Selasa, 28 Ogos 2012

.

.


Hudud: Fathul Bari Elok Fahamkan Pemimpin UBN

Posted: 27 Aug 2012 11:17 PM PDT

 SUSUPAN PETANG

Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud. Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait  Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari namun belum dijawab hingga sekarang.

Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara profesional dan bukan untuk bertikam lidah.

Saya nampak di sini tidak ada keperluan mendesak untuk ulamak muda Umno berbincang hal hudud dengan Tok Guru itu. Apa yang hendak dibincangkan, pendirian Nik Aziz sudah jelas, bahawa hudud bukan perkara yang boleh ditolak ansurkan.

Apakah Fathul ingin memberi tahu kerajaan Kelantan perlu menyediakan prasarana dan makenisme dulu baru boleh dilaksanakan hudud? Atau rakyat kena diberi kefahaman dulu. Itu juga Nik Aziz sudah jelas dengan memberi perumpaan nelayan akan turun ke laut walaupun laut bergelombang demi untuk hidup.

Soal mekanisme seperti mana diperkatakan kebanyakan pemilik lidah Umno sudah difahami, ia akan dapat diatasi bila Umno sendiri membantu dan ada azam serius untuk laksanakan hukum Allah itu. Makanya lebih baik Fathul jumpa Najib Razak dan Hishmuddin Hussein serta Udin anak Yassin juga memberi kefahaman mengenai hudud kepada mereka.

Itu lebih baik. Bila mereka faham sungguh-sungguh hal ini nescaya soal hudud tidak menjadi masalah.

Kepada Tok Guru juga tidak perlu layan ajakan ulamak muda Umno ini kerana ia membuang masa saja. Kalau ulamak tua masih tetap pendiriannya dan mengambil sikap tidak menolak hudud tetapi tidak mahu melaksana hudud, ulamak muda juga akan lebih kurang saja.

Siapa pun ulamak itu setinggi dan sedalam mana ilmunya selagi ia berada dalam lengkaran kuasa Umno selama itulah dia akan bersikap acuh tidak acuh kepada hudud dan akan memikir bagaimana untuk mencari alasan untuk tidak laksanakannya daripada memikir bagaimana hendak laksanakannya.

Setuju benar kalau Tok Guru tidak memberi jawaban atas pelawaan itu. [wm.kl.2:11 pm 28/08/12]

Ada Kucahan Kecil Dalam PKR Kelantan

Posted: 27 Aug 2012 09:04 PM PDT

ALIH MATA

Barangkali ramai yang tidak setuju dan marah dengan saya terutamanya orang PKR (Keadilan) apabila catatan ini saya membubuh tajuk seperti di atas; Ada kucahan kecil dalam PKR Kelantan. Saya tidak berniat untuk menganiaya Keadilan Kelantan atau menambah garam pada luka. Selamanya saya mahu melihat parti pimpinan bakal perdana menteri ke-7 ini membesar dan subur di Kelantan dan menjadi pemangkin kekuasaan Pas di negeri itu.

Tetapi kenapa saya membubuhkan tajuk tulisan ini sedemikian untuk memberi daya tarikan agar orang-orang Keadilan dan Pas juga memberi perhatian mengenai hal ini. Orang Keadilan boleh menafikan dan membuat sedikit prejudis kepada saya dengan tulisan ini. No problem.
 
Abdul Aziz Kadir
Saya anggap Keadilan Kelantan sedikit berkucah apabila ada suatu tindakan dan keputusan yang dibuat seakan tidak mendapat kata sepakat ataupun menyenangkan pihak lain dalam parti itu. Atau pun kalau keputusan itu sudah tepat dan merupakan strategi politik, tetapi kemalangannya apabila ada ahli Keadilan tidak memahaminya disebabkan kejahilan politik serta atas rasa kepentingan diri.

Mungkin keadaan ini berlaku kerana sekarang ini musim mengetam jadi ramailah yang menyingsing seluar dan lengan baju untuk sama-sama mengetam. Termasuk juga yang baru pandai memegang 'ketaman' atau baru menjadi petani juga hendak mengetam sama.

Kita tahu musim mengetam, kalau kita pergi mengetam tentu akan dapat makan nasi. Selalunya manusia begitulah suka kepada musim mengetam tetapi tidak suka kepada musim menanam. Kalau musim menanam semua orang tidak peduli, hanya memerhati dari jauh. Ada juga yang baru menanam terus hendak mengetam.

Faham ke analogi ini? Sekarang ini musim orang bercakap soal pilihan raya. Musim orang sedang menayang body dan melobi untuk jadi calon. Jadi mana-mana yang rasa layak atau dirasakan boleh memberi kemenangan kepada parti masing-masing akan diambil kira, dipanggil berjemak berkira. Ini strategi namanya. Keadaan atau pun aksi-aksi inilah yang saya sebutkan sebagai berkucah sikit itu.

Kucahan kecil di dalam Keadilan Kelantan ini apabila ada pihak yang kurang senang dengan formula yang dikemukakan oleh pihak pucuk pimpinan Keadilan Kelantan yang mahu menukarkan kerusi parlimen Machang dengan kerusi parlimen Bachok. Ada yang menganggap pertukaran ini tidak wajar atau tidak kena pada tempat. Walaupun formula itu untuk menyelamatkan kerusi Machang dan status quo Keadilan di Kelantan,  satu langkah bijak,  tetapi pemilihan Bachok itu kurang tepat. Penumpuan hanya kepada Bachok saja yang menjadi masalah.

Sebabnya mudah kenapa wujud rasa kurang senang ini. Bachok bukan kawasan di mana Keadilan tidak berapa menyerlah di situ. Kedua, khabarnya bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh yang hendak dipertaruhkan sebagai calon. Yang menjadi masalah dan dipertikaikan kenapa Zaiyadi, bukan orang lain sedangkan Zaiyadi masih belum menjadi ahli Keadilan? Di manakah justifikasinya dari segi hirerki parti? Dan apakah istimewanya Zaiyadi?

Kalau pun benar Zaiyadi disenangi Pas juga kerana dapat memberi tentangan kepada Awang Adek Hussein, tetapi status Zaiyadi yang belum keluar Umno menjadi pertikaiannya. Zaiyadi boleh tanding atas Keadilan atau Pas demi mengalahkan Awang Adek, tetapi dia harus clearance dulu dirinya. Status Zaiyadi yang masih kabur, sekarat belut sekerat ular sukar untuk diterima oleh mereka yang memahami politik secara harfiah.

Itu satu hal, kalau betul formula itu untuk memastikan kerusi Keadilan kekal bagi memastikan korum (kerusi) untuk menguasai 2/3 di parlimen kenapa formula pertukaran itu hanya berlaku untuk Machang saja. Bagaimana dengan kerusi-kerusi lain, Ketereh dan Tanah Merah. Apakah dua kerusi ini dalam keadaan selesa dan dapat dipertahankan?

Saya tidak nampak di mana logiknya di sini. Mcahang diwakil Saifuddin Nasution Ismail di mana dari segi prestasi, kehebatan batang tubuh beliau mengatasi Aziz Kadir (Ketereh) dan Amran Abdul Ghani (Tanah Merah). Kalaulah tokoh seperti Saifuddin juga perlu diganti apa hal dengan Aziz dan Amran? Ok la boleh kita terima kalau kerusi Machang perlu ditukar kerana Saifuddin akan berpindah balik ke negri asalnya Kedah. Tetapi kenapa ia harus ditukar dengan Bachok. Apakah kerana para ahli fikir Keadilan memfalakkan Zaiyadi boleh menyelamatkan kerusi Keadilan menerusi Bachok?

Sebenarnya kalau untuk menyelamatkan Machang dan mengekalkan status quo kerusi Keadilan ia tidak pergi terlalu jauh. Formula itu boleh dilaksanakan di dalam Machang sendiri. Kerusi Machang boleh ditukar dengan mana-mana kerusi state di Machang. Ada tiga Dun di Machang, Temangan, Pulai Chondong atau Labok. Kerusi paling sesuai ialah Pulai Chondong. Wakilnya sekarang Zulkefli Mamat boleh ditolak ke parlimen dan kerusi itu diberikan kepada Keadilan.

Tidak kisah apakah pertukaran itu tidak seimbang kerana parlimen dengan state. Tidak guna kalau tukar parlimen dengan parlimen tetapi kalah. Yang penting Keadilan masih ada kerusi di Machang. Sekiranya Keadilan dapat melahirkan tokoh sehebat Saifuddin dimasa depan, nah pulang ke semula kepada Keadilan. Apabila pertukaran itu dibawa jauh ke Bachok apa lagi di sebaliknya ada niat tersirat untuk mengambil kawan ... ia mulai ditilik dengan beberbagai perasaan dan andaian.

Begitu juga formula itu itu nampak terkhusus terhadap kerusi Machang saja. Kenapa tidak sama difikirkan kerusi Ketereh dan Tanah Merah. Apakah Keadilan merasakan mereka akan menang mudah di kedua-dua kerusi berkenaan? Sebenarnya kerusi Ketereh dan Tanah Merah juga tidak ada jaminan selamat sehingga 65%. Kedudukanya masih dalam paras bahaya.

Sekiranya formula yang dibentuk waktu malam hanya menerusi perbincangan spotan itu mengambil kira kerusi-kerusi lain juga atau mengambil kira kemampuan sebenar Keadilan ia tidak akan menjadi masalah. Ia tidak akan menjadi perdebatan terbuka di kalangan pemerhati hingusan dan sesetengah ahli Keadilan sendiri. Semua bersetuju untuk kemenangan Keadilan kecuali musuh.

Kalau benar Keadilan mulai memikirkan mengenai kedudukannya tidak selamat di Kelantan, elok dibincang dan difikirkan secara menyeluruh. Jangan hanya tertumpu kepada Machang sahaja dan penyelesainnya dengan cara membawa rakan yang masih mendaftar menjadi ahli. Keadilan Kelantan patut memberi keutamaan kepada orang-orang yang sudah sah sebagai ahli parti dan sudah pun menggerakkan aktiviti parti. Kita lebih merasa puas kalau kalah ditangan sendiri bukan ditangan orang lain?

Zaiyadi Awang Nuh
Mengenai perdebatan dan saranan agar Keadilan Kelantan tidak bertanding di Kelantan atau tuduhan Keadilan tidak relevan... itu pendapat pemerhati hingusan yang baru tahu mengopek kulit pisang saja. Pandangan itu lebih masih bersifat kampung dan tidak global. Bukan alasan untuk tidak menerima Keadilan bertanding dengan Kelantan kerana parti itu mempunyai keahlian yang sedikit. Dalam konteks politik kerjasama, Keadilan perlu bertanding untuk menunjukkan kemantapan dan keseriusan kerjsama antara Keadilan, Pas dan DAP.

Di Kelantan iya Keadilan kurang dan lemah, tetapi bagaimana di sebelah Pantai Barat dan negeri-negeri lain? Sesetengah tempat Keadilan lebih menonjol dari Pas dan mereka memberi daya sokong kuat. Demikian juga dengan peranaan dan kehadiran ketuanya Anwar Ibrahim dalam mengelorakan hawa rakyat. Peranan dan sumbangan Anwar itu tidak boleh dinafikan begitu saja. Tanpa Anwar juga Pas tidak akan menjadi sehebat hari ini. Anwar adalah penolak arus kebangkitan.

Jadi kalau kita hendak mengulas politik kita perlu memandang ke segenap jerung dan melihat kepada semua aspek. Kalau kita hanya berfikir kepentingan kita dan dunia kita, macam mana Pakatan Rakyat boleh menguasai Malaysia. Jadi kepada Keadilan Kelantan jangan tersinggung dengan gesa supaya parti itu tidak bertandingan atau gelaran (ejekan) mengatakan Keadilan tidak relevan. Sebenarnya mereka yang menuduh Keadilan tidak relevan itu sebenarnya tidak relevan.

Semoga dengan kehadiran Anwar ke Kelantan 31 Ogos ini ia akan meredahkan kucahan kecil itu, semoga juga perahu kecil Keadilan akan bergerak menyisir pantai untuk sampai ke tengah lautan pemerintah. [wm.kl.11:40 am 28/08/12]

Tiada ulasan: