DUNIACACAMARBA |
- Gagal Cari Teman Wanita, Pemuda Cuba Rogol Nenek Sendiri
- Anak Yatim Berbuka dengan Bubur Sahaja di Majlis Pemuda UMNO?
- Khabar yang Menyesakkan Dada BN: Tiga Lagi Ahli Parlimen Akan Keluar BN
- Contoh Kebodohan Blogger Mesra UMNO Menyebarkan Fitnah
- Penyamun Diserang Sakit Jantung
- [Video] Kes Anwar Saman Utusan Berkaitan Homoseksual, Baca Transkrip Soal Jawab Peguam dengan Hassan Ali...
Gagal Cari Teman Wanita, Pemuda Cuba Rogol Nenek Sendiri Posted: 14 Aug 2012 05:17 AM PDT Seorang pemuda berusia 20 tahun cuba merogol neneknya selepas mengadu gagal memikat gadis untuk dijadikan teman wanita. Menurut DM, Samuel Dye didakwa memukul neneknya dengan tukul besi sebelum melancarkan serangan seksual. Sebelum bertindak ganas, Dye mengadu tentang kegagalannya mendapatkan teman wanita dan memberitahu neneknya bahawa dia akan "mendapatkan beberapa orang". Polis berkata, serangan ganas Dye itu berjaya dihentikan oleh bapanya selepas dia mendengar jeritan ibunya yang berusia 61 tahun. Dia mendapati anaknya itu sedang berada di atas ibunya dalam keadaan seluar yang sudah dilondehkan ke bawah. Terkejut dengan perkara yang berlaku, lelaki itu menarik anaknya dan menahan pemuda itu sementara menunggu kedatangan pihak polis. Serangan itu berlaku ketika Dye datang ke rumah neneknya di Chester, South Carolina, pada pukul 4 pagi Khamis lalu. Wanita itu memberitahu polis bahawa Dye ke rumahnya sambil memegang tukul besi di tangannya dan mula mengadu tentang kegagalannya memiliki teman wanita. Gila! -DCM P/s: Berahi sampai hilang kewarasan. | ||
Anak Yatim Berbuka dengan Bubur Sahaja di Majlis Pemuda UMNO? Posted: 14 Aug 2012 12:30 AM PDT Anak yatim berbuka puasa dengan bubur sahaja? Pemimpin Pemuda UMNO berbuka dengan hidangan yang mewah dan menyelerakan? Cerita berkaitan dengan majlis ini boleh dibaca di laman ini. Gambar-gambar lain: Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka) Meja untuk VIP (sebelum berbuka) Meja Anak Yatim (Nak berbuka)
P/s: Persoalannya, adakah benar anak yatim hanya dihidangkan bubur dan air mineral? Jika tidak benar, media UMNO perlu menyiarkan gambar anak-anak yatim ini diberi hidangan yang sama seperti dijamah oleh pemimpin UMNO yang lain. Jika benar dakwaan gambar, tidak tahulah nak kata apa!!! | ||
Khabar yang Menyesakkan Dada BN: Tiga Lagi Ahli Parlimen Akan Keluar BN Posted: 13 Aug 2012 09:56 PM PDT [KD] BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu. Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi. "Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. "Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily. Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. "Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti . "Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya. Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan. Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan hari ini. Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan. Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS. | ||
Contoh Kebodohan Blogger Mesra UMNO Menyebarkan Fitnah Posted: 13 Aug 2012 08:11 PM PDT Blog mesra UMNO sedang menyebar cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh paderi gay ke majlis resepsinya baru-baru ini. Untuk menguatkan dakwaan itu, mereka menyiarkan gambar kad jemputan kononnya milik pasangan gay itu yang tertera nama DSAI. Melalui kad itu, mereka cuba menggambarkan bahawa paderi gay itu menjemput DSAI atas dasar kononnya DSAI menyokong amalan lesbian dan homoseksual di negara ini. Mungkin juga untuk menguatkan dakwaan fitnah kes liwat sebelum ini dan sudah tentu untuk meracun orang Melayu agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Macam lahanat. Blog yang mana? Cuba baca di sini. Cerita majlis resepsi paderi gay itu di sini. Logiknya, kalau kad itu untuk DSAI, bagaimana kad itu ada pada mereka? Sudah tentulah kad itu ada pada DSAI. | ||
Penyamun Diserang Sakit Jantung Posted: 13 Aug 2012 07:22 PM PDT [Bernama] SUNGAI PETANI- Seorang lelaki mati dipercayai akibat serangan jantung selepas menyamun wang tunai RM20,000 daripada seorang warga emas di Taman Orkid, Sungai Layar, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, suspek berusia 46 tahun mati selepas terjatuh secara tiba-tiba dari motosikalnya. Sebelum itu, suspek dan tiga rakannya yang menaiki dua motosikal mengekori mangsa, Yeoh Ah Seng, 66, dari sebuah bank di Taman Pekan Baru di sini. Menurut Yeoh, selepas mengeluarkan wang dia yang tidak menyedari diekori, memasukkan duit terbabit dalam kocek seluar dan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal ke Taman Orkid. Bagaimanapun, katanya semasa tiba di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal cuba memintasnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang meminta dia memberhentikan kenderaan. "Mereka kemudian telah mengoyakkan kocek seluar saya dan merampas duit RM20,000. Dalam keadaan kelam-kabut, saya cuba bergelut dan berjaya melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk menyembunyikan diri," katanya. Yeoh berkata ketika berlindung di dalam kawasan pagar sebuah rumah, dia ternampak seorang suspek terjatuh ke atas jalan raya. "Tiga lagi rakannya cuba menarik dan memanggil tetapi tidak dijawab. Mereka kemudian terus melarikan diri ke arah Sungai Layar," katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda DSP Rickey Tey berkata suspek meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai terjatuh. Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. | ||
Posted: 13 Aug 2012 05:40 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual. Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan". Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan: Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual? Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk? Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu? Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam? Hasan: Ya, tidak ada. Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan? Hasan: Ya setuju. Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual? Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya). Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu? Hasan: Ya! Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan. Hasan: Saya tak setuju! Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah. Hasan: Saya tak pasti. Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju? Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan. P/s: Itu fitnah di surat khabar. Cuba tonton video Hasan Ali menuduh isteri Azmin Ali tidur dengan lelaki lain di bawah ini. Agak-agaknya, orang jenis apa Si Hasan Ali ini? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan