Khamis, 9 Ogos 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Serpih kaca di hujung jejari....

Posted: 09 Aug 2012 02:00 AM PDT

Aku mengaku ada kesayuan Ramadhan kali ini. Setiap kali lepas berbuka aku akan duduk di samping An-Nur dan melayani sepi kecanggungan ini. Sementara menunggu jam 10 malam untuk menjemput Siti Khadijahku usai berniaga aku akan mengelamun mengimbas jejak-jejak yang telah aku tinggalkan.
Barangkali kerana aku sudah mula berusia atau mungkin jiwa aku penuh cinta agaknya maka aku sering diusap rindu. Rindu pada insan-insan yang rapat denganku. Hati ini telah tertanam cinta kepada mereka.
Dalam redha dan sedar yang bukan kepalang, dalam aku mengakui perjalanan batin, dalam aku memahami destinasi yang eterniti, dalam gelak tawa dan lepas laku, ada suatu sudut di hati ini telah hancur luluh dibawa oleh Annisa...

Di Jalan Melayu

Posted: 08 Aug 2012 10:28 PM PDT

Mencari jalan
agar ada jalan
yang tidak 'melayu'

Tiada ulasan: