Khamis, 9 Ogos 2012

Era Pasca

Era Pasca


PENEROKA MARAH, NAJIB JADI GELABAH,

Posted: 08 Aug 2012 11:00 PM PDT


PENEROKA MARAH, NAJIB JADI GELABAH,
MAKI HARAMJADAH, KITA JUMPA DI MAKHAMAH.....



P/S : 8 PENEROKA FELDA FAILKAN TUNTUTAN SAMAN KE ATAS NAJIB KERANA HARAMJADAH.....KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ulama Muda UMNO) cinta MCA dan MIC!!

Posted: 08 Aug 2012 06:00 PM PDT

KATA-KATA USTAZ UMNO YG CARI REZEKI
Wajib SEBAR!!
Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Antara contoh2 perbezaan Antara MCA dan DAP

MCA boleh buat apa saja... UMNO, ulamak dan pencacainya tak akan marah.

1. Dalam Isu Azan. Ng Kiam Nam ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan... JAWI arah masjid perlahankan Azan. Selepas dia menang (azan berjaya diperlahankan) itu dia pun tunjuk minta maaf. UMNO dakap dan romen MCA dengan erat. Isu ini dilupakan

2. Dalam isu Hudud. MCA buat demonstrasi tolak hudud. UMNO pejamkan mata. Tak ada UMNO yang mencela. Isu ini dipadamkan

3. Bila Chua Soi Lek menolak Ketuanan Melayu dalam perhimpunan agung MCA. Najib tunduk dan menyokong. Tak ada sorang pun barua UMNO tuduh Najib penkhinat Melayu. Tiada akhbar yg siarkan

4. Chua Soi Lek kata persaingan UMNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia mundur ke belakang. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.

5. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang cina kerana terpaksa tutup kedai. UMNO kata Cua Soi Lek berniat baik

6. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam.

7. MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud. "Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah," kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Berdasarkan realiti hari ini, MCA nampak secara terangan-terangan menghina Islam dan orang melayu. MCA langsung tidak menoleh pada kebelakang dalam menghina Islam. Manakala DAP yang sebelum ini dituduh menghina Islam dilihat sedang berusaha kuat untuk memahami budaya Melayu dan Islam.

P/S : Fathul Bari sepatutnya menilai dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan, Apa lagi dibulan yang mulia ini. Biarlah Ihklas dalam beribadat, janganlah menambah dosa dengan menabur FITNAH! Wajib SEBAR!!
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

EDISI MERDEKA: Sejarah Yang UMNO Lupakan..

Posted: 08 Aug 2012 05:10 PM PDT

Siapa kata slogan tidak penting? Slogan adalah penting bagi mencerminkan apa yang diperjuangkan. Berbalik semula kepada slogan kemerdekaan ke-55 berbunyi "Janji Ditepati", ini bermakna tiada apa lagi yang ingin diperjuangkan oleh kerajaan kerana semua janji yang ditaburkan oleh mereka telah dipenuhi. "Janji Ditepati" adalah tema yang paling bangang dalam sejarah 55 tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Logo yang hodoh seperti dibuat oleh pelajar yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi Photoshop ini pula menjadi pelengkap kepada kurangnya daya intelek kepimpinan Malaysia. Ditambah pula dengan lagu yang tidak langsung membawa mesej kemerdekaan. Apabila dilihat logo, tema dan lagunya, penulis tertanya-tanya ini adalah untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia atau untuk sambutan ulang tahun UMNO? Jom imbau sedikit sejarah UMNO ni..

UMNO yang ditubuhkan oleh Dato' Onn bin Jaafar bukan untuk mencapai kemerdekaan tetapi bertujuan untuk menentang Malayan Union. Ini adalah fakta. Seperti yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim semasa penubuhan UMNO di Istana Besar pada 11 Mei 1946 - "Umno tidak dilahirkan di tepi jalan tetapi di istana". Walaupun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebenarnya di lahirkan di Selangor. Mungkin anak Toyo ini keliru antara sedang mengandung (cadangan penubuhan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor) atau telah dilahirkan (UMNO ditubuhkan secara rasmi). Kecoh UMNO Johor termasuk Datuk Shahrir Samad menghentam anak Toyo.

Adakah UMNO pada masa itu terlepas pandang perkara pertama yang amat penting itu atau sememangnya tidak kisah?
Keratan akhbar The Argus bertarikh 10 Disember 1945
Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirkan di dalam istana. Tetapi faktanya adalah kerana Sultan Sir Ibrahim adalah merupakan Raja Melayu pertama yang menandatangani persetujuan Malayan Union tanpa sebarang tentangan di hadapan Sir Harold MacMichael pada 20 Oktober 1945. Mengikut Christopher Bayly dan Tim Harper di dalam buku Forgotten Wars - "The Sultanquickly consented to MacMichael's proposal scheme, which was motivated by his strong desire to visit England at the end of the year." Bermakna disini tiada tentangan dibuat. Dan memang benar, pada akhir tahun 1945, Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Marcella berangkat ke London.
Penentangan Malayan Union di Perak diketuai Raja Perempuan Kelsom

Sejarah menunjukkan hanya 2 orang Raja Melayu sahaja yang menentang Malayan Union secara terang iaitu Sultan Kedah, Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz. Semasa MacMichael mengadap Sultan Badlishah pada 29 November 1945, beliau mengggunakan nama Sultan Sir Ibrahim yang lebih awal bersetuju dengan Malayan Union. Sultan Badlishah menyawab, "Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor!". Satu jawapan yang berani dan mengejutkan MacMichael. Walau bagaimanapun akhirnya kedua-dua Sultan Kedah dan Sultan Perak terpaksa juga untuk menandatangani persetujuan Malayan Union.

Sejarah penentangan Dato' Onn Jaafar tidak banyak yang menulis kenyataan amarah beliau kepada Sultan Sir Ibrahim yang berbunyi "rakyat telah menjadi raja, dan raja telah menjadi rakyat" (the rakyat have become the raja, the raja have become the rakyat). Rujuk The End of Empire and the Making of Malaya. T. N. Harper (1999) muka surat 85 dan Malaysia: Islam, Society and Politics muka surat 172. Buku-buku sejarah berbahasa Melayu tidak melaporkan kenyataan Dato' Onn Jaafar tersebut, mungkin berbunyi sebagai penderhaka? Apa yang ingin disembunyikan, Dato' Onn Jaafar telah lama menjadi Hang Jebat. Derhakanya mempunyai sebab, derhakanya mempunyai martabat. Mengikut kajian Noorita Abdul Hamid (2005) bertajuk Politik Melayu daripada Perspektif Warta Negara 1946 untuk thesis Sarjana Sastera Sejarah Universiti Malaya, akhbar Warta Negara bertarikh 7 Februari 1946 memetik kenyataan Mufti Johor, Haji Hassan Yunus seperti berikut, "Kerajaan dan bumi ini bukanlah Sultan yang empunya bahkan rakyat negeri, dan Sultan hanya menjadi ketua" Di dalam akhbar yang sama, Menteri Besar Johor pada ketika itu, Ungku Abdul Aziz Abdul Majid mendakwa Sultan Ibrahim tidak langsung berbincang dengan beliau atau menteri dan pegawai yang lain sebelum menandatangani persetujuan Malayan Union. Warta Negara bertarikh 15 Februari 1946 pula menyatakan Ungku Aziz dengan lantang dan berani menuntut supaya orang Melayu Johor tidak lagi menumpahkan taat setia mereka kepada Sultan Sir Ibrahim kerana perbuatan itu melanggar amanah yang diberikan oleh rakyat. Selain daripada itu, mengikut Biografi Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip tulisan Thajunnisa Mohamed di muka surat 18 menceritakan bapa Tun Dr. Ismail iaitu Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin bersama-sama "Orang Tujuh" dari Muar termasuk Datuk Kosai Mohd Salleh dan Mufti Haji Hassan Yunus, juga pernah menuntut Sultan Sir Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor. 

Berita mengenai penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union dan terhadap Sultan Sir Ibrahim akhirnya sampai ke pengetahuan baginda pada 22 Februari 1946 yang ketika itu menetap di Grosvenor House London. Akhirnya Sultan pulang ke Johor. Malayan Union diisytiharkan juga pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama dipulaukan oleh Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu terus menentang. Dan ini akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.






Bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia awal awal menyeru MELAYU tinggalkan UMNO.. 


Itu kisah UMNO Lama yang telah terkubur. Tujuan penubuhannya adalah untuk menghimpunkan semua orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Jadi, slogan "Hidup Melayu" memang releven dengan perjuangan UMNO pada ketika itu tapi bukan sekarang...






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

EDISI GEMPAK: Google Promote Nama Anwar, Bukan Najib

Posted: 08 Aug 2012 05:48 AM PDT

Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka dalam laman Twitter. Walaupun kehadiran yang meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil "Saya Pilih Malaysia" telah menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis blog pro kerajaan.



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui program 'Borak Bersama Anwar'. Program yang berkonsepkan chat secara langsung di YouTube itu ditetapkan pada 17 Ogos, jam 10.30 malam. Program tersebut merupakan sesi untuk Anwar berborak secara santai melalui media sosial, dalam usaha mendekati rakyat terutama anak muda.

Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini. Halaman Facebook dan Google + menerangkan program "Borak Bersama Anwar" sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin "de facto" PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube. Laman Facebook adalah di sini manakala halaman Google + pula adalah di sini dengan #BorakAnwar sebagai hashtag rasmi laman Twitter.

PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo. Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber.




Anwar jadi Tokoh PERTAMA dalam Google Hangout, Rosmah jadi Wanita PERTAMA, Najib jadi apa yang PERTAMA?










Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: