Selasa, 28 Ogos 2012

Era Pasca

Era Pasca


EDISI CAPATI: Cara UMNO-BN Menyambut Janji Ditepati

Posted: 27 Aug 2012 10:41 PM PDT

Bagi meramaikan hadirin yang menyertai 'Himpunan Janji Ditepati' sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini, berbagai cara digunakan kerajaan UMNO/BN. Selain dari ribuan SMS yang dihantar secara rawak kepada nombor HP yang pemiliknya diyakini berada disekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.. kerahan tenaga juga dilakukan.

Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan. Satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang. "T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta," kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. "Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan."  Peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.

Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan UMNO/BN. 

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa semua Pegawai dan Kakitangan DBKL adalah dikerahkan untuk hadir ke 'Himpunan Janji Ditepati' sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini.

Kehadiran anda adalah diwajibkan dan akan direkodkan.. kalau berani tak datang, pangkat dan gaji anda dijamin tidak akan naik..






















Janji yang masih belum diTEPATI UMNO-BN pada rakyat..


"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya" 
- PM Malaysia Tun Abdul Razak, 12 November 1975


Nampak sangat dah taktik TERDESAK kerajaan UMNO-BN nak tunjukkan sokongan rakyat.. Nak menipu tu agak agak la weeeii..



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

18xx : INI Bakal ketua agama kita?

Posted: 27 Aug 2012 06:00 PM PDT

Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?

Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.
"…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam" – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
 
Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.
 
Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.
Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk "Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung". Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk "Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah". Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?
 
Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!
Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" pada 29 April yang lalu.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan
Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia
AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?

Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.
Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.


oleh: malaysiacrisis

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi

Posted: 27 Aug 2012 08:29 AM PDT

Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.

Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.

Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.

"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.

"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.

Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.

"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.

"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.

Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.

"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.

"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: