:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
APA BEDA SYAITAN DENGAN MAHATHIR? Posted: 25 Aug 2012 08:23 AM PDT Syaitan bukan nama makhluk, tapi nama perangai yang melekat pada makhluk. Imam tabari mendenisikan syaitan adalah, 'setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan sebagainya'. Iblis adalah makhluk. Sudah pasti ia adalah syaitan, kerana tidak ada kejahatan tanpa iblis. Iblis dan kejahatan umpama kentut dengan taik; umpama umno dengan rasuah; umpama sami vello dengan MRR2; umpama mahathir dengan politik diktator. Kita tidak boleh menolong syaitan, kerana menolong syaitan beerti menolong membuat kejahatan. Contohnya kita tidak boleh tolong pencuri dengan membawa tangga untuk membantu pencuri panjat rumah untuk mencuri. Namun begitu, tidak salah kita ditolong oleh syaitan, kerana tidak mustahil syaitan boleh menolong orang buat baik. Contohnya seperti kita nak pergi masjid dan motor kita rosak. Tiba-tiba ada seorang budak dadah yang lalu menawarkan bantuan untuk membaiki motor kita secara percuma. Tindakan budak dadah itu memudahkan untuk kita ke masjid. Ia sama seperti kita nak pergi ke kelantan ikut jalan gerik. Sesampai di gerik, kita dapati jem panjang ekoran sebatang pokok tumbang menutup laluan jalan. Untuk nak angkat pokok yang tumbang itu, kita tidak boleh menghalang orang-orang jahat yang nak tolong sama mengangkat kayu yang tumbang tersebut. Jika dihalang juga, maka itu satu kebodohan tahap luar biasa. Yang paling penting, seharusnya kita berfikir untuk tidak menjadi syaitan dan tidak membantu syaitan. Yang paling bijak, macam mana kita nak manfaatkan syaitan untuk memberi kemenangan kepada Islam. Wallahu 'Alam |
[NAIL AL-AWTAR 2] AIR KELUAR CELAH JARI NABI Posted: 25 Aug 2012 08:21 AM PDT Dari anas bin malik berkata; aku tengok Rasulullah saw ketika itu telah masuk waktu asar. Manusia mencari air sembahyang dalam keadaan mereka tidak ada air sembahyang. Lalu didatangkan kepada Rasulullah SAW air sembahyang, lalu Rasulullah SAW meletakkan tangannya dalam bekas itu. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh manusia berwudu' dari air dalam bekas tersebut, aku nampak air terpancar keluar dari celah-celah jari baginda hingga air wudu' untuk orang lain' (muttafaqun alaih) 1- mukjizat nabi mukjizat bermakna perkara yang menyalahi adat yang diberikan khusus kepada para nabi. Kepada orang lain, tidak diberikan mukjizat. Antara mukjizat nabi saw itu adalah Allah SWT mengeluarkan air dari celah jari Nabi saw sepertimana air mata air terpancar. Menurut riwayat, bilangan sahabat pada ketika itu mencecah bilangan 15000 orang. Dan orang yang boleh berwudu dengan air yang keluar dari celah jari nabi itu hampir seribu orang. 2- air musta'mal boleh digunakan dari hadis ini, ulama selain syafiiyyah menjadikan hujjah bahawa air musta'mal boleh digunakan. Ini kerana dalam hadis, didapati para sahabat berwudu dengan air yang dicelup tangan oleh Rasulullah SAW. Namun begitu, ulama syafiieyyah menyatakan bahawa asal air musta'mal tidak boleh digunakan. Tetapi dalam keadaan terdesak, maka ia dibenarkan untuk digunakan atas alasan dharurat. Dan lagi, mereka beralasan bahawa yang dimaksudkan dengan air musta'mal adalah air yang selepas digunakan untuk berwudu dan mandi jinabah. Adapun semata-mata celup seperti dalam hadis ini, air tersebut dikira sebagai mutlak lagi. 3- celup tangan dalam air tidak memudharatkan sedikit pun pada air yang dicelup tangan; sama ada menjadi musta'mal atau mutannajis berdasarkan kepada hadis ini. Namun begitu, sekiranya tangan itu mempunyai kotoran, maka air tersebut boleh bertukar sifatnya. Ini disandarkan kepada beberapa hadis yang mana Nabi SAW menyuruh membasuhkan tangan terlebih dahulu sebelum mencelup tangan ke dalam air, krn kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa kita tidur. 4- berwudu dan istinja' dgn air zam zam air yang keluar dari celah jari nabi adalah air yang bersih. Ini merujuk kepada jasad nabi saw yang jauh lebih bersih berbanding tanah. Sedangkan air yang dari tanah juga bersih. Jika air zam zam yang berasal dari tanah pun sudah bersih, maka air yang berasal dari jari nabi saw itu lebih bersih. Jika dengan air dari celah nabi saw pun boleh dibuat berwudu', maka terlebih boleh digunakan jika air itu adalah air zam-zam, sama ada untuk berwudu atau untuk beristinja'. Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis Ibn Abbas bahawa dia berkata, 'aku telah memberi minum kepada Rasulullah SAW dengan air zam zam, lalu Baginda SAW minum air itu dalam keadaan berdiri. Juga hadis dari ali bahawa dia berkata bahawa rasulullah saw meminta membawa sebaldi air zam zam; kemudian baginda minum dan berwudu dengan air itu' (nail al-awtar, jld 1, hlmn 17 - 18) |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan