Sabtu, 18 Ogos 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Eidul Fitri Pesta Makanan ?

Posted: 18 Aug 2012 10:33 AM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra

Pertamanya, Nak ucapkan Selamat Hari Raya Edulfitri buat semua reader yang berkunjung ke teratak blog saya. 

Yang kedua, sebagai Saudara Seiman dan seaqidah dan merasakan diri ini kerap kali terleka dan terlupa sama ada sedar atau tudak melakukan dosa dan sewajarnya memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjurab kata-kata atau perilaku yang kurang disenangi. 

yang ketiga sebagai sahabat seiman dan seaqidah, saya ingin mengingatkan kita dalam meraikan edulfitri yang mulia ini supaya senantiasa berwaspada dan berhati-hati dalam apa juga yang kita lakukan bagi memastikan edulfitri yang kita raikan tidak tercemar dek perbuatan yang kita lakukan tanpa kita sedari. 

Yang ke empat, Jangan jadikan edulfitri sebagai hari kita membalas dendem kesumat terhadap makanan -makanan yang dihidangkan dan sewajarnya kita beringat-ingat semasa makan. Nampak memang sedap dan menarik perhatian tapi kalau dah terlebih dos bahaya dan mudharat pada diri. Makanlah makanan yang kurang kolestrol dan yang rendah lemak dan ambil sekadar perlu dan jangan membazir kerana membazir bukan budaya kita. 

Yang kelima, Sama-sama kita jadikan edulfitri sebagai wasilah untuk kita merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam tetapi jangan sampai ke tahap ikhtilat yang boleh menimbulkan fitnah pada diri kita. Elakkan daripada bersentuhan yang bukan mahram dan juga kata-kata yang membawa kepada dosa dan maksiat. 

Ingatlah, Hari Raya bukan tempat kita membuat dosa dan juga bukan tempat kita melepaskan dendam dan nafsu yang tertambat semasa ramadhan. Sabda Rasulullah SAW; Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kemudian menyambungnya 6 hari dalam bulan syawal, nescaya Allah akan ampunkan dosanya dan diberikan ganjaran seumpama berpuasa selama setahun. 

Oleh yang demikian, sama-samalah kita beringat akan diri kita. Moga-moga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT. Salam Edulfitri Untuk Semua, Taqabbalallahu minkum... 

Berakhirnya Pesta Ibadah

Posted: 18 Aug 2012 10:16 AM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra

Hari ini berakhir sudah pesta ibadah yang diadakan selama sebulan dan berakhir juga segala tawaran hebat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kita selaku ummat Muhammad. Tawaran yang datang saban tahun seumpama Cheap Sale di Pasar-pasaraya yang kerap kali menggamit memori dan kenangan terindah buat mukmin sejati yang menagih redha dan cinta ilahi. 

Sedih rasanya dengan berlalunya ramadhan juga berakhir segala ketenangan yang dirasai dan kemanisan dalam beribadah tika ramadhan masih bersama. Namun setiap yang bermula pasti ada penghujungnya dan untuk menemui ramadhan pada tahun hadapan tak tahulah sama ada sempat atau tidak. 

Segalanya ketentuan dari Allah kerana Dialah yang menentukan segalanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Celakalah orang yang berpuasa dimana selepas berakhirnya tempoh berpuasa dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya, Celakalah orang yang mempunyai ibu dan bapa tetapi dia tidak dapat memberikan baktinya kepada keduanya dan celakalah orang yang berada dalam bulan Ramadhan tetapi selepas berakhirnya ramadhan dia tidak mendapat apa-apa daripada Ramadhan tersebut. 

Sebagai muhasabah untuk kita pada malam eidul fitri ini, marilah kita sama-sama merenung apa yang kita telah lalui sepanjang ramadhan dan kita teliti balik adakah ianya telah menetapi spesifikasi KPI kita sebagai Muttaqin atau masih lagi di takuk lama. 

Sekadar ingatan untuk kita semua Ummat Muhammad SAW. 

Tiada ulasan: