DIALOG RAKYAT |
- Pendidikan diniaga punca peralatan projek PPSMI rosak RM500 juta
- Janji Demokrasi tak perlu permit, sambutan tetap di Dataran Merdeka
- Projek IC Sabah: Mahathir terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang
- Isu Hudud: Umno makin terdesak, alih perhatian rakyat- Anwar
- Robert Phang bebas tuduhan rasuah
- Perihal Najib, Merdeka Raya dan lemang dodol
- Peguam Negara Rasuah? Najib digesa tubuh tribunal
- TERKINI - CHEGU BARD BAKAL BERTANDING DI P.PINANG?
- MCA Sedia Lepas Kerusi Kepada Komponen Yang Yakin Menang - Dr Chua
- 'Satu Atau Dua Nama' Disyaki Kendali Akaun FB Konon Milik Pemuda Umno - Khairy
- Hanya Pelajar Antarabangsa Berkualiti Diberi Tempat Di IPT Tempatan - Khaled
- MANTAN MUFTI PERLIS DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BILA MENDENGAR LAGU JANJI DITEPATI TERUS MELUAT!!!!
- Janji Demokrasi: Jumlah peserta bukan isu
- Nazri tolak cadangan undang-undang lompat parti
- Komuniti Jalan Sultan berarak malam merdeka pertahan bangunan bersejarah
- Mahfuz: Tak timbul isu Pas harus keluar PR
- PAS mungkin bincang isu Nasha 'sepintas lalu'
- MCA: DAP terima ahli Umno lompat parti
- Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa
- Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
- Isu royalti: Saya tidak memihak sesiapa, kata Ku Li
- Pas Pusat akui sukar laksana hudud sekarang
- Mansor nafi gelar Guan Eng ‘angkuh, sombong’
- Judi bola nak, Umno usah berlagak mahukan Islam
- Janji Demokrasi: Tidak timbul isu permit
Pendidikan diniaga punca peralatan projek PPSMI rosak RM500 juta Posted: 25 Aug 2012 04:28 AM PDT Oleh Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Umno BN menjadikan sektor pendidikan sebagai perniagaan menyebabkan kira-kira 25 hingga 50 peratus peralatan bernilai lebih RM500 juta bagi projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dapat digunakan lagi akibat rosak. Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pimpinan Umno BN memperniagakan pendidikan bagi mengisi poket mereka sehingga mengabaikan kepentingan pembelajaran pelajar. "Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mereka jadikan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk digunakan dalam projek PPSMI untuk tujuan bisnes dan bukannya untuk mendidik murid serta pelajar," katanya ketika dihubungi. Demikian respon beliau berhubung laporan akhbar hari ini menyatakan kurangnya penyelengaraan dan kelemahan pentadbiran kerajaan menyebabkan banyak peralatan ICT yang dibekalkan untuk sekolah terabai bernilai lebih RM500 juta. Abas berkata, kerajaan Umno BN sebelum ini menyalahguna dan meluluskan pelbagai projek di atas nama pendidikan dengan tujuan untuk kepentingan sendiri. "Mereka menjadikan sekolah sebagai pasaran. Sepatutnya projek yang melibatkan sekolah dan murid perlu diusul dan dibincangkan terlebih dahulu bersama bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), setelah mendapat persetujuan barulah ia dijalankan. Tetapi mereka meluluskan terus setiap projek tanpa mengambil pandangan dari EPRD," jelas beliau. "Sebarang projek juga perlu mengambil kira pandangan dari pakar pendidikan terlebih dahulu sebelum diputuskan kebenaran untuk melakukannya, tapi sebaliknya tindakan yang dilakukan ternyata bercanggah dengan dasar pendidikan itu sendiri," kata Abas. PPSMI diperkenal sejak 2003 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan ditentang tokoh-tokoh bahasa, budayawan dan cendikiawan kerana dianggap memperlekeh bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu. Kemuncak penentangan itu pada 7 Mac 2009 apabila Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dipimpin bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Allahyarham Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, memimpin ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya. Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa – yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini – bangkit menuntut pemansuhan PPSMI. Hingga kini, kerajaan masih berdolak dalik mengenai tuntutan supaya PPSMI dimansuhkan. | ||
Janji Demokrasi tak perlu permit, sambutan tetap di Dataran Merdeka Posted: 25 Aug 2012 04:26 AM PDT Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR: Gabungan JANJI bertegas akan meraikan sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini tanpa memerlukan permit. Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin berkata, himpunan Janji Demokrasi pada jam 10.00 malam di kawasan pancuran air itu tidak memerlukan permit daripada pihak berkuasa. Katanya, ini kerana sambutan menjelang kemerdekaan menjadi kebiasaan setiap tahun dan ia disambut di empat lokasi berbeza, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, Dataran Maybank dan Bukit Bintang. "Jadi, kita hanya datang dan bersama-sama merayakan sambutan itu," katanya pada sidang media 'Janji Demokrasi' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. Ia turut disokong Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan isu permit tidak timbul ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maklum berhubung sambutan tahunan itu. "Bezanya peserta Janji Demokrasi disarankan untuk hadir dengan berpakaian kuning," kata Maria lagi. Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, SAMM, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu). Sebelum ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengugut untuk bertindak agresif kepada peserta himpunan jika ia diteruskan. Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata, Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara dan peserta turut dilarang membawa kain rentang dan sepanduk serta melaungkan slogan selain laungan Merdeka. "Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan), cuma perbezaannya kita berpakaian kuning dan Pak Samad akan membaca sajak beliau pada malam itu," tegasnya. Hadir sama pada sidang media itu, Koordinator Jingga 13, Fariz Musa; Setiausaha Agung Mipas, S Barathidasan; Warga Aman, Raja Retinam dan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Ismath. | ||
Projek IC Sabah: Mahathir terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang Posted: 25 Aug 2012 04:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah. Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan. Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan. Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui 'Projek Presiden Mahathir'. "Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini," jelas Chong Eng dalam kenyataan. Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas. "Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari 'Projek Mahathir'," ujar Dr Chong. Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an. Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir. Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah. Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum. | ||
Isu Hudud: Umno makin terdesak, alih perhatian rakyat- Anwar Posted: 25 Aug 2012 04:16 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Umno-Barisan Nasional semakin terdesak apabila memainkan isu Hudud dan Negara Islam dengan tujuan menyemai kesangsian kaum dan agama."Cubaan keji secara ugutan dan menghasut persengketaan agama dan etnik ini merupakan cubaan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Tidak kira bagaimana isu yang diputar oleh media Umno, kita dalam Pakatan Rakyat kekal komited kepada prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas ketua pembangkang itu. Tegasnya, perlembagaan menjamin kedudukan Islam di samping kebebasan agama lain, memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda, mendaulatkan institusi Raja-raja dan keistimewaan Melayu- bumiputera. Justeru beliau mengajak rakyat supaya menumpukan agenda untuk perubahan, berdasarkan prinsip tadbir urus yang digariskan Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. "Mari kita kekal tumpu kepada agenda untuk perubahan. Kita perlu meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan memeriksa peningkatan kos hidup yang membebankan rakyat. "Dalam hal Syariah, hudud, dan negara islam, kami mengakui dan menghormati pandangan yang berbeza dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR. "Ini adalah mencerminkan politik konsensus. Sebagai seorang Muslim, saya tetap berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah yang merupakan sumber prinsip syariah," kata Anwar. Anwar berkata, prinsip maqasid al syariah (objektif lebih tinggi Syariah) adalah prinsip penting urus tadbir dan tidak berlawanan dengan ajaran demokrasi. "Dalam hal ini, PR akan terus dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan sejagat, urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelusan dan daya saing untuk mencapai kebaikan untuk rakyat. "Janganlah kita terpengaruh dengan politik terdesak dan ugutan UMNO BN. Letakkan kepercayaan kita dalam kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai keadaan ini dan membuat pilihan bebas mereka," katanya. | ||
Robert Phang bebas tuduhan rasuah Posted: 25 Aug 2012 04:13 AM PDT Roketkini.com Laporan tersebut turut memetik Mustafar berkata awal minggu ini melalui SMS bahawa "Pihak pendakwa raya telah membuat keputusan dan membersihkan Phang daripada dakwaan rasuah. Ia juga telah diumumkan oleh panel kajian operasi." Phang pada Januari 2011 yang lalu secara sukarela memohon untuk melepaskan jawatan selaku anggota panel suruhanjaya berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya oleh sebuah sebuah blog yang mendakwa beliau telah cuba memberi rasuah kepada seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian. Menafikan tuduhan tersebut, beliau menjelaskan bahawa dirinya telah menjadi mangsa serangan berterusan pihak tertentu kerana membangkitkan isu berhubung kurangnya tindakan terhadap skandal MAS. Mengulas kepada laporan tersebut, Kit Siang mempersoalkan mengapa SPRM telah menyembunyikan maklumat bahawa Phang telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah terhadapnya selama 15 bulan. Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM , Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dilaporkan telah berkata bahawa SPRM telah "gagal untuk memperoleh bukti secukupnya untuk mendakwa Phang". Justeru beliau mempersoalkan mengapa pula pengumuman ini dibuat oleh Hadenan selepas mesyuarat Panel Penilaian Operasi SPRM pada bulan Mei tahun lalu dimana SPRM telah membersihkan nama Peguam Negara dalam tuduhan rasuahnya melibatkan penunaian ibadat haji? Menurut Kit siang lagi, penyiasatan tersebut menyatakan bahawa "panel ini berasa puas dengan hasil penyiasatan yang tidak memberi apa-apa indikasi kesalahan jenayah". "Tetapi kenapa dengan sengaja telah menyembunyikan maklumat pembebasan Phang daripada pengetahuan beliau?"-Roketkini.com | ||
Perihal Najib, Merdeka Raya dan lemang dodol Posted: 25 Aug 2012 04:08 AM PDT Roketkini.com Belum pun selesai dihadam ketupat, lemang, dodol dan samperit, tak sempat lapar sebab asyik berjamu, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut pula hari kebesaran negara hujung bulan ini iaitu Hari Merdeka yang ke 55 tahun. Istimewa Hari Merdeka yang ke 55 Hari Merdeka ke 55 ini menyaksikan satu sejarah baru terlakar; dua tema dalam satu perayaan. Kerajaan PR memilih tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". UMNO-BN memilih tema "Janji Ditepati". Entah janji apalah yang ditepati sedangkan Program Transformasi Kerajaan dilihat gagal memenuhi objektif. Perlaksanaannya lemah dan ada ahli akademik yang melihat ianya propaganda semata-mata. Contoh paling mudah seperti pemansuhan ISA tetapi diganti akta lain. Begitu juga dengan pindaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang 'tak aman'. Termasuklah yang terkini pindaan Akta Keterangan (No. 2) iaitu Seksyen 114A. "Najib tak cool langsung." Ini belum lagi dihurai panjang lebar perihal salah guna kuasa dan rasuah projek-projek kerajaan BN yang menimbulkan tanda soal semacam projek sambungan LRT Ampang-George Kent, projek SEDA, pengambilan tanah kerajaan di Brickfield dan banyak lagi. Kalaulah begini keadaannya, segala transformasi Najib bolehlah kita gelar 'tranformasi auta' sahaja. Nak glamour juga… Apapun, tak hairanlah kalau nama Najib melonjak, jadi glamour. Tentu sekali yang tumpang seronok adalah isterinya Datin Seri Rosmah. Mana tak jadi glamour, dalam tak sampai tempoh setahun, segala dasar transformasi nak dilaksanakan. Tak mengapalah, bila Najib bersara selepas pilihanraya nanti, setidak-tidaknya dapatlah gelaran Bapa Transformasi. Sepertimana gelaran Bapa Pembangunan kepada Tun Mahathir dan Bapa Demokrasi kepada Pak Lah. BN tabur duit macam tabur gandum…. Yang kita lihat, kerajaan UMNO-BN tabur duit semacam tabur gandum beri makan ayam. Bila gandum habis, ayam pun kenyang. Kemudian, bila taukeh datang, ayam pun kena jual. Mereka jugaklah yang untung. Harap-harap kita tidaklah jadi macam si ayam. Kenyang makan tapi tak sedar, telah dijual… Memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat. Tetapi, perlaksanaan BR1M, TR1M, KR1M dan sebagainya secara melulu memperlihatkan UMNO-BN sudah meroyan terdesak menagih simpati sokongan rakyat. Merdeka istimewa Merdeka ke 55 tahun ini merupakan hari merdeka istimewa buat seluruh warga. Kalau dulu ada Kongsi Raya, kali ini kita ada Merdeka Raya. Makin banyaklah lagi majlis makan-makan dan mega sales dibuat. Cumanya sampai sekarang, kita tertunggu-tunggu bila tarikhnya pilihanraya. Akan hal pilihanraya yang entah bila nak mula, kita mula terfikir, apakah UMNO-BN yang dikepalai Najib tidak cukup 'kira-kira' untuk menepati semua janji-janji mereka terlebih dahulu (termasuk janji lapuk) sebelum PRU atau sudah mula terbayangkan duit yang mereka tabur sebelum ini sia-sia sekadar menjadi rendang dan dodol buat dijamah? Hari baik bulan baik ini, Cabai Burung ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Salam Sebangsa, Senegara, Sejiwa.roketkini.com | ||
Peguam Negara Rasuah? Najib digesa tubuh tribunal Posted: 25 Aug 2012 04:05 AM PDT Roketkini.com Gesaan yang dibuat oleh Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain dan bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang dibuat berikutan dakwaan serius terhadap Gani yang didedahkan oleh penulis Zainal Abidin Ahmad dalam bukunya bertajuk "Tan Sri Gani Patail: pemalsu, penipu, penjenayah?". Dua hari yang lalu, Mat Zain telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memohon jawapan mengapa beliau tidak bersedia untuk menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara walaupun wujud banyak tuduhan serta bukti terhadap Gani tetapi telah memberi kebenaran untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah. Manakala Phang pula menggesa Peguam Negara agar menyiasat semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan menyaman penulis buku tersebut sekiranya dakwaan-dakwaan yang didedahkan adalah palsu. Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Phang dengan menggesa SPRM dan pihak polis agar menyiasat dakwaan terhadap Gani merujuk kepada isu salah guna kuasa seperti yang didedahkan buku tersebut. Memberi respon kepada isu ini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Robert Phang dan Mat Zain telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap Gani dan Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam diri terhadap Peguam Negara yang paling kontroversial dalam sejarah negara ujar Kit siang. "Ini kerana Peguam Negara dipandang sebagai ketua pegawai perundangan yang diberi penghormatan untuk mendaulatkan undang-undang daripada ketua yang melanggar undang-undang." ujarnya. Bagi Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, rakyat Malaysia amat bimbang dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kelihatan berdiam diri. "Isu Peguam Negara ini merupakan isu paling kontroversi kerana ia melibatkan sejumlah dakwaan tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara sendiri yang dipandang sebagai ketua pegawai perundangan. "Najib harus mempertimbangkan secara serius untuk menubuhkan satu tribunal kehakiman bagi meneliti sejumlah tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Gani seperti yang digesa Mat Zain dan Phang." Tanpa penubuhan tribunal yang dicadangkan, ia akan memberi persepsi bahawa Peguam Negara telah menjadi ketua yang melanggar undang-undang daripada ketua pegawai perundangan yang mendaulatkan undang-undang kata Kit Siang mengakhiri kenyataannya.-Roketkini.com | ||
TERKINI - CHEGU BARD BAKAL BERTANDING DI P.PINANG? Posted: 25 Aug 2012 03:55 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BARU-BARU ini aku sempat bersembang dengan beberapa orang budak SAMM sempena kunjungan berhari raya. Sudah tentu kami banyak bercerita tentang isu-isu politik semasa khususnya berkaitan aktiviti SAMM itu sendiri. Di dalam perbualan kami, aku cuba bertanyakan pendapat dia orang tentang Chegu Bard, Penyelaras SAMM. Di mana agaknya tokoh muda yang hebat ini bakal bertanding di dalam PRU akan datang? Aku sendiri merasakan tentulah Chegu Bard akan bertanding semula di Parlimen Rembau, apatah lagi orang-orang Rembau kini memang mahukan Chegu Bard bertanding di situ. Sebenarnya kerusi Parlimen Rembau dikatakan asalnya adalah Kerusi untuk PAS tetapi pada PRU 12 yang lalu Chegu Bard menawarkan diri untuk bertanding menentang Ketua Pemuda Umno KJ di situ. PAS sudi meminjamkan kerusi tersebut untuk beri laluan kepada Chegu Bard. Keputusan PRU 12 di Parlimen Rembau, pada awalnya berpihak kepada Chegu Bard tetapi seperti biasa undi subsidi tiba dan beliau tewas tipis kepada KJ. Kali ini, di mana pula Chegu Bard akan bertanding? Jika ikutkan pilihan Chegu Bard, aku yakin beliau pasti memilih untuk bertanding semula di situ memandangkan rakyat di Rembau amat senang dengan tokoh muda ini. Apatah lagi beliau adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau. Orang-orang PAS di Rembau juga amat senang dengan beliau sehinggakan diberitahu sekiranya bukan Chegu Bard yang bertanding di Rembau, PAS akan letakkan calon partinya di situ. "Ada berita menarik", kata rakanku budak SAMM tersebut. Kali ini PAS akan mengambil semula kerusi Parlimen Rembau. "Habis tu, ke mana mahu diletakkan Chegu Bard?" tanyaku. Member aku tersenyum, dengan bangganya dia menyebut, " Kali ini Chegu Bard, InsyaAllah, akan masuk ke Parlimen". Semua tahu hubungan Chegu Bard dengan DS Anwar dan hampir seluruh kepimpinan tertinggi KEADILAN sekarang amat baik walaupun pada suatu ketika beliau dikatakan suka berperang dengan kepimpinan parti. Sikap Chegu Bard yang tidak hipokrit dan tidak suka mengampu-ngampu pimpinan dan prinsipnya yang berpegang teguh kepada prinsip dan disiplin parti itulah yang menyebabkan beliau sering mengkritik kepimpinan. Rupa-rupanya sikap beliau ini lah yang menyebabkan kepimpinan merasakan Chegu Bard adalah aset penting kepada parti. Kepimpinan beliau di dalam SAMM amat berjaya dan berpengaruh. Pada waktu tertentu beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk DS Anwar sendiri, tetapi apabila pihak musuh menyerang DS Anwar dan parti, Chegu Bard tampil mempertahankannya. " Di mana Chegu Bard akan bertanding? Soal aku kepada temanku itu. " Di negeri sebelah Utara," Jawabnya rengkas. Aku termenung sekejap. Tetapi apabila aku ingat balik, ada lojiknya kata-kata temanku itu. Sebulan dua ini kita sering menyaksikan banyak aktiviti Chegu Bard dan aktiviti SAMM tertumpu di sebelah Utara. Aku cuba meneka sendiri di negeri dan kawasan manakah Chegu Bard akan bertanding jika negeri sebelah Utara ditawarkan kepada beliau. Kedah tidak mungkin. Perlis jauh sekali. Hanya satu iaitu di P.Pinang. Ya, Chegu Bard kerap berkunjung ke sana sekarang. Malahan dimaklumkan Himpunan SAMM peringkat Kebangsaan akan diadakan di Penang. Tetapi di kawasan mana Chegu Bard akan bertanding? Walaupun temanku cuba untuk merahsiakan kawasan di mana Chegu Bard bertanding, aku dapat merasakan bahawa Chegu Bard tidak akan merampas kerusi rakan-rakan sendiri di dalam PR. Jika itulah keadaannya, maka Chegu Bard pasti akan diletakkan di Parlimen Nibong Tebal. Kerusi itu kini disandang oleh bekas MP KEADILAN yang kini menyertai Parti KITA iaitu YB Tan Tee Beng. Amat tepat sekali jika benar beliau diletakkan di situ. Chegu Bard bukan asing di negeri Utara kerana isteri beliau pun jika tidak salah aku adalah anak orang Utara, iaitu di P.Pinang itu sendiri. Mungkin ada yang bertanya mengapa selaku Ketua Cabang KEADILAN di Rembau beliau mesti dibawa ke negeri lain? Jawapannya bagi aku, di Negeri Sembilan hubungan beliau dengan kepimpinan negeri dikatakan agak dingin. Keduanya, kerusi Parlimen Rembau eloklah diserahkan semula kepada PAS. Ketiganya, mungkin parti mahu melihat tokoh muda ini berada di saf hadapan pejuang PR bersama-sama Sdr Rafizi, Fariz Musa, Mat Sabu dan ramai lagi tokoh muda yang lantang. Tentunya Parlimen selepas PRU akan datang akan lebih panas lagi berganding dengan YB Nurul Izzah samada ketika itu PR menjadi Kerajaan atau tidak. Apa pun, kita mengharapkan Chegu Bard akan diberi kemenangan walau di mana beliau bertanding kerana pejuang yang tidak mengharapkan jawatan dan kedudukan akan diberkati jika diberi jawatan, InsyaAllah. | ||
MCA Sedia Lepas Kerusi Kepada Komponen Yang Yakin Menang - Dr Chua Posted: 25 Aug 2012 03:52 AM PDT MSTAR ONLINE IPOH: MCA bersedia melepaskan kerusi tradisi yang ditandinginya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika parti itu yakin menang selain mendapat restu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA juga tidak akan menuntut mana-mana kerusi yang parti itu tidak berpeluang menang. "Saya mengatakan secara terbuka bahawa MCA tidak menuntut kerusi yang kita tidak berpeluang menang atau yakin menang. Kita bukan parti komponen yang syok sendiri," katanya pemberita selepas bertemu penjaja Pasar Awam Gunung Rapat, di sini Sabtu. Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut Gerakan Bahagian Gopeng mempunyai calon boleh menang bagi kerusi Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, iaitu dua kerusi yang ditandingi MCA sebelum ini. Kenyataan Ketua Gerakan Bahagian Gopeng itu susulan laporan akhbar bahawa pada pilihan raya umum ke-13 nanti MCA berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Puchong yang ditandingi Gerakan pada dua pilihan raya umum lepas. Mengulas lanjut, Dr Chua berkata:"...kalau Gerakan ingat dia boleh menang ambillah, kalau PM (Perdana Menteri) setuju kitapun setuju, no problem." Katanya kedua-dua parti berkenaan juga tidak perlu bertukar kerusi jika Gerakan benar-benar yakin boleh memenangi kawasan yang dituntut mereka. Pada masa yang sama Dr Chua menegaskan ada beberapa kriteria yang harus dipenuhi sesebuah parti sebelum meluahkan keyakinan boleh menang di satu-satu kawasan. Mereka perlu bertanya adakah bahagian itu aktif, berapa jumlah anggota mereka serta sejauh mana tahap persediaan jentera pilihan rayanya, kata Dr Chua. "Keempat, adakah mereka bersatu padu, komited, bekerja keras serta bertungkus-lumus untuk pastikan calon BN menang dan akhir sekali pengundi lebih yakin dengan parti mana, MCA, Gerakan, Umno atau MIC. Sebab itu kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan," katanya. Beliau berkata berkata MCA yakin Najib selaku Perdana Menteri mempunyai sumber yang dapat menyediakan maklumat tepat dan benar untuk membuat keputusan yang bijak. Katanya sesebuah parti komponen juga tidak wajar menuntut kerusi pilihan raya jika tidak mahu bekerja keras dan hanya mahu rakan lain yang bertungkus-lumus untuk mereka. - BERNAMA | ||
'Satu Atau Dua Nama' Disyaki Kendali Akaun FB Konon Milik Pemuda Umno - Khairy Posted: 25 Aug 2012 03:50 AM PDT MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu sebuah laman sosial facebook didakwa milik pergerakan itu. Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbaru hasutan: Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat. Anggota Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan siasatan dan maklumat yang dikumpul beliau dan rakan-rakannya, 'satu atau dua nama' disyaki mengendali laman facebook palsu itu. "Satu laporan polis telah dibuat pada Isnin lepas. Kami masih menunggu untuk dipanggil polis untuk memberi keterangan. "Saya akan menyerahkan maklumat mengenai individu itu...untuk siasatan lanjut apabila dipanggil polis untuk memberi keterangan nanti," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Presint 10 di sini Sabtu. Khairy berkata poster berbaur hasutan dalam facebook itu tidak mencerminkan pendirian Pemuda Umno dan motif pengendali poster tersebut berpendirian extremis, bodoh atau sabotaj. Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman facebook itu. - BERNAMA | ||
Hanya Pelajar Antarabangsa Berkualiti Diberi Tempat Di IPT Tempatan - Khaled Posted: 25 Aug 2012 03:46 AM PDT MSTAR ONLINE JOHOR BAHARU: Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) akan memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian diberi tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. EMGS, syarikat milik penuh kementerian itu berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan penuntut asing di negara ini. "Mereka perlu mendapat tempat terlebih dahulu di IPT sebelum permohonan visa pelajar dikemukakan kepada imigresen ... Kita akan perketatkan dari segi itu (sebelum permohonan visa dikemukakan)," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Dewan Johor Jaya di sini, Sabtu. Katanya, bagi pelajar yang sudah mendapat tempat di IPT tempatan, EMGS akan menentukan pelajar berkenaan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar diproses. "Sebelum ini, pelajar antarabangsa boleh masuk ke negara ini dan mencari mana-mana IPT yang mahu menerima mereka sebagai pelajar. Ini menyebabkan sesetengah pihak menyalahguna visa pelajar dan terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang negara," katanya. Melalui EMGS, beliau berkata badan itu akan memastikan setiap IPT bertanggungjawab ke atas pelajar antarabangsa mereka dan mengambil tindakan memberhentikan pelajar yang melakukan jenayah. Justeru, dalam memastikan keberkesanan memantau pelajar berkenaan, beliau berkata EMGS akan memperkenal kad pelajar sebagai ganti pasport pelajar terbabit. Katanya, EMGS juga akan mewajibkan pelajar membeli insurans bagi mengelak kerajaan menanggung kos perubatan yang tinggi sekiranya pelajar berkenaan jatuh sakit. Menurut Mohamed Khaled ramai pelajar antarabangsa yang ditahan melakukan aktiviti jenayah, didapati bukan pelajar sebenar sebaliknya mereka menyalahguna visa pelajar. Sehingga kini terdapat 95,000 pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di IPT tempatan, katanya. - BERNAMA | ||
Posted: 24 Aug 2012 05:13 PM PDT http://omakkau.blogspot.com/ Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin @MAZA apabila buat julung kali mendengar lagu Janji Ditepati liriknya hasil titik peluh dan idea Datuk Seri Rais Yatim, terus beliau rasa menyampah. Kalau insan seperti beliau yang terkenal sebagai penerima secara berlapang dada dan berdingin kepala apa jua pandangan yang bersongsang dengannya pun boleh meluat, apakah kita sebagai rakyat biasa boleh menerimanya?. Maka tidak salah jika selama ini rakyat sudah memasakkan dalam jiwa dan minda mereka yang UMNO sememangnya dalam keadaan nazak dan terdesak... Menunggu masa untuk ditolak. | ||
Janji Demokrasi: Jumlah peserta bukan isu Posted: 24 Aug 2012 05:05 PM PDT Jurucakap kepada jawatankuasa kerja untuk perhimpunan Janji Demokrasi, Hishamuddin Rais berkata jangkaan menteri dalam negeri bahawa perhimpunan itu hanya akan menarik penyertaan yang kecil tidak akan menjadi isu. Katanya, soalnya adalah orang yang hadir pada malam itu dalam dengan memakai pakaian warna kuning – warna yang dipilih untuk kempen BERSIH dan bukannya jumlah peserta perhimpunan. Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak. Perkara itu, menurut Hishammuddin, menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk hadir ke perhimpunan yang dirancang diadakan semasa ketika sambutan di ambang hari merdeka, 30 Ogos. Kenyataan menteri itu timbul susulan ancaman oleh kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) untuk bertindak agresif ke atas perhimpunan malam 30 Ogos itu. Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH. Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut. Kumpulan yang menerima sokongan 47 NGO itu merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka dengan memakai pakaian berwarna kuning untuk mengingatkan kerajaan supaya memenuhi janji untuk penambahbaikan pilihan raya. Nama itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55. | ||
Nazri tolak cadangan undang-undang lompat parti Posted: 24 Aug 2012 05:02 PM PDT MALAYSIA KINI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menubuhkan undang-undang anti-lompat parti. Nazri berkata penubuhan itu bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Sebagai ahli parlimen, Nazri berkata, kebebasan untuk memilih mana-mana parti perlu diberi kepada mereka. "Jadi, selagi kita tidak membuat pindaan pada perlembagaan, saya tidak melihat apa-apa perkembangan mengenai rang undang-undang anti-lompat parti. Perkara sama juga telah diputuskan sebelum ini di Sabah. ''Inilah apa yang saya tidak faham tentang DAP. Anda mempunyai ahli parlimen yang bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan. "Pada masa yang sama, mereka mahu melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah dijamin," katanya seperti dipetik sebagai berkata oleh akbar harian berbahasa Inggeris, New Strait Times hari ini. Nazri juga berkata, BN merupakan sebuah parti "bijak dan pintar" kerana tidak menerima mana-mana wakil rakyat yang berpaling tadah dari pembangkang untuk masuk ke dalam mana-mana parti komponennya. "Tidak seperti mereka, BN bijak dan pintar. Kami tidak menerima mereka dalam parti kami (sepanjang tempoh ini). "Jika anda adalah parti dengan prinsip, anda tidak akan mengambil pihak lain sebagai ahli. Anda perlu menghormati keputusan yang dibuat rakyat. Dalam kes kami, kami tidak mengambil mereka. Mereka boleh kekal bebas. "Tetapi ahli politik dan ahli Parlimen di Pakatan Rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka adalah contoh yang tidak baik," katanya lagi. | ||
Komuniti Jalan Sultan berarak malam merdeka pertahan bangunan bersejarah Posted: 24 Aug 2012 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR — Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) hari ini melancarkan kempen "Merdeka March for Jalan Sultan" untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara bangunan bersejarah di sekitar Jalan Sultan. Menurut pengerusi KLSCHA, Stanley Yong, berkata, mereka akan berarak untuk "Merdeka March" ini akan berjalan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka. "Kami juga mahu membangkitkan semula kegemilangan di Jalan Sultan di mana kawasan ini penuh dengan sejarah dan budaya tersendiri sekian lama," katanya lagi. "Kami akan berarak dan menyanyi di kawasan penuh bersejarah di Kuala Lumpur ini." Menurut wakil dari Gospel Hall, Jimmy Chok, pula, adalah penting untuk memelihara sejarah untuk warisan masa depan. "Kita melalui masa yang kian berubah, kita harapkan perubahan itu ke arah yang lebih baik," kata Chok dalam sidang media sebentar tadi. "Sempena dengan semangat hari merdeka, kami semua berarak untuk orang ramai mengetahui kepentingan memelihara bangunan bersejarah ini. "Kami tidak menolak pembangunan dan projek MRT, kami mahu supaya bangunan bersejarah ini tidak dirobohkan." Konflik di Jalan Sultan ini berlaku apabila kerajaan mengumumkan pada pertengahan 2011 untuk projek laluan MRT di melibatkan kawasan di Jalan Sultan, Imbi dan Bukit Bintang, dan undang-undang tanah menyatakan pemilik tanah memiliki hak sehingga teras bumi. Projek MRT sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam akhir tahun 2016 dan akan memulakan perkhidmatan pada awal 2017, adalah projek termahal dalam sejarah negara melibatkan kos berjumlah RM50 billion. Pemilik bangunan di Jalan Sultan dikatakan tidak berpuas hati dengan laluan tersebut kerana ia akan mengancam struktur bangunan di situ. "Tiga bangunan di Perhentian Bas Klang, Uda Ocean dan Plaza Warisan disenarai sebagai kategori 3 bangunan warisan dalam pelan rancangan Kuala Lumpur 2020, tetapi dalam projek MRT ini mereka telah runtuhkan tiga bangunan tersebut untuk stesen MRT baru," kata Chok lagi. | ||
Mahfuz: Tak timbul isu Pas harus keluar PR Posted: 24 Aug 2012 04:54 PM PDT SHAH ALAM - Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak timbul soal Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan mengakhiri hubungan dengan DAP ekoran isu 'perbezaan' pendirian dalam soal hukum hudud. Katanya, Pas dan DAP tidak perlu menamatkan kerjasama yang telah dibina hanya disebabkan isu hudud sebab partinya, yang memerintah Kelantan sejak 1990, sudah pun menggubal hukum hudud ketika membentuk kerajaan tanpa gabungan kerjasama DAP di negeri Pantai itu. "Ada pihak membuat kenyataan Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat... saya hendak menjelaskan, Pas tidak perlu keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu penentangan berkenaan dengan hudud. "Kalau kata DAP tidak setuju dan kami harus keluar Pakatan Rakyat, Pas sebenarnya telah meluluskan hukum hudud pada 1992, di Kelantan. "Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan Pas tidak dapat melaksanakan disebabkan halangan dan ugutan oleh Kerajaan Pusat, oleh bekas Perdana Menteri, halangan daripada Umno," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar PR ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud. Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beberapa pihak lain termasuk dari Umno juga melahirkan pendirian yang sama. Dr Mahathir pula berkata, Pas boleh keluar dari PR dan bekerjasama dengan Umno untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Pas dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika Pilihan Raya Umum 1990. "Pada waktu itu, tidak ada apa-apa hubungan rasmi dengan DAP... Pas menang di Kelantan tanpa ada DAP. "Jadi, tidak timbul isu Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat sekarang, sebaliknya hubungan Pas dan DAP telah membawa banyak perubahan positif sejak kebelakangan ini," katanya dengan merujuk kepada pendirian DAP dalam menyokong pendirian Pas berhubung isu judi bola dua tahun lalu. "Ini kita dapat lihat di Selangor dan juga di Pulau Pinang," katanya lagi. Selain itu katanya, DAP juga bekerjasama dengan Pas dalam soal memperjuangkan usaha melawan rasuah. "Kerjasama Pas dan DAP telah berjaya menolak rasuah. Isu tuntutan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), kerjasama kami telah membawa kepada pemansuhan undang-undang ini," katanya lagi. | ||
PAS mungkin bincang isu Nasha 'sepintas lalu' Posted: 24 Aug 2012 04:49 PM PDT Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu mengenai kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mungkin akan dibincangkan secara sepintas lalu dalam mesyuarat Biro Politik parti itu esok. Bagaimanapun, fokus utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan mengenai isu politik dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya. ''Esok mesyuarat politik dan akan bincangkan isu melibatkan soal politik, pilihan raya umum. Isu Nasha mungkin (dibincangkan) sepintas lalu sahaja. ''Dia bukan lagi dalam AJK (jawatankuasa PAS pusat). Dia dalam masjlis syura dan mesyuarat kita tidak akan fokus untuk dia," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut akan membuat apa-apa ketetapan mengenai MP Bachok tersebut, yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika diminta penjelaskan lanjut mengenai perkara itu juga menyatakan perkara sama. "Tak ada yang khusus mengenai Nasha," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini. Isu mengenai perbincangan tersebut ditimbulkan oleh timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata isu Nasharuddin mungkin akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat biro berkenaan | ||
MCA: DAP terima ahli Umno lompat parti Posted: 24 Aug 2012 04:48 PM PDT MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan. Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan BN. "Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di Georgetown, hari ini. Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota PKR adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang. "Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya.- Bernama | ||
Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa Posted: 24 Aug 2012 04:44 PM PDT
Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya. Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR. Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam). Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR. Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan. Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun. Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah. Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali. Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat. Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa. | ||
Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul Posted: 24 Aug 2012 04:39 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Mohd Zahry. Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran. Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas, berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin." Menurut blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini. Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial. Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu. | ||
Isu royalti: Saya tidak memihak sesiapa, kata Ku Li Posted: 24 Aug 2012 04:36 PM PDT GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). "Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata beliau bukan hendak membela kerajaan negeri pimpinan Pas itu, tetapi apa yang diperkatakan adalah bagi menjelaskan perkara sebenar yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri terbabit. Katanya, beliau berhak menjelaskan perkara itu supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan Umno dan BN walaupun masalah itu menjadi tanggungjawab Petronas untuk menyelesaikannya. "Sumber sebenar hasil itu (petroleum) diperoleh Petronas dan Petronaslah yang harus bertanggungjawab membayar semua tuntutan kerajaan negeri terbabit seperti yang terkandung dalam perjanjian yang saya lakukan kerana ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas. "Memanglah ramai yang membuat tafsiran salah berhubung kenyataan saya itu hingga ada yang menuduh lebih memihak kepada pembangkang dan saya ingin jelaskan kenyataan itu adalah hakikat yang patut kita sama-sama selesaikan," katanya. Beliau berkata segala perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas ketika itu juga mendapat persetujuan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan semuanya terkandung dengan jelas dalam akta petroleum berkenaan. "Saya bukan nak berada di sebelah mana-mana pihak berhubung tuntutan berkenaan dan apa yang saya lakukan itu untuk memberi faedah bersama termasuk rakyat. Jika rakyat mendapat manfaat sudah tentu akan menyokong kita pada PRU-13 tidak lama lagi," katanya. Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Tengku Razaleigh berkata, persiapannya sudah diatur dengan baik khususnya di bahagian Gua Musang bagi mengekalkan kubu kuat Umno di Kelantan itu yang tidak pernah tewas kepada pembangkang. "Saya mempunyai strategi sendiri bagi mengekalkan kemenangan itu, tetapi pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik, tetapi saya harap sokongan mereka tidak berubah dan memberi kemenangan kepada BN," katanya. - Bernama | ||
Pas Pusat akui sukar laksana hudud sekarang Posted: 24 Aug 2012 04:34 PM PDT SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek. Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda. "Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut. Menurutnya, Dr Mahathir adalah orang yang menentang hudud sejak dari tahun 90-an sewaktu Kelantan ingin melaksanakan hudud. "Kita tidak akan percaya lagi dengan janji manis Dr Mahathir dan pelawaan itu kerana dari dahulu lagi Pas pernah mempunyai pengalaman dengannya dalam isu ini," katanya. Semalam, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh. Katanya lagi, sebelum merealisasikan undang-undang tersebut, ia memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan. Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama Pas dan Umno berhubung isu hudud hampir mustahil berlaku sekiranya Kerajaan Pusat iaitu Umno tidak serius untuk melaksanakannya. "Pas dan Umno sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sudah tidak mampu untuk berbincang berkaitan perkara apapun, bukan hanya isu hudud malah, berkaitan hal lain juga. "Kita melihat hubungan kerjasama tidak dapat dilakukan," katanya. | ||
Mansor nafi gelar Guan Eng ‘angkuh, sombong’ Posted: 24 Aug 2012 04:33 PM PDT GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media. Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu. Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP. "Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya. "Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter," katanya pada sidang media, hari ini. Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri. Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja. "Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya. | ||
Judi bola nak, Umno usah berlagak mahukan Islam Posted: 24 Aug 2012 04:29 PM PDT
"Hari ini, beberapa pemimpin Umno berlakon dan menipu rakyat dengan berpura-pura mahukan Islam ketika masih segar dalam ingatan rakyat merekalah yang gilakan judi bola. "Sikap itu bukan sahaja anti-Islam malah menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun menentang judi bola itu," katanya. Mahfuz berkata, Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada yang turut dibantah oleh DAP. "Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Umno membatalkan keinginannya hendak mewujudkan judi bola, tetapi bukan kerana keyakinan kepada Islam. "Bukan kerana Islam tetapi kerajaan Umno membatalkan keinginan hendak mewujudkan judi bola itu disebabkan tentangan yang meluas termasuk dari rakyat bukan beragama Islam malah ahli-ahli Parlimen dari DAP antara yang lantang menentang hasrat Umno itu," katanya. Mahfuz mengingatkan, Umno tidak perlulah berlakon kononnya mahukan Islam kerana pada masa yang sama tindakannya lebih banyak mengingkari Islam. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat tidak henti-henti menyaksikan Umno mengulang-ulang sikap menuduh undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya seperti yang mereka lakukan sebelum ini. "Para pemimpin Umno tidak henti-henti menolak undang-undang Islam tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan," katanya. Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil. "Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam. "Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz mengalu-alukan pandangan seorang ahli akademik yang mengakui PAS tetap mempertahankan pendiriannya. Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan, pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid berkata, PAS dan DAP akan terus mempertahankan pendirian mereka dalam isu hudud. Akhbar yang sebelum ini dilaporkan sebagai ditentukan kandungannya oleh Biro Politik Umno itu seterusnya melaporkan bahawa pensyarah itu juga berkata, PAS "tidak akan lari daripada hukum hudud". | ||
Janji Demokrasi: Tidak timbul isu permit Posted: 24 Aug 2012 04:27 PM PDT
KUALA LUMPUR: Sambutan ambang kemerdekaan anjuran Gabungan Janji tetap diteruskan di Dataran Merdeka, 30 Ogos ini biarpun tanpa permit. Pengarah Eksekutif Empower Selangor, Maria Chin Abdullah, berkata himpunan yang dinamakan 'Janji Demokrasi' itu tidak memerlukan sebarang permit daripada pihak berkuasa. Ia kerana, katanya himpunan itu merupakan satu himpunan biasa bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara seperti yang diamalkan sebelum ini. "Kebiasaannya, sambutan kemerdekaan ini diadakan setiap tahun dan diraikan di empat lokasi berbeza seperti di Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Maybank. Beliau berkata demikian pada satu sidang media gabungan itu, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, pagi tadi. Tambah beliau himpunan yang bermula jam 10 malam di kawasan pancuran air itu hanya mempunyai perbezaan kerana mereka yang ingin menyertainya digalakkan memakai pakaian berwarna kuning. Turut menyokong penegasan gabungan tersebut ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan isu permit tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pihak. Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata perkara itu tidak timbul memandangkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah sedia maklum mengenai sambutan tersebut. Pada ambang malam kemerdekaan itu, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan turut serta menyampaikan sajak beliau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan