Ahad, 26 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Aktivis Bersih, Maria Chin dipanggil polis

Posted: 26 Aug 2012 03:53 AM PDT

TERKINI

 
SHAH ALAM, 26 Ogos — Aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah telah dipanggil oleh OCPD Dang Wangi dipercayai berkenaan dengan program NGO Gabungan Janji yang akan berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa negeri lain pada malam ambang merdeka.

Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO dan Empower adalah salah satu daripada anggotanya.

"Maria Chin diminta oleh polis untuk melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD)Dang Wangi jam 2.00 petang esok.

"Dia akan ditemani oleh peguam dari Empower," kata Hishamuddin Rais, jurucakap kepada Gabungan Janji ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Pada 30 Ogos ini dimalam ambang kemerdekaan, Gabungan Janji akan berhimpun di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua pihak, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ketika dihubungi, Maria mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh polis pada Jumaat lalu untuk bercakap tentang program Gabungan Janji.

"Polis hubungi saya Jumaat lalu pada sebelah petang.

"Mereka nak tanya tentang program Gabungan Janji seperti yang kami umumkan dalam sidang akhbar pada sebelah pagi," kata Maria.

Menurut Maria, beliau akan ditemani oleh peguamnya, Honey Tan yang juga merupakan anggota Empower.

Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih akan membacakan sajak khas pada malam ambang kemerdekaan tersebut di Dataran Merdeka.

Pada 28 April lalu, perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil dicemari dengan insiden keganasan.

Kawat dawai yang dipasang untuk menghalang perserta masuk ke Dataran Merdeka dipecahkan menyebabkan gas pemedih mata mula ditembak.

DAP minta menteri perjelas dakwaan manipulasi perangkaan jenayah

Posted: 26 Aug 2012 03:50 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa menteri kabinet supaya mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan bahawa data mengenai kadar jenayah dimanipulasi untuk menggambarkan kadar jenayah menurun.

Lim menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan juga seorang lagi menteri di jabatan sama, Datuk Seri Koh Tsu Koon supaya berbuat demikian.

Lim berkata demikian dengan merujuk kepada satu surat didakwa oleh seorang pegawai polis yang mendakwa pasukan itu dengan sengaja memanipulasi perangkaan jenay untuk menunjukkan bahawa kadar tersebut menurun.

Penulis yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa, kes seperti rompakan dan menyebabkan kecederaan tidak dimasukkan dalam "jenayah indeks" polis.

Penulis surat itu mendakwa, keadaan ini menyebabkan perangkaan jenayah menunjukkan kadar penurunan – selari dengan sasaran indeks petunjuk prestasi kerajaan.

Mengulas perkara itu, Lim berkata kerajaan akan menyebabkan tema "Janji Ditepati" untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sebagai satu ejekan sekiranya perkara itu tidak dijelaskan.

"Akhirnya, rakyat Malaysia nampaknya mendapat jawapan kepada misteri tiga tahun berhubung persoalan mengenai ketakutan rakyat yang semakin meningkat terhadap jenayah ketika dakwaan rasmi mengatakan kadar jenayah menurun," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tengku Adnan: Lepaskan jawatan jika tak mampu

Posted: 26 Aug 2012 03:47 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pemimpin parti itu supaya tidak menjadi penghalang dan melepaskan jawatan mereka sekiranya tidak lagi mampu menjalankan tugas.

"Kalau kita tahu dah tak boleh buat, lebih baiklah kita berhenti dan bagi kepada orang lain yang ingin melaksanakan untuk teruskan perjuangan," katanya dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia edisi Ahad.

Tengku Adnan menegaskan bahawa kepentingan parti itu perlu melampaui kepentingan peribadi, namun teguran seperti itu tidak termakan oleh sesetengah pemimpin Umno tertentu, katanya.

"Saya sendiri telah mendapat pelbagai kritikan oleh kerana teguran yang telah saya lakukan. Ini sindrom tidak mahu terima apa yang kita tegur.

"Dia fikir dia sahaja yang betul manakala kebenaran adalah pahit. Apa lagi kebenaran itu akan menggoncang pemimpin tertentu. Maka akan gelabahlah dia macam ketua menteri dan menteri besar tertentu," katanya.

Tengku Adnan bagaimanapun tidak menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu.

"Mereka cuba menidakkan kebenaran," katanya lagi yang menjelaskan bahawa beliau menerima maklumat berhubung masalah di negeri terbabit melalui saluran rasmi dan juga saluran tidak rasmi parti.

Beliau menegaskan bahawa tegurannya itu bukan disebabkan perasaan benci terhadap pemimpin terbabit, tetapi demi kepentingan parti.

Umno wajib utama pelaksanaan hudud

Posted: 26 Aug 2012 03:44 AM PDT

Abdul Hadi Awang


 
ULASAN Hudud adalah salah satu daripada cabang hukum jenayah mengikut  syariat Islam, wujudnya bersama Qisas dan Takzir. Hukum Hudud adalah hak Allah yang dinaskan dalam Al-Quran dan hadis yang menjelaskan kesalahan dan hukumannya,  dasar dan sebahagian huraiannya.

Bagi penganut Islam seluruhya maka tentulah wajib beriman dan  beramal dengan Islam yang menjadi agama cara hidup. Tuntutan untuk beriman dan beramal dengan Islam adalah bukan sahaja wajib ke atas ahli PAS dan penyokongnya, bahkan juga wajib kepada semua penganut Islam dalam NGO atau secara individu dan ahli mana-mana parti politik, termasuklah ahli Umno yang  beragama Islam, walau pun Umno adalah sebuah parti kebangsaan yang  membuka pintu keahlian kepada bumiputra bukan Islam seperti orang asal dan Siam.

Seluruh majoriti penganut  Islam dalam Umno wajib beriman dan  beramal dengan Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, sama sahaja dengan ahli PAS dan penyokongnya.

Ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan hukum dan perintahnya, antara lain telah dinyatakan oleh Allah di dalam Surah Al-Maidah dan Surah Al-Nur, di mana kedua-duanya adalah surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah).

Permulaan ayat ini sangat tegas, dengan maksud: Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Di antara perjanjian itu ialah mengucap Dua Kalimah Syahadah, mengaku dan  percaya menjadi penganut Islam. Pengucapan dan  penerimaan dua kalimah syahadah ini adalah syarat terpenting menjadi seorang Islam, iaitu beriman dengan Allah dan RasulNya.

Firman Allah bemaksud: "Ini ialah satu  'surah' yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat  keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)".

Adapun melaksanakan undang-undang syariat Islam seperti hudud, qisas dan takzir  ini pula wajib melalui proses kehakiman Islam dan sistemnya yang adil.

Maka haram dilaksanakan secara spontan oleh individu, atau keluarga atau JKK peringkat  kampung atau kumpulan  atau penguasa daerah atau negeri, tanpa suatu proses kehakiman. Sistem kehakiman Islam pula dipayungi oleh kuasa politik  sepenuhnya dengan adanya negara berdaulat atau kerajaan yang berkuasa. Di sinilah maka Rasulullah SAW tidak melaksanakan undang-undang hudud ketika berdakwah di Mekah iaitu ketika tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Pelaksanaannya berlaku di Madinah, iaitu setelah adanya kuasa negara dalam sistem politik  dengan penubuhan kerajaan yang berdaulat dan mengadakan sistem kehakiman melalui seluruh perjalan mahkamah.

Adanya penganut bukan Islam dalam masyarakat majmuk adalah tidak menjadi halangan, di mana banyak ayat-ayat dalam surah Madaniyyah yang sebab turunnya adalah bagi menjawab kalangan bukan Islam yang menentang hukum Hudud dan sebagainya, dalam keadaan mereka berada bersama masyarakat majmuk di-Madinah.

Pelaksanaanya pula tanpa menunggu seluruh rakyat faham atau bersetuju, kerana kefahaman berlaku dan terjadi melalui proses pelaksanaannya. Akhirnya seluruh anggota masyarakat Madinah menerima hukum hudud, termasuklah bukan Islam secara tanpa paksaan, setelah mereka melihat kesannya yang mampu mendidik masyarakat, keadilannya yang menyeluruh dan wujudnya rasa selamat dari gangguan penjenayah.

Perlu juga kita fahami bahawa hukumannya adalah sangat menggerunkan, tetapi syarat  menjatuhkan hukuman dan  pelaksanaannya adalah sangat sukar atau 'sangat  memayahkan' dengan syarat-syaratnya yang sangat ketat.  Ini berlaku apabila individu yang dituduh atau wakil (peguamnya) mengadakan hanya  sedikit alasan yang kecil maka hukuman  hudud tidak boleh dijatuhkan, pilihannya sama ada dibebaskan atau dikenakan  hukuman takzir yang lebih ringan daripadanya. Hujah bahawa hudud sangat sukar dikenakan akan menyebabkan penjenayah terlepas adalah sama sekali tidak benar, kerana hukuman takzir dalam kerangka hukuman yang sedia ada seperti Penal Code pada waktu ini pula akan mengambil tempatnya. Manakala tindakan bertaubat di luar mahkamah adalah lebih digalakkan daripada diheret ke mahkamah.

Hukuman hudud tidak dijatuhkan keatas penjenayah oleh beberapa khalifah Islam, bukan kerana meninggalkannya, tetapi kerana syaratnya tidak mencukupi. PAS hanya berkuasa di peringkat negeri Kelantan dan pernah di Terengganu melalui sistem demokrasi dan federalisme. Umno pula melanggar adab dan akhlaknya  apabila tidak menghormati konsep demokrasi dan federalisme ini dengan mendera rakyat negeri Kelantan dan Terengganu yang menolak Umno-BN dalam pilihan raya itu. Walaupun berdepan dengan kekangan ini, PAS tetap secara konsisten melangkah menunaikan kewajipannya melaksanakan Islam sebagai ad-din.

Akhirnya, undang-undang jenayah Islam bersama undang-undang yang lain telah dibentang dan diluluskan melalui DUN yang dipilih melalui pilihan raya umum lalu. Peringkat pertama PAS menang di Kelantan di awal  90-an bersama Semangat 46. Dalam melaksanakan amanah ini,  Kerajaan negeri Kelantan  pimpinan PAS dengan berpandukan bidang kuasa kerajaan negeri, di antaranya melaksanakan beberapa aspek hukum Islam di bawah kuasa majlis perbandaran dan daerah seperti menghapuskan lesen premis perjudian serta mengawal penjualan arak bagi rakyat bukan Islam sahaja serta membenarkan perkara yang diizinkan oleh agama masing-masing, termasuk dalam perkara hak penganut agama bukan Islam yang wajib dilindungi.

Bagi undang-undang jenayah syariah, kerajaan negeri terlebih dahulu menyusun daripada nas al-Quran dan hadis. Ianya disusun secara terkini oleh kalangan para ulama dan pakar undang-undang daripada kalangan PAS bersama ahli-ahli akademik daripada pusat pengajian tinggi. Setelah selesai maka ianya dibawa kepada umum sebelum dibentang ke dalam DUN Kelantan.

Draf cadangannya pula telah  terlebih dahulu dibentangkan dalam satu seminar yang diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur di mana semua parti politik dan NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput. Proses yang sama dilakukan di Terengganu semasa pemerintahan PAS bersama rakan-rakan yang lain. PAS juga menerima kunjungan para diplomat asing bukan Islam dan NGO hak asasi manusia antarabangsa yang datang meminta penjelasan, dengan semua persoalan yang dibangkitkan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan PAS di negeri Kelantan dan Terengganu. Ahli Parliman PAS juga pernah cuba membawa usul pindaan perlembagaan beberapa kali dalam tahun  90-an, tetapi dihalang oleh proses peraturan mesyuarat Dewan Rakyat dan sengaja diletakkan dalam senarai yang akhir tanpa kesempatan dibahas, apatah lagi untuk ke peringkat kelulusan.

Semuanya menunjukkan bahawa PAS hingga kini, dan akan datang, akan terus mempertahankan matlamat dan cita-citanya secara terbuka, menerusi ruang demokrasi yang ada. PAS akan terus berpegang kepada batas kerjasama tahaluf siyasi(persefahaman) mengikut batas hukum Islam yang menjadi hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuh PAS. Dalam masa yang sama PAS  juga menghormati  dan mengakui akan  perbezaan  pandangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dalam beberapa perkara, tetapi semuanya tidak menghalang untuk PAS kukuh bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat ini untuk bergerak di dasar bersama yang telah dipersetujui dan kebersamaan untuk memerangi salah guna kuasa, rasuah, ketirisan, demokrasi songsang amalam BN sejak sekelian lama, dasar ekonomi pincang yang menekan rakyat dan sebagainya. Ternyata sejak lebih 50 tahun berada di tampuk kuasa, Umno-BN tidak menunjukkan minat untuk melakukan perubahan yang dinyatakan di atas, di mana mereka hanya berminat membolot kuasa politik dan pemerintahan untuk meneruskan kerakusan mereka sahaja.

Perlu juga kita ingat, bahawa Umno adalah parti paling besar menguasai kerajaan negeri dan persekutuan serta memimpin BN kerana berjaya memujuk bangsa melayu Islam mengundinya setiap kali pilihan raya umum.

Kerajaan Umno-BN ini mempunyai kuasa negeri dan persekutuan berlipat kali ganda lebih daripada PAS. Mereka berkuasa ke atas Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama di banyak negeri dan Pusat  Pengajian  Tinggi berbagai bidang. Hingga kini Umno turut juga mempunyai mantan pemimpin PAS yang tidak sabar bersama PAS kerana terlalu lambat mendapat kuasa di peringkat pusat, lalu bergayut dengan Umno yang lebih banyak kuasanya di peringkat negeri dan pusat walaupun mereka tetap tidak melaksanakan tuntutan Islam ini. Hakikatnya ialah Umno wajib meletakkan pelaksanaan syariat Islam seperti hudud ini di atas kepala dan bahu mereka, bukannya disepitkan di bawah ketiak untuk hanya dipergunakan bila melawan PAS atau untuk mendapat undi pilihan raya semata-mata.

Setelah lebih 50 tahun diberikan kuasa, maka Umno wajiblah mempengaruhi rakannya dalam BN bagi melaksanakan syariat Islam dan seluruh hukum Islam yang diperintahkan oleh Allah. PAS pula tentulah wajib menyokong segala usaha melaksanakan hukum Allah, termasuklah melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap sistem ekonomi dan keadilan dalam masyarakat, membenteras rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya daripada semua pihak.

Maka berdosalah PAS kalau tidak menyokong dan menolong jika ada usaha ikhlas dan langkah daripada Umno atau mana-mana pihak yang benar-benar menegakkan hukum Islam. Malangnya hingga kini tidak ada tanda dan alamat ke arah itu. Bahkan, seorang Perdana Menteri dari kalangan pimpinan tertinggi Umno lah yang menghantar surat rasmi kepada kerajaan PAS Kelantan suatu masa dahulu untuk diambil tindakan sekiranya kerajaan Kelantan berkeras ingin melaksanakan hukum Islam ini.

Perlu difahami oleh kita semua, bahawa hukum Allah adalah amanah daripada Allah, kepada sesiapa sahaja yang mengaku Islam apabila menjadi pemimpin  yang memegang kuasa pemerintahan, bukan hanya khusus kepada PAS sahaja. Kalau tidak menunaikan amanah ini bermakna khianat, dan sesiapa yang menyokong dan mendukungnya juga adalah pengkhianat terhadap Allah dan Rasul-Nya. Laknatnya lebih besar apabila melihat kemungkaran dan jenayah merebak di hadapan mata kerana gagalnya undang-undang ciptaan manusia, namun tetap mempertahankan undang-undang yang nyata lemah dan sesatnya.

Malangnya Umno hanya memalu gendang kosong melalui gendang media yang dikuasainya supaya PAS bersilat dengan DAP dan ramai yang menjadi pemerhati dan menunggu PAS keletihan, atau dipersalahkan, lalu tarikh pilihan raya pun diumumkan. Umno tidak menjawab apabila MCA  berkata Umno jangan hilang akal dengan hukum hudud. Malangnya Umno terus mengulit orang melayu Islam dengan gendang dan alat medianya, supaya terus menjadi bangsa khayal dengan janji, bangsa pelupa  dan mudah lupa terhadap kesalahan, tenggelam dalam jahil murakkab (tidak tahu, buat macam tahu).

Kepada sesiapa yang berkemampuan dan berkenaan pula, termasuklah pengamal media arus perdana, jangan selama-selamanya menjadi tukang sapu Umno dan pembawa sampahnya, jagalah maruah diri dan agama sebelum pintu taubat ditutup. PAS tetap istiqamah dan menerima setiap pandangan membina dan menentang tanpa berganjak terhadap semua penghalang, yang datang daripada segenap penjuru dan semua kalangan, sama ada kerajaan, bukan kerajaan, dalam negara dan luar negara, kerana yakin kepada Islam adalah daripada Allah pencipta alam seluruhnya.

Hudud: Surat amaran Dr M belum ditarik balik

Posted: 26 Aug 2012 03:40 AM PDT

Aslani M,

KOTA BHARU: Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.

Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.

Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemuda PAS mencabar Umno mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik bagi memberikan ruang kepada Kelantan melaksanakan hudud.

"Ia termasuk memberikan jaminan kerjasama agensi-agensi seperti polis, penjara dan mahkamah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan pusat," katanya di sini.

Isu hudud dijadikan agenda media milik Umno dilihat sebagai usaha bagi memecahkan kesepakatan dalam kalangan Pakatan Rakyat. Namun sejak 2008 sehingga sekarang usaha yang dilakukan Umno itu gagal.

Dan sekarang cuba dinyaringkan kembali ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Sehubungan itu Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad kononnya kerajaan pusat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik.

Katanya, ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam merupakan golongan majoriti di Kelantan.

Sedangkan kata beliau hakikatnya juga hudud terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.

"Sekiranya benar Umno ikhlas memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan Alwi perlu disokong pemimpin tertinggi Umno di peringkat pusat," katanya

Ahmad Fadhli juga berkata, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti dilaporkan The Star pada 25 September 2011 dengan jelas menyebut "No Hudud in Malaysia"?

Dalam perkembangan berkaitan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, Ketua Umno Kota Bharu, Fatmi Che Salleh ketinggalan zaman apabila mahu PAS menyatakan pendirian mengenai hukum hudud.

Katanya, kenyataan Fatmi seolah-olah tidak mengetahui pendirian PAS sejak sekian lama memperjuangkan Islam secara syumul termasuk hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada kewajipan termaktub dalam Islam.

Beliau juga berkata, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan seorang Adun Umno di Johor mencadangkan hudud sebagai hilang akal menjelaskan BN menolak hudud.

"Kenapa Fatmi hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud sedangkan Umno dan parti-parti kompenan BN secara jelas menentang hudud dan negara Islam langsung tidak disentuh," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Kenyataan Pak Lah tidak yakin dengan Najib...

Posted: 26 Aug 2012 03:39 AM PDT

http://karatijau.blogspot.com/,
 
Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.

Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.

"Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya," kata beliau yang popular dengan panggilan "Pak Lah".
"Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
"Saya dah lalui semua itu sebelum ini."

Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.

Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undisecara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.

Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.

Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.


Pegawai perlu sokong dasar kerajaan yang ada

Posted: 26 Aug 2012 03:36 AM PDT

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir,

TMB Kelantan memberikan ucapan perasmian

KOTA BHARU: Kakitangan awam diingat menyokong dasar kerajaan negeri yang ada sekarang khususnya berhubung Dasar Membangun Bersama Islam yang diwujudkan sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata adalah menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian bersesuaian tanggungjawab yang dipikul di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kursus Motivasi dan Integriti pada penolong pegawai tanah dan pelukis plan negeri Kelantan.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob.

Lebih 100 orang kakitangan pejabat tanah seluruh jajahan hadir pada majlis yang julungkali diadakan itu.

"Kerajaan negeri ada dasarnya, dasar Membangun Bersama Islam, Dasar Pelancongan Dasar Wanita dan berbagai lagi yang perlu disokong bersama,"ujarnya.

Sebagai pegawai kerajaan, mereka perlu menyokong dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang ada.

Pada masa yang sama beliau berkata kakitangan kerajaan negeri perlu mengikut lima kategori kerjaya, antaranya jauhi dasar pilih kasih dalam kerja, amanah, selain mematuhi dasar kerajaan negeri.

Tegasnya, elak kepentingan diri disamping bertekad untuk mencapai cita-cita kerajaan.

Sementara itu, Ahmad ketika merasmikan majlis itu berharap kakitangan awam khususnya yang bertugas di pejabat tanah membantu kerajaan negeri menyelesaikan masaalah pencerobohan tanah kerajaan.

Menurutnya, pencerobohan tanah kerajaan negeri masih tidak selesai hingga ke hari ini dan sukar dikawal.

"Tentunya memerlukan pengorbanan kakitangan untuk menyelesaikan tanah kerajaan termasuk tanah rezab di kawasan bandar.

"Kita memang mudah terdedah dengan pelbagai kesempatan untuk memenuhi kepentingan diri, kita mudah diheret untuk bersekongkol dengan pihak penceroboh,"ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya dengan keimanan yang tinggi disamping integriti kerja ianya dapat diatasi dengan baik.

Sambungnya, budaya kerja ubudiah, masuliah dan itqan perlu ditekankan untuk megelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam menjaga amanah

2 'bouncer' mati ditembak di hadapan kelab hiburan

Posted: 26 Aug 2012 03:28 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Dua 'bouncer' atau pengawal di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini mati setelah ditembak di hadapan premis berkenaan awal pagi ini, dipercayai dilepaskan oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan itu.

Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20-an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi.

Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak 'bouncer' berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata seorang daripada lelaki itu naik berang apabila melihat dua rakannya dipukul teruk, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua 'bouncer' berkenaan.

Zainuddin berkata tembakan itu mengenai bahagian kepala Mohd Akmal Gemain dan bahagian rusuk kiri Mohd Nor Firdaus Rashid, kedua-duanya berumur 21 tahun, yang menjadi punca kematian mereka.

Seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mayat kedua-dua mangsa dibedah siasat di HKL.

Zainuddin berkata serpihan tembakan itu turut mencederakan dua orang awam yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Kedua-dua orang awam yang mengalami kecederaan di tangan dan jari dihantar ke HKL untuk rawatan, katanya.

Zainuddin berkata polis sedang memburu anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri selepas insiden itu termasuk suspek yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan pistol semi-auto jenis Revolver untuk membantu siasatan.

"Motif sebenar pergaduhan dan berapa das tembakan yang dilepaskan masih dalam siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.- Bernama

Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maaf

Posted: 26 Aug 2012 03:25 AM PDT

Raziatul Hanum A Rajak

Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maaf
Paparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia.
 
SHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.

Gerakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.

Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.

"Kami meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar (poster) yang tidak patut pada 17/18 Ogos (lalu). Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage," sebutan entri itu.

Namun begitu, timbul persoalan di kalangan pengikut yang mengikuti fanpage itu.

Antaranya mempersoalkan siapa dalang yang memuat naik poster berkenaan serta perkembangan siasatan polis.

Pengikut, Nur Miba mempersoalkan laporan polis yang dibuat Ketua gerakan itu, Khairy Jamaluddin selain ingin tahu siapa admin yang dikeluarkan dari fanpage Pemuda Umno tersebut.

"Ye ye je KJ cakap akaun palsu. Rupanya akaun betul la nih... siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye. Siapa admin yg kena remove tu? Cepat dedahkan siapa... memburukkan imej Pemuda Umno. Kami mahu admin dedahkan siapa dalang," katanya.

Menurut seorang lagi pengikut yang menggunakan nama  Ezad Hafidz: "Mula-mula kantoi, tak mengaku ini page Umno. Pastu kantoi lagi, minta maaf dan buang admin pulak. soalan aku, siapa admin yang dibuang tu? Ye ke admin tu dibuang?"

Permintaan maaf yang dibuat kira-kira jam 10 malam itu turut menerima reaksi positif apabila ada peminat yang menerima permintaan maaf tersebut.

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Muammar Ghadafi menulis:"Aku secara individunya mampu menerimalah dan tindakan ini wajar dipuji walaupun terlambat dan bila jadi isu besar baru bertindak."

Mohd Afzan pula berkata: "Saya sebagai rakyat Malaysia menerima permintaan maaf anda."

Semalam Khairy memberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu gerakan itu.

Beberapa hari lalu pula Khairy menyahut cabaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi.

Isnin lalu, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA

Posted: 26 Aug 2012 03:21 AM PDT

SINAR HARIAN

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
 
REMBAU - Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).
  
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
  
"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di sini hari ini.
  
Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
  
Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.

"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," katanya.
  
Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.
  
Dalam pada itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rakannya DAP yang menentang penubuhan undang-undang hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
  
Katanya, sikap PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut.
  
"Mereka perlu menjawab perkara itu, di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS," katanya.
  
Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’

Posted: 26 Aug 2012 03:16 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

Ahli Umno- Barisan Nasional diseru meninggalkan segera parti itu ekoran kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyamakan kerajaan BN seperti syaitan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat," ujarnya.

Muhammad turut memetik ayat al-Qur'an Surah Fathir, ayat 6 yang menyatakan syaitan adalah musuh yang sangat jelas kepada umat manusia.

Ayat berkenaan katanya, bermaksud "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka."

Dalam pada itu, beliau berkata Mahathir sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan apabila menyatakan "Malaikat bukan golongan suci kerana turut membuat kesalahan" .

Jelas Muhammad, kenyataan tanpa bersandarkan kepada ilmu itu boleh mengelirukan umat Islam.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berpendapat Kenyataan Dr Mahathir menjelaskan sikap  jahat pimpinan BN yang terlibat dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Ini kerana katanya, pemimpin yang mengamal rasuah memiliki sifat syaitan, justeru rakyat harus menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Pertama, kita ucap 'terima kasih' atas pengakuan ikhlas Tun itu kerana akhirnya beliau mengakui jua dan menyamakan Umno BN dengan 'syaitan'.

"Syaitan ini kita semua maklum sebagai makhluk jahat, zalim, penindas dan gemar merosak keharmonian manusia.

"Maka kalau sudah begitu, rakyat wajar tolak setiap calon berlambangkan Umno BN dalam pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut, Johari berkata secara tidak langsung Mahathir mengakui kebaikan Pakatan Rakyat, apabila membuat ungkapan "lebih baik mengundi syaitan yang anda kenal, berbanding  malaikat yang anda tidak kenal'.

Mahathir Rampas Kuasa Najib?

Posted: 25 Aug 2012 11:55 PM PDT

MSO

Sementara Ha Najib Razak terus menelan panadol kerana skait kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.


Mahathir Mohamad
Walaupun Najib muncul sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya melonjakkan markah untuk dirinya. Sokongan dan minat orang ramai kepada BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.
Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang.

Penampilan dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.

Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.

Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Syaitan telah terang-terang memperakui akan melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat. Inilah kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau tidak ditegur.

Berlainan dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia.  Malaikat sama ada kenal atau tidak dia tetap akan membawa rahmat.

Syaitan walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti hari ini? Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti. Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.

Perumpamaan dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu. Melainkan mereka yang jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu musuh yang perlu ditinggalkan jauh.

Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.

MasyaAllah tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah. Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan syaitan. Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh Mahathir.

Satu masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya.

Begitu sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup lumur hanyir.

Mengenai Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik ala-ala budak. Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai janji politik.

Katanya politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang? Kalau Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.

Tidak payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu. Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya akan membankrupkan negara? Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh emosional yang disiarkan media PB itu.

Duhai Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.

Kalaupun hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita menjadi tikus yang cuba membaiki labu. Kalau diperhatikan banyak pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela membawa celaka.  Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan (bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib sebagai seorang perdana menteri. Sebagai bekas PM Mahathir tidak sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.

Tindakan atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada Najib. Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?

Ada pertemuan sulit di antara Mahathir dengan Muhyiddin paling baru mengenai agenda ini masih belum terdedah lagi?

BERGAMBAR] Pengantin Cari Jurunikah Sampai Hospital

Posted: 25 Aug 2012 11:48 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Teruja nikahkan orang di hospital'

KUALA TERENGGANU – Jika sebelum ini kita hanya mendengar pengantin terpaksa dinikahkan di hospital disebabkan beberapa musibah yang tidak dapat dielak, kini lain pula ceritanya dengan pengalaman seorang jurunikah yang terpaksa menikahkan pasangan pengantin di hospital setelah ditahan di wad.

Jurunikah, Harun Noh, 85, yang tinggal di Kampung Bukit Tunggal ditahan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) kira-kira jam 12 malam, malam kelmarin setelah mengalami sesak nafas akibat penyakit lelah yang dihidapinya.

Katanya, pada mulanya dia ingin pulang ke rumah kerana telah berjanji untuk menikahkan pasangan pengantin itu di Kampung Tok Jembal, namun, doktor menasihatkan supaya dia tidak pulang dahulu kerana tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

"Walaupun telah tetapkan tarikh untuk nikahkan mereka, saya tidak boleh buat apa-apa melainkan terpaksa memaklumkan kepada pasangan itu pagi tadi (semalam) supaya datang ke hospital untuk dinikahkan di sini.

"Rasa teruja dan gembira pun ada sebab selama lebih 30 tahun jadi jurunikah, ini kali pertama saya terpaksa nikahkan orang di hospital. Walaupun rasa kasihan dengan pasangan pengantin, ia sedikit sebanyak meringankan tugas saya,"
katanya.

Selain bertugas sebagai jurunikah, Harun sebelum ini pernah bertugas sebagai imam di Masjid Kampung Bukit Tumbuh dan kini masih mengajar mengaji al-Quran di kediamannya.

Pengantin terkejut, tak percaya tapi bersyukur

Bagi pasangan pengantin yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faris Marwan Abdul Rahman, 22 dan Nurul Adina, 25, mereka masih terkejut dan tidak percaya akan diijabkabulkan di hospital.

"Kami sebenarnya masih terkejut, tetapi reda atas ketentuan ini dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Menurut Faris Marwan yang berasal dari Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan, dia dimaklumkan majlis akad nikah akan dijalankan di hospital ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Terengganu pagi tadi (semalam).

"Ini pengalaman baru buat saya, bagaimanapun, bila semuanya telah selesai saya rasa lega.

"Memandangkan kami berdua masih belajar, kami merancang untuk tinggal berasingan dahulu sebelum menamatkan pelajaran," katanya. -SH


Harun (kiri) masih dibantu alat bantuan pernafasan ketika upacara ijab dan kabul pasangan Faris Marwan dan Nurul Adina di Hospital Pakar Kuala Terengganu.

Harun membacakan lafaz ijabkabul dihadapan kira-kira 20 tetamu yang hadir pada majlis akad nikah pasangan Faris Marwan dan Nurul Adina yang dijalankan di Hospital Pakar.

Pasangan pengantin membantu Harun (dua, kanan) menaiki kerusi roda setelah selesai majlis akad nikah jam 4 petang semalam.

Pasangan pengantin Nur Adina (kanan) dan Faris Marwan membantu Harun untuk kembali ke wad selepas selesai majlis akad nikah yang dijalankan di bilik fosioterapi.

Mahathir Di dalam Kesesatan Yang Nyata - Tiada Ulamak UMNO Berani Membetulkan..

Posted: 25 Aug 2012 11:44 PM PDT

 
KELAB GREENBOC


Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. -mk

Ulasan GB

1) Kenyetaaan Mahathir di atas mengesahkan bahawa memang banyak syaitan yang ada di dalam UMNO BN. Kehadiran mereka adalah dengan restu beliau sendiri. Dan syaitan-syaitan itu bergelandangan di dalam UMNO BN setidak-tidaknya semenjak Mahathir menjadi Presiden UMNO. Bukti nhyata di dalam UMNO kini banyak berperangai syaitan - samseng, pemfitnah, perasuah, pengebas, penipu malah pembunuh pun ada di dalam UMNO. Tengok sahaja perangai pencacai-pencacai UMNO... tulisan mereka penuh carut dan gambar lucah. Dengar khabar peminum arak pun ramai dari kalangan blogger UMNO... Itu semua ciri-ciri syaitaniah.

2) Mahathir mengakui bahawa Pakatan Rakyat adalah malaikat.

3) Mahathir adalah termasuk di dalam golongan yang boleh diragukan keimanannya kerana menyatakan bahawa "malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah". Sedang umat Islam diwajibkan "percaya kepada malaikat" sebagai salah satu rukun Iman. Malaikat adalah golongan yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan patuh kepada perintah Allah. Malaikat dibuat dari cahaya atau nur sedangkan syaitan berasal dari api atau nar. Malaikat terpelihara dari melakukan kesilapan.

4) Jika PAS dituduh sebagai Parti Ajaran Setan, kini tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh, rupanya UMNO BN yang diasuh syaitan selama ini.

5) Jelas Mahathir di dalam kesesatan yang nyata tapi tiada ulamak UMNO yang berani bangun untuk menegur dan membetulkannya. Nabi menggelarkan ulamak ini sebagai Ulamak Ussu'.

6) Jangkaan GB sebelum ini bahawa Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun semakin menjadi kenyataan.

Umno penghalang hudud

Posted: 25 Aug 2012 11:38 PM PDT

 
Menurut Datuk Mahfuz Omar, sekalipun DAP bersetuju dengan pelaksanaan hudud, Umno tetap menghalang dan sejarah membuktikan perkara ini



PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan bahawa Umno tetap menjadi batu penghalang terhadap pelaksanaan hukum Hudud yang diinginkan oleh PAS.

"Kalau DAP bermesyuarat dan menerima pelaksanaan hudud sekalipun, PAS masih tidak boleh melaksanakannya kerana dihalang kerajaan pusat pimpinan Umno/BN," kata Mahfuz yang juga ialah ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya gagal melaksanakan hukuman Hudud di bawah Pakatan Rakyat.

Mahfuz turut mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang diakuinya baik kerana wujud perkara kebersamaan.

"DAP dan PAS menentang pelaksanaan judi bola sepak.

"Kerajaan Umno beri lesen. Vincent Tan cadang saja. Umno terus ikut telunjuk Tan," kata Mahfuz merujuk kepada cadangan projek judi oleh jutawan Vincent Tan dua tahun lalu.

Beliau turut menjelaskan usaha-usaha Umno menjadi penghalang kepada pelaksanaan hudud di Kelantan dua dekad lalu.

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan diluluskan dalam tahun 1993.

"Ketika itu Perdana Menteri Datuk Seri  Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada kerajaan Kelantan untuk menghalang pelaksanaan hudud," kata Mahfuz.

‘Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’

Posted: 25 Aug 2012 11:32 PM PDT

 
Bagaimanapun, Umi Hafilda kecewa Pak Lah menggantung keahliannya sebagai ahli Umno Gombak.



PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.

"Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri," katanya.

Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
"Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah," katanya.

Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

"Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar," katanya.

Mana menteri?

Namun, Umi  juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

"Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin," katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

"Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.

"Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya," kata Umi lagi.
Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap  dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.

Umno berisiko kehilangan undi wanita

Posted: 25 Aug 2012 08:25 PM PDT


KUALA LUMPUR — Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.

Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.

"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting."

"Ketika kami melakukan ini dulu, kita melihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi," kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.

Kata beliau sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.

 "Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.

Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

Penganalisis politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa pengundi atas pagar, terutamanya wanita yang bekerja dari rumah dan anak muda - sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya April 2013.

"Golongan wanita sangat penting oleh kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center kepada The Malaysian Insider.

Nik Aziz: Tangguh hudud kerana amaran persekutuan

Posted: 25 Aug 2012 08:20 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan kerajaan persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia.

"Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.

NONE"Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.

Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.

Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Presiden parti serpihan Umno, Semangat 46 pada waktu itu, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengadakan perbincangan sebagai sokongan kepada usaha itu, kata Nik Aziz.

"Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh kerajaan pusat," kata Nik Aziz lagi.

Beliau mengulas pandangan yang dikemukakan MP PAS Dr Dzukefly Ahmad dan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam suasana politik yang berlaku pada masa ini.

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Dr Mohd Asri bahawa PAS "memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam."

Dr Mohd Asri membangkitkan peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwa "tidak jelas" dan "menimbulkan salah faham hingga kini".

Dr Dzulkefly, seperti dilaporkan Sinar Harian pada hari Khamis lalu pula menyatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.

Dzulkefly dalam laporan itu juga berkata, hudud tidak boleh dilaksana "dalam keadaan terburu-buru kerana ia memerlukan penerangan, didikan dan penjelasan yang secukupnya."

Mengulas pandangan itu, Nik Aziz dengan bermadah mengumpamakan tentangan yang dihadapi PAS dalam melaksanakan hudud itu dengan keadaan gelora di laut.

"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan," katanya.

"Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam?

"Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

"Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah ini?," katanya.

Tambahnya lagi, soal untuk menolak atau menerima hukum hudud bukan satu pilihan kerana hukum Islam itu merupakan kewajipan ke atas orang Islam.

"Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

"Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab.

"Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah," katanya lagi dalam tulisan tersebut.

Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean

Posted: 25 Aug 2012 08:14 PM PDT

Azmi Abdul Hamid,
 
MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam Asean berdasarkan  penghapusan etnik Rohingya Muslim yang masih berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhiine Buddhist.

Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas .

Sehingga ini Malaysia masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai keganasan ke atas Umat Islam Rohingya Myanmar walaupun suatu ketetapan telah dikeluarkan dalam persidangan OIC  di Jeddah baru-baru ini bahawa semua Negara OIC perlu menyemak semula perhubungan diplomatik dengan Myanmar.

Respon Myanmar untuk mengujudkan badan siasatan khas yang dianggotai oleh  Rakhine Buddhis yang merupakan seorang pendalang kepada kempen membenci dan melancarkan serangan keatas Rohingya Muslim tidak boleh diterima sebagai tindakan yang positif kerana regim Myanmar jelas cuba bermuslihat untuk mengaburi mata dunia terhadap polisi menghapuskan etnik Rohingya yang maseh kekal.

Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berani atas nama hak kaum minoriti serta hak asasi manusia bahawa jika Myanmar maseh berdegil maka persidangan khas ASEAN perlu diadakan untuk membincangkan usul menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara tersebut.

Mapim menegaskan bahawa isu pokok yang perlu ditangani ialah isu penafian hak kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar. Isu ini menjadi persoalan yang utama jika isu yang lain hendak diatasi. Bermakna Myanmar tidak mahu menghentikan operasi penghapusan etnik kerana menganggap etnik Rohingya adalah pendatang haram.

Oleh kerana itu Negara anggota Asean dan OIC tidak punya pilihan , selain memberi tekanan politik antarabangsa keatas Myanmar untuk mengubah dasarnya terhadap etnik Rohingya.

Ketetapan di persidangan OIC perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan sejarah Palestin tidak berulang lagi , yang mana OIC dilihat sebagai badan antarabangsa Umat Islam yang tidak punyai wibawa untuk menekan Israel menghentikan penghapusan etnik Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.

*penulis adalah Setiausaha Agong MAPIM

Pensyarah UiTM: Dasar air percuma 'tak bijak'

Posted: 25 Aug 2012 08:12 PM PDT




 
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.

"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita."

Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang."

Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata Dr Suhaimi.

Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.

Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar."

Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai.- Bernama

Exco nafi MB Kedah sakit teruk, cuma rehat

Posted: 25 Aug 2012 08:06 PM PDT

ROSLINDA HASHIM

Azizan nafi sakit teruk
Amiruddin (kanan) dan Faekah (tiga, kanan) melayan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka MB di Seri Mentaloon.
 
ALOR SETAR - Ketidakhadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis-majlis rasmi sejak penghujung Ramadan, termasuk majlis raya bersama anak muda Kedah, Rabu lalu menimbulkan pelbagai spekulasi, konon beliau mengalami masalah kesihatan serius.

Spekulasi bertambah kencang apabila semalam, kelibat Azizan tidak kelihatan pada majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, di Seri Mentaloon, yang turut dihadiri Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Hanya isteri Menteri Besar, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah bersama ahli keluarga dan barisan Exco Kerajaan Negeri menyambut ketibaan tetamu yang hadir. Manakala Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah hadir mewakili Menteri Besar pada majlis itu.

Mengulas perkara itu, Amiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar, berkata, Azizan tidak mengalami masalah kesihatan serius seperti heboh diperkatakan, sebaliknya hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan.

"Tidak benar Azizan dikatakan demam atau sakit sejak dua minggu lalu. Keadaan beliau stabil dan tahap kesihatan memuaskan, cuma tidak pulih sepenuhnya. Selepas demam sekitar dua minggu lalu dan dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC), Azizan kembali sihat dan bertemu rakyat pada hari raya pertama," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, Azizan mengalami alahan ubat selepas itu menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis 'Jom Anak Muda, Raya Dengan MB', Rabu lalu, di Seri Mentaloon.

"Azizan hadir pada Rumah Terbuka Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, Khamis lalu bertemu penduduk setempat dan beliau bercadang bertemu media, semalam, namun masih tidak sihat sepenuhnya," katanya.

Amiruddin berkata, buat masa ini, Azizan berehat di rumahnya dan dinasihatkan doktor supaya tidak menyertai aktiviti luar.

"Azizan dijangka berehat sehingga Selasa depan, dan jika sihat akan mempengerusikan mesyuarat Exco minggu depan. Rakyat tidak perlu bimbang kerana keadaan Azizan tidak serius," katanya.

Menurutnya, sepanjang Azizan bercuti sakit, urusan pentadbiran negeri berjalan lancar .

Armstrong, manusia pertama jalan di bulan meninggal dunia

Posted: 25 Aug 2012 08:05 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Neil Armstrong
Neil Armstrong
 
WASHINGTON - Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.

Mendiang berusia 82 tahun.

Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.

Pembedahan itu dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos lalu.

Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai orang pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun. Detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.

November lalu, beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.

Armstrong dan rakannya, Edwin 'Buzz' menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 ialah Michael Collins

Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.

Pada 1971, Armstrong, yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.

Armstrong pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.

Armstrong menyertai dua penerbangan ke angkasa lepas. Perjalanan pertama pada 1966, yang beliau bertindak sebagai komander misi Gemini 8, hampir-hampir berakhir dengan tragedi. Beliau berjaya mengembalikan pesawat angkasa lepas dengan selamat walaupun komponen penolakan roket mengalami kerosakan.

Perjalanan kedua pada Julai 1969, bersama Aldrin dan Collins, mengambil masa empat hari untuk tiba di destinasi.

Collins menyifatkan telah kehilangan seorang pengendali pesawat yang terbaik.

"Saya merasai kehilangan dia," katanya.

Gambar pemimpin Pakatan segak terhangat

Posted: 25 Aug 2012 07:56 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Gambar pimpinan Pakatan Rakyat segak bergerak bersama  paparan blog http://www.tranungkite.net ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-34.

Di tangga kedua, berita mengenai kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal", yang dikatakan boleh mengelirukan umat Islam.

Mengapa Dr Mahathir berasa gundah gulana sehingga mengalu-alukan PAS untuk bersama Umno dalam melaksanakan hudud paparan blog http://biaqpila.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.

Nasihat kolumnis Subky Abdul Latif kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok supaya diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita mengenai pengagihan 25,000 penggunaan sistem pembelajaran yang diuar-uarkan oleh pihak Ketua Menteri Melaka yang tidak dilaksanakan sehingga pihak guru tertanya-tanya bagaimanakah implementasi sistem Tutor Online itu diagihkan..

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 19 Ogos hingga 25 Ogos, 2012.

1
Apa komen anda tentang gambar ini?
2
Lebih baik syaitan: Kenyataan Dr. M mengelirukan
3
Pasai apa Mahathir gundah gulana? [Baca]
4
PAS diam saja apa Nasharudin kata
5
Janji yang tak ditepati tetapi telah 'dicapati'
6
Hudud: Sepatutnya awal lagi mufti tegur Mahathir
7
Terbukti, penurunan harga kereta mampu dilakukan
8
Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti
9
PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?
10
Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Seksyen 114A langgar hak asasi manusia – Suhakam

Posted: 25 Aug 2012 07:53 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula, meminda ataupun memansuhkan seksyen yang berkontroversi, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, ini kerana ianya melanggar prinsip hak asasi manusia kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

"Peruntukan yang baru diperkenalkan ini telah berkuat kuasa pada 31 Julai 2012, juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 (1) UDHR," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) menggesa Kerajaan supaya mengkaji semula, meminda ataupun memansuhkan seksyen yang berkontroversi, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012 kerana ianya melanggar prinsip hak asasi manusia kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR). Peruntukan yang baru diperkenalkan ini telah berkuat kuasa pada 31 Julai 2012, juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 (1) UDHR.

Walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A ini boleh dipatahkan, seseorang yang dianggap bersalah mungkin tidak mempunyai masa, sumber, dan khususnya, kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran internet, untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut. Berbeza pula dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaan boleh lebih bersedia untuk membuktikan kesalahan tertuduh, kerana mereka diberi kuasa untuk memaksa mana-mana saksi berpotensi (seperti pentadbir, pembekal khidmat rangkaian dan pembekal internet) untuk mengemukakan keterangan, dan mempunyai kepakaran teknikal dan sumber untuk membantu siasatan/pendakwaan. Oleh itu, walaupun boleh dikatakan bahawa Seksyen 114A tidak mengubah keseluruhan beban bukti, sepertimana dalam kes-kes jenayah ianya terletak pada pendakwaan dan dalam tindakan sivil, terletak pada plaintif, dari segi praktikal, ia mungkin mempunyai kesan dalam mengubah beban tersebut kepada yang tertuduh ataupun defendan, mengikut mana yang berkenaan, sekali gus melanggar prinsip asas undang-undang.

Sama pentingnya juga Seksyen 114A mungkin mempunyai potensi dan kesan negatif yang menghalang daripada bersuara, menyebar dan berkongsi idea, berita dan maklumat, yang mana menjadi tanda pasti persekitaran Internet, sekali gus menghad dan mempengaruhi kebebasan bersuara – satu ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya. Ianya harus juga ditekankan bahawa hak bersuara tidak sepatutnya dihadkan oleh kaedah atau cara tidak langsung, seperti penyalahgunaan kawalan kerajaan atau swasta ke atas akhbar bercetak, frekuensi penyiaran radio, atau peralatan yang digunakan dalam penyebaran maklumat, atau dengan apa-apa cara lain yang cenderung untuk menghalang komunikasi dan peredaran idea dan pendapat.

Walaupun diperakui keperluan untuk menangani jenayah siber dan untuk mengesahkan tentangan terhadap ancaman keselamatan negara, namun sebarang kuasa atau langkah-langkah menghadkan hak mestilah mengikut norma-norma hak asasi manusia, menurut syarat-syarat ketat tertentu seperti berikut:
i. Bahawa penghadan hak individu mesti dikenakan semata-mata bagi maksud melindungi matlamat yang sah (iaitu keselamatan negara, hak atau reputasi orang lain, kesihatan awam atau moral) yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa;
ii. Bahawa penghadan hak mestilah benar-benar perlu bagi melindungi matlamat yang sah;
iii. Bahawa penghadan hak mestilah berkadar dengan perlindungan matlamat yang sah. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa hak dan kebebasan yang tidak boleh terhad termasuk kebebasan dari penyeksaan atau lain-lain tindakan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah atau hukuman;
iv. Bahawa mesti ada perlindungan yang mencukupi supaya dapat mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa.

Syarat-syarat ini adalah penting bagi membantu untuk mencari keseimbangan secara adil antara kepentingan awam – kebimbangan terhadap keselamatan negara, dan kebebasan asas seseorang individu.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendirian bahawa walaupun ia mengakui akan pentingnya keselamatan negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan, ia juga berpendapat bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan mesti dikaji semula ataupun dimansuhkan demi melindungi dan menghormati kebebasan asas dan hak asasi manusia untuk bersuara dan tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Suruhanjaya berharap untuk terlibat dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkepentingan yang lain dalam mengkaji semula Akta serta dalam penggubalan mana-mana undang-undang baru untuk memastikan bahawa peruntukan yang disediakan oleh mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang diterima secara universal.

Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi

Posted: 25 Aug 2012 07:52 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.

Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.

Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.

"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.

"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.

Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.

"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.

"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.

Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.

"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.

"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya.

Tiada ulasan: