JEBAT_BERANI |
1MALAYSIA JANJI DICAPATI : NAJIB ALTANTUYA KHIANATI AMANAT AYAHANDA!!! Posted: 05 Aug 2012 06:00 PM PDT Royalti: Tun Razak janji, Najib khianati
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan. "Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak. "Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. "Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu," katanya. Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri. Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu? "Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya. Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum. "Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya. "Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri. "Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut. Sumber : HarakahDaily Jebat Berani : Dalam keadaan apa sekalipun hak rakyat kelantan ini perlu dikembalikan kepada rakyat kelantan jika benar UMNO/BN mengamalkan dasar 'Janji Ditepati'...Jangan ianya hanya sekadar slogan semata mata bagi memenangi hati rakyat demi mendapatkan undi mereka menjelang PRU13 nanti. | ||
1MALAYSIA BIKIN 1MALAYSIA PENING KEPALA : PELBAGAI BANGSA KIBARKAN BENDERA PAS!! Posted: 05 Aug 2012 08:04 AM PDT Lihatlah siapa yang kibarkan bendera ini
(Pelbagai bangsa dan agama mengibarkan bendera PAS di Lumut) LUMUT: Pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang, Lumut malam tadi bagi menyatakan sokongan dengan mengibarkan bendera PAS. Mereka mengibarkan bendera PAS tanda sokongan dan menyokong perjuangannya di majlis makan malam komiti Jentera Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang. Majlis diadakan semalam mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam. Majlis telah diadakan di Marina Island Hall, Teluk Muruh, Lumut bersebelahan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Pulau Pangkor. Antara yang hadir di majlis ini adalah Speaker DUN Selangor, Teng Chan Khim, Adun Sekinchan, Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Chang Leng Kang dan pimpinan setempat DAP, PAS dan PKR. Jebat Berani : Dalam erti kata sebenar,banyak yang UMNO/BN kena belajar dengan Pakatan Rakyat terutamanya dalam bab 1Malaysia ini.Mereka hanya tahu mengucapkan 1Malaysia namun hakikatnya mereka langsung tidak memahami akan semangat 1Malaysia yang mereka perjuangankan. |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan