Khamis, 9 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Atlet Wanita Arab Saudi Diberi "Standing Ovation" di Olimpik, London. Mengapa?

Posted: 09 Aug 2012 05:00 AM PDT

Kata orang, kemenangan bukanlah perkara utama, namun lebih penting ialah penyertaan dalam sesuatu acara sukan. Dalam hal ini, Sarah Attar diberi penghormatan dan tepukan gemuruh oleh penonton di stadium ketika menyertai acara larian 800 meter di Sukan Olimpik London. Standing ovation yang diberikan kepada Sarah bukanlah kerana dia menang acara itu, namun dia merupakan atlet wanita pertama yang mewakili Arab Saudi dalam acara di trek di Olimpik. 
Penyertaan Sarah merupakan saat bersejarah apabila Jawatankuasa Olimpik Arab Saudi membenarkan atlet wanita negara itu menyertai Sukan Olimpik di London.

 Sarah menamatkan larian sebanyak dua pusingan trek itu hampir 45 saat di belakang pemenang acara itu, iaitu atlet Kenya, Janeth Jepkosgei Busienei yang menamatkan larian pada catatan 2 minit 01.04 saat.









Sarah, 19, merupakan pelajar seni di Pepperdine University di Malibu, California. Dia memiliki dua kerakyatan dan memilih untuk mewakili Arab Saudi, negara asal bapanya. 

Bercakap selepas acara larian itu, dia berkata "Peluang mewakili Arab Saudi merupakan suatu penghormatan dan amat membanggakan. Saya harap penyertaan ini dapat memberikan impak yang besar."' 



Mengikut rekod, catatan yang dibuat oleh Sarah dalam acara yang 800 meter di Olimpik ini 4 saat lebih perlahan daripada catatan peribadinya. Namun begitu, atlet ini diberitakan lebih gemar acara 1500 meter berbanding dengan acara 800 meter. -DCM











[Video-Panas] Hantu Altantuya Berkeliaran di Putrajaya...

Posted: 09 Aug 2012 12:56 AM PDT

Sekadar hiasan.


Berita Berkaitan:

[KD] Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar hari ini melancarkan klip pendek animasi politik bertajuk "1 Funny Malaysia".

Animasi berdurasi 5 minit ini merupakan klip animasi politik yang pertama di Malaysia.

"1 Funny Malaysia adalah kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model yang bernama ANTU TUYA bangkit dari kubur bersama anaknya dan mencari DATO NAZAK di pejabat pentadbiran beliau di PUTARJAYA.

Setelah tiba di sana, ANTU TUYA meminta DATO NAZAK supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau," katanya dalam kenyataan.

Kesudahan klip animasi 1 Funny Malaysia boleh disaksikan melalui link zunarcartoonist.com.

"Dengan siapnya klip animasi ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis, artis, animator dan editor yang menjayakan produksi dengan bajet rendah ini," kata beliau.

Zunar juga bercadang mahu meneruskan kesinambungan klip animasi ini jika mendapat sumbangan dan bantuan orang ramai.

"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandangkan produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui web saya iaitu zunarcartoonist.com," katanya.


P/s: Apa tindakan yang bakal dikenakan terhadap Zunar? Lenakah tidur Dato Nazak? Kah kah kah!

 

Akhil Hayy Anggap Diri DIPERGUNAKAN Oleh PAS Suatu Ketika Dahulu?

Posted: 08 Aug 2012 11:00 PM PDT

Baca:


Apa sudah jadi Sheikh? Selepas hangat dengan kontroversi rumah tangga, Sheikh yang suatu ketika dahulu kerap berucap di pentas PAS, diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana berceramah dengan intonasi yang menarik, ala-ala Ustaz Ismail Kamus, dengan menyelitkan dendangan lagu-lagu yang diubah suai lirik mengikut isu semasa, kini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menyesal kerana pernah  "dipergunakan" oleh "sesetengah pihak".

Lain benar nada Sheikh ini.

Siapa sesetengah pihak itu? Tidak pernah pula kita melihat Sheikh ini menghadiri taklimat atau berucap di pentas UMNO! 

Baca ulasan, rakan blogger di sini.


P/s: Adakah Sheikh yang ranggi berambut panjang ini sudah serasi dan mesra dengan parti yang disertai Awie?

Manusia boleh berubah pada bila-bila masa. Apa sebab mereka berubah? Fikir-fikirkan!




[Gambar] Lelaki Didakwa Mencabul Wanita di Stesen LRT

Posted: 08 Aug 2012 08:48 PM PDT

[SH] KUALA LUMPUR – Selepas puas meraba punggung dan alat sulit seorang perempuan, dia tanpa rasa bersalah datang semula kepada mangsanya itu sambil memperkenalkan diri.

Itu yang berlaku kepada seorang wanita, berusia lingkungan 20-an, ketika berada di Stesen LRT Pudu, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa yang berseorangan didatangi seorang lelaki tempatan.

Lelaki itu kemudiannya terus meraba punggung dan kemaluan mangsa sebelum dia beredar.

Mangsa yang tidak menyedari kehadiran lelaki itu terus tergamam selepas merasakan dirinya diraba.

Lelaki itu bagaimanapun tidak melarikan diri sebaliknya berdiri di kawasan berhampiran dengan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa kemudiannya merakam gambar lelaki itu sebelum menghubungi suaminya.

"Walaupun bertindak meraba mangsa, lelaki itu kemudiannya datang semula kepadanya dan terus memperkenalkan diri dengan alasan untuk berkenalan.

"Bagaimanapun, lelaki itu terus melarikan diri selepas mengetahui mangsa melaporkan kejadian itu kepada suaminya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Chin Wah berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan polis bersama suaminya.

"Mangsa menyerahkan gambar lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.

Orang ramai yang terlihat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

[Video] Alahai Ulama Muda UMNO... Menyokong Kelompok Menentang Islam dan Hudud

Posted: 08 Aug 2012 07:30 PM PDT


Alahai...

Sekretariat Ulama Muda Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Aduhai!

Ustaz muda UMNO ini jahil, tidak membaca, atau sengaja mengeluarkan kenyataan untuk menyokong parti yang disertainya? Walhal dengan jelas MCA menentang hudud dan kenyataan pemimpin kanannya juga menghina Islam dan hudud. Walaupun sudah beberapa kali pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan mengguris hati umat Islam, malangnya, kata-kata penghinaan itu tidak pernah disanggah oleh orang UMNO waima oleh ulama UMNO sekalipun.

Itu satu hal. Lagi pelik, Fathul Bari juga seolah-olah buat-buat tidak tahu tentang pemimpin partinya yang mempersenda dan menolak hudud dan negara Islam. Walhal kesemuanya mengaku beragama Islam dan kononnya berjuang untuk Islam. Cuba baca pautan ini.

Cara MCA "menyokong" Islam dan hudud:

 

 



Walaupun sikap dan pendirian MCA dan parti komponen BN yang lain terhadap Islam dan hudud seperti dipaparkan di atas, namun Fathul Bari tetap membela MCA dan MIC dengan berkata: "Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya." -DCM

Apa komen Ustaz Azhar tentang ulama muda menyertai parti sekular?



Apa komen Dr MAZA:

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/376190_10151089921685238_2092195635_n.jpg 



P/s: TM menyokong DAP bersama PR untuk menjatuhkan rejim yang terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan.

Selain itu, TM menyokong DAP kerana:



Baca berita ini untuk mengetahui sumbangan kerajaan PR di Pulau Pinang kepada pembangunan umah dan Islam.

 Soalan cepu emas untuk penganut parti UMNO:  Parti anda tolak atau terima negara Islam dan hudud?


[Video] Daripada Pemuzik Heavy Metal Punk, Bertatu kepada Hamba Allah yang Taat. Ikuti Kisahnya...

Posted: 08 Aug 2012 06:00 PM PDT


Alhamdullilah!





Tiada ulasan: