Rabu, 8 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kemaluan Melecur Selepas Jalani Proses Buang Bulu

Posted: 08 Aug 2012 05:00 AM PDT


[Kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan terkemuka di ibu negara pada 22 Julai lalu.

Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu.

Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata, dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.
 
"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar."Kejadian ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.


P/s: Macam-macam!

Aduhai!

 
 

DAP Dakwa Ada Dokumen Dapat "Mengantoikan" Noh Omar dalam Isu Kolam Udang

Posted: 08 Aug 2012 12:08 AM PDT


[MK] DAP mendedahkan dokumen yang didakwa membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam satu perusahaan kolam ternakan udang di Tanjung Karang, Selangor.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini menunjukkan satu salinan akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011 dan satu dokumen permohonan kaveat bertarikh sama ke atas tanah yang disewa syarikat itu daripada Noh Omar.

"Saya ada dokumen Syarikat Pristine Agrofood yang dalam akuan sumpahnya menyatakan syarikatnya ada usaha sama dengan Noh bin Omar.

"Surat kaveat yang saya ada, syarikat ini (juga) bersetuju mengusahakan tanah itu bersama Noh Omar.

"Ini (adalah) usaha sama. Beliau tak nafikan akuan sumpah ini," kata Ng selepas mengetuai satu demonstrasi di hadapan tapak projek tersebut pagi ini.

Menurut Ng, kaveat berkenaan bertujuan untuk menghalang Noh daripada menjual tanah berkenaan selama perjanjian itu berkuat kuasa.

Ng mendakwa surat akuan sumpah yang menyebut "syarikat telah bersetuju mengusahakan hartanah bersama dengan Noh bin Omar...." membuktikan Noh Omar terlibat dalam projek itu lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya.

Katanya, "usahasama" yang disebut dalam dokumen itu menimbulkan "keraguan yang munasabah" dan definisi istilah itu juga sangat luas.

"Jadi kita mahu pihak berkuasa siasat. Sama ada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Beliau memberi contoh, seorang menteri perumahan boleh membeli rumah tetapi menteri berkenaan tidak boleh terlibat dalam mana-mana syarikat perumahan.

Justeru, prinsip yang sama katanya diguna pakai dalam kes projek udang yang membabitkan Noh Omar.

"Noh Omar boleh makan udang termasuk otak udangnya tetapi dia tak boleh ternak udang. Ini salah guna kuasa.

"Orang yg kononnya nak jadi menteri besar Selangor ini wajib tampil ke depan dan jawab (dakwaan ini)," kata Ng lagi.

Noh pada 14 Julai lalu dilaporkan mengakui mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, dan menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.

Akhbar Sin Chew Daily pada hari itu melaporkan, Noh mendakwa masih belum dilantik sebagai menteri ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak itu dimilikinya.

Bagaimanapun, dua hari kemudian beliau menafikan mempunyai sebarang pegangan kewangan dalam projek penternakan udang di Tanjung Karang yang diuruskan oleh Pristine Agrofood Sdn Bhd.

"Pegangan" yang dimaksudkannya, seperti dilaporkan Sin Chew, jelas Noh, tidak lebih daripada bermaksud tanah yang dipajakkannya kepada syarikat.

Isu berhubung projek ternakan udang tersebut pertama kali dibangkitkan Ng ketika membentangkan satu usul di DUN Selangor bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.

Remaja 16 Tahun Diperkosa "Pegawai Jabatan Agama"

Posted: 07 Aug 2012 10:51 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] KOTA BHARU: Akibat terpedaya dengan helah dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai jabatan agama, seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa lima lelaki yang merogolnya bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, sebelum dirogol, mangsa bertemu teman lelakinya di bawah Jambatan Tanjung Mas, di sini pada jam 2 pagi dan ketika berbual, dua lelaki datang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan agama.

Katanya, suspek mengugut mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan pejabat agama kerana melakukan maksiat. "Bagaimanapun, teman lelaki mangsa memberitahu mereka hanya berbual dan tidak melakukan maksiat.

"Suspek menyuruh teman lelaki mangsa pulang manakala mangsa akan dibawa ke balai polis oleh mereka," katanya.

Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya mempercayai kedua-dua suspek kerana melihat mereka mengeluarkan kad namun tidak pasti sama ada kad jabatan agama atau sebaliknya kerana keadaan di bawah jambatan gelap.

"Teman lelaki mangsa pulang ke rumah seorang diri manakala mangsa dibawa dengan motosikal oleh seorang suspek ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek berkenaan dan tiga lagi lelaki tidak dikenali," katanya.

Lai berkata, semua suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Suspek menggunakan modus operandi menunjukkan kad kuasa palsu jabatan kerajaan untuk merogol. 
"Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu kad kuasa yang ditunjukkan adalah benar atau sebaliknya dan jika terdapat sebarang keraguan, laporkan terus dengan balai polis berdekatan," katanya.
P/s: Sila ambil pengajaran.

Cerita jenayah seks/rogol yang disiarkan dalam blog ini bukan untuk memberahikan pembaca, tetapi untuk menyedarkan pembaca bahawa kes rogol boleh dielakkan jika wanita mengambil langkah tertentu atau tidak berada dalam situasi yang membolehkan mereka menjadi mangsa lelaki lahanat!
 Anda tukang komen melabelkan blog ini "blog rogol", terpulang!!!

Majalah MANGGA Haram

Posted: 07 Aug 2012 09:03 PM PDT


Mengapa haram? Sila lihat tempelan di bawah ini:

Kredit: KedahLanie

Sebenarnya, kalau tidak difatwakan haram pun orang yang celik hukum tahu dengan jelas bahawa majalah yang diterbitkan oleh Utusan Karya ini haram dibaca atau dilihat. Majoriti halamannya memaparkan gambar yang mendedahkan aurat dan aksi manusia bukan muhrim berpelukan dan bermesra manja. Kadang-kadang artis yang beraksi demikian berstatus suami orang, isteri orang. Mereka sedap berpelukan, kononnya untuk tatapan peminat.

Walaupun ada diselit kolum bercorak agama, namun tindakan itu tidak menghalalkan paparan berunsur maksiat yang terkandung di dalam majalah tersebut. Lagi parah, jika niat untuk memasukkan kolum tersebut bertujuan untuk mengaburi maksiat yang jelas dipaparkan dalam setiap helaian majalah itu.

Kalau sudah diperihalkan haram, masih ada yang mahu membeli? -DCM



Ahli Keluarga Dedah Punca Kanak-kanak Perempuan Ditindih Hingga Mati

Posted: 07 Aug 2012 05:28 PM PDT


[HM] BUKIT MERTAJAM: Tindakan tujuh ahli keluarga dan seorang pembantu rumah menindih seorang kanak-kanak perempuan hingga sesak nafas sebelum meninggal dunia pada Ahad lalu, didakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan upacara keagamaan melampau atau pemujaan.

Sebaliknya, mereka dikatakan bertindak begitu kerana kanak-kanak berusia dua setengah tahun itu didakwa tidak duduk diam dan membuat bising ketika kumpulan berkenaan sedang bersembahyang mengingati kematian datuk mangsa, baru-baru ini.

Seorang ahli keluarga terbabit yang tidak mahu dikenali berkata, semuanya berpunca daripada seorang ibu saudara mangsa dikatakan berang kerana mendakwa kanak-kanak terbabit mengganggu majlis mereka.

Menurutnya, emosi wanita berkenaan memang tidak stabil sejak kematian bapanya kira-kira tiga minggu lalu.
Katanya, dia mengalami tekanan perasaan yang teruk berbanding seorang yang baik sebelum ini.

"Apabila kanak-kanak terbabit membuat bising, ibu saudara mangsa itu mendakwa kanak-kanak itu dirasuk hantu.

"Dia kemudiannya minta ahli keluarganya yang lain dan sesiapa yang berada dalam bilik itu termasuk pembantu rumah memegang mangsa bagi mententeramkannya hinggalah berlaku kejadian tindih-menindih itu," katanya.

Menurutnya, dia minta kejadian itu tidak dikaitkan dengan sebarang aktiviti tidak baik termasuk pemujaan atau sebagainya.
Katanya, semuanya berlaku kerana mereka terlalu sedih dengan kematian datuk mangsa hingga gagal mengawal perasaan.

Seorang lagi ahli keluarganya berkata, ibu saudara mangsa itu berubah sejak kematian bapanya dan berpewatakan bukan seperti dirinya sebelum ini.

"Semua ahli keluarga akan mendengar cakapnya sebelum ini kerana dia jenis orang yang baik, mungkin sebab itulah apabila dia minta menindih kanak-kanak itu semua orang lakukannya tanpa membantah.

"Saya juga percaya ketika kejadian mereka dalam keadaan letih dan kelaparan kerana tidak minum dan makan sepanjang hari," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi melengkapkan siasatan.

Harian Metro juga difahamkan, mayat kanak-kanak terbabit, Chuah Wan Xuan akan dituntut ahli keluarganya dari Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk disemadikan di Bukit Berapit, di sini petang ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan Chuah maut berikutan tidak dapat bernafas selepas ditindih tujuh ahli keluarganya dan seorang pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di Taman Bukit Minyak Indah, di sini.

Ahli keluarga yang menindih mangsa ialah ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara serta dua sepupunya.


Tiada ulasan: