menunjukkan kononnya kerajaan Selangor tidak berupaya untuk mengatasi masalah berkenaan. Kita ingin menasihati mereka supaya hentikanlah taktik kotor itu kerana hukum kebenaran dan keadilan sesekali tidak akan berpihak kepada golongan yang salah dan busuk hati apatah lagi percubaan untuk merampas Selangor dengan cara yang jelek dan jijik. Noh Udang sengaja menimbulkan cabaran itu untuk menutup satu skandal yang beliau terlibat secara lansung. Sekarang kamu Noh Udang sila jawab yang bawah ini: AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 Ekar |
Saman Anwar Ke Atas Utusan, Hassan Ali Terbelit Kata "Ya" Kepada 2 Soalan Bertentangan Posted: 13 Aug 2012 08:34 AM PDT Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual. Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan". Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan: Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual? Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk? Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu? Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam? Hasan: Ya, tidak ada. Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan? Hasan: Ya setuju. Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual? Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya). Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu? Hasan: Ya! Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan. Hasan: Saya tak setuju! Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah. Hasan: Saya tak pasti. Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju? Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan. -KD
|
Dicekup Bercumbu Lepas Berbuka Posted: 13 Aug 2012 05:36 AM PDT Petaling Jaya - Empat pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh ditahan anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di beberapa lokasi di sekitar Damansara Damai awal pagi, semalam. Dua pasangan masing-masing berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup ketika sedang bercumbuan di belakang sebuah rumah kedai. Manakala dua lagi pasangan ditahan di sebuah kawasan gelap di Damansara Prima dekat sini. Ketika disoal siasat, pasangan pelajar itu mendakwa sedang bercuti dan mengaku sudah menyewa bilik hotel untuk bermalam bersama manakala dua pasang lagi memberi alasan baru pulang selepas berbuka puasa. Ketua operasi, Adnan Mohd Zin berkata, operasi kali kedua sepanjang Ramadan itu dilakukan bagi membanteras kegiatan maksiat di perumahan itu. Difahamkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi cegah maksiat melibatkan kawasan di sekitar hotel bajet. "Selain remaja, kebanyakan orang luar datang ke sini untuk melakukan maksiat ditambah dengan kewujudan beberapa hotel bajet di sini," katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke masjid menaiki van jenayah sebelum diberi tazkirah dan nasihat oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Fadil Mohd Nor manakala keluarga pasangan turut dihubungi. -SH |
Ugutan Jamal Untuk Bertindak Agresif, BERSIH Bermesyuarat Malam Ini Posted: 13 Aug 2012 03:16 AM PDT Jawatankuasa Bersih akan membincangkan ugutan Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH. Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk A Samad Said ketika dihubungi TVSelangor memberitahu satu mesyuarat akan diadakan malam ini. "Asalnya kita hanya menganjurkan majlis berbuka puasa namun apabila perkara ini dibesar-besarkan maka kita akan berbincang lanjut mengenainya. "Selepas perbincangan tersebut, saya yakin kita akan mencapai kata putus mengenai tindakan selanjutnya berhubung ugutan tersebut," jelas beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad. Tambahnya, sebarang keputusan yang dicapai akan diumumkan oleh Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga kelak. Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan akan menganjurkan 'Himpunan Janji BERSIH' sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun ini. MTPKL bagaimanapun meminta gabungan NGO pimpinan Sasterawan Negara itu untuk menimbang semula cadangan mengadakan perhimpunan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran. -selangorku NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH Ulasan GB Kita hairan di dalam negara ini dimana puak yang ada kaitan dengan UMNO begitu bebas mengancam dan mengugut orang lain tanpa sebarang sekatan. Malah tindakan samseng beberapa pihak berkaitan UMNO terus dibiarkan. Mereka seperti kebal undang-undang. Jika hal yang sama disebut oleh PR, begitu pantas polis akan bertindak. BERSIH perlu membuat keputusan membuat laporan polis terhadap ancaman dan ugutan MTPKL yang kita lihat samada polis akan bertindak atau tidak ke atas kumpulan ini. Dan untuk seluruh rakyat, pastikan undi Pakatan Rakyat untuk ubah senario ini. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan