Isnin, 27 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jom Kita Tabek Ucapan Perdana Menteri Sempena Hari Kebangsaan 2012

Posted: 27 Aug 2012 09:45 AM PDT

Korang tentu tabek dengan ucapan Perdana Menteri yang tidak ada langsung menyinggung mana-mana kaum pun. Tutur katanya dalam bahasa Melayu sangat lancar dan sudah tentu mengejutkan orang Melayu sendiri - Itulah dia Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura yang berketurunan China.

Beliau berucap sebagai seorang Perdana Menteri sebuah negara yang maju dan bukan sebagai seorang presiden sebuah parti sebagaimana biasa yang akan kita dengar dari mulut oarang yang bernama Najib sedikit hari lagi....

PM Singapura ni menceritakan tentang hala tuju Singapura dan mendorong masyarakat Melayu Islam disana supaya boleh maju bersama negara.

Beliau turut menyentuh mengenai masalah utama negara Singapura iaitu menambahkan bilangan zuriat dan mahukan mereka membina generasi masyaraakat Singapura berbilang kaum yang harmoni.

Amat menarik sekali ucapan beliau pada minit 3:22 yang menyatakan,

"Bagaimana politik dan masyarakat di negara lain sering diuruskan mengikut landasan kaum.Bagi setiap isu, mereka lihat dan perjuangkan atas kepentingan kaum.Mana kaum yang untung? Dan mana yang rugi? Kita jangan sekali-kali biarkan ini berlaku di Singapura.

Pada masa yang sama marilah kita terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan masyarakat Melayu Islam kita supaya kita dapat maju bersama sebagai satu bangsa.

Memang tidak boleh disangkal lagi anda telah mencapai kemajuan besar sejak kita Merdeka."



Korang agak-agak, bila dia sebut " ...politik dan masyarakat di negara lain sering diuruskan mengikut landasan kaum..." dia sindir siapalah tu?

Cuba Bayangkan Diri Kita Seperti Dia ...

Posted: 27 Aug 2012 05:00 AM PDT

Abby dan Brittany Hensel, 22 tahun pada Mac lalu adalah sepasang kembar siam, kembali ke TV dengan siri realiti baru 'Abby & Brittany' pada hari Selasa 10 malam di stesyen teevee TLC. Mereka menjadi masyhur tahun lalu melalui dokumentari TLC dan penampilan di rancangan Oprah.

Mereka menjadi perhatian di mana-mana mereka pergi. Kepada orang-orang di Mayer, Minn, mereka hanyalah adik-beradik biasa yang bermain bola tampar di sekolah tinggi.

Mereka merupakan kembar siam seiras , yang seringkali menghadapi beberapa situasi yang menarik.

Di sekolah, mereka dikenakan satu tuisyen untuk kembar, tetapi dua yuran pendaftaran berasingan. Mereka mengambil ujian sendiri dan mempunyai transkrip berasingan. Mereka lulus dari University Bethel Mei lalu, dan cuba untuk mencari pekerjaan.


Soalan yang lebih besar kini setelah mereka berada di luar kolej dan dalam dunia sebenar, bagaimana undang-undang, sumber dunia manusia akan menjaga mereka?

Badan mereka bergabung, dengan kepala pada sebelah kanan Abby, dan Brittany di sebelah kiri. Mereka masing-masing mempunyai jantung mereka sendiri, perut, tulang belakang dan saraf tunjang, manakala organ-organ lain dikongsi bersama.

Mereka mengawal setiap anggota pada separuh badan mereka, membuat penyelarasan dan kerjasama yang diperlukan untuk berjalan dan kebanyakan aktiviti-aktiviti lain. Tetapi mereka akan berhujah atas apa yang ada untuk makan kerana mereka berkongsi makan.


Semua tentang kehidupan mereka adalah kompromi. Salah satu daripada gadis-gadis ini sangat berjimat. Dan satu lagi boros membelanjakan wang. Dua personaliti yang berbeza.

Kalau salah seorang dari mereka jatuh hati dengan seseorang peria, tetapi yang seorang lagi tidak, bagaimana ya? Tambahan pula mereka berkongso organ jantina....

Cuba bayangkan diri kita adalah seperti mereka..... Ish! Kacau sungguh bila memikirkannya!
Sumber: salamone@nydailynews.com

Lu Jangan Lari Aarrh ! - Karpal Kepada Mahathir

Posted: 26 Aug 2012 05:35 PM PDT

Dr Mahathir Mohamad cabar Karpal Singh membuktikan bahawa beliau membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja Melayu semasa perbahasan di parlimen berhubung pindaan ke atas kuasa kekebalan Raja pada 1993 . Baca di sini.

Kini giliran Karpal pula mecabar Mahathir supaya jangan lari dan hadir ke mahkamah pada perbicaraannya nanti.

"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.

"Saya harap dia tidak akan lari daripada cabaran ini," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan Karpal dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.

Karpal kata itu sahaja dan di kenakan tuduha sebagai menghasut! Cuba anda bandingkan dengan leteran dan rungutan Mahathir mengenai Raja-Raja Melayu sebagaimana yang terakam dalam satu Hansard Parlimen.

Berikut adalah petikan yang dikemukakan Karpal daripada hansard bagi persidangan Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993:

"Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan." [Tepuk]' [Hansard 18 Januari, 1993, halaman 16]

"Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

"Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

"Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas." [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 19]…

"Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

"Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

"Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

"Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.

"Penulis ini menyatakan, dengan izin "All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty ( I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether"

"Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?" [Hansard, 18 January, 1993, halaman 20-22]…

"Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26]
Sumber Malaysiakini

Tiada ulasan: