Khamis, 30 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pesta Seks di ambang Merdeka - Dewan Pemuda PAS Bantah!

Posted: 30 Aug 2012 05:57 AM PDT

Negara Islam Malaysia ala Mahathir akan menyambut Ambang Merdeka malam ini dengan satu acara pesta seks!

Pesta bikini 'Wet and Mad Wednesday' yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan diadakan pada malam ini.

Penganjur mensyaratkan wanita berpakaian seksi termasuk pakaian renang. Nama pun Pesta binkini - mustahil ada yang datang pakai baju kebaya atau baju kurung!

Ha! ha! ha! bloggers mesra Umno tentu berebut-rebut nak rakam gambar untuk paparan blog masing-masing untuk hits!

Amat mustahil Unit Selamatkan Akidah Hasang Hancor tidak tahu mengenainya. Mustahil Ibrahim Katak dan balaci Perkosanya tidak tahu. Mustahil Zul Kulum juga tidak tahu....Harap-harap mereka semua ini pergilah jengok majlis tu.

Takkanlah buat maksiat macam tu korang biarkan nak tunggu sampai nak murtad baru nak kecuh?

Manalah tahu takut-takut ada pula Ummi Hafilda ambil bahagian, maka korang bolehlah tolong selamatkannya. Aku tak fikir Rosmah akan datang untuk merasmikannya. Dia wanita terhormat. kalau dia datang pakai bikini jatuhlah imej PM Najib. Lagi pula susah nak cari saiz untuknya. Kena pergi tempah khas ke Ostralia macam hari tu... Sekadar tak pakai tudung tak apa kankan?

Korang semua patut berasa malu dengan Nik Abduh Nik Aziz kerana dia mengecam program maksiat tersebut. Sekurang-kurangnya ada suara bantahan dari pihak DPPM. Baca di sini

Mana itu Pemuda Umno?

Di Malaysia Hakim boleh buat undang-undang ikut suka hati ...

Posted: 29 Aug 2012 11:00 PM PDT

Saya nak jadi Hakim, boleh?

Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaannya yang ke 55 menjelang malam ini. Tapi sistem perundangannya masih dalam tidak karuan.

Hakim di mahkamah Malaysia boleh buat undang-undang ikut suka hati masing-masing dan tidak payah ikut buku. Kalau macam itu, siapa-siapa pun boleh jadi hakim. Ha! 3 kali! Siapa nak jadi hakim sila angkat tangan!

Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggap sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak dan mereka yang disabitkan dengan jenayah mandatori dikenakan hukuman bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat." Lihat di sini

Ini menyebabkan bapa gadis 12 tahun yang dirogol oleh juruteknik Chuah Guan Jiu tidak berpuas hati kerana perogol anak gadisnya yang didapati bersalah itu hanya dikenakan ikat jamin RM25,000 dan berkelakuan baik 3 tahun. Kalau ikut buku sepatutnya paling minima kena 5 tahun penjara dan sebatan!

Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Chew - Dua Perogol kanak-kanak
bawah Umur - di
bebaskan daripada hukuman mandatori penjara

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata , "Mahkamah mengambil kira bahawa Chuah masih muda dan merupakan kesalahannya yang pertama.Kami juga mengambil kira hubungan seks tersebut atas kerelaan dan dia seorang pelajar yang tercicir dan demi masa depannya."

Beliau telah memfailkan rayuan menuntut keadilan berikutan keputusan Mahkamah Sesyen yang dilihat lebih bersimpati kepada pesalah.

Beliau berkata, Chuah, 22, telah memusnahkan masa depan anaknya yang masih kanak-kanak tetapi mahkamah tidak mengambil kira apabila mengenakan hukuman.

"Sebaliknya, mahkamah hanya mementingkan masa depan perogol itu dan dia kini bebas mencari mangsa gadis muda yang lain, " katanya.

Sebelum ini, bekas pemain bowling kebangsaan , Noor Afizal Azizan disabitkan kesalahan merogol seorang gadis 13 tahun juga telah dibebasklan dengan ikat jamin RM25, 000 untuk kelakuan baik. Ini juga mana ada ikut buku!

Dua keputusan mahkamah ini yang sepatutnya mengenakan hukuman penjara dan sebatan tetapi sebaliknya hanya dibound - over telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Korang jangan tunggu bila ada anak korang atau sedara mara korang jadi mangsa baru nak naik hangit!

Mahkamah lebih bersimpati kepada pesalah laku dan bukan mangsa yang telah dimusnahkan masa depannya.

Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua (kiri) berkata , hakim telah mengambil undang-undang ke dalam tangan mereka sendiri dan mengetepikan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

"Mereka mengabaikan apa yang dinyatakan dalam undang-undang, yang menyatakan hukuman penjara. Ini bukan tafsiran undang-undang, ia ditulis semula," kata ahli parlimen itu, menambah, " Hakim tidak mempunyai kuasa untuk menulis undang-undang mereka sendiri."

"Undang-undang boleh berubah, tetapi oleh institusi yang betul seperti Parlimen, dan bukan oleh badan kehakiman. Saya tidak faham mengapa penghakiman buat keputusan seperti itu.


Majlis Syura mesti mempunyai alasan yang kukuh jika mahu lepaskan Nasha begitu sahaja

Posted: 29 Aug 2012 05:30 PM PDT

Selepas Harun Taib kata Nasharudin masih relevan , kini lagi seorang Ahli Majlis Syura Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dilaporkan oleh Utusan Meloya kononnya mempertahankan Nasharudin Mat Isa.

Turut dilaporkan beberapa kenyataan daripada pemimpin Ulama lain yang kononnya menyokong Nasha. Anda boleh baca di bawah tajuk Nasharudin dapat sokongan

Licik sungguh permainan Utusan Meloya ini. Dia cuba memperlagakan pimpinan PAS dengan adu domba.Cuba baca pula laporannya dibawah tajuk Yang tak turut peraturan bye-bye - Nik Aziz

Aku pun tak tahu apa pasal depa ni semua rajin buat media statement kat akhbar pembohong ini. Mungkin sebab kalau laporan-laporan tersebut tidak betul, mereka boleh saman dan jadi orang kaya baru ....apa-apa pun nampak macam nak melariskan lagi penjualan akhbar Meloya ini!

Ironisnya, kesemua laporan itu menyentuh berkenaan isu Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS. nampak sayang benor depa kat Nasha...ambik pilah!

Nasha hanya diminta beri penjelasan – bukan diadili?

Tentunya kita semua masih ingat kenyataan Tuan Ibrahim, bahawa Nasharuddin akan dihadapkan ke Majlis Syura kerana kenyataan yang dibuatnya, Tuan Ibrahim berkata, bukan dibicarakan atau diadili, tetapi hanya meminta penjelasan lanjut sahaja.

Walaupun kenyataan tersebut nampak pelik – ya lah, buat apa nak dengar penjelasan kalau bukan untuk diadili betul tak?

Tapi saya kira kenyataan Tuan Ibrahim itu sudah memadai dan kita semua sepatutnya hanya perlu bersabarlah hingga Majlis Syura bersidang. Kita pun sudah tentu dapat menjangkakan keputusan Syura bila Tuan ibrahim keluarkan kenyataan pelik begitu.

Majlis Syura Ulama Pas akan bersidang pada 9 September ini.Maka Nasharudin sebagai ahli majlis perlu hadir untuk membuat penjelasan selanjutnya. Pastinya majlis Syuara selepas mendengar penjelasan Nasha akan mengangguk-angguk kepala dan kata , "Oh I see...jom baca tasbih kifarah, baca surah Wal-Asri – Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Tak sedarkah bahawa Majlis Syura hanya membuang masa sahaja kalau sekadar mahu dengar penjelasan Nasha tanpa mahu bertindak?

Belum buat penjelasan sudah buat keputusan?

Bukankah amat ganjil sekali, belum pun Nasharudin membuat apa-apa penjelasan, tiba-tiba beberapa ahli majlis sudah buat kenyataan terbuka di dada akhbar Utusan Meloya. Apa ni?

Maka apa perlunya mereka yang terlibat dengan mesyuarat tersebut terburu-buru membuat kenyataan terlebih awal?

Mahfodz dilaporkan sebagai berkata, tidak dinafikan sekiranya keputusan drastik diambil, kemungkinan besar ia boleh memberi kesan negatif kepada parti lebih-lebih lagi dalam usaha Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Tetapi apakah Nasha perlu dilepaskan bebas begitu sahaja tanpa tindakan disiplin parti selepas membuat kenyataan terbuka berentangan dengan pendirian parti?

Nasharudin yang telah memegang pelbagai jawatan penting iaitu daripada Setiausaha Agung Pas sehingga pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas seharusnya tahu peraturan parti dan menggunakan saluran betul dan bukan dibuat secara terbuka di media jika mahu menegur parti.

Nasha gagal sebagai pemimpin berwibawa

Perlu diperhatikan, bahawa tindak tanduk Nasha selepas kekalahannya dalam mempertahankan Jawatan Timbalan Presiden Parti , beliau gagal mempamerkan kewibawan dan jiwa besar yang diperlukan sebagai seorang pemimpin parti yang memperjuangkan agama. Jiwanya terlalu kometot bila dah kalah!

Apakah hanya dengan kedudukan sebagai Timbalan Presiden parti sahaja dia mampu memberikan komitmennya?

Semua orang tahu, selepas kekalahannya itu, PAS yang mahu menghargai kedudukan dan pengalaman luas berdasarkan pembabitannya dari usia muda dalam perjuangan parti , telah melantik beliau sebagai AJK pusat sebagai Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS tetapi tidak pernah hadir mesyuarat kerana kononnya telah menolak perlantikan tersebut.

Menolak amanah yang diberikan

Parti pun tidak boleh bertindak apa-apa kerana beliau menolak perlantikan tersebut. Apakah begini tingkah laku seorang pejuang Islam sejati – menolak amanah yang di berikan parti.

Apakah parti telah memberikan persetujuan kepadanya untuk mengenepikan amanah yang diserahkan oleh jemaah?

Mustapah Ali sebagai Setiausaha tidak pernah dedah pun selain menyatakan Nasha tidak pernah hadir sekali habuk pun walau pun janji nak datang....

Haji Mohamed Sabu pernah tersingkir dalam pemilihan tapi beliau terus komited dengan aktiviti parti.Inilah perbezaan jelas yang dapat kita lihat antara pejuang yang sejati berbanding Nasha yang bila tersingkir dari jawatannya terus jadi kometot dalam jemaah.

Amat mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa Nasha ni masih lagi ahli majlis Syura Ulama. Apakah dia pernah hadir dalam mesyuarat Majlis Ulama? Setahu saya dia pernah ponteng mesyuarat kerana menghadirkan diri bersama keluarganya untuk memberi sokongan moral kepada Hasan Ali kerana kena pecat dari daripada PAS dulu.

Atau adakah Nasha pernah menghadiri mesyuat Majlis Syura selepas itu atau apakah hanya sekali itu sahaja Majlis Syura bersidang? Banyak betul persoalan nih!

Bukan masalah bergambar dengan Najib

Para penyokong akar umbi bukan marahkan dia bergambar dengan PM Najib di Mekah.Sekadar bergambar tidak ada siapa yang nak marah.

Sebelum ini pun para penyokong akar umbi melihat Nasha dengan pemimpin kanan Umno/BN sewaktu walimatul-urus anak perempuannya sedikit masa dulu. Mereka tak marah walaupun ada pemimpin PAS yang turut hadir dalam majlis tersebut diberi layanan biasa saja dan tidaklah setimpal sebagaimana yang diberikan kepada pemimpin Umno/BN. Cer lihat gambar-gambar di sini

Itu hak Nasha sebagai tuan punya majlis. Tapi ini dapat memperlihatkan kepada kita semua mengenai sejauh mana keakraban Nasha dengan pemimpin PAS dan Umno/BN. Beliau lebih mesra Umno/BN. Ha! ha! ha!

Nasha sendiri pernah kata, "Hanya kerana kita bercakap dengan Umno, kita nak jadi Umno...Hanya kerana kita keluar suratkhabar Umno, kita nak jadi Umno...Kita harap politik kita lebih matang daripada itu .....(minit 2:24) di sini

Ha! ha! Hanya kerana bergambar korang jangan kata Nasha sudah Umno taw! ingat tu kalau tidak korang nampak tak matang acam Nasha!

Perlu lihat trek rekod dulu-dulu

Isu Nasha ini tidak harus dipandang ringan dengan hanya kepada bab kenyataan kontraversi yang baru ini sahaja. Majlis Syuara perlu jengok trek rekod dia yang dulu-dulu.

Tuan Guru Nik Aziz pernah meluahkan kata,"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," Baca di sini. Dia dimaafkan dan gambar dia mencium tangan Tuan Guru tersebar luas ...

Penyokong melihat dan menilai

Majlis Syura kini menjadi perhatian dan para penyokong akan menilai kewibawaannya dalam menghadapi isu Nasha kali ini. Majlis Syura mesti mempunyai alasan yang kukuh jika mahu lepaskan Nasha begitu sahaja kerana rekod Nasha nampak begitu comot sejak kekalahannya itu.

Walaupun memecat Nasha dari keahlian parti dilihat agak drastik , namun memberi amaran atau bahasa halusnya 'nasihat' dan memecat (menggugurkan) Nasha dari menjadi Majlis Syura sudah cukup lunak.


Nasha sudah jelas patut dikenakan tindakan di bawah Perlembagaan Parti FASAL 82 (1) (g) - gagal mengawal diri dengan melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebelum ini pernah mendesak Pas menyatakan pendirian sebenar parti berhubung sikap Karpal itu atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Tiada ulasan: