Khamis, 9 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Saman fitnah RM100 juta Anwar-Khairy akan dibicarakan

Posted: 09 Aug 2012 03:48 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE



PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim mahkamah itu, yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan Khairy agar saman itu diketepikan.

Hakim Ramly berkata mengikut Peraturan Mahkamah Tinggi, kes itu tidak wajar diketepikan.

"Kes ini perlu dibicarakan kerana terdapat beberapa ketidakpastian mengikut Seksyen 43 Akta Bukti," katanya.

Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman fitnah itu.

Beliau memohon mengetepikan saman berkenaan dengan memberi alasan bahawa saman sivil itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinater, memerintah Khairy membayar RM10,000 kos guaman kepada Anwar.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 14 November dan 20 November untuk perbicaraan saman itu.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar, yang genap berusia 65 tahun esok, memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada atau kira-kira pada 20 Februari, 2008.

Dalam pernyataan bela diri yang difailkan pada 8 Oktober 2010, Khairy berkata beliau bersandar pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.- BERNAMA

Kemarau di Kelantan, Perkasa bidas Nik Aziz

Posted: 09 Aug 2012 03:45 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali seolah-olah enggan cuba mencari jalan penyelesaian alternatif terhadap masalah itu. 




PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan cuaca kemarau sebagai punca masalah kekurangan bekalan air bersih di negeri itu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nik Aziz itu tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali seolah-olah enggan cuba mencari jalan penyelesaian alternatif terhadap masalah itu.

"Ada tempat yang kemarau tapi air tetap ada. Di Timur Tengah tiada hujan tapi air ada, bersih pula. Di Arab Saudi, air laut yg masin boleh di proses dan jadi air minuman hasil sains dan teknologi.

"Allah suruh hambaNya berusaha dan disusuli dengan doa. Semata-mata letak alasan atas kemarau adalah kerajaan yang tidak bertangungjawab, lepas tangan dan bijak retorik saja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebaliknya mendakwa, krisis bekalan air bersih di Kelantan berpunca daripada kegiatan sedut pasir tanpa kawalan serta kegiatan pembalakan haram di Ulu Kelantan.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan sengaja bermain sentimen emosi rakyat menggunakan derma awam membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer menelan kos RM1.8 bilion sedangkan kegiatan melombong emas secara haram dibiarkan begitu sahaja.

"Nasihat saya hentikan keliru dan tipu rakyat. Tumpukan menyelesaikan masalah rakyat terutama air. Jika tidak letak jawatan saja," katanya.

Nik Aziz semalam dilaporkan meminta rakyat Kelantan berdoa diberikan hujan bagi mengatasi masalah bekalan air yang terputus sejak minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai pelan mengatasi masalah tersebut, beliau berkata sains dan teknologi tidak akan dapat mengatasi masalah kemarau kecuali dengan berdoa kepada Allah," katanya.

Mengapa kos pengurusan Unisel naik mendadak?

Posted: 09 Aug 2012 03:43 AM PDT

Dr Khir Toyo bertanya ke manakah perginya wang yang dibayar oleh pelajar selama ini.




PETALING JAYA:  Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mempersoalkan mengapa kos pengurusan Universiti Selangor (Unisel) meningkat mendadak dari RM93.97 juta pada 2008 kepada RM113.11 juta pada 2010.

"Pelajar meningkat, pendapatan berkurangan, kos pengurusan meningkat! Apa sebenarnya yang berlaku kepada Unisel di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat?" kata beliau.

Beliau tegas mempertahankan konsep Build–operate–transfer (BOT) yang dibuat Unisel.

Dr Mohd Khir mendakwa tindakan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahkan BOT hanya satu lagi jalan "mengkambinghitamkan" orang lain untuk mengelakkan masalah sendiri.

Satu inisiatif

"BOT merupakan satu inisiatif bagi membolehkan Unisel berkembang dengan lebih pantas tanpa menunggu mempunyai wang sendiri untuk membina asrama dan infrastruktur kemudahan pelajar.

"Dalam konsep BOT, pada akhir konsesi, bangunan dan infra yang dibina menjadi milik Unisel sepenuhnya.

"Konsep ini diluluskan setelah pelbagai pihak termasuk bank yang memberi pinjaman kepada projek ini mempunyai keyakinan ia berdaya maju. Ini termasuk keupayaan asrama untuk menghuni jumlah tertentu pelajar untuk membolehkan ia menampung kos pembinaan bangunan," kata beliau.

Dr Mohd Khir berkata, jika Unisel gagal menjelaskan hutang kepada konsesi maka jelas sekali mereka gagal menguruskan perkembangan Unisel.

Lebih aneh, yuran penginapan pelajar dikutip tanpa sesen pun dikurangkan tetapi pihak yang menguruskan asrama tidak pula mendapat bayaran, katanya.

Beliau bertanya,"Ke manakah perginya wang yang dibayar oleh pelajar selama ini"?

Masalah Air: Semua Pihak Perlu Atasinya

Posted: 09 Aug 2012 03:31 AM PDT

MSO


Setelah lebih seminggu penduduk Pasir Mas, Tumpat berhadapan dengan masalah ketiadaan air yang kritikal, hari ini Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan lawatan kerja ke loji air di Kampung Kelar, Pasir Mas. Loji itu membekalkan air bersih untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. Lawatan pagi ini tentulah ditunggu-tunggu oleh rakyat kedua daerah itu dan juga di daerah lain untuk mengetahui apakah tindakan akan diambil oleh kerajaan Kelantan bagi mengatasi masalah itu.


Nik Aziz dan anggota rombongan menggosok paip di loji Kg Kelar.
Bersama MB itu ikut serta beberapa orang anggota Exco. Sebelum ini khabarnya sudah ada kunjungan daripada pihak kerajaan ke loji berkenaan, dan mereka mendapat taklimat dari pihak air Kelantan berhubung masalah itu. Rombongan pertama diketuai Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.

Selain itu tinjauan secara peribadi juga turut dibuat oleh beberapa aktivis parti yang tinggal dikawasan itu. Sdr Rushdan Mustapa adalah antara individu terawal membuat lawatan mendahului wakil rakyat Bukit Tuku dan Gual Periok. Lawatan peribadi beliau itu telah membuka mata banyak pihak dan mencerminkan keseriusan seorang aktivis membantu rakyat.

Semua lawatan dan kunjungan itu dinanti-nanti oleh rakyat dengan harapan dan doa mereka akan terlepas dari belenggu berkenaan. Kalau setakat mengadakan lawatan saja sebagai tanda simpati tetapi tidak ada plan bertindak ia tidak memberi apa-apa guna pun. Khabarnya dalam kunjungan Nik Aziz hari ini beliau diberi taklmiat oleh Exco air dan juga pihak berkuasa air di Kelantan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd. (AKSB).

Bagi rakyat taaruf  itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Taklimat hanyalah laporan mengenai kenapa berlaku kekurangan air. Sedangkan masalah itu sudah pun menjadi pengetahuan umum, iaitu air tidak masuk ke dalam mesin pengepam air kerana kedududukan air rendah dari muka pam kerana kemarau. Dalam kata mudahnya air sungai Kelantan yang menjadi sumber air itu berada jauh dari mulut pam. Air sungai Kelantan mengalami kesusutan yang ketara hampir 50%.

Itulah taklimat yang mungkin diberikan kepada Tok Guru dan rombongannya. Sebaiknya setelah mendapat taklimat itu MB harus berbuat sesuatu. Sepatutnya sebelum sampai ke Kg Keler sudah ada dalam kepala MB itu sesuatu yang hendak dicakapkan kepada media yang boleh menggembira hati rakyat di dua daerah itu. Kalau hanya setakat pergi dengar dan gosok paip besar atau menghendap ke dalam telaga tiup yang digali dalam kawasan loji itu ia tidak merubah apa-apa keadaan.

Hendaknya selepas balik pejabat MB akan memanggil pihak tertentu untuk membincang mengenai isu air ini. Pihak yang wajar dipanggil ialah semua anggota Exco. Exco beras, Exco bandar, Exco kesihatan, Exco wanita, Exco ceramah dipanggil dan bincang masalah air. Panggil juga sekalian orang-orang besar di AKSB. Bincang secara telus dan serius.

Sehubungan itu sebaik-baiknya biarlah hasilnya nanti satu tindakan untuk membina loji baru di Pasir Mas atau Tumpat digarapkan. MB sewajarnya memberi arahan satu kajian dibuat segera untuk tujuan itu. Selepas itu beliau boleh membuat kenyataan begini; kerajaan negeri sudah mengenali pasti beberapa lokasi baru untuk pembinaan loji tambahan. Kalau itulah kenyataan lebih sedap dan lunak dari menyalahkan kepada takdir Allah semata-mata atau pun menuduh pihak musuh sengaja membesarkan isu air.

Alasan tidak ada wang, kerajaan pusat tidak bantu rasanya tidak merupakan jawaban yang tuntas. Exco yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan asas kepada rakyat (Exco air) hendaklah memerahkan otak untuk mencari wang bagi tujuan itu. Kalau Exco lebuh raya (Husam Musa) berani mengumumkan pembinaan lebuh raya rakyat KB - KL sepanjang 73 km bernilai RM1.4 billion kenapa tidak dengan Exco lain. Sekurang-kurang tiru dan ambillah semangat berani dan komited Husam Musa.

Khabarnya mereka terlibat dengan air dan kemudahan asas lain hampir setiap tahun ke luar negara, buat lawatan sambil belajar. Sambil belajar... di samping itu sambil membeli belah? Apakah lawatan itu hanya setakat belajar sahaja tetapi tidak tahu hendak berbuat? Sepatutnya disamping lawatan untuk memerhati pembangunan ditempat orang, belajar juga macam mana hendak menjana wang. Itu yang penting. Ini tidak pergi terlengak-lengak menghabiskan wang bukan membawa balik wang. Ni marah dah ni...

Begitu juga dalam masa sama pemimpin Umno juga perlu berusaha untuk mengatasi masalah air ini. Jangan fikir nanti lepas menang baru hendak menyelesaikan masalah ini. Kalau Umno menanti menang ini bermakna Umno tidak ada apa-apa niat pun untuk membantu rakyat Kelantan selagi rakyat Kelantan berada di bawah Pas. Itu sikap dan pegangan yang salah dan berdosa. Umno juga kena ingat ahli mereka juga berak dan kencing di Kelantan?

Memberi kebajikan kepada rakyat bukan harus dipilih atau mencari ruang waktu tertentu. Semua mereka bergelar pemimpin wajib berusaha. Umno yang kini merupakan tunggak kerajaan Persekutuan rasanya boleh membantu mengatasi masalah ini. Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed perlu meletakkan masalah air ini masalah bersama dan jangan lepaskan kepada kerajaan Kelantan semata-mata apa lagi kalau menanti nak sauk masalah ini sebagai modal pilihan raya. Perkara-perkara asas demi kepentingan rakyat seperti minyak, jalan dan air tidak patut dipolitikkan.

Hendaknya selain Nik Aziz, Mustapa juga boleh dan perlu membuat lawatan ke loji tenguk sendiri apa masalah yang ada dan kesusahan dihadapi rakyat. Kalau perlu menawarkan bantuan elok Mustapa menawarkan bantuan kepada kerajaan Kelantan. Mustapa boleh berjumpa PM dan menceritakan masalah itu. Jika berani dan bercerita dengan lendek dan simpatis rasanya Najib tidak akan kejam untuk tidak membantunya.

Bantuan itu nanti sama ada kerajaan Kelantan hendak terima atau tidak itu soal lain, yang pentingnya Mustapa dan Umno kena menunjukkan mereka mempunyai akses kepada rakyat Kelantan. Selepas itu biarlah rakyat menimbang siapa yang rasional dan siapa yang keras ken.

Jika Umno ikhlas hendak membantu tidak ada sebab untuk Nik Aziz menolaknya. Apa yang tok guru itu tolak dan marah apabila Umno hendak merampas kerajaannya. Itu sahaja.

Umno Perlu Perjelas Dasar Bukan Hasut Rakyat, Kata Anwar

Posted: 09 Aug 2012 03:25 AM PDT





PETALING JAYA : Umno-BN kini memulakan kempen pelampau agama melalui akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa haram dan berdosa menyokong DAP, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Anwar, Umno-BN sepatutnya memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negara serta memperjelas dasar masing-masing dan bukannya memainkan sentimen agama dalam menghasut rakyat

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyebut jangan menggunakan agama demi kepentingan politik namun media Umno-BN terus menghebahkan hukuman untuk menyinggung kedudukan PAS.

"Kita memandang berat kempen ini yang dimulakan Umno menggunakan medianya Utusan termasuk menghukum haram dan berdosa untuk menyokong DAP kerana DAP tidak sokong negara Islam dan hudud padahal MCA juga tidak menyokong perkara sama.

"Bahkan Umno sendiri mengikut surat Dr Mahathir (Mohamad) kepada kerajaan Kelantan menolak kemungkinan melaksanakan hudud di Malaysia manakala pada 29 September 2011, Najib memaklumkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia selagi beliau menjadi Perdana Menteri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR.

Utusan semalam melaporkan, haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong DAP yang menentang hukum hudud dan negara Islam berdasarkan kenyataan, Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah.

Jelas Anwar lagi, Pakatan Rakyat tetap kekal dengan pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam kekal sebagai agama rasmi.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, laporan Utusan berkenaan jelas berbentuk hasutan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimpulkan konflik agama di negara ini.

Menurut beliau, satu laporan polis terhadap Utusan dibuat oleh pimpinan DAP di Perak dan Pulau Pinang berhubung perkara berkenaan.

"Isi kandungan (laporan Utusan), DAP menentang perlembagaan khasnya mengenai kedudukan agama Islam. Itu tidak benar. Pendirian kita adalah terima dan hormat peruntukkan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi.

"Pendirian kita tidak berubah Malaysia sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi. Sebenarnya kedudukan yang dibuat DAP tidak berubah dengan kedudukan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

"Mereka sangat jelas menyatakan bahawa Malaysia mengikut Perlembagaan sebagai sebuah negara sekular tetapi sangat jelas Islam sebagai agama rasmi.

"Ini merupakan langkah terdesak segelintir pemimpin BN yang mungkin akan hilang kuasa. Adakah mereka ingin buat konflik agama di Malaysia? Perdana Menteri perlu minta Utusan hentikan (perkara ini)," ujar beliau.

Royalti Petroleum : Jawatankuasa Khas Serlah Sikap Dolak- Dalih Kerajaan Pusat

Posted: 09 Aug 2012 03:18 AM PDT





PETALING JAYA: Sikap dolak dalih Kerajaan Pusat makin terselah apabila menubuhan jawatankuasa khas berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri pantai timur dengan mengkaji kaedah pembayarannya.

Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata tiada apa yang perlu dikaji dalam kaedah pembayaran kerana ia jelas dinyatakan di dalam perjanjian Petroleum 1974.

"Menerusi Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan (Mei 1975) iaitu kaedah pembayarannya dilakukan secara tunai kepada negeri-negeri berkenaan tanpa apa-apa saluran yang lain," ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.

Katanya, kajian itu masih dijalankan oleh Kerajaan Pusat kerana berlaku pertindihan kawasan di daerah operasi pelantar minyak itu.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

Secara rumusannya, Husam berpendapat Penubuhan Jawatankuasa Khas yang dicadangkan kerajaan pemerintah itu sebagai suatu usaha yang penuh dengan dolak dalih.

Sehubungan itu, mesyuarat Majlis Pakatan di Ibu Pejabat PKR hari ini memutuskan akan membayar royalti minyak kepada negeri-negeri yang terlibat sekiranya berjaya mengambil alih tampok pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke- 13 akan datang.

Pakatan Rakyat juga akan membayar royalti minyak tersebut dalam kadar segera dan tidak berbelit-belit dengan hanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Negeri-negeri yang memiliki minyak (petroleum) dibayar dua kali setahun terus kepada akaun negeri.

"Kerajaan Negeri bebas menggunakan wang royalti tersebut untuk kegunaan apa sahaja yang dirasakan perlu dan penting,"jelasnya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Husam turut menzahirkan rasa berterima kasih di atas keperihatinan Majlis Pakatan Rakyat berhubung hasrat Kelantan untuk mendaratkan hasil gas diperairan Kelantan.

"Pakatan juga berjanji sekirannya berjaya mentadbir Putrajaya, Petronas akan diminta untuk mengazetkan pendaratan gas itu berlaku di bumi Kelantan.

"Ini bukan sahaja mengembalikan hak rakyat Kelantan malah meningkatkan ekonomi dan pendapatan rakyatnya,"katanya.

Mahasiswa terancam, BN lulus bangunan Unisel tanpa CF – MB

Posted: 09 Aug 2012 03:11 AM PDT

Oleh Norutul Ilham


SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan, kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF).

Katanya, tindakan itu bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan.

"Keseluruhan bangunan dan asrama Unisel memang tidak ada CF. Ini perkara yang memalukan sebelum 2008," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Shah Alam semalam selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.

Mengulas lanjut isu hutang Unisel RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd, Khalid berkata, perkara itu termasuk dalam kandungan perjanjian yang dibuat kerajaan BN.

"Unisel buat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004," katanya.

Khalid berkata, Unisel juga perlu membayar sewa penginapan 100 peratus kepada Jana Niaga walaupun asrama tersebut tidak diduduki pelajar terutamanya pada cuti semester.

"Isu Unisel tidak bayar hutang kepada Jana kerana syarikat itu bina asrama tidak ada CF.

"Kita hanya bayar Jana sewa menduduki asrama tersebut. Dalam perjanjian sebelum ini, sama ada duduk di asrama atau tidak, 100 peratus sewa penginapan kena bayar.

"Kalau kita (kerajaan negeri) bayar (hutang) itu sekarang, nanti mereka tak nak membetulkan semula bangunan itu bagi mendapatkan CF. Jadi kita tunggu dia buat dulu, baru kita bayar," katanya.

Khalid berkata, bagi menyelesaikan isu tersebut, kerajaan negeri melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai orang tengah.

"Untuk itu, kita pastikan Datuk SUK jadi orang timbang tara bagi isu asrama Unisel dengan Jana Niaga," katanya.

Lebih 20 NGO anjur Himpunan Janji Bersih

Posted: 09 Aug 2012 03:03 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

A.Samad Said dalam sidang bersih  
Penganjur Himpunan Janji Bersih bersama kain rentang pada sidang media di Kuala Lumpur, pagi tadi.
 

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini.

"Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan.

"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai janji yang dibuat oleh pihak kerajaan, tapi ia nya sekadar janji kosong semata-mata.

"Kami menjemput semua rakyat Malaysia, berkumpul di setiap pelosok negeri dengan memakai baju tema berwarna kuning tanda meraikan hari kemerdekaan nanti," katanya.

Samad berkata, pihaknya tidak akan menghantar permohonan mendapatkan permit kebenaran perhimpunan.

"Tujuan perhimpunan ini, bukan untuk mengadakan demonstrasi, sambutan kemerdekaan harus diraikan oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Katanya lagi, pada malam tersebut beliau akan mendeklamasikan sebuah puisi sempena Hari Kemerdekaan.

Finas tangguh tayang Tanda Putera, pengarah akur

Posted: 09 Aug 2012 02:59 AM PDT

SITI JULIANA MOHD JOHAR
Tanda Putera bukan filem politik
Shumi bersama barisan pelakon yang menjayakan Tanda Putera
 
 
SHAH ALAM - Filem Tanda Putera arahan pengarah wanita disegani, Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah ditangguhkan tayangan sehingga satu tarikh diberitahu kelak.

Sebelum ini, filem itu dijadualkan bakal menemui penonton 13 September ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Shumi sebelum ini berkata, "sejujurnya, saya dan barisan pelakon tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 13 September sempena mood hari merdeka dan Hari Malaysia."

"Walaupun kecewa, saya tiada bantahan dan percaya Finas mempunyai tarikh yang lebih sesuai," katanya.

Seperti dijelaskan Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak, pihaknya terpaksa menunda tayangan Tanda Putera kerana mahu beri lebih ruang promosi bagi filem sangat berharga ini.

Biarpun sedikit terkilan, pengarah tersohor itu yakin dengan percaturan Finas yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan Tanda Putera pada tarikh asal. 

Filem itu berkisarkan politik negara tentang Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Filem yang dibintangi aktor Zizan Nin, Rusdi Ramli dan Faezah Elai itu juga rata-rata mendapat pujian daripada pihak media ketika diadakan majlis pratontonnya baru-baru ini.

Ura-ura mengatakan filem ini ditangguhkan tayangannya adalah disebabkan daripada bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang bakal tiba tetapi Shumi lantas menafikan khabar angin itu.

SPRM didesak siasat skandal rasuah Awang Adek

Posted: 09 Aug 2012 02:55 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat laporan terhadap  Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang didakwa menerima rasuah RM80,000.

Laporan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) itu dibuat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam berikutan tiada penjelasan daripada Awang Adek.

"Kita mahu tahu wang RM80,000 tersebut untuk apa dan sekiranya bukti yang ada pada kami ini tidak benar, beliau perlu tampil menafikannya. Bila kita beri tempoh seminggu, beliau masih mendiamkan diri.

"Jika memang berlaku skandal rasuah, beliau perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Kami percaya dengan integriti SPRM untuk menguruskan siasatan ini. Kami dari masa ke semasa akan berhubung dengan pihak SPRM sebagai satu 'follow up," kata Setiausaha DPMM, Khairil Faizi dalam kenyataan.

Dalam laporan itu, DPPM mendakwa Awang Adek menerima dua cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 daripada Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd bertarikh 6 Disember 2010.

Pada hari yang sama, AMPM menulis surat kepada Awang Adek selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) untuk melanjutkan kontrak penyelenggaraan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu.

Cek itu kemudiaannya ditunaikan pada tarikh yang sama dan terdapat kemasukan tunai sebanyak RM80,000 ke dalam akaun CIMB Awang Adek.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB kali ke-11 pada 25 Ogos tahun lalu, meluluskan tempoh kontrak sedia ada untuk tempoh lima tahun dengan opsyen tambahan lima tahun lagi selepas tempoh kontrak sedia ada tersebut tamat.

Awang Adek sebelum ini seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam salah laku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Pemilihan tema, logo Merdeka lambang keterbukaan Pakatan – Anwar

Posted: 09 Aug 2012 02:49 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

 PETALING JAYA : Persetujuan bersama semua negeri Pakatan Rakyat menggunakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang sama melambangkan keterbukaan Pembangkang dalam membuat keputusan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun berbeza pendapat, tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu demi kepentingan rakyat. Ia membuktikan sikap keterbukaan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini mengulas keputusan tiga negeri Pakatan yang sebelum ini mahu menggunakan tema Kemerdekaan masing-masing.

"Setelah perbincangan oleh pimpinan tertinggi Pakatan, keempat-empat negeri kini bersetuju menggunakan logo serta tema yang sama," kata Anwar.

Beliau sebelum itu melancarkan logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat bagi menggantikan logo yang ditetapkan kerajaan Umno BN.

Logo ciptaan Ilusenidesign.com itu dipilih untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

 1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

‘Fatwa’ haram: DAP buat laporan polis

Posted: 09 Aug 2012 02:45 AM PDT

Roketkini.com

GEORGE TOWN: Laporan polis telah dibuat terhadap lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, berikutan berita muka depannya semalam yang memetik pendapat seorang guru pondok yang mendakwa haram hukumnya bagi orang Islam menyokong DAP.
 

Laporan polis tersebut dibuat oleh Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bagi meminta pihak polis bertindak ke atas Utusan kerana menyebarkan hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. 
 

Ia juga bertujuan mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang mungkin timbul akibat daripada tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab oleh Utusan Malaysia.
 

Satu lagi laporan polis terhadap Utusan Malaysia atas perkara yang sama dibuat di Ipoh oleh Ketua Pemuda, Wong Ka Woh.
 

Di dalam kenyataan medianya hari ini, Zairil berkata, "Walaupun kecewa dengan tindakan lidah rasmi UMNO, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia.
 

"Lagipun, suratkhabar milik UMNO ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah," ujar beliau.
 

Zairil mempersoalkan asas dakwaan Utusan bahawa kononnya DAP sebuah parti 'kafir harbi' 
sedangkan ia tidak pernah memusuhi mana-mana agama, malah DAP jelas mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa yang sama memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan agama lain selari dengan peruntukan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
 

"Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah parti pelbagai bangsa yang sah atau "halal" dari segi undang-undang. Perjuangan DAP pula berteraskan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan, kebenaran, kesaksamaan dan demokrasi, sepertimana yang diperjuangkan parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat yakni PAS dan Keadilan," ujar beliau.
 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu wartawan dalam sidang medianya hari ini bahawa ucapan pemimpin UMNO dan MCA menentang hudud dan penubuhan negara Islam.
 

"Kenapa DAP sahaja yang tidak boleh disokong sedangkan ucapan UMNO dan MCA juga berada dalam kategori serupa, malah lebih menghina agama?" soal beliau.
 

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang turut berada di dalam sidang media tersebut pula berkata bahawa laporan tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan menghasut.
 

Menurutnya rakyat Malaysia seharusnya disatupadukan, namun Utusan sedang bertindak sebaliknya dan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada pemimpin UMNO begitu terdesak dan takut tewas dalam pilihanraya akan datang sehingga sanggup melakukan taktik kotor dan bahaya.
 

"Adakah mereka mahu mencetuskan konflik agama di Malaysia?" kata beliau, menjelaskan bahawa Malaysia buakn sebuah negara agama (theocracy) dan DAP menerima Perlembagaan yang menjelaskan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. - Roketkini.com

Gabungan NGO diketuai Pak Samad lancar program ‘countdown’ Hari Kemerdekaan

Posted: 08 Aug 2012 10:32 PM PDT

TERKINI
 
 
KUALA LUMPUR— Gabungan 26 NGO yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, melancarkan program "Janji Bersih" yang akan dianjurkan pada malam sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Samad Said: "Apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil." — Foto fail
Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu lagi, semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama menyertai acara tersebut sempena "countdown" Hari Kemerdekaan.
 "Kita telah banyak mendengar 'janji-janji' untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55," katanya.

Janji Bersih akan bermula pada pukul 10.00 malam disebelah pancutan air Dataran Merdeka dengan bacaan puisi oleh Sasterwan Negara tersebut.

"Untuk merayakan tema 'Janji Bersih' kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk negara — tua dan muda- agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan ditempat masing-masing," katanya.

Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin, yang juga salah seorang anggota gabungan tersebut, mereka tidak akan memohon permit dariapada polis kerana tidak merasakan itu satu keperluan.

"Ini bukanlah satu demonstrasi tetapi ianya adalah sambutan kemerdekaan," kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi. "Jadi tidak timbul isu permit."

Janji Bersih diadakan bertujuan untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan perhimpunan raksasa 28 April lalu.

"Lapan tuntutan Bersih masih belum ditunaikan sebab itu kami mahu ingatkan kerajaan sempena menyambut Merdeka," kata Badrul Hisham Shaharin, yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Tidak mustahil 'Janji Bersih' akan dihadiri oleh ramai pihak."

Diantara NGO yang menyertai gabungan ini adalah Empower, SAMM dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

RM100,000 untuk keluarga Loga Alleycats

Posted: 08 Aug 2012 10:28 PM PDT

 
Salhan K Ahmad


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada keluarga mendiang Loganathan atas kemalangan yang menimpa keluarga pengasas kumpulan Alleycats itu malam tadi.

NONENajib berkata, isteri Loganathan (kanan) kini berada dalam keadaan sedih atas kehilangan harta benda mereka dalam kebakaran tersebut.

"Sebagai menghargai jasa mendiang kepada budaya kita dan semangat 1Malaysia, Yayasan 1MBDB akan beri RM100,000 kepada keluarga mendiang.

"Ini sebahagian dari sumbangan, budi kepada mereka yang banyak berjasa melalui profesion menyanyi dan menyumbang kepada pembentukan negara bangsa," katanya.

Najib yang merupakan pemangku menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat berkata demikian dalam ucapannya di program Karisma Ramadan anjuran kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam program itu, kementerian berkenaan mengedarkan bantuan berjumlah hampir RM40,000 kepada sejumlah 1,145 orang penerima yang hadir.

Gamis anjur himpunan keamanan umat Islam Rohingya esok

Posted: 08 Aug 2012 10:26 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Islam (Gamis) menganjurkan Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya esok sebagai membantah kekejaman terhadap masyarakat tersebut.

"Hati umat Islam kembali luka, selepas isu kekejaman terhadap rakyat Syria, kini masyarakat Islam Rohingya menjadi mangsa kekejaman," kata Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Akram berkata perhimpunan tersebut untuk menimbulkan kesedaran mengenai kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya.

"Yang lebih penting ialah memperkukuhkan solidariti dari pelbagai pihak sama ada akademik, politik, aktivis dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurutnya, perhimpunan tersebut akan disertai wakil kesatuan masyarakat Islam Rohingya; Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (Ikrab), Prof. Madya Dr.Kamaruzzaman Yusoff ; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, wakil Umno dan wakil mahasiswa.

"Gamis menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersama-samadalam himpunan ini. Dan perlu dijelaskan bahawa isu Rohingya bukan sekadar isu umat Islam tapi melibatkan sensitiviti semua masyarakat atas nilai menuntut keadilan dan membasmi kezaliman," tegasnya.

Alhamdulillah, Dah Ramai Artis Wanita Yang Berhijab...

Posted: 08 Aug 2012 10:24 PM PDT


KELAB GREENBOC

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin….

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

- Murai.com.my

Kereta Terbabas: Ketua Wanita Umno Nyaris Maut

Posted: 08 Aug 2012 10:20 PM PDT

 
KELAB GREENBOC


Chenor - Ketua Wanita Umno Cawangan Felda Jengka 3, Rahimah Abdul Rahman dan rakannya nyaris maut setelah kenderaan dinaiki mereka terbabas hingga hampir terjunam ke dalam sungai dekat Kampung Jengka Batu 13, di sini, semalam.

Gambar: Kereta dinaiki mangsa terbabas lalu merempuh pengadang jalan dan hampir terjunam ke dalam sungai, namun terhalang oleh paip besar di tepi jambatan berdekatan Bukit Genting.

Rakannya, Kamariah Mat Sharif, 64, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mereka berdua dalam perjalanan pulang dari Temerloh ke Jengka 3 atas urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Rahimah hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pengadang jalan.

"Akibat rempuhan itu, kereta seakan terbang dan menjunam ke arah tepi jambatan dan nyaris masuk ke dalam sungai tetapi terhalang oleh sebatang paip besar.

"Orang ramai membantu mengeluarkan kami berdua dari kereta. Keadaan Rahimah lemah kerana tekanan darah tinggi akibat terkejut dengan apa yang baru kami alami.

"Alhamdulillah, kami berdua selamat dan hanya mengalami luka kecil," katanya kepada Sinar Harian.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan pekan Awah dengan bantuan orang ramai.

Kamariah berkata, mereka berdua keluar dari rumah ke Temerloh pada jam 2 petang selepas Rahimah beria-ria mahu mengambil cukai jalan yang sudah diperbaharui kerana tamat tempoh semalam.

"Memang Rahimah nampak penat kerana kami berdua mempunyai jadual aktiviti kemasyarakatan yang agak padat sepanjang Ramadan ini.

"Rahimah mahu juga ambil cukai jalan hari ini (semalam) kerana esok (hari ini) dia perlu membawa anak yatim ke satu majlis sumbangan menggunakan kenderaan ini," katanya. -SH

Fitnah gaji jutaan ringgit: Rozali timbang saman

Posted: 08 Aug 2012 10:17 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Pengerusi eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail berkata beliau akan memutuskan sama ada akan mengemukakan saman ke atas pihak yang didakwa memfitnahnya berhubung bayaran gajinya.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Rozali akan memutuskan sama ada akan mengemukakan saman ke atas "tohmahan kononnya beliau menerima gaji tahunan RM5.1 juta".

Isu berkenaan turut dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik Rozali dipetik sebagai berkata, perkara itu boleh dirujuk dalam satu keputusan mahkamah berhubung satu kes fitnah ke atasnya.

Laporan Sinar Harian bagaimanapun menyebut, tohmahan berkenaan adalah berhubung bayaran gaji RM51 juta dan bukannya RM5.1 juta.

"Mereka boleh rujuk kepada keputusan mahkaman dan mendapatkan butiran yang benar dan terperinci daripada mendengar tohmahan tanpa asas," kata Rozali dalam laporan itu.

Kes yang dirujuk oleh Rozali itu dipercayai berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu supaya MP Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada SYABAS berhubung satu kenyataan memfitnah.

Isu gaji Rozali itu antara lainnya ditimbulkan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang mendakwa Rozali menikmati gaya hidup "superstar" dengan gaji tahunan sebanyak RM5 juta, sedangkan Selangor mempunyai kadar air tak berhasil yang paling tinggi di negara ini.

Malaysiakini melaporkan Rafizi berkata demikian dalam satu forum di Subang Jaya pada 25 Julai lalu.

Selain Rafizi, perkara itu juga ditimbulkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media berhubung usaha menyusun semula perkhidmatan air negeri itu.

Dalam sidang media pada 18 Julai itu, Khalid dilaporkan berkata langkah itu akan melibatkan pengurangan kos pentadbiran dan gaji pegawai tertinggi SYABAS.

"Contohnya kalau kita bayar gaji orang yang jadi ketua pegawai eksekutif SYABAS, saya ingat gajinya tak lebih daripada 10 peratus daripada gaji sekarang kepada (pengerusi eksekutif SYABAS) Tan Sri Rozali (Ismail)," kata Khalid.

Artis BerHijrah: Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam MHI

Posted: 08 Aug 2012 10:06 PM PDT

http://mimpi-senja.blogspot.com,
 
Pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.
Nurul Syuhada di'lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis "Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah."
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di'atas imej baru ini

'Fatwa' Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia Najib

Posted: 08 Aug 2012 10:04 PM PDT

Roketkini,   
 
KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan berita muka hadapan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk "Haram sokong DAP" sebagai perbuatan terdesak Umno untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, laporan berita Utusan tersebut sebagai "lolongan keterlaluan", dan mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

"Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?" soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

"Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.

"Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad," ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.

"Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan  Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang Umno yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja Umno-BN.

"Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem "Tanda Putera" yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah," katanya.

Menurt beliau lagi, rakyat kini menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan "penyatuan golongan moderat dunia" di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan.

"Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional," jelas beliau.

Giliran Abby Abadi pula saman Utusan Malaysia!

Posted: 08 Aug 2012 10:02 PM PDT

http://milosuam.blogspot.com,
 
KEBANYAKAN ahli politik sudah beranggapan bahawa jika difitnah oleh Utusan Malaysia, maka anda patut bersyukur kerana itu tandanya wang besar menanti anda melalui tindakan undang-undang.

Lihat sahajalah sebelum ini, Khalid Samad, Lim Guan Eng dan beberapa ahli politik mengaut sejumlah ratusan ribu ringgit hasil tindakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia.

Nampaknya kali ini giliran Abby Abadi pula akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar propaganda Barisan Nasional itu. Rujuk kenyataan Abby Abadi di akaun twitternya di bawah ini.



Nampaknya Abby sudah puas bersabar dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan ke atasnya. Selembut-lembut Abby, namun kesabarannya pasti sudah sampai ke penghujung.


Bila Abby terlalu mengalah, nampaknya media semakin galak mengutuk, menghina dan memfitnah beliau. Maka eloklah beliau mengambil tindakan untuk menghentikan semua ini.

Sebelum ini Khalid Samad mendermakan sebahagian besar wang yang diterimanya hasil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia. Barangkali Abby Abadi juga boleh mengambil tindakan yang serupa.

Bersedekah sambil membangkrapkan Utusan Malaysia, akhbar penipu nombor satu Malaysia.

ReJaM© "Menghentikan fitnah ke atas diri sendiri juga satu tanggung jawab"

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/08/giliran-abby-abadi-pula-saman-utusan.html#ixzz231DTEXK1

Jawatankuasa Khas minyak satu olok-olok

Posted: 08 Aug 2012 09:58 PM PDT

Subky Latif,

TAK usahlah pejuang royalti minyak Kelantan dan lain negeri Pantai Timur Semenanjung ghairah dan terpesona dengan penubuhan Jawankuasa Khas mengenai manfaat minyak seperti yang dicadangkan oleh Perdana  Menteri Najib sebagai mengatasi kemelut tuntutan royalti yang dipertikai itu.

Tidak lain  ia adalah satu taktik bagi mengelakkan kerajaan pusat dari menunaikan tanggungjawab akta Petronas dan  ia juga satu modal kempen yang murah bagi BN menjelang  PRU 13.

Bukan baru ini Perdana Menteri menubukan Jawatankuasa  Khas atas beberapa perkara. Semua jawatankuasa khas itu kosong dan tipu daya semata-mata bagi menyedapat pihak yang menuntut.

Perdana Menteri Najib sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen tentang pembaikan pilihanraya. Berbulan-bulan badan itu bersidang. Apa hasilnya? SPR dan peraturan pilihanraya tetap di takuk lama.

Orang bising tentang undang-undang kejam ISA dan AUKU. Tidak janji untuk buat transformasi mengenainya. Ditubuh badan membuat kajian. ISA tukar nama, kezaliman undang-undang tidak berubah. Apa yang baru denan akta universiti dan kolej? Ia seolah-olah olok-olok saja.

Orang menuntut jawatankuasa kajian kekejaman polis atas Bersih 3.0. Dia tubuhkan jawatankuasa Hanif Omar. Bekas Ketua Polis Negara itu telah dijadikan mangsa untuk diperkuda. Tetapi tiada apa yang adil dari jawatankuasa Hanif Omar itu sebalik menjadikan anggota badan itu jatuh nilai di sisi umum.

Sekarang Najib mahu memperalatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid yang namanya dililhat tinggi  kerana penghakinannya atas kes Anwar Ibrahim. Saya kesian Tun Hamid akan jadi kuda tunggangan yang baru bagi melindungi jenayah kerajaan BN sejak zaman Mahathir hingga sekarang atas penyelewengan royalti minyak.

Saya kenal Tun Hamid rakan semasa belajar dan kami pernah duduk serumah sewa. Sebagai rakan, saya nasihatkan Tun Hamid jangan biarkan diri jadi mangsa baru Najib dan kerajaannya yang  amat rapuh sekarang.

Jika jawatankuasa khas itu untuk mengkaji janji akta Petronas supaya ia  tidak dilangsaikan kepada negeri-negeri yang berhak, ia sama seperti tindakan ulama-ulama Yahudi  mengkaji Taurat bagaimana perintah kitab suci itu tidak dilaksanakan.

Yahudi telah pinda Taurat. Jangan Tun Hamid pula digunakan bagi menggelapkan pelaksanaan  akta Petronas. Jika Tun Hamid bertindak jujur bagi memperakukan janji akta itu kepada negeri-negeri, maka percayalah laporan jawatankuasa khas itu nanti akan ditawakuf dari pengetahuan umum.

Mengapa jawatankuasa Tun Hamid itu untuk kajian ngeri-negeri  pantai timur Semenanjung saja? Mengapa tidak merangkumi negeri minyak yang lain iaitu Sabah dan Sarawak? Bagaimana kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke  tangan Pakatan, maka pembayaran faedahnya akan jadi seperti  di Kelantan dan Terengganu?

Jawatankuasa ini adalah bagi mengelakkan Najib tidak disoal dalam kempen PRU 13 dan dia tidak perlu menjadi tuntutan Tengku Razaleigh yang mahu royalti buat  Kelantan itu diselesaikan sebelum PRU13.

Kerajaan  Kelantan dan pejuang royalti minyak tidak perlu peduli dengan penubuhan  Jawatankuasa khas itu. Boleh hantar wakil untuk dengar apa yang dibincang, tepi  tidak perlu campur perbincangan.

Memadai kerajaan Kelantan berpegang dengan janji Buku Jingga bahawa hasil minyak itu akan dipulangkan kepada negeri yang berhak. Ia tidak sekadar royalty lima peratus sebagai yang dijanjikan oleh  akta, bahkan ia  akan dinaikkan keapda 20 peratus.

Jika Pakatan Rakyat menguasaai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menunggu laporan Jawaatankuasa Tun Hamid seslepas kerajaan baru dibentuk.

Sesudah menyaksikan banyak jawakuasa yang Najib tubuh jadi seperti  cerita sidang sang tikus untuk memasang loceng di leher kucing supaya tikus  tahu ada kucing bila bunyi loceng. Ia cerita dongeng. Jawatankuasa khas itu juga satu dongeng. Pimpinan Pakatan jangan masuk perangkap Najib lagi bagi mengelak tangan yang sama dipatuk ular  sama dari lubang yang  sama.

AES: Dedah lokasi kamera atau tangguh perlaksanaan

Posted: 08 Aug 2012 09:56 PM PDT

Muhammad Faizal,

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mendesak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) menyatakan lokasi pemasangan kamera Sitem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff yang dihubungi menyatakan lokasi-lokasi AES perlu dimaklumkan kepada pengguna jalanraya kerana ia bukannya rahsia melainkan jika kerajaan ingin mengaut keuntungan.

"KASE desak pihak kerajaan menyatakan lokasi di mana AES dipasang bagi seluruh negara.

"Ini bertepatan di mana kerajaan telah nyatakan bahawa kamera tersebut bukan suatu yang rahsia kerana setiap 500 meter sebelum lokasi kamera papantanda amaran akan diletakkan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Namun tegasnya, walaupun telah ada papan tanda, kita tetap mahukan lokasi tepat di mana kamera tersebut dipasang bagi untuk pengetahuan pengguna.

"Kerajaan tidak perlu berselindung kerana kerajaan sendiri menyatakan tujuan utama pemasangan kamera adalah untuk mendidik pengguna jalanraya bagi mematuhi undang-undang.

"Kalau kerajaan tetap tidak mahu menyatakan lokasinya dengan tepat, KASE mahukan supaya kerajaan menangguhkan perlaksanaannya pada 12 Ogos ini ke tarikh yang lain.

Pada 31 Julai lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menyatakan Sitem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini sedang dalam fasa ujian dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 12 Ogos ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lalulintas.

Menurut laman web JPJ, jumlah kamera tersebut adalah sebanyak 1,081 di mana 566 kamera untuk mengesan hadlaju, 265 kamera untuk lampu isyarat manakala 250 ialah kamera mudah alih.

Bayar royalti sekarang, buktikan 'janji ditepati'

Posted: 08 Aug 2012 09:55 PM PDT

Aspan Alias,
Isu pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca oleh banyak pihak dengan mudah.

Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.

Hanya yang perlu dilakukan ialah pihak Petronas menghormati perjanjian itu sebagaimana yang telah dipersetujui dan di tandatangani itu. Pembayaran yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah secara tunai sebanyak dua kali setahun sebanyak 5 peratus dari harga FOB minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Pembayaran itu wajib dibayar pada setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun dan setakat ini Petronas belum lagi menghormati perjanjian itu. Anggaran jumlah tunggakkan yang perlu dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan sekarang ialah sebanyak RM7 billion.

Apa yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah membayar sahaja jumlah itu kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Tidak perlu lagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk pembayaran ini kerana segala tata-cara dalam perjanjian itu sudah lengkap dan dengan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan dapat mengelakkan sesiapa untuk beranggapan yang itu hanyalah sebagai satu 'political ploy' pihak BN untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Kelantan dalam PRU yang akan datang ini.

Penubuhan jawatankuasa itu belum pasti lagi dapat menentukan yang perjanjian yang telah ditandatangani itu akan dilaksanakan. Helah yang dibuat oleh Perdana Menteri ini ibarat menyorok di belakang pelita yang terang atau menyuluh di sebalik telunjuk. Inilah masalahnya jika pemimpin kita masih berfikir yang rakyat khususnya rakyat Kelantan masih boleh diperbodoh-bodohkan.

Pada pandangan saya, rakyat Kelantan tidak boleh berganjak walau seinci dari perjuangan untuk mendapatkan hak mereka dalam isu royalti minyak ini. Selagi pembayaran tidak sampai ke perbendaharaan negeri Kelantan, mereka (rakyat Kelantan) wajib untuk menolak keengganan kerajaan Persekutuan untuk membayar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap Kelantan.

Tubuhlah apa-apa jawatankuasa sekali pun, jika pembayaran tidak sampai sebelum pilihanraya, jawatankuasa itu hanyalah merupakan satu helah politik yang sangat dangkal dan mudah dibaca dengan jelas oleh kita, lebih-lebih lagi oleh rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka selama ini. Najib nampaknya menubuhkan jawatankuasa untuk menepati janji-janji yang telah pun tertulis dalam perjanjian yang sudah lama dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

Najib dan BN tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perasaan curiga mereka terhadap kepimpinan beliau (Najib), kerana rakyat bersandarkan penilaian mereka dari apa yang telah mereka alami dikelirukan oleh UMNO sejak pimpinan Dr Mahathir lagi.

Oleh itu, janji Najib dan kerajaan Persekutuan akan hanya diakui jujur apabila sejumlah yang tertunggak untuk dibayar kepada kerajaan Kelantan itu sungguh-sungguh sampai kepada perbendaharaan rakyat dan kerajaan pilihan mereka di Kelantan….titik!

Najib mesti laksanakan slogan yang sedang dimainkan, 'janji ditepati' semasa merayau-rayau di seluruh negara berkempen dengan menggunakan slogan itu. Inilah masanya yang paling sesuai untuk menepati janji yang tidak pernah ditepati itu.

Jika pembayaran yang telah dipersetujui itu tidak dibayar sekarang maka tindakan merayau-rayau ke seluruh negara berkempen slogan 'janji ditepati' itu akan hanya berakhir dengan menghabiskan karipap sahaja. Sekali pergi puluhan ribu karipap dibuat untuk memberi 'refreshments' kepada yang telah dipunggah dengan bas untuk menunggu kedatangan PM yang sedang dalam kekeliruan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Tema Merdeka: Selangor setuju, Pulau Pinang akur

Posted: 08 Aug 2012 09:53 PM PDT

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagaimana diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berpandangan walaupun tema ini ringkas tetapi ianya mempunyai makna yang mendalam dan mampu menyeru seluruh rakyat  Selangor - tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik - untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan.

"Apa yang penting, Kerajaan Negeri Selangor berharap rakyatnya mempunyai jiwa yang merdeka serta bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

"Kami berharap tema ini akan memeriahkan lagi perayaan kemerdekaan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada ambang Merdeka pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam," demikian menurut Khalid dalam kenyataan yang dimuatkan dalam laman facebooknya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akur dengan keputusan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat untuk menggunakan satu tema pada hari Kemerdekaan yang ke-55 nanti.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, pendirian ini membuktikan kata sepakat dalam Pakatan Rakyat dan bukannya ketidaksefahaman sepertimana tohmahan pihak-pihak tertentu.

Katanya, Pulau Pinang, seperti juga negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain sentiasa mendokong semangat kesetiakawan dan menghormati persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Keputusan awal untuk menggunakan tema merdeka yang berlainan adalah kerana Pulau Pinang telah pun memilih tema terlebih awal, sepertimana juga negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain," katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam laman facebooknya.

Justeru itu, katanya,  pendirian ini membuktikan sekali lagi sikap keterbukaan Pakatan Rakyat walaupun berbeza pendapat tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu memperkasakan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat.

Sebelum ini, tiga negeri Pakatan Rakyat  memutuskan untuk menggunakan tema sendiri, iaitu Kelantan dengan temanya 'Menerajui Perubahan', Kedah pula 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang 'Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Menurut Pengerusi Panel Tema Merdeka Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.

Pakatan Rakyat memilih temanya sendiri bagi menggantikan tema rasmi Kerajaan Persekutuan  'Janji Ditepati'.

Tiada ulasan: