DIALOG RAKYAT |
- Lagi cerdik pandai sertai DAP
- UMNO tak faham demokrasi
- Pakatan jamin bela hak Melayu dan kaum lain – Anwar
- Pakatan komited mahu tadbir negara, BN pula caca marba
- FB Pemuda Umno Malaysia, AMK desak SKMM, Polis Tidak ‘Double Standard’
- Umno Pamer Politik Terdesak Ugut Sengketa Agama Dan Etnik
- Air Percuma Mentari Court : Penduduk Dinasihat Desak JMB Sertai Program Lapor Dan Dapat
- [BERGAMBAR] Pasaraya MYDIN Kota Bharu Terbakar
- PANAS Lamanweb 1Malaysia Kena Hacked Lagi
- Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering
- Mat Sabu: Saya memang ada lawat Tun Ghafar ketika sakit
- Akhbar Singapura gesa Najib segerakan pilihan raya
- DAP sentiasa menentang lompat parti, kata Lim Guan Eng
- Sanggupkah lihat Anwar bersara?
- Akhbar British pecat kolumnis pro-Israel atas hubungan dengan Malaysia
- Hudud: PAS memaknakan ‘muwajahah silmiyah’
- Polemik hudud tidak akan cetus Islamofobia, Pas sangkal Abim
- Karpal kemuka 'bukti' kenyataan Dr M
- Siling Kompleks JPJ Indera Mahkota Bocor ... Ada Makna Tu...
- Daniyar Diseludup Masuk Atau Memang Bersembunyi Di Malaysia?
- Proses migrasi dipercepat jika air di bawah negeri
- Himpunan bantah guna sianida di Raub 2 Sept
- Nasharudin: Majlis Syura bincang dalam agenda lain2 hal
- Khalid Samad: Isu Nasharudin dan Karpal
- Nur Suryani pilih bersalin di PPUM
Posted: 27 Aug 2012 12:43 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Penganalisis politik terkemuka, Dr Ong Kian Ming hari ini mengumumkan keputusan beliau untuk menyertai DAP. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat kebangsaan DAP, beliau berkata bahawa pilihannya untuk menyertai DAP adalah berdasarkan perjuangan parti tersebut yang selaras dengan kepercayaan politiknya. Kian Ming yang juga merupakan pengarah Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), sudah masanya saya meninggalkan bidang penyelidikan untuk membantu serta menyertai politik secara langsung bagi membawa perubahan kepada Malaysia. "Saya amat teruja dan berpandangan jauh untuk membawa perubahan dengan cara saya, walaupun dalam konteks yang kecil tetapi ia akan memberikan perubahan yang positif kepada negara dan DAP adalah sebahagian daripada perubahan itu,"ujar beliau lagi. Ong Kian Ming memperolehi ijazah doktor falsafah dalam jurusan Sains Politik dari Universiti Duke pada tahun 2004 sehingga 2010. Beliau juga sekarang bertugas sebagai pensyarah dan penganalisis politik di Universiti UCSI, di Kuala Lumpur. Selain Kian Ming, DAP turut menerima kemasukan sarjana lulusan Cambridge, Yeo Bee Yin yang kini sedang bergiat cergas membantu parti tersebut dalam strategi media sosial. Menurut Bee Yin, walaupun beliau masih muda, beliau yakin dapat memberikan kelainan dan melakukan perubahan terhadap Malaysia. "Saya tidak hanya mahu menjadi pemerhati terhadap negara saya sendiri tetapi saya juga mahu menjadi salah seorang daripada mereka yang melakar sejarah untuk menjadikan Malaysia lebih baik," ujar Bee Yin lagi. Bee Yin merupakan pelajar terbaik pada tahun 2006 dan siswazah Kelas Pertama dalam bidang Kejuteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau juga merupakan salah seorang penerima Biasiswa yang berprestij daripada Gates Cambrige. – Roketkini.com | ||
Posted: 27 Aug 2012 12:38 AM PDT Oleh : Adil Mat Selamat Perbezaan pendapat tentang isu hudud, Negara Islam, hutang PTPTN dan termasuk juga isu tentang undang-undang lompat parti didalam gabungan Pakatan Rakyat dilihat oleh elit-elit politik UMNO sebagai 'kecelaruan' dasar parit-parti dalam Pakatan Rakyat. Keadaan ini bukanlah pelik bagi kita kerana, orang-orang yang tidak memahami sudut dan demensi demokrasi akan melihat perbezaan pendapat ini sebagai satu 'perpecahan' atau 'ketidak sefahaman'. Inilah masalah asas bagi mereka yang duduk dalam satu sistem dari warisan feudal. Dalam sistem feudal, tidak ada istillah 'soal' dan 'rundingan'. Yang berkuasa mencadangkan pilihan, dan mereka jualah yang membuat keputusan. Tidak ada perbincangan, pertukaran pendapat, kritikan, nasihat, analisis dan maklum balas dalam sesuatu hal yang diputuskan dalam sistem feudal. Pendek kata, tuan tanah boleh berbuat semahunya dan pekerjanya (ahli) hanya perlu menurut dan mengangguk sahaja. Hasil dan kejayaan dari setiap keputusan yang dibuat akan dijadikan sebagai suatu kejayaan bagi tuannya. Tetapi sesuatu kegagalan itu terjadi, maka ahli-ahliny akan dipersalahkan. Inilah feudalisme. Maka, bagi UMNO yang mewarisi budaya feudal ini, memang mustahillah bagi elit-elit politik mereka untuk menerima perbezaan pendapat sebagai suatu fitrah yang positif dalam dunia yang serba moden tamadunnya. Pemikiran golongan warisan feudal Jika kita menelek kenyataan Dato' Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berhubung isu cadangan DAP untuk penggubalan undang-undang lompat parti sebagai 'tidak sehaluan' dengan parti-parti dalam PR iaitu PKR dan PAS, tidaklah menghairankan. Kata Saifuddin, " pemimpin DAP seperti Pengerusinya Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan undang-undang berkenaan, sedangkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya." Perbezaan pendapat dalam apa jua isu, baik soal dasar, perlaksanaan dan pendekatan merupakan asas penting dalam memastikan setiap isu dibahas dan dinilai dengan halus sevukup-cukupnya. Ini pastinya untuk memastikan suara semua pihak mempunyai peranan. Di peringkat ahkir membuat keputusan, pastinya semua pihak akan mudah menerimanya kerana mereka yang terlibat mendapat peranan dalam proses tersebut. Demokrasi budaya baru Dalam budaya demokrasi yang sihat, sesiapa jua boleh mencadangkan, sesiapa jua boleh memberi justifikasi dan sesiapa jua boleh membantah, namun pada akhirnya, setiap cadangan perlu melalui proses perbahasan. Inilah yang sedang diamalkan dalam PR dan inilah juga budaya yang tidak ada didalam UMNO. Demokrasi bukan sekadar 'undi' dan nombor (jumlah) tetapi demokrasi juga adalah budaya yang penuh dengan kepelbagaian dan perbezaan, dan yang menjadikan ianya menarik adalah setiap suara boleh didengar dan setiap keluhan akan terjawab. Malah lebih menakjudbkan lagi, apa jua perbezaan pendirian atau keinginan, kita masih boleh duduk bersama, mencari titik persamaan dalam perjuangan dan bergabung membentuk satu arus baru politik Malaysia, inilah yang tidak dapat difahami oleh mereka yang mewarisi mentaliti feudal. Jika UMNO mahu tahu beza BN dengan PR, maka silalah berlapang dada menerima hakikat bahawa UMNO dan BN sudah ketinggalan zaman dan tidak releven. Jika kenyataan ini mampu diterima, maka pastinya masa depan Malaysia, akan lebih menjanjikan .roketkini.com | ||
Pakatan jamin bela hak Melayu dan kaum lain – Anwar Posted: 27 Aug 2012 12:32 AM PDT (Oleh Aedi Asri) BAGAN SERAI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, hak keistimewaan orang Melayu dan lain-lain kaum akan terjamin jika Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Katanya, antara tawaran Pakatan jika menang pilihan raya termasuk menurunkan harga minyak dan kereta serta membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ketua Umum KEADILAN itu berkata, rakyat tidak bodoh untuk terus percaya dakwaan Umno BN bahawa negara akan bankrap jika ditadbir Pakatan. "Rakyat tak bodoh…(Menurut Umno BN) negara akan bankrap (sedangkan) kita bagi fakta," katanya merujuk tawaran berkenaan ketika berucap pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di sini, malam tadi di hadapan kira-kira 4,000 hadirin. Anwar berkata, semua golongan akan mendapat keuntungan daripada tawaran tersebut, terutama rakyat miskin dan kebanyakannya Melayu. Beliau turut menyangkal tohmahan sesetengah pihak mengatakan nasib orang Melayu tidak akan terbela di bawah pentadbiran Pakatan. Menurutnya, KEADILAN, PAS dan DAP bersetuju memberi jaminan untuk terus membela Melayu dan pada masa sama hak kaum lain sebagai warganegara yang sah. "(Ini kerana) Malaysia tidak akan selamat kalau orang Melayu (sebagai kaum majoriti) tersisih dan tidak kuat," kata Anwar lagi. Jelasnya, orang Melayu tidak mendapat pembelaan sebenar di bawah pemerintahan Umno BN yang hanya mengkayakan keluarga dan kroni. Beliau memberi contoh skandal RM250 juta National Feedlot Corportaion (NFC) melibatkan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan terbaru, kontrak membekal bahan api selama enam bulan untuk pesawat MAS yang diberi kepada Petron, milik Mirzan Mahathir. "Ahli-ahli Umno yang bawah dapat apa? Itupun ahli masih lagi (melaungkan) 'Hidup Melayu'," kata Anwar sinis. 29 Jun lalu, Petron dan MAS menandatangani perjanjian bagi membeli dan membekal bahan api untuk pesawat Airbus A380 selama enam bulan berkuatkuasa 1 Julai lalu. Selain Anwar, turut berucap adalah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty; Ketua Biro Latihan , Mustaffa Kamil Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, V Sivakumar. Anwar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin dan Alphonse Arulandu di atas sumbangan mereka kepada Pakatan Rakyat. | ||
Pakatan komited mahu tadbir negara, BN pula caca marba Posted: 27 Aug 2012 12:20 AM PDT Oleh Aisya Geoffrey KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad bertegas, Pakatan Rakyat (Pakatan) secara kolektif komited membentuk Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum akan datang walaupun pelbagai halangan oleh Umno BN. Beliau menempelak kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya Pakatan hanya bersifat sementara dan tidak akan bertahan lama kerana mempunyai agenda berbeza. "Mereka (BN) tak faham, setiap parti dalam Pakatan ada ideologi tersendiri tapi kita ada komitmen bersama untuk mentadbir negara," katanya. "Tak seperti BN yang lagi caca merba, tidak ada kesefahaman, seperti dalam isu hudud dan hanya mahu kuasa," tempelak Nik Nazmi lagi. Beliau turut membidas Menteri Pertahanan itu kerana mengatakan Pakatan belum menunaikan 85 peratus manisfesto mereka. Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia menyarankan Menteri Pertahanan itu membaca semula dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga sebelum membuat tuduhan melulu. "Zahid kena baca balik dasar kita, bukan setakat telah ditunaikan malahan Kerajaan Pusat sendiri beberapa kali meniru dasar yang ada dalam Buku Jingga," katanya ketika dihubungi. "Contoh seperti cuti bersalin tiga bulan yang mula-mula dilaksanakan di Selangor, kemudian Kerajaan Pusat mengumumkan langkah sama," kata beliau. "Di Selangor sahaja, kerajaan negeri telah membuktikan banyak komitmen kepada warga emas, anak kecil, air percuma dan mikrokredit kepada rakyatnya," jelasnya. Terbaru, Nik Nazmi berkata, sebanyak 25 peratus potongan cukai pintu pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim Jun lalu. "Ini jelas menunjukkan tuduhan Zahid itu tidak benar sama sekali dan ia hanyalah tuduhan yang 'cerdik' dari Zahid," kata Nik Nazmi. | ||
FB Pemuda Umno Malaysia, AMK desak SKMM, Polis Tidak ‘Double Standard’ Posted: 27 Aug 2012 12:11 AM PDT SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan bebas berhubung isu kewujudan Facebook 'Pemuda Umno Malaysia'. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ia perlu dilakukan secara bebas dan terperinci bukannya 'double standard' seperti sebelum ini, di mana jika perkara itu membabitkan pihak Pakatan Rakyat siasatan akan dilakukan segera. Sebelum ini, laman sosial itu mengundang kontroversi apabila Pemuda Umno Pusat membuat laporan polis selepas terdapat sebaran mesej iaitu mengundi Pakatan Rakyat bermakna memberi sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan. "Kedua-dua badan itu bukan sekadar perlu menyiasat sama ada akaun itu palsu atau tidak tetapi juga menyiasat sama ada ia sengaja dilakukan oleh pihak tertentu. "Oleh kerana ia sudah menjadi suatu kesalahan jenayah yang berbau hasutan, maka perlu mereka mengambil tindakan tegas," katanya ketika dihubungi. Shamsul menambah, hal terbabit adalah satu perkara yang dijangkakan akan berlaku selepas pindaan Seksyen 114 A Akta Keterangan 1950. "Sebab itu kita menentang akta itu dari awal lagi, bagaimanapun Ahli-ahli Parlimen daripada Umno-BN bersungguh-sungguh untuk melaksanakan undang-undang ini tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. "Jelas sekarang mangsa pertama ialah Pemuda Umno sendiri dan perkara yang agak malang apabila SKMM dan polis tidak menyiasat perkara ini. "Saya berharap polis tidak 'double standard' dan menyiasat perkara ini dengan sebetulnya jika benar Pemuda Umno tidak bersalah dan tidak tahu menahu tentang kewujudan akaun ini," katanya. | ||
Umno Pamer Politik Terdesak Ugut Sengketa Agama Dan Etnik Posted: 27 Aug 2012 12:10 AM PDT SHAH ALAM : Umno-BN semakin terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga sanggup menggunakan taktik keji mengugut dan menghasut persengketaan agama dan etnik. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenytaan medianya menyebut usaha tersebut jelas dilakukan media kawalan Umno-BN secara berterusan dengan memainkan isu hudud dan negara Islam. "Tidak kira bagaimana isu diputar media Umno, Pakatan Rakyat (PR) kekal komited kepada prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan disamping menjamin kebebasan agama-agama lain. "Dasar PR dan Buku Jingga juga kekal sebagai kenyataan yang jelas tentang dasar dan prinsip-prinsip tadbir urus kami dalam menuntut perubahan meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan memeriksa peningkatan kos hidup yang membebankan rakyat," jelasnya. Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menambah, PKR juga menghormati pandangan yang berbeza dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR dalam hal syariah, hudud, dan negara Islam. "Dalam hal ini, PR akan terus dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan sejagat, urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelusan dan daya saing untuk mencapai kebaikan untuk rakyat. "Saya percaya bahawa maqasid al syariah (objektif lebih tinggi Syariah) adalah prinsip penting urus tadbir dan tidak berlawanan dengan ajaran demokrasi," ujarnya lagi. Jesteru, beliau menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan politik terdesak dan ugutan Umno-BN. "Letakkan kepercayaan kita dalam kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai keadaan ini dan membuat pilihan bebas mereka," kata beliau. | ||
Air Percuma Mentari Court : Penduduk Dinasihat Desak JMB Sertai Program Lapor Dan Dapat Posted: 27 Aug 2012 12:08 AM PDT SHAH ALAM : Penduduk di Pangsapuri Mentari Court di Petaling Jaya dinasihat mendesak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Management Corporation (MC) supaya cepat menyertai Program Lapor Dan Dapat bagi mendapatkan 20 meter padu air percuma. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata ia boleh dilakukan dengan mengisi borang yang khas yang disediakan. "Ia hanya memerlukan seorang AJK JMB atau MC pergi ke pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengisi borang tersebut yang hanya mengambil masa 10 minit," kata Iskandar dalam kenyataan medianya. Ujar beliau, dalam kes Pangsapuri Mentari Court itu, proses migrasi adalah di peringkat akhir. "Sebarang ketidakpuasan hati perlulah ditujukan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). "Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dipercepatkan," katanya. Beliau berkata, sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan. "Kerajaan Negeri buat masa ini tidak akan membayar tunggakkan kepada mereka yang tidak mendapat air percuma. Perkara itu saya jelaskan semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mac lepas," katanya. Jelas beliau lagi, pada awalnya Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan. Tetapi setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas bersetuju agar peratus ini dikurangkan. Dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membenarkan dua sistem di dalam sebuah pangsapuri. Iaitu, satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu. Ini bermakna bagi pemilik yang tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu. Sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma. Kerajaan Negeri juga melaksanakan dua program iaitu Program Kupon Air dan Program Lapor Dan Dapat untuk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma. Program Kupon Air ini terlalu rumit dan digantikan dengan Program Lapor Dan Dapat pada bulan Mac tahun ini. "Setelah dilaksanakan Program Lapor Dan Dapat, hanya 12 pangsapuri kos rendah yang belum mendapat air percuma 20 meter padu. "Selepas ini, Program Lapor Dan Dapat ini akan diperluaskan ke pangsapuri kos sederhana seperti Mentari Court yang menjadi tumpuan media sekarang," katanya. | ||
[BERGAMBAR] Pasaraya MYDIN Kota Bharu Terbakar Posted: 27 Aug 2012 12:02 AM PDT KELAB GREENBOC Mydin rugi RM150,000 pasar raya terbakar Kota Bharu: Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan Pasaraya Borong Mydin di Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami kerugian RM150,000. Gambar: Kesan kebakaran Pasaraya Mydin di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu awal pagi semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana gedung berkenaan hanya beroperasi sehingga jam 11 malam saja. Kios makanan dan minuman turut musnah. Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kios menjual makanan dan minuman ringan yang terletak di tepi pintu masuk pasar raya berkenaan. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang bertugas pada jam 2.52 pagi. Katanya sebaik menerima panggilan, enam jentera dan 28 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kota Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 2.57 pagi. "Ketika sampai di tempat kejadian api sedang marak di bahagian kios menjual makanan dan minuman serta tempat menyimpan barang pelanggan pasar raya berkenaan," katanya. Ambil masa 40 minit untuk memadamkan api Katanya, dengan bantuan lapan Bomba Sukarelawan Balai Kota Bharu, sembilan anggota polis, enam kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), api berjaya dikawal jam 3.09 pagi dan padam sepenuhnya 40 minit kemudian. "Unit forensik masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kebakaran yang berlaku ke atas pasar raya yang dirasmikan pada 2002, kali kedua selepas satu kebakaran besar yang memusnahkan bangunan tiga tingkat di Jalan Parit Dalam, di sini. Sementara itu, Pengurus Mydin cawangan Kelantan, R Naidu berkata, ketika kejadian beliau mendapat panggilan daripada pihak bomba pada jam 2.40 pagi bahawa penggera keselamatan pasar raya berkenaan berbunyi. | ||
PANAS Lamanweb 1Malaysia Kena Hacked Lagi Posted: 27 Aug 2012 12:00 AM PDT KELAB GREENBOC Paparan di folder "uploadslamanweb 1malaysia.com.my sekitar jam 8.00 pagi tadi. Lamanweb 1malaysia.com.my nampaknya gagal mempertahankan ciri keselamatannya setelah hacker mampu untuk menerobos masuk dan memuatnaik sebuah imej seperti di atas. Ia dipercayai berlaku pada hujung minggu lalu dan dilakukan oleh hacker yang menamakan dirinya TORTOROPS, dipercayai dari negara jiran Indonesia. Kenyataan yang dipaparkan mendakwa tarian "tor tor" adalah kepunyaan Indonesia dan mengkritik Malaysia kerana dikatan "mencuri" tarian tersebut dari negara mereka. Ini bukanlah kali pertama lamanweb 1malaysia.com.my diceroboh. Pada awal tahun lalu, lamanweb yang sama telah dicerobohi beberapa kali. Berikut ialah kenyataannya:
| ||
Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering Posted: 26 Aug 2012 11:53 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE TEMERLOH- Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pandai menguruskan bekalan air, media yang agak bebas melaporkan masalah bekalan air sedang melanda negeri BN. Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu Pahang menghadapi masalah air. Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan kerajaan negeri Selangor untuk hadapi krisis air. Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi masalah air. Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya Aidil Fitri. Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di hari raya. Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa ketiadaan air ini. Media Umno selalu sahaja memaparkan kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Kedah tidak pandai menguruskan air di negeri masing-masing. Padahal apa yang dibangkitkan tidak ada pun bahkan sekadar reka-rekaan semata-mata dan bukan isu. Di Selangor misalnya, kerajaan negeri mendakwa amaran Syabas untuk mencatu air di negeri itu hanya retorik politik untuk menekan kerajaan negeri dan menggusarkan rakyat Selangor. Padahal air di empangan penuh bahkan melimpah apabila hujan turun. Semuanya bertujuan mahu menekan kerajaan negeri agar meluluskan projek Langat 2. Bagi kerajaan negeri Selangor, mereka keberatan untuk meluluskan projek ini kerana kosnya terlalu tinggi dan tidak wajar. Ia hanya bertujuan untuk mengisi tokoh-tokoh korporat kroni BN sahaja. "Ia akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan nanti. Ini akan menyusahkan rakyat," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi penulis blog Cucu Mat Kilau (CMK), cerita ketiadaan air ini memalukan. "Inikah yg dikatakan masyarakat 'Janji ditepati'?" soal beliau dalam blognya. "Hari ni eksklusif keluar di Sinar Harian Pahang. Mana PM?... Kelantan dan Selangor dikatakan tidak pandai mengurus air.. Tapi di Pahang lebih teruk rupanya.. Hampir 40 tahun masa lah berlaku... kasihan mereka yg teraniaya," tulis beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian itu. Lebih memalukan JBA Pahang baru dikorporatkan awal tahun ini.. sekarang dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), tapi servis makin HANCUR dan cukup mengecewakan, tulisnya lagi. -Harakahdaily | ||
Mat Sabu: Saya memang ada lawat Tun Ghafar ketika sakit Posted: 26 Aug 2012 11:47 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok. "Saya menziarah Allahyarham (Tun Ghafar) di rumahnya di Damansara berhampiran dengan bangunan Parlimen beberapa tahun lalu dan ditemani oleh sahabat saya, bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Subky Abdul Latif. "Ketika itu, tidak ada sesiapa di rumah kecuali isteri kedua Allahyarham, Toh Puan Dayang Heryati Abdul Rahim," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan anak Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar yang menafikan dakwaan Mohamad ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk. Tambah Mohamad, lawatan tersebut sekadar lawatan biasa kerana Allahyarham Tun Ghafar merupakan seorang negarawan dan pernah bersama-bersama beliau di Parlimen. "Walaupun kami berbeza parti tetapi kami mempunyai hubungan yang baik," jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen. Ketika diminta mengulas desakan ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar yang mahu beliau menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. "Kali ini saya perlu berhati-hati sebelum mengulas apa-apa dan saya perlu meneliti kembali rakaman ucapan saya. "Saya kena tengok dulu macam mana saya kata dan perkataan yang saya gunakan, mungkin ada perkataan 'dan' ke, ataupun 'koma', itu perlu diteliti," tegas beliau, yang dipercayai merujuk kepada kontroversi berkenaan kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong. Kes berkaitan sedang didengar di Butterworth. Kenyataan terbaru didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'. Semalam, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.-sinarharian.com | ||
Akhbar Singapura gesa Najib segerakan pilihan raya Posted: 26 Aug 2012 11:38 PM PDT THE MALAYSIANINSIDER KUALA LUMPUR — Akhbar Singapura, Business Times (BT) hari ini berkata ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 5.4 peratus bagi suku kedua tahun ini namun ia adalah kerana ditampung oleh perbelanjaan domestik, yang mana berkemungkinan tidak akan mampu bertahan selagi pilihan raya tidak dijalankan dalam masa terdekat. Akhbar perniagaan itu menjelaskan pemegang kuasa ketiga ekonomi di rantau Asia Tenggara itu telah menewaskan jiran-jiran terdekatnya dalam tempoh suku kedua, namun perkembangan itu adalah disebabkan permintaan domestik yang melambung 13.8 peratus berbanding 9.7 peratus sejak tiga bulan pertama tahun ini. Malah, ia turut berkata dengan perbelanjaan pelaburan meningkat kepada 26.1 peratus daripada 16.1 peratus bagi suku pertama dan perbelanjaan kerajaan meningkat 9.4 peratus berbanding 7.3 peratus sebelumnya, peningkatan eksport akan menjadi perlahan, menurun tiga peratus pada suku sebelumnya, dan kini berada pada kadar 2.1 peratus. "Pemberian-pemberian kerajaan dan pengukuhan perbelanjaan pelaburan di bawah ETP telah membantu merancakkan ekonomi," kata akhbar berkenaan dalam ruangan Malaysia Insight, merujuk kepada pelbagai program bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan pembaharuan polisi ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Setiap sektor diberikan manfaat dalam program "pemberian" Najib, kata akhbar tersebut, dan rakyat turut berbelanja. Namun akhbar itu juga turut memberikan amaran kepada Najib bahawa beliau telah mengambil "risiko dan agensi penarafan mula mencengkam lehernya." Turut difahamkan Bank Negara turut menjangkakan permintaan domestik yang kukuh untuk memacu ekonomi negara walaupun "risiko-risiko kerugian datang daripada pembangunan luar kekal". Akhbar itu turut mencadangkan agar Najib segera melaksanakan pilihan raya daripada menunggu mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang akan tamat April depan. "Rakyat semakin bosan dengan politik yang berlarutan. "Perdana menteri juga tidak perlu tangguh lagi dan segera melaksanakan pilihan raya," katanyayang turut merasakan ekonomi Malaysia mungkin tidak akan berkembang sehingga tahun hadapan. | ||
DAP sentiasa menentang lompat parti, kata Lim Guan Eng Posted: 26 Aug 2012 11:35 PM PDT KUALA LUMPUR — Lim Guan Eng hari ini membidas kritikan terhadap DAP memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti di Pulau Pinang, dengan berkata parti tersebut sentiasa menentang pembelotan untuk mendapat kuasa politik. Setiausaha agung DAP (foto fail) itu menerangkan situasi percubaan Pakatan Rakyat (PR) pada 16 September, pada tahun 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengatakan Barisan Nasional (BN) akan jatuh melalui pelompatan parti ke PR, tetapi menurut beliau, DAP menentang cara ini untuk mendapat kuasa. "Cadangan ini adalah dari Anwar, bila beliau mencadangkan tentang ini, DAP mempunyai pendirian berbeza. "Semua orang boleh lompat parti tapi adalah penting untuk mempunyai mandat baru," katanya lagi. Peristiwa 16 September itu telah terus menghantui pakatan pembangkang, dan dibangkitkan sekali lagi apabila pentadbiran Lim di Pulau Pinang mencadangkan undang-undang anti lompat parti. Lim mengulangi pendirian kerajaannya bahawa cadangan itu tidak akan menghalang hak individu untuk berpersatuan di bawah Artikel 10 perlembagaan persekutuan kerana tidak menghalang orang menyertai parti lain. Apa yang lebih penting, katanya adalah untuk mengangkat hak demokratik pengundi dengan membenarkan pemilih untuk memilih wakil sama ada ahli parlimen atau dewan undangan negeri yang menukar parti. Ahli parlimen Bagan mempersoal penolakan BN terhadap undang-undang anti lompat parti, dengan berkata parti pemerintah masih mahu membeli wakil rakyat demi mendapatkan kuasa jika perlu. Lim sekali lagi berkata tentang kes di Perak, bila pertukaran kerajaan berlaku pada 2009 dari PR ke BN bila dua ahli dewan undangan negeri PKR dan seorang dari DAP meninggalkan parti mereka untuk menjadi ahli dewan undangan negeri bebas yang menyokong BN. "Kenapa BN enggan menerima undang-undang ini? Adakah mereka masih mahu membeli wakil lagi?" katanya lagi. Cadangan DAP di Pulau Pinang telah menerima kritikan terutamanya dari presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan berkata parti itu hanya mendiamkan diri apabila PR mengalu-alukan pembelot dari BN ke PR. Kes terbaru ialah dua ahli parlimen Sabah — Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin — yang meninggalkan jawatan mereka dari BN ke pergerakan pro PR di negeri Malaysia Timur itu. Lim menegaskan DAP tidak ada membuat sebarang kenyataan terhadap dua wakil itu, tetapi menegaskan parti itu menentang lompat parti yang tidak ada pemilihan semula. "Kami tidak ada komen tentang keputusan mereka. Kami cuma kata adalah perlu untuk ada undang-undang anti lompat parti. "Dengan meninggalkan BN, ini menunjukkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap perdana menteri dan ketua menteri, tapi kami rasa adalah perlu untuk ada undang-undang anti-lompat parti," katanya lagi. Ditanya cadangan DAP ini akan diadakan di semua negeri-negeri diperintah PR, Lim menjawab "Biar kita mulakan di Pulau Pinang dahulu. Biar ini jadi langkah pertama". Beliau berkata cadangan DAP di Pulau Pinang kemudian dibincangkan pada mesyuarat exco akan datang. | ||
Sanggupkah lihat Anwar bersara? Posted: 26 Aug 2012 11:29 PM PDT Shahbudin Husin Sudah dua kali Anwar Ibrahim mengulangi hasratnya untuk bersara selepas pilihanraya umum ke 13 ini sekiranya PR gagal menawan Putrajaya. Tetapi hasrat untuk bersara itu hukan kerana kecewa, sebaliknya untuk memberi ruang kepada pemimpin muda pula mengambil alih peranan meneruskan perubahan yang telah dicetuskannya sejak 1998 lagi. Anwar menegaskan bahawa beliau akan kembali ke dunia akademik selepas itu. Sebelum menyertai UMNO, Anwar pernah menubuhkan Yayasan Anda dan selepas dibebaskan dari penjara, beliau menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Jika PR gagal dalam PRU 13 ini, Anwar akan menyerahkan kepada generasi pelapis mengambil alih peranannya dan beliau ingin kembali menjadi pensyarah semula. Selain faktor usia, hasratnya menyerahkan baton kepada pemimpin muda adalah sesuatu yang harus dipuji. Soalnya adakah kita rakyat Malaysia sanggup melihat Anwar bersara dan membiarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai Perdana Menteri? Sejak berbalah dengan Mahathir dan kemudian dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 serta diaibkan dengan pelbagai tuduhan, hakikatnya Anwar telah berjaya mencetuskan gelombang kesedaran dan perubahan di kalangan rakyat. Sejak pemecatannya, pelbagai kesedaran baru muncul dalam politik rakyat di negara ini dan ia dikaitkan pula dengan kesedaran dalam sistem ekonomi, sosial dan sebagainya. Jika tidak kerana Anwar dipecat, kesedaran rakyat mungkin tidak berlaku seperti sekarang. Sebagaimana besarnya perubahan yang dicetuskannya Anwar, sengsara yang diterimanya juga bukan kepalang. Mahathir yang memecatnya sehingga ini masih tidak dapat tidur lena kerana perubahan yang dicetuskan sejak 1998 itu mungkin pula memusnahkan legasi dan kemewahan anak-anaknya yang dibina sejak 22 tahun dahulu. Oleh kerana Anwar yang telah mencetuskan perubahan dan menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, beliau tidak seharusnya dibiarkan bersara begitu sahaja. Anwar harus diberi peluang menjejakkan kaki menghuni Putrajaya supaya agenda perubahan dan reformasi yang dimulakannya itu dapat diatur perjalanannya dengan sempurna pula. Anwar juga seharusnya diberi peluang mengotakan segala kata-kata dan janjinya selama ini. Hanya dengan menjadi PM kemampuan sebenar Anwar akan teruji. Lebih dari itu, dengan memberi peluang PR memenangi pilihanraya akan datang dan menjadikan Anwar sebagai PM juga akan menjadikan sistem politik kita menjadi lebih matang. Ia akan memberi ruang kepada permulaan sistem dua parti yang sudah diamalkan di kebanyakan negara sekarang ini. Hanya dengan kemenangan PR saja sistem dua parti ini dapat dimulakan, sebaliknya jika BN terus berkuasa selepas PRU 13 ini, ia akan terus berkuasa selama-lamanya. PRU 13 adalah peluang terbaik untuk rakyat membuat perubahan dan memulakan suatu sistem yang terbukti menguntungkan rakyat seluruhnya. Melalui sistem dua parti, sekiranya selepas PR memerintah dan mereka gagal menunaikan janji-janji serta tidak berupaya menjaga rakyat dengan lebih baik, dalam pilihanraya seterusnya kuasa boleh dikembalikan semula kepada BN. Tetapi jika PR terbukti lebih bagus, mereka wajar dikekalkan. Proses yang berterusan sebegitu akan menjadikan PR dan BN berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik di hati sanubari rakyat. Akhirnya semua parti dan pemimpin akan mengutamakan rakyat dan tidak lagi menjadikan kuasa yang dimiliki sebagai tiket untuk mengaut kekayaan peribadi serta keluarga sepertimana yang berlaku dalam BN sekarang ini. Sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu, oleh kerana tiada penggiliran kuasa atau sistem dua parti, mereka yang menjadi pemimpin lebih sibuk mengaut kekayaan peribadi berbanding menjaga rakyat. Rakyat masih ramai yang miskin dan tiada bekalan api serta air yang sempurna walaupun setelah 55 tahun merdeka. Kepimpinan hari ini lebih teruk jadinya. Najib bukan saja terus gagal membela rakyat, malah seperti berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan isterinya, Rosmah Mansor. Isterinya sama sibuk dengan pelbagai agenda dan telah memecah tradisi dengan turut sama memberi perutusan sempena Hari Raya di televisyen, sedangkan sewajarnya hanya PM yang berbuat demikian. Bayangkan apa akan berlaku jika BN terus berkuasa dan Najib pula kekal lagi sebagai PM. Jawabnya tiada akan ada apa-apa perubahan. Golongan kaya akan bertambah kaya manakala rakyat miskin akan terus miskin. Taburan janji-janji hanya akan muncul lima tahun sekali. Cerita skandal, penyelewengan, rasuah dan sebagainya mungkin berganda-ganda jadinya. Memberikan kemenangan kepada PR dalam pilihanraya akan datang ini bukan semata-mata untuk menjadikan Anwar sebagai PM. Ia harus dilihat dalam konteks yang lebih luas daripada itu. Melalui perubahan yang bermula sejak 1998 dan jika berjaya diteruskan lagi dalam pilihanraya ini, percayalah rahmatnya lebih luas dan dapat dinikmati secara saksama oleh rakyat jelata. Hak rakyat juga akan lebih terpelihara dan boleh menentukan sesebuah kerajaan itu sentiasa menjalankan perkhidmatan terbaiknya. Jika kita sayang negara ini dan mahu diri kita sentiasa dihargai, teruskanlah perubahan dalam PRU 13 dan jangan biarkan Anwar bersara begitu saja. Dan lebih penting jangan biarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai Perdana Menteri lagi. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | ||
Akhbar British pecat kolumnis pro-Israel atas hubungan dengan Malaysia Posted: 26 Aug 2012 05:56 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Akhbar British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika, Joshua Trevino sebagai koresponden Amerika Syarikat mereka kerana didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan sebuah laman web yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan pembangkang lain di sini. Dalam kenyataan pendek hujung minggu lalu, akhbar tersebut mengatakan, ia baru-baru ini mengetahui bahawa Trevino "adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan bahawa dia menguruskan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters (Perihal Malaysia). Selaras dengan kod editorial Guardian, ini sepatutnya telah didedahkan." Trevino baru-baru ini telah diupah oleh The Guardian untuk menjadi kolumnis konservatif di Amerika Syarikat. Pelantikannya menyebabkan bantahan daripada aktivis liberal selepas beliau menggesa Israel untuk menembak konvoi kemanusiaan pada tahun 2011 yang mahu memecahkan sekatan tentera laut Gaza. Apabila bot yang membawa aktivis awam tidak bersenjata cuba pada bulan Jun 2011 untuk memecahkan sekatan Gaza, Trevino menulis di laman Twitter kepada tentera Israel: "Kepada IDF: Jika anda akhirnya menembak mana-mana rakyat Amerika yang berada dalam flotila Gaza baru — baik, kebanyakan rakyat Amerika tidak bermasalah dengan itu. Termasuk saya." Trevino juga dilaporkan menggelar flotilla tersebut sebagai "konvoi Nazi". The Guardian tidak menyebut apa-apa kritikan, sebaliknya menegaskan tentang hubungan Trevino dengan "agensi" yang tidak dinamakan tetapi dikatakan FBC Media, syarikat yang kini tidak lagi berfungsi di tengah-tengah skandal penetapan berita Malaysia melibatkan BBC dan CNBC tahun lalu. "Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya telah diberitahu sebelum tulisan diterbitkan dalam usaha untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami," kata Janine Gibson, ketua editor bagi Guardian AS. Sebagai tindak balas Trevino berkata: "Saya bersungguh-sungguh menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang tidak beretika dilakukan dan saya bersikap terbuka dengan Guardian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, garis panduan Guardian semestinya bersifat luas, dan saya bersetuju bahawa mereka mesti dihormati seperti itu." Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran Presiden George W Bush. Beliau telah melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Liwat II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi. Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Post. FBC Media, syarikat yang dikatakan dirujuk oleh The Guardian, telah membuat lapan program untuk BBC mengenai Malaysia gagal untuk mengisytiharkan ia telah dibayar £17 juta (RM82.6 milion) oleh kerajaan Malaysia bagi "komunikasi strategik antarabangsa" termasuk liputan positif tentang kontroversi industri minyak sawit Malaysia. BBC juga menggunakan FBC untuk membuat dokumentari tentang kebangkitan "musim bunga" di Mesir tanpa mengetahui firma itu telah dibayar untuk melakukan kerja perhubungan awam untuk bekas rejim diktator Hosni Mubarak. BBC telah dipaksa untuk membuat permohonan maaf mengenai perkara tersebut. FBC juga telah didedahkan membesar sehingga dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Najib dan telah dibayar berjuta-juta pound untuk menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa". Tetapi kontrak RM94 juta diantara Putrajaya dengan FBC telah tamat tahun lepas, yang bermula pada tahun 2007, selepas didedahkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia kerap muncul dalam program TV kerana membayar. The Malaysian Insider telah melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kontrak untuk strategi perhubungan awam, termasuk kepada APCO Worldwide, untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di dalam negara dan seluruh dunia. Akhir tahun lalu kerajaan berkata syarikat perunding imej FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94 juta untuk tiga tahun yang bermula pada 2007. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa syarikat media berpengkalan di London, yang sedang menghadapi kebankrapan, "menyokong usaha pemimpin kerajaan dan menteri-menteri" untuk menaikkan imej negara di luar negara. | ||
Hudud: PAS memaknakan ‘muwajahah silmiyah’ Posted: 26 Aug 2012 05:47 PM PDT
Demokrasi adalah proses rakyat-pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat dan pengetahuan. Bagi memenangkan perlaksanaan Hudud yang terkekang dengan Akta Mahkamah Syariah, 1965, Parlimen mesti meminda dan memansuhkan peruntukan Akta ini sehingga 'Uqubah-Hukuman' dalam jenayah Hudud dan Qisas tidak dibataskan dengan formula '3-5-6′. Pindaan Perlembagaan (Constitutional Amendments) memerlukan 2/3 majoriti. Ada pun meminda atau memansuhkan akta-akta dan peruntukannya hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority). Persoalannya bagaimana untuk memenangi hati-budi dan keyakinan ahli parlimen – sama ada Islam atau bukan-Islam atau PAS-PR atau pun Umno-BN? Tentunya dengan mereka difahamkan dan diyakinkan dengan pengetahuan-ilmu bersabit Kelebihan Undang-Undang Jenayah Islam. Lalu, amat munasabah proposisi dan gesaan bahawa "Kefahaman" dan "Pengetahuan" rakyat merupakan antara syarat (syurut musybaqah) terpenting untuk benar-benar secara komited menyaksikan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 akhirnya ditaqnin(legislate-undang-undangkan) dan ditadbiqkan (dilaksanakan). Maka pastinya amat munasabah mengesyorkan kefahaman, pendidikan dan pengetahuan tentang Hudud yang dipolemikkan begini rupa dan ada pulak yang sengaja menghurukan pemikiran rakyat dengan isu ini, memerlukan satu pendekatan yang menggemblengkan seluruh tenaga ummat – kepimpinan parti politik, NGOs, para ulama, ilmuan akademik dan sebagainya. Yang penting mesti wujud iktiqad dan azam untuk sama mendukungi dan memenangkan titah dan taklif Allah SWT ini. Inilah cabaran "Islamists" yang mengambil pentas 'Demokrasi' sebagai pendekatan 'Muwajah Silmiyah' (Pertarungan Secara Aman-Sejahtera- Demokrasi) dalam proses Islah dan Tajdid. Tak ramai yang faham dan tuntutan laras bahasa dan pertarungan melalui demokrasi ini. Presiden menyerlahkan penghayatan dan komitmen yang sangat JELAS dan BERANI dalam kenyataan ini. Inilah komitmen semua Gerakan Islam mutakhir ini – sama ada Al-Ikhwan Al-Muslimun di Timur Tengah – Mesir, Tunisia dan Morocco atau PKS di Indonesia dan sebagainya. Dunia sedang memerhatikan gelagat 'Islamists' yang mereka mendakwa mengambil pentas demokrasi tetapi apabila melafazkan konsep perubahan tidak tahu 'bagaimana peraturannya' untuk memenangkan Agenda Perubahan Islamists mereka! PAS, dengan segala rendah hati kita nyatakan, sedikit mendahului 'Tajribah Islamists" (Islamists Experimentation) dalam keterlibatannya dalam demokrasi…selama demokrasi itu sihat, bebas, adil dan berfungsi. | ||
Polemik hudud tidak akan cetus Islamofobia, Pas sangkal Abim Posted: 26 Aug 2012 05:44 PM PDT Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu Islamofobia tidak akan timbul kerana wujud sikap hormat-menghormati antara kaum di Malaysia walaupun berbeza agama. Menurutnya, mustahil ada pihak luar yang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas negara ini berhubung isu hudud dan menyumbang kepada fenomena Islamofobia. "Itu isu besar (Islamofobia), ia terjadi di negara-negara Eropah, tapi saya tak rasa di Malaysia akan timbul fenomena itu. "Hudud bukan juga dilihat satu perkara untuk penularan Islamofobia di Malaysia kerana kita lihat masyarakat masih mengamalkan sikap toleransi untuk menjamin keharmonian negara dan kita percaya tak akan timbul isu itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Kelmarin, Abim memberi amaran fenomena Islamofobia, yang melanda beberapa negara, akan menular ke Malaysia jika DAP dan MCA tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam dalam polemik berkenaan hukum hudud. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, beberapa kenyataan yang dikemukakan oleh pimpinan MCA dan DAP yang sama sekali tidak mengambil kira sensitiviti serta intipati tersirat yang terkandung dalam perundangan hudud serta Islam secara keseluruhannya. "Sekiranya keadaan ini berterusan serta tidak dibendung, fenomena Islamofobia yang membayangi keharmonian hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia akan menular ke negara ini," kata beliau. Sehubungan itu, Mustafa menegaskan, negara tidak akan mengalami fenomena yang dibangkitkan Abim kerana Pas sedang giat memberi penerangan kepada masyarakat bukan Islam mengenai hukum hudud bagi mengatasi segala bentuk salah faham dalam masyarakat. "Bagi kefahaman terhadap hukum hudud ini sedang dibuat sedikit demi sedikit oleh kita. "Dulu ada juga orang Melayu menolak hudud secara terangan tapi dengan polemik yang berlaku sekarang, tidak ada siapa (orang Melayu) berani tolak hukum ini lagi dan sekali gus memberi kefahaman kepada masyarakat," katanya lagi. | ||
Karpal kemuka 'bukti' kenyataan Dr M Posted: 26 Aug 2012 05:42 PM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja. Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan. Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya. Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan. "Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993. "Saya harap dia tidak akan lari daripada cabaran ini," kata Karpal dalam satu kenyataan. Mahathir semalam mencabar Karpal supaya mengemukakan petikan berkenaan. Berikut adalah petikan yang dikemukakan Karpal daripada hansard bagi persidangan Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993: "Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan." [Tepuk]' [Hansard 18 Januari, 1993, halaman 16] "Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali. "Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan. "Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas." [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 19]… "Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman. "Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja. "Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud. "Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis. "Penulis ini menyatakan, dengan izin "All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty ( I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether" "Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?" [Hansard, 18 January, 1993, halaman 20-22]… "Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26] | ||
Siling Kompleks JPJ Indera Mahkota Bocor ... Ada Makna Tu... Posted: 26 Aug 2012 05:41 PM PDT KELAB GREENBOC Kuantan - Operasi pengkomputeran di Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Indera Mahkota 15, di sini semalam tergendala berikutan sistemnya tidak dapat digunakan selepas siling di Tingkat Dua kompleks itu bocor, petang kelmarin. Gambar: Kebocoran siling di kompleks tersebut menyebabkan sistem pengkomputeran JPJ tergendala Situasi itu menyebabkan notis pemberitahuan dilekatkan di hadapan pintu kompleks terbabit untuk memaklumkan kepada pelanggan. Pengarah JPJ Negeri, Datuk Zakaria Man memberitahu, situasi itu berlaku disebabkan masalah kebocoran di siling tingkat atas kompleks tersebut yang menempatkan bilik server. Menurutnya, ia menyebabkan sistem komputer tergendala dan sehingga pagi semalam, lantai di tingkat tersebut masih dibasahi air. "Kita memberikan jaminan masalah ini akan diatasi segera namun ia terpulang kepada pihak penyelenggaraan komputer untuk memperbaiknya dalam tempoh sepantas mungkin. "Namun untuk hari ini (semalam), ia langsung tidak dapat beroperasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada jam tiga petang semalam. -SH Ulasan GB Dah ada tanda-tanda DUN Pahang akan bocor... Mungkin faktor Lynas & BERSIH memberi kesan yang kuat di Pahang. | ||
Daniyar Diseludup Masuk Atau Memang Bersembunyi Di Malaysia? Posted: 26 Aug 2012 05:34 PM PDT KELAB GREENBOCDari kiri : Ashman Najib, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniyar Nazarbayev yang turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka semalam. Kelihatan Mukhriz Mahathir bersalaman dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam. Turut kelihatan, dan isteri Mantan Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah. Ulasan GB Sekarang sudah terdedah terang-terangan. Daniyar berada di Malaysia. Apakah beliau baru dibawa masuk atau memang sudah sekian lama bersembunyi di Malaysia? Daniyar sebelum ini didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post. klik untuk baca | ||
Proses migrasi dipercepat jika air di bawah negeri Posted: 26 Aug 2012 05:29 PM PDT
KUALA LUMPUR: "Sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan," kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad. Jelasnya dalam satu kenyataan, migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas. Pada awalnya, kata beliau Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan. Tetapi, ujarnya setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan. Menurutnya, dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri, satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu. Kata beliau, ini bermakna bagi pemilik yang tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu, sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma. "Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan 2 program untuk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma iaitu Program Kupon Air dan Program Lapor Dan Dapat. "Program Kupon Air ini terlalu rumit dan telah digantikan dengan Program Lapor Dan Dapat pada bulan Mac tahun ini," jelasnya yang juga Adun Chempaka. Iskandar menambah, bagi Program Lapor Dan Dapat, penduduk melalui JMB atau MC perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PBT akan memberitahu Syabas untuk memberi potongan pada bil meter pukal. Katanya, JMB atau MC kemudian akan membuat potongan 20 meter padu pada bil-bil individu setiap kediaman. Menurutnya, setelah dilaksanakan Program Lapor Dan Dapat, hanya 12 pangsapuri kos rendah yang belum mendapat air percuma 20 meter padu. Selepas ini, ujarnya Program Lapor Dan Dapat ini akan diperluaskan ke pangsapuri kos sederhana seperti Mentari Court yang menjadi tumpuan media sekarang. "Saya menasihatkan penduduk mendesak JMB dan MC mereka supaya mempercepatkan penyertaan mereka ke dalam Program Lapor Dan Dapat dengan mengisi borang yang khas yang disediakan. "Ia hanya memerlukan seorang AJK JMB atau MC pergi ke pejabat PBT dan mengisi borang tersebut yang hanya mengambil masa 10 minit," katanya. Dalam kes Mentari Court itu, ujar beliau proses migrasi adalah dalam peringkat akhir. Beliau menjelaskan bahawa sebarang ketidakpuasan hati perlulah ditujukan kepada Syabas. Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dipercepatkan. Justeru, kata beliau sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan. "Kerajaan negeri buat masa ini tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak mendapat air percuma. Perkara telah saya jelaskan semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mac lepas," ujarnya. | ||
Himpunan bantah guna sianida di Raub 2 Sept Posted: 26 Aug 2012 05:27 PM PDT
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh pencinta alam sekitar agar menyertai Himpunan Hijau Raub pada 2 September ini di Taman Tasik, Jalan Bukit Koman bermula jam 2 petang. Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, perhimpunan tersebut penting bertujuan menuntut dihentikan penggunaan bahan kimia berbahaya sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas di Bukit Koman, Raub. "PAS Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Raub kerana memberi kebenaran perhimpunan di samping bersedia mengawal lalu lintas semasa perhimpunan. "Perhimpunan Hijau yang dianjurkan Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO seluruh negara mensasarkan kehadiran 5,000 orang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam. Tambahnya, selepas perhimpunan aman itu seramai 8 orang ahli jawatan kuasa bertindak akan bergerak menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan lombong emas Bukit Koman. "PAS berharap pengurusan syarikat lombong emas dan pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isi tuntutan memorandum tersebut itu nanti," katanya. Lombong emas Bukit Koman diusahakan oleh Raub Australian Gold Mine (RAGM) telah menggunakan sianida dalam proses pengekstrakan emas yang membahayakan nyawa. Sejak mula beroperasi pada Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran jatuh sakit, khususnya Kampung Bukit Koman yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit melampau, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan bahan kia tersebut. Namun semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya malah kerajaan terus membenarkan kilang tersebut beroperasi 24 jam sehari tanpa henti. Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Raub Dr Nilam Manaf, meminta orang supaya datang awal kerana PAS Raub akan mengadakan jamuan terbuka Aidilfitri pada sebelah pagi bertempat di Markas Gali Tengah. | ||
Nasharudin: Majlis Syura bincang dalam agenda lain2 hal Posted: 26 Aug 2012 05:26 PM PDT
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama hanya akan membincangkan isu kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam agenda lain-lain hal sahaja dalam mesyuaratnya 9 September ini. "Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily hari ini. Menurut beliau, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi isu hudud. Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin yang membuat kenyataan agar PAS menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan Hudud. Pengerusi Majlis Syura adalah Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya adalah Datuk Dr Haron Din. Anggotanya terdiri dari para ulama yang kanan dalam PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Majlis Syura akan membincangkan kedudukan Nasharudin kerana dia ahli Majlis Syura Ulama PAS itu. "Majlis Syura akan memperincikan isu hudud ini agar ia tidak menjadi titik perbezaan pendapat dalam Pakatan kerana ia agenda PAS bukan Pakatan. "DAP sepatutnya tidak menyentuh hal ini kerana ia bukan bidang mereka," katanya. Mesyuarat Lajnah Politik PAS semalam mengambil ketetapan, PAS akan terus memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam termasuk Hudud dalam konteks demokrasi di negara ini. Sebelum ini, pimpinan PAS bertegas, tidak ada masalah penentangan DAP terhadap Hudud kerana pemimpin mereka kebanyakannya bukan Islam. Yang menjadi isu adalah apabila Umno yang mengaku Islam sejak dari dahulu menentangnya termasuk surat amaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz agar jangan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan. Selain itu, wakil Umno pernah mencabar undang-undang itu di mahkamah namun kemudiannya permohonan itu ditarik balik. | ||
Khalid Samad: Isu Nasharudin dan Karpal Posted: 26 Aug 2012 05:18 PM PDT SAMBIL kita tengah sibuk menghayati bulan Ramadan, tercetus pula isu baru, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh Karpal Singh sebagai anti-Islam kerana menolak hudud! Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama. Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya. Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP. Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN. Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza. Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan 'The Star' sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu. Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri. Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan. Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana. Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal 'anti-Islam' kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah? Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati 'game-plan' Umno/BN? Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam! * Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat | ||
Nur Suryani pilih bersalin di PPUM Posted: 26 Aug 2012 05:12 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Nur Suryani Mohd Taibi, penembak negara yang bertanding di Sukan Olimpik London ketika sarat mengandung, memilih Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai untuk melahirkan anak pertamanya. Nur Suryani, 29, yang kini hamil hampir sembilan bulan dijangka bersalin pada 13 September depan. "Insya-Allah jika tidak ada halangan...saya akan bersalin di PPUM," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini. Walaupun gagal meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik London baru-baru, penembak yang berasal dari Perak itu berharap kelahiran anak sulungnya dapat mengubati kekecewaannya meraih pingat di London. Pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle Wanita di Sukan Komanwel India pada 2010 itu gagal mara ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada saingan awal di Olimpik London 2012. Nur Suryani juga berharap anaknya akan mengikut jejak langkahnya menjadi atlet satu hari nanti.-Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan