DUNIACACAMARBA |
- Sri Wani Lega, Mahkamah Tolak 4 Permohonan Suami Pertikai Jantina
- MB Selangor Keluar Duit Poket Sendiri Sewa Bas untuk Pemimpin Pakatan Rakyat Berceramah
- Isu Perogol Kanak-kanak Terlepas Hukuman Berat: "Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?"
- Osama Didakwa Sudah Meninggal Dunia Ketika Anggota SEAL Tiba di Biliknya
- Berita Berkaitan Gambar Wanita Ditetak yang Tersebar di Internet
- [Gambar] Wajah Wanita Amuk di Putrajaya Berjaya Dirakam
Sri Wani Lega, Mahkamah Tolak 4 Permohonan Suami Pertikai Jantina Posted: 30 Aug 2012 05:00 AM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas jantinaya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam. Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit. Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini. Berikutan itu, mahkamah mengarahkan Baharom untuk membayar kos kepada plaintif sebnyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan. Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan. "Responden telah gagal memberikan bantahan dan menyerahkan affidavit kepada mahkamah walaupun mahkamah telah memberikan tempoh yang mencukupi kepada pihak responden," katanya. Abdul Walid berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang difailkan pemohon, sekali gus membatalkan keempat-empat permohonan Baharom. Hakim turut menolak apabila peguam Baharom cuba membantah keputusan berkenaan, dan meminta mereka membuat rayuan dalam tempoh 14 hari sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan pihak responden tidak serius dalam kes berkenaan. Sementara itu, Baharom yang diwakili peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid terdahulu memberitahu mahkamah, alamat yang digunakan anak guamnya di Taman Datuk Senu sememangnya bukan bukan rumah miliknya, sebaliknya Baharom hanya menyewa salah sebuah bilik di rumah itu. Pada 6 Julai lalu, Sri Wani memfailkan permohonan di Mahkamah tersebut untuk menggantung prosiding perbicaraan dan soal balas permohonan komital bekas Dekan Profesor Dr Baharom Sanugi terhadap isterinya, Sri Wani Choo Abdullah sehingga mendapat keputusan sama ada kuasa mahkamah mendengar kes pasangan itu atau sebaliknya. Isu bidang kuasa mahkamah ditimbulkan Sri Wani pada prosiding sebelum ini kerana dia mendakwa suaminya menipu alamat penyampaian di Kuala Lumpur dalam semua dokumen kes itu, sedangkan alamat sebenar adalah di Batu Caves. Baharom Sanugi, 61, mengesyaki Sri Wani lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001. Pasangan tersebut bernikah pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah. Sementara itu, Sri Wani, yang ditemani peguam Boestamam Ahmad, ketika ditemui media menyatakan kesyukuran kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini. "Segala hinaan selama ini saya telan, walapun sangat pahit untuk saya lalui. Alhamdulillah hari ini saya bebas kerana ALLAH masih sayangkan saya. Selama ini saya terpaksa menutup mulut dapada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, kerana saya dalam injunksi mahkamah, hari ini saya bebas. Hanya Allah balas jasa baik semua,"katanya. Turut hadir peguam Sri Wani, Ahmad Izuddin Fakhrullah dan wakil Sukaguam, Nur Hafidzah Mohd. Yusuff. | ||
MB Selangor Keluar Duit Poket Sendiri Sewa Bas untuk Pemimpin Pakatan Rakyat Berceramah Posted: 30 Aug 2012 01:40 AM PDT [Selangorku] SHAH ALAM 20 OGOS : Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat hari ini diperhebatkan lagi dengan penggunaan sebuah bas dua tingkat yang mempunyai platform ceramah bergerak bagi membawa mesej gabungan itu ke seluruh negara. Bas yang dilengkapi dengan sistem audio-visual untuk acara luar itu disewa khas oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kegunaan Pakatan menjelang pilihan raya ke-13. Abdul Khalid yang membayar sewa untuk bas tersebut daripada poket sendirinya tanpa menggunakan dana Kerajaan Selangor, mempamerkan kenderaan itu pada kali pertama di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Selangor semalam. "Sebelum ini pimpinan Pakatan ada membincangkan cara efektif untuk berkempen dan mungkin ini adalah salah satu daripada usaha tersebut. "Ia disewa atas nama saya untuk jangka masa tiga hingga empat bulan khusus berkempen menjelang PRU13," jelas Abdul Khalid dalam sidang media. Beliau menambah, bas tersebut akan digunakan bagi membawa pimpinan Pakatan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia berkempen. "Selepas seminggu raya ini kita akan menukar gambar yang digunakan (di luar dinding bas) dan bersedia untuk kempen. "Ini juga mungkin sebagai satu tanda bahawa kita Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk PRU13," ujarnya. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang hadir di majlis rumah terbuka turut dibawa melawat bas berkenaan. Bas dua tingkat tersebut boleh memuatkan kira-kira 15 orang selain mempunyai ruang untuk dua buah kerusi rehat, sistem audio dan televisyen. "Ianya juga praktikal digunakan sebagai platform untuk memberi ceramah," katanya lagi. P/s: Tabik spring Berkaitan: MB: Sewa bas PRU13 tak guna duit kerajaan [SH] SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. "Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. "Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. | ||
Isu Perogol Kanak-kanak Terlepas Hukuman Berat: "Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?" Posted: 30 Aug 2012 01:07 AM PDT [MK] Sebuah NGO yang memperjuangkan hak wanita mempersoalkan kemunasabahan seorang kanak-kanak memberi keizinan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua. "Di segi perundangan dan moral, bolehkah mereka memberi keizinan itu?" soal Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO),Ivy Josiah, ketika dihubungi untuk mengulas mengenai dua kes penggantungan hukuman yang dijatuhkan ke atas perogol kanak-kanak. Beliau menegaskan bahawa, di segi undang-undang, kanak-kanak di bawah umur tidak boleh memberi keizinan itu dan itulah sebabnya undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak 2001 digubal untuk melindungi mereka. Di bawah undang-undang Malaysia, mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak boleh berkahwin tanpa persetujuan ibu bapa, tidak boleh mengundi sehingga mereka berusia 21 tahun dan tidak boleh memandu kereta sehingga berusia 17 tahun. Begitu juga, murid-murid dan malah sesetengah pelajar universiti yang mengikuti rombongan, memerlukan slip kebenaran yang ditandatangani oleh ibu bapa mereka. Ivy (kiri) berhujah bahawa ia kewajipan badan kehakiman untuk menjelaskan bagaimana ia boleh menerima 'keizinan' seorang kanak-kanak berusia 12 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan "teman lelaki" yang berusia 22 tahun. Tegasnya, kalaupun kanak-kanak tersebut bersetuju dengan hubungan seksual, tetapi dari segi fizikal dan emosi, dia mungkin belum bersedia untuk menghadapinya. "Bolehkah mereka tangani bila hamil? Bolehkah mereka tangani bila sakit?". | ||
Osama Didakwa Sudah Meninggal Dunia Ketika Anggota SEAL Tiba di Biliknya Posted: 29 Aug 2012 08:45 PM PDT [Kosmo] WASHINGTON - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah mati apabila pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy SEAL menyerbu ke dalam bilik tidurnya di sebuah banglo di bandar Abbottabad, Pakistan. Dakwaan kontroversi itu bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian Osama. Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang bekas anggota komando SEAL yang terlibat dalam operasi rahsia membunuh ketua Al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011. Menurut akhbar MailOnline semalam, Osama juga tidak bersenjata apabila dia diserang pasukan elit SEAL. Kisah misi membunuh ketua pengganas berkenaan didedahkan dalam buku biografi, No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden. Ditulis di bawah nama pena, Mark Owen buku tersebut yang dijadualkan berada dalam pasaran pada 11 September depan akan dijual seminggu lebih awal. Penulis buku berkenaan merupakan antara enam komando SEAL yang melihat Osama mati pada tahun lalu. Menurut salinan buku itu yang diperoleh akhbar Huffington Post, misi membunuh Obama jauh bercanggah dengan kenyataan White House. Dalam bukunya, Owen memberitahu bahawa seorang anggota elit skuad berkenaan terserempak dengan Osama ketika dia cuba melarikan diri ke dalam bilik tidurnya. Bilik itu terletak di tingkat tiga banglo berkenaan yang dihuni oleh Osama bersama sejumlah anggota keluarganya. Beberapa anggota SEAL lain kemudian bergegas menaiki tangga untuk mengejar Osama. "Kami kurang lima langkah untuk sampai ke tingkat atas apabila saya terdengar bunyi tembakan. Ketika itu, saya tidak dapat melihat sama ada tembakan itu mengenai sasaran," kata Owen. Walaupun media AS melaporkan Osama bersenjata dan cuba melawan ketika dibunuh, askar itu berkata, ketua Al-Qaeda itu sebenarnya sudah tidak bernyawa apabila mereka berada di dalam bilik tidurnya. Menurut Owen, ketika Obama terbaring, dia dan beberapa komando lain melepaskan beberapa das tembakan lagi ke dada lelaki itu. Dalam bukunya, Osama dilaporkan memakai baju-T berwarna putih, seluar panjang bersama sehelai tunik. Semasa mereka merakamkan gambar jenazah Osama, dua pucuk senjata turut di temui di bilik tidur berkenaan tetapi kedua-duanya tidak berpeluru. "Dia (Osama) langsung tidak melakukan persediaan untuk mempertahankan diri. Lelaki ini langsung tiada niat mahu melawan walaupun selama beberapa dekad dia begitu gah mengarahkan pengikutnya supaya melakukan serangan berani mati," kata Owen. "Sepanjang saya berkhidmat dalam tentera, kami telah kerap kali menyaksikan penipuan seperti ini," tambahnya. Mengulas pendedahan memalukan itu, ketua Pusat Operasi Khas AS memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat sensitif ketenteraan. Dalam pada itu, sebuah laman web rasmi Al-Qaeda pada Jumaat lalu menyiarkan gambar dan nama komando SEAL yang bertanggungjawab menulis buku tersebut. Tindakan tersebut dilakukan selepas saluran berita AS, FoxNews.com mendedahkan identiti penulis sebagai Matt Bissonnette. Anggota komando SEAL itu yang kini berusia 36 tahun bersara selepas operasi membunuh Osama. - Agensi | ||
Berita Berkaitan Gambar Wanita Ditetak yang Tersebar di Internet Posted: 29 Aug 2012 07:00 PM PDT KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ. Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam. Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam. Ibu kepada dua cahaya mata yang pengsan selepas kejadian itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan. Saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, berkata kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja. "Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya. "Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan," katanya. Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, peragut berkenaan seterusnya bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa. "Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian," katanya. Menurutnya, peragut tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 sentimeter dan putus urat pergelangan tangan kiri. Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan. | ||
[Gambar] Wajah Wanita Amuk di Putrajaya Berjaya Dirakam Posted: 29 Aug 2012 05:42 PM PDT Gambar di atas menunjukkan Muhdalena Ahmad, 28, tidak memakai topeng ketika berada di Mahkamah Sesyen. Manakala gambar di bawah menunjukkan Muhdalena memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam.
Berita berkaitan di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan