Jumaat, 31 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Anak Siapa? Memeluk - Dipeluk, Diseluk - Menyeluk!

Posted: 30 Aug 2012 11:00 PM PDT


Gambar ini tersebar secara meluas di FB. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua pengamal budaya hedonisme, mungkin juga pengamal seks bebas jika tidak dikawal, berusia antara 13 hingga 14 tahun. Kedua-duanya sedang asyik berpelukan dan jika diperhatikan si lelaki sedang asyik menyeluk.

Inilah realiti semasa yang cuba dipandang sebelah mata oleh pemimpin dan ibu bapa. Tidak dapat bayangkan berapa peratus anak dara  atau anak teruna berjaya mempertahankan kesucian mereka sehingga diijabkabulkan. Kalau lelaki di Singapura terpaksa mengimport isteri daripada Vietnam kerana mahu beristerikan wanita yang masih dara, jangan terkejut jika suatu hari nanti situasi itu berlaku di negara ini. 


P/s: Malam tadi, malam ambang kemerdekaan, berapa banyak anak gadis yang berjaya "dimerdekakan"?


Renungan:




[Gambar & Video] Dataran DBKL, Stadium Shah Alam Dibanjiri Rakyat yang Berbaju Kuning

Posted: 30 Aug 2012 07:34 PM PDT

Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam 

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana. 


(Berhampiran Dataran Merdeka)


(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)


Gambar-gambar lain:























Sumber gambar pelbagai


Video





Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati --
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012 


Ucapan DSAI di Stadium Shah Alam boleh ditonton di sini.




Apa Makna Merdeka Jika Semangat Patriotisme Dipaksa dan Diumpan dengan Wang Ringgit?

Posted: 30 Aug 2012 05:08 PM PDT

Daripada tajuk artikel sudah jelas perkara yang mahu dipersoalkan.

Sudah heboh di ruang maya bahawa semangat patriotisme yang sepatutnya dipupuk atau lahir daripada hati nurani kini dipaksa dengan arahan dan ugutan. Misalnya:



Kemudian, rakyat pula diumpan dengan hadiah bernilai RM1 juta semata-mata untuk memastikan acara yang dianjurkan mendapat sambutan. Misalnya:


Jika orang yang datang ke acara sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 itu kerana terpaksa atau takut dikenakan tindakan disiplin atau mahu membolot hadiah cabutan bertuah, maka sudah tentu kedatangan mereka bukan kerana semangat patriotime tetapi kerana perkara-perkara yang dinyatakan tadi.

Adakah senario itu yang mahu dipupuk oleh Kerajaan BN? Tidak kisahlah niat atau sebab orang ramai membanjiri kawasan sambutan, namun yang penting majlis yang dianjurkan itu dipenuhi orang demi menjaga air muka mereka. 

Seperti yang kita maklum, belakangan ini, orang ramai sudah tidak berminat mengibarkan Jalur Gemilang, malah situasi itu mencetuskan kebimbangan kerajaan BN sehingga lahirlah surat pekeliling yang memaksa kakitangan kerajaan menghadiri acara yang telah diaturkan, malah lebih memalukan Kerajaan BN terpaksa mewujudkan cabutan bertuah semata-mata untuk memastikan orang ramai memeriahkan sambutan kali ini.

Mengapa orang ramai tidak bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan kali ini? Antara puncanya termasuklah acara sambutan, slogan dan lagu Merdeka yang dipolitikkan, kebencian dan kemuakkan rakyat terhadap sikap dan pemimpin BN sehinggalah kekecewaan rakyat terhadap gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan sikap diskriminasi Kerajaan BN terhadap negeri dan rakyat di bawah pentadbiran PR.




Lupakan Janji Ditepati (slogan BN) Janji Dicapati (Versi Sammy), lupakan agenda terdesak BN untuk menghadapi PRU 13. Hayatilah tema dan slogan Kemerdekaan Pakatan Rakyat di bawah ini. 


Pastikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 nanti menjadi titik bermulanya era perubahan yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia.

A.B.U!  

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55!




Tiada ulasan: