DIALOG RAKYAT |
- Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang
- RM1.09 juta elaun sara hidup dibayar kepada nelayan di Melaka
- Jangan ungkit lagi tragedi 13 Mei, kata veteran Umno
- PM lancar rangka tindakan kajian semula pendidikan 11 Sept
- Najib nasihat ahli Umno 'jangan putus asa' juang hak
- HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI
- KSU Diarah Jumpa Pegawai Kerajaan S'gor Selesai Projek Langat 2 - Peter Chin
- Johor Bakal Muncul Sebagai "Ibu Kota Taman Tema Malaysia"
- Majoriti Rakyat Negara Ini Terutama Golongan Belia Terima Kepimpinan Najib - Devamany
- DAP Sentiasa Menentang Tindakan Lompat Parti - Karpal
- Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S'wak & P Pinang mahukan 'KEMERDEKAAN'
- MB Selangor lancar bas khas kempen PRU13
- Tragedi pagi Syawal: Pemuda lemas motosikal terbabas ke dalam tali air
- Pemuda Umno mengambil risiko menyalakan api-api agama di Facebook
- Nasha akan lawan Karpal di mahkamah
- Kedutaan Malaysia di Syria ditutup sementara
- Mesin ATM dilarikan awal pagi Syawal
- Hospital Serdang sedia Unit Pakar Jantung Pediatrik
Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang Posted: 20 Aug 2012 04:32 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN : Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY! Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. "HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai "dividen anti-rasuah" yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT)." Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010. "HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang." tambah Guan Eng. Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah. Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk. Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing. "Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah. "Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan. "Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin." Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. roketkini.com |
RM1.09 juta elaun sara hidup dibayar kepada nelayan di Melaka Posted: 20 Aug 2012 04:12 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER MELAKA — Sejumlah RM1.09 juta Elaun Sara Hidup (ESH) dibayar kepada nelayan di seluruh negeri Melaka bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka/Negeri Sembilan Baharin Omar berkata kira-kira 1,000 pemilik vesel perikanan dan pekerjanya yang berdaftar dengan LKIM mendapat manfaat daripada elaun berkenaan. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM241,200, dibayar kepada ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Selatan manakala RM856,800 kepada ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat. "Jumlah nelayan di Melaka yang berdaftar dan mempunyai lesen sah daripada Jabatan Perikanan Melaka adalah seramai 1,766 orang iaitu 1,367 kategori pemilik manakala 399 kategori awak-awak namun bayaran elaun sara hidup nelayan hanya dibayar kepada mereka yang layak dan berdaftar dengan LKIM sahaja," katanya kepada Bernama di sini. Katanya pemilik vesel yang layak memperoleh ESH perlu mempunyai lesen yang sah atau kad e-nelayan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap lain. Bagi pekerja vesel pula, katanya mereka harus disahkan oleh pemilik vesel,berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan mempunyai kad nelayan yang dikeluarkan Jabatan Perikanan yang masih sah tempoh. Baharin berkata elaun sebanyak RM200 sebulan itu merupakan usaha kerajaan bagi meringankan beban nelayan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga bahan bakar selain merupakan insentif kepada sektor perikanan supaya kekal berdaya maju. Sementara itu, katanya sejumlah RM2.44 juta ESH dibayar kepada nelayan di negeri ini sepanjang tahun lepas. — Bernama |
Jangan ungkit lagi tragedi 13 Mei, kata veteran Umno Posted: 20 Aug 2012 04:01 AM PDT PETALING JAYA — Veteran Umno Datuk Mazlan Harun ingin orang ramai lupakan pertumpahan berdarah 1969, semasa kontroversi politik mengenai filem tempatan "Tanda Putera" — penceritaan tentang tempoh yang paling huru-hara di Malaysia — masih berterusan. Kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu dipanggil pada tahun depan. Mazlan, anak kepada menteri besar (MB) Selangor pada masa itu, telah memberi wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider pada minggu lalu berikutan laporan-laporan tentang satu insiden yang dikatakan telah berlaku di kediaman bapa beliau. Dakwaan kejadian itu telah digunakan oleh beberapa blogger pro-Umno sebagai bukti bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang, merupakan dalang di sebalik provokasi perkauman yang telah menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969, di ibu kota negara. Musuh politik Lim telah menuduh beliau yang membuat hasutan yang menyebabkan berlaku rusuhan 13 Mei yang berlaku 43 tahun yang lalu, tetapi segelintir ahli penyelidik telah menyalahkan satu perarakan diketuai Umno yang bertolak dari kediaman Datuk Harun Idris, MB Selangor pada masa itu. Mazlan berkata beliau telah mendengar tentang kejadian tiang bendera yang dikatakan berlaku itu dari seorang bekas timbalan menteri dalam negeri, tetapi berkata diri beliau tidak dapat membuktikan kesahihan kenyataan itu. "Saya tak mahu cakap pasal benar tak benar tapi saya dimaklumkan oleh seorang bekas timbalan menteri di dalam kementerian dalam negeri (KDN) — nama dia tak perlu disebutlah — yang membaca laporan, ini sensitif laporan ni yang mengatakan Kit Siang kencing (di bawah tiang bendera), dia bacakan. "Kalau dia bohong saya bohonglah, itu pasal banyak orang mintak, dedahkan semua laporan tentang Mei 13," kata beliau dalam wawancara. Mazlan juga memberitahu, bekas timbalan menteri KDN itu membaca laporan dalaman polis berhubung dengan tragedi disebut. "Kit Siang saya tengok dalam blog (beliau), dia buat penafian dia tak ada kat sinilah, dia kat Sabahlah," katanya lagi. "Mungkin polis mistaken identity (tersilap identiti) saya tak tahulah. "Tetapi saya dimaklumkan oleh timbalan menteri ini yang Kit Siang kencing dan saya percaya Shuhaimi punya wayang ni berdasarkan pada laporan polis, laporan KDN." Pengarah filem "Tanda Putera", Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik. "Terdapat pendakwaan bahawa terdapat watak seorang pemimpin DAP yang terkenal (prominent) dalam filem ini," kata Shuhaimi ketika sidang media pada minggu lalu. "Kami ingin menegaskan bahawa tiada watak seumpama itu dalam filem 'Tanda Putera'." Lim sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial Facebook bagi filem "Tanda Putera" kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman MB Selangor semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Beliau menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku kerana berada di Kota Kinabalu. Mazlan juga meminta semua pihak agar tidak mengungkit kembali kisah silam itu kerana tidak adil bagi ayahnya sudah meninggal dunia. "Orang macam Datuk Harun dah meninggal, dia tak ada 'chance' (peluang) untuk cerita dia punya version," katanya. "So kalau kita ungkit benda-benda yang orang kata orang yang mati tak boleh jawab, dalam Islam pun kita rasa tak adillah. "Macam Kit Siang dia boleh jawab, dia hidup, macam Datuk Harun dia tak boleh jawab." Di bawah serangan blogger pro-Umno yang telah berterusan menuduh Lim menghasut pertumpahan darah pada 43 tahun yang lalu, pemimpin DAP itu kekal berkata bahawa beliau tidak mungkin boleh menghasut rusuhan di ibu kota kerana beliau "tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei pada tahun 1969". Lim juga telah menceritakan versi beliau melalui laman web video Youtube. Pilihanraya umum 1969 telah melihatkan perikatan yang diketuai Umno, yang pada masa itu dikenali sebagai Parti Perikatan (Alliance), hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi majoriti buat pertama kali selepas Merdeka. Kekalahan Parti Perikatan yang memeranjatkan itu kemudian telah diikuti dengan rusuhan etnik yang paling teruk di Malaysia, yang dikatakan telah menyebabkan lebih dari 2,000 kematian. Lim yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya telah menang di kerusi parlimen Kota Melaka pada tahun 1969. Sebelum itu beliau hanyalah seorang wartawan dan bekas pembantu kepada ahli parlimen Bangsar, Devan Nair, daripada parti PAP. Beliau, yang masih seorang ahli politik yang baru, ditahan dibawah ISA selepas berlakunya tragedi 13 Mei selama 18 bulan. Dalam pilihanraya umum 2008, Barisan Nasional (BN) telah mengalami nasib yang serupa seperti Parti Perikatan (Alliance) dalam pilihan raya 1969, iaitu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Tetapi BN telah berjaya kekal berkuasa kerana telah mendapat undi majoriti. Rusuhan 13 Mei telah berulang kali dibangkitkan oleh BN untuk memujuk para pengundi supaya terus menyokong barisan pemerintah itu. Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan memberitahu orang muda di Malaysia supaya bersatu padu untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan kaum seperti rusuhan 1969 itu. Kenyataan beliau itu datang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan menjadi pertempuran yang paling sengit di antara BN dan pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Tetapi satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno Sabtu lalu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan. Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan. Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)'." Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menafikan pasukan beliau bertanggungjawab untuk memuat naik (upload) poster tersebut, dan juga telah menarik balik poster itu pada hari sama ia dipaparkan. Tetapi gambar yang diposkan di Facebook itu telah pun mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu. Manakala pengguna Internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. |
PM lancar rangka tindakan kajian semula pendidikan 11 Sept Posted: 20 Aug 2012 03:41 AM PDT SINAR HARIAN PAGOH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan rangka tindakan kajian semula Pendidikan Nasional pada 11 Sept ini di Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata rangka tindakan itu mengandungi pelbagai cadangan penting merangkumi semua aspek ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara. Katanya selepas tiga bulan dilancarkan, rangka tindakan itu akan dipamerkan kepada umum untuk mendapat maklum balas daripada pihak yang berkaitan sebelum dirumuskan dan dibawa ke Kabinet sebelum akhir tahun ini. Pelaksanaan kajian semula itu akan dilakukan secara tiga gelombang bagi tempoh 13 tahun dengan gelombang pertama selama tiga tahun manakala kedua dan ketiga pula masing-masing lima tahun, katanya. "Semasa gelombang pertama, keutamaan akan diberi kepada bidang pendidikan yang mudah dilaksanakan dan memberi impak tanpa perubahan struktur dan kewangan yang besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini. Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sehingga tahun 2025, kerajaan berharap dapat menganjak kedudukan Malaysia sebagai antara negara yang terbaik dalam pendidikan di dunia. Beliau tidak menafikan terdapat harapan tinggi orang awam dan yang berkaitan terhadap sistem pendidikan yang perlu ditambah baik dan ditingkatkan sebagaimana yang diluahkan mereka melalui siri dailog di seluruh negara sebelum ini. Penambahbaikan itu antara lain akan menyentuh subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta bidang kuasa pejabat pelajaran daerah. Muhyiddin berkata subjek sastera Inggeris akan diperkenalkan semula sebagai satu daripada usaha meningkatkan sistem pendidikan negara. Beliau berkata langkah itu dicadangkan oleh perdana menteri dan Kementerian Pelajaran menganggapnya munasabah untuk memudahkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pelaksanaannya di peringkat sekolah menengah dan jadual waktunya akan diteliti mengikut kesesuaian, katanya. Beliau berkata novel berbentuk sederhana seperti puisi akan diguna pakai bagi memudahkan pelajar berkomunikasi dan bercerita dalam bahasa tersebut. - Bernama |
Najib nasihat ahli Umno 'jangan putus asa' juang hak Posted: 20 Aug 2012 03:40 AM PDT SHAH ALAM - Sementara tumpuan banyak pihak beralih kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli-ahli Umno tidak tawar hati atau putus asa dalam menegakkan kebenaran dan perjuangan yang hak. Dalam perutusan sempena Aidilfitri dipetik Umno Online, Presiden Umno ini berkata, ahli-ahli Umno perlu merapatkan saf barisan dan meneruskan perjuangan yang mulia ini untuk agama, negara dan rakyat yang tercinta. "Jangan sekali-kali membenarkan fitnah serta tohmah melemahkan semangat kita. "Jika kita tidak bersyukur, alpa, bersengketa dan memilih jalan yang salah, maka apa yang kita nikmati selama ini akan hilang," kata beliau yang juga Perdana Menyeri. Aidilfitri disambut semalam. Seperti biasa, beliau juga menyampaikan perutusan Aidilfitri kelmarin. Sambil menggesa ahli-ahli Umno agar menguatkan pegangan terhadap perjuangan, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menambah, "tidak ada sebarang makna buat parti kita yang telah membuktikan keupayaannya mentadbir negara selama 55 tahun, yang telah membangun dan memajukan negara ini jika kita tewas dalam medan ujian sebenar kesan dari tindak tanduk kita yang membelakangkan parti dan mengutamakan kepentingan peribadi." Jelas beliau, selama sebulan menunaikan ibadah puasa umat Islam telah melalui proses jihad melawan hawa nafsu dan muhasabah diri. "Diharapkan kedua-dua elemen jihad dan muhasabah ini akan melahirkan individu yang lebih bersyukur, kental jati dirinya dan prihatin terhadap jerih perih mereka yang kurang bernasib baik. "Teruskanlah amalan tradisi Syawal membuka pintu rumah dan pintu hati kita," katanya lagi. |
HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI Posted: 20 Aug 2012 03:30 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang. Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno. Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno. DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta. Itu bezanya. Usahkan Hukum Hudud, cita-cita Kerajaan Selangor untuk mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dan wanita di dalam panggung wayang ditentang hebat oleh pemimpin MCA ini. Usaha Kerajaan PR Selangor itu dianggap satu tindakan Islamisasi oleh Kerajaan Negeri dan ini amat tidak disukai oleh MCA. Apa komen Umno ? Apa pula fatwa oleh Harussani? Jamil Khir atau Mashitah sudah bisukah? Lebai malang dari pondok Kelantan itu sudah kekenyangan kah sehingga menjadi ular sawa senyap bila perut telah diisi? Wahai Hassan Jati, mengapa diam sedangkan Selangor itu negeri yang kawasannya kamu wakili? Apa khabar pula Us Nasha? Perlukah PAS keluar dari PR dan duduk sekelambu dengan Umno dan MCA? Usahlah ditanya kepada balaci-balaci ini kerana mereka semuanya bangsat belaka. |
KSU Diarah Jumpa Pegawai Kerajaan S'gor Selesai Projek Langat 2 - Peter Chin Posted: 20 Aug 2012 03:27 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementeriannya untuk berjumpa dengan kerajaan negeri Selangor bagi menyelesaikan isu pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). "Ketua setiausaha saya telah diminta untuk mengadakan perjumpaan dengan ketua setiausaha kerajaan negeri Selangor," kata Datuk Seri Peter Chin pada rumah terbuka Hari Raya di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, Ahad. Ketika ditanya bilakah perjumpaaan itu akan diadakan, beliau berkata "secepat mungkin." "Ia mungkin selepas Hari Raya. Saya minta kerajaan Selangor untuk duduk bersama dengan kita bagi mendapat kata sepakat. "Biarkan projek itu dilaksanakan. Mengenai isu pengendalian loji itu apabila ia siap kelak, kita boleh berbincang mengenainya," katanya. Beliau berkata, kata sepakat mesti dicapai bagi memastikan loji berkenaan dapat disiapkan menjelang 2015. "Air tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia tidak memberi faedah kepada semua. Akhirnya, kita tidak dapat satu persetujuan kerana politik, rakyat pula akan menderita kerana tiada air," katanya. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri buntu mengenai isu bekalan air di Selangor sejak beberapa tahun, di mana kedua-duanya tidak bersetuju mengenai keperluan mengadakan Loji Rawaran Air Langat 2. Chin berulang kali menyatakan pendirian kerajaan persekutuan bahawa beberapa loji yang dijalankan oleh kerajaan negeri telah melebihi kapasiti bagi memenuhi permintaan, menjadikan satu keperluan untuk membina yang baru dengan mencadangkan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secepat mungkin bagi mengelakkan krisis yang bakal berlaku seawal 2014. |
Johor Bakal Muncul Sebagai "Ibu Kota Taman Tema Malaysia" Posted: 20 Aug 2012 03:26 AM PDT MSTAR ONLINE JOHOR BAHRU: Apabila taman tema Legoland pertama Asia di Nusajaya dibuka pada orang ramai September ini, ia menandakan kemunculan Iskandar Malaysia dan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara dan serantau. Selepas pembukaan taman tema Legoland bernilai RM750 juta itu, Iskandar Malaysia akan menerima tarikan baru menerusi pembukaan taman tema keluarga Puteri Harbour pada November tahun ini pula. Kedua-dua taman tema bertaraf antarabangsa ini sudah semestinya akan menjadi daya penarik kepada jutaan pelancong dalam dan luar negara yang merancang untuk berkunjung ke Iskandar Malaysia dan Johor. Menurut Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim, Iskandar Malaysia mampu merealisasi potensi besarnya dalam sektor pelancongan menerusi pelaksanaan beberapa projek infrastruktur. "Kami percaya Iskandar Malaysia akan menyediakan destinasi pelancongan sempurna untuk bersantai dan berhibur pada harga berpatutan dan kompetitif di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik," katanya. Beliau berkata demikian ketika majlis taklimat tentang taman tema keluarga Puteri Harbour oleh anak syarikat Khazanah Nasional, Themed Attractions and Resort (TAR) Sdn Bhd baru-baru ini. Taman tema keluarga Puteri Harbour yang juga terletak di Nusajaya dibina dengan kos RM115 juta, akan menampilkan beberapa watak animasi kegemaran kanak-kanak seperti Hello Kitty, Bob The Builder, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas And Friends. Ia juga akan menempatkan "Lat's Place," iaitu restoran kartunis kesayangan negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai "Lat", yang pertama di Malaysia. Selain kedua-dua taman tema yang berkonsepkan keluarga itu, TAR jugamerancang membuka dua lagi taman tema bertaraf antarabangsa di pusat peranginanDesaru, di timur Johor. Kedua-dua taman tema di Desaru itu, Ocean Splash dan Ocean Quest itu akan dibina oleh TAR pada kos RM267 juta dan dijangka siap untuk dibuka pada orang ramai pada pertengahan 2014. Pembukaan taman tema Legoland, Puteri Harbour, Ocean Quest dan Ocean Splash di dalam waktu terdekat di Johor dengan kos keseluruhan melebihi RM1 bilion, sememangnya akan melonjakkan sektor pelancongan Johor ke tahap yang tidak pernahdiimpikan sebelum ini. Malah sudah ada pemerhati industri pelancongan yang melabelkan Johor sebagai"ibu kota taman tema Malaysia", berikutan pembukaan satu demi satu taman tema dinegeri selatan tanah air ini. Iskandar Malaysia menurut Ismail sentiasa berusaha menarik lebih banyak pengendali taman tema untuk beroperasi di zon ekonomi khas itu, sebagai tambahan kepada taman-taman tema sedia ada. "IRDA sentiasa mencari untuk mempunyai lebih banyak taman tema di Iskandar Malaysia dan sekitaranya, yang memberi tumpuan pada hiburan dan pendidikan bercorak kekeluargaan," katanya kepada pemberita. Pembangunan taman-taman tema tidak sekadar di Iskandar Malaysia dan Desaru kerana di bawah projek "Mersing Laguna" bernilai RM22 bilion, perancangan juga telah dibuat untuk menempatkan beberapa taman tema antarabangsa. - BERNAMA |
Majoriti Rakyat Negara Ini Terutama Golongan Belia Terima Kepimpinan Najib - Devamany Posted: 20 Aug 2012 03:23 AM PDT MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Majoriti rakyat negara ini menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany. Lebih membanggakan, katanya, golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus. Katanya, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung, merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib. Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang, bahkan dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya. "Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam. Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib. Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia, Bapa Transformasi Negara," katanya kepada Bernama di sini Isnin. Devamany berkata, golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan, idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat dinegara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada. "Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka. Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui facebook, twitter, blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka," katanya. - BERNAMA |
DAP Sentiasa Menentang Tindakan Lompat Parti - Karpal Posted: 20 Aug 2012 03:22 AM PDT MSTAR ONLINE GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti. Beliau berkata, tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat. "Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Karpal juga berkata, DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat. Beliau berkata, mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasanberpersatuan. - BERNAMA |
Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S'wak & P Pinang mahukan 'KEMERDEKAAN' Posted: 19 Aug 2012 04:47 PM PDT Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle Semasa Perang Dingin berakhir, ia menyaksikan keretakan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) dan bagaimana negeri-negeri di Rusia mula mendapat autonomi dan kebebasan yang mungkin boleh dicontohi di Malaysia dalam masa yang terdekat. Perubahan merupakan sesuatu yang pasti dalam kehidupan dan di Malaysia yang sudah berusia 55 tahun, perubahan dan transformasi dijangka berlaku sejajar dengan trend global. Manakala penghijarahan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) kepada parti pembangkang nampaknya berlaku seperti yang diramal dan dijangka di Sabah, dan sudah semestinya, perubahan yang sama bakal berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, ini adalah satu contoh kepada apa yang mungkin akan berlaku. Ini adalah spekulasi yang berat, berdasarkan petunjuk semasa dan masa depan politik, bahawa ketiga-tiga negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan memilih untuk mengikut haluan mereka sendiri seperti Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Perpisahan sentiasa bermain dalam fikiran Perlu juga dinyatakan bahawa perpisahan sentiasa bermain di minda rakyat Sabah dan Sarawak sejak hari pertama mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September, 1963 atau yang dikenali lebih sebagai Hari Malaysia. Di bawah Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di antara Great Britain dan Persekutuan Tanah Melayu, British menggubal Akta untuk melepaskan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Ini adalah satu perjanjian yang ditandatangani di London pada 9 Julai, 1963. Tetapi, perselisihan yang semakin memuncak dan perbalahan di antara Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia Timur telah menjadi tegang sejak Mahathir Mohammad melepaskan jawatan dan berakhirnya pemerintahan autokratik di Malaysia. Antara sebab utama untuk perkembangan ini adalah selepas zaman Mahathir, rakyat Sabah telah menjadi lebih bijak dan arif dalam hal politik. Si licik Mahathir telah memastikan bahawa negeri-negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak berada di bawah cengkamannya dan sumber yang banyak di negeri-negeri ini seperti kayu, mineral dan minyak dan gas menjadi lombong emas bagi Semenanjung Malaysia. Namun, banyak perkara telah mula menyimpang jauh. dari penduduk Sabah dan Sarawak menunjukkan tanda-tanda yang mereka semakin tidak mahu bertolerasi lagi dan mula melepaskan kemarahan pada "orang Semenanjung" (orang-orang dari semenanjung) kerana merampas hasil ekonomi yang merupakan hak mereka. Masalah rakyat Sabah Selain daripada itu, rakyat Sabah terpaksa berhadapan dengan kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina yang telah mendarat di pantai mereka dan merebut peluang yang amat terhad di timur Malaysia. Rakyat Sabah marah melepaskan kemarahan mereka kerana ditekan di tanah air mereka sendiri oleh pendatang Filipina dan mereka juga menyaksikan orang semenanjung Malaysia yang tamak dan semakin rakus dalam mencapai cita-cita mereka. Dahulu orang Sabah agak bijak juga kerana telah membuat Perjanjian yang memuatkan 20 perkara sebelum bekerjasama dengan Persekutuan Tanah Melayu, 20 perkara tersebut telah dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Malaysia dan menjadi sebahagian daripada perlembagaan Malaysia. Malangnya, ada beberapa perkara lain di antara dua puluh itu yang tidak dimasukkan. Harus diakui bahawa perkara lain ini telah diserap, tetapi hanya dalam beberapa peringkat dan bentuk, terdapat beberapa yang lain dipersetujui secara lisan dan ini telah menjadi tumpuan kebanyakkan hujah dan perbahasan di negeri ini. Rakyat Sabah percaya oleh kerana tidak semua Perjanjian 20 perkara ini termaktub dalam perlembagaan, hak-hak dan keistimewaan mereka telah terhakis selepas beberapa ketika, lebih teruk lagi, ramai diantara rakyat Sabah yang percaya bahawa rakyat semenanjung Malaysia telah menganiaya mereka dengan merompak kekayaan negeri mengikut kehendak dan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Rungutan dan kebencian inilah yang mengukuhkan desakan kepada idea pemisahan pada negeri di bawah bayu itu yang cepat dihidu oleh si licik Mahathir Mohammad yang berusaha mematikan apa jua harapan rakyat Sabah untuk menarik diri daripadaPerjanjian Malaysia seperti Singapura. Faktor Sarawak Bagi negeri lain di Malaysia Timur, iaitu Sarawak, terdapat pelbagai bangkangan bagi pembentukan Malaysia dan sebelum proses menandatangani Perjanjian Malaysia. Suruhanjaya Cobbold yang merupakan suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan British untuk menilai dan menentukan jika rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, berdasarkan dekolonisasi yang sedang dijalankan, bersetuju dan menyokong cadangan untuk mewujudkan Malaysia, mendapati pelbagai penemuan. Dalam kajian berikutnya dan banci yang dijalankan, satu pertiga daripada penduduk Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak bersetuju penuh untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Satu pertiga lagi daripada penduduk mahu mempunyai terma dan syarat menjadi rujukan sebelum membuat keputusan jika mereka memilih Perjanjian Malaysia. Mereka berpendapat bahawa perlu ada satu kajian yang teliti dan perbincangan kerana ini merupaka satu langkah yang memberi kesan jangka panjang dan mereka mahu mempunyai lebih banyak maklumat dan rundingan. Populasi satu pertiga yang terakhir penduduk Borneo Utara dan Sarawak pula mahu kekal di bawah pemerintahan British. Dalam analisis terakhir, Sarawak menyerah dengan mudah kepada Perjanjian Malaysia tetapi akhirnya meminta 18 perkara untuk dimuatkan dalam perjanjian oleh penandatangan Perjanjian. Sejak kemasukan mereka dalam Perjanjian Malaysia sehingga sekarang, Sarawak telah ditadbir secara kuku besi,oleh pemerintahan bersifat autoritarian oleh beberapa ketua menteri yang konservatif selaras untuk mengawal ketat dan dimanipulasi BN dari kubu kuat Putrajaya mereka. Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak, seperti juga rakyat Sabah sudah mula berasa muak dan ini telah menyebabkan gelombang sokongan untuk parti pembangkang yang diterajui oleh ketiga-tiga Pakatan Rakyat PKR, PAS dan DAP dan parti-parti politik pembangkang Sarawak. Di Sarawak, keinginan untuk menarik diri tidak pernah dinyatakan secara terbuka kerana sentimen ini sentiasa dipendam, tidak seperti di Sabah. Kini terdapat perkembangan politik berdasarkan perasaan tidak puas hati yang lebih hebat di Bumi Kenyalang terhadap kerajaan persekutuan yang mungkin akan menyebabkan penduduk di sana memikirkan serta mengkaji semula kedudukan mereka dalam Perjanjian Malaysia. Apa yang akan berlaku di Pulau Pinang jika k'jaan persekutuan kekal dikawal ekstrimis ketuanan Melayu Rasa tidak puas hati semakin meningkat pada penduduk Pulau Pinang dan ini dianggap mereka sebagai halangan yang dikenakan ke atas perasaan inginkan kebebasan penduduk Pulau Pinang dan ditambah dengan prestasi cemerlang Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sedikit demi sedikit mula memberi idea rakyat di pulau itu untuk "melakukan apa yang dilakukan oleh Singapura"dan berpisah dari Malaysia. Kemerdekaan Singapura atas Perjanjian 1965 adalah satu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura yang memberi kemerdekaan kepada Singapura berkuatkuasa pada 7 Ogos 1965. Perjanjian ini juga memberi persetujuan wilayah negeri dan persekutuan Malaysia bagi memberi kemerdekaan Singapura untuk membentuk sebuah negara yang baru, merdeka dan berdaulat dan ini berkuat kuasa apabila ia memperolehi kemerdekaan selepas berkuat kuasanya Akta Singapura 1966. Sebab utama penduduk Pulau Pinang mahu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan bebas adalah kerana Pulau Pinang telah maju dan makmur secara mendadak di bawah kepimpinan Guan Eng yang telah menarik perjanjian dan pelaburan asing secara langsung untuk meningkatkan ekonomi negeri. Jika Pulau Pinang tidak dapat "melakukan tindakan Singapura," kerana persamaan kedua-dua negeri pulau ini, mereka mungkin ingin mempertimbangkan untuk memilih menjadi Wilayah Autonomi Khas seperti Hong Kong di mana China telah merumuskan pemerintahan "satu negara dua sistem". Hakikat bahawa Pulau Pinang mempunyai populasi Cina tertinggi di kalangan penduduk dan hujah mereka bahawa mereka boleh pergi lebih jauh tanpa perlu terikat pada bagasi tidak perlu yang dikenakan oleh Putrajaya menjadi prospek yang sangat cerah bagi mereka untuk mempertimbangkan berpisah dari tanah besar dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, banyak perkara akan bergantung kepada keputusan PRU ke-13 yang akan datang. Jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang mampu untuk mendapatkan lebih banyak undi dari orang Cina, tetapi kerajaan persekutuan kekal di tangan ekstrimis ketuanan Melayu seperti Umno, kemungkinan besar penduduk Pulau Pinang menuntut hak-hak mereka secara aktif dan membawa haluan mereka sendiri mungkin tidak dapat dielakkan lagi.Malaysia Chronicle |
MB Selangor lancar bas khas kempen PRU13 Posted: 19 Aug 2012 04:39 PM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat. "Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini. Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik. Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap. Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri. Bernama |
Tragedi pagi Syawal: Pemuda lemas motosikal terbabas ke dalam tali air Posted: 19 Aug 2012 04:35 PM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air sedalam satu meter di Kampung Kuala Lanjut dekat sini, hari ini. Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 10 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa Mohammad Aziz Mehad, 21, bersama anak saudaranya, Mohammad Khairul Azhar Mohd Saman, 3, terbabas ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit. Bagaimanapun Mohamad Khairul tidak mengalami kecederaan apabila diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu. Abang mangsa, Mohammad Nizam, 26, berkata adiknya yang bekerja mengambil upah kerja-kerja sawah sebelum itu mahu pergi beraya bersama rakan-rakannya dan terpaksa menuruti permintaan Mohamad Khairul yang mengajak mangsa ke kedai runcit. "Mungkin mangsa pening sebab dia tidak tidur semalam punca dia terbabas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Mohammad Nizam berkata, orang ramai yang ada di tempat kejadian hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya dan gagal menyelamatkan mangsa. Mohammad Nizam, yang mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa adik melalui orang kampung, terus ke tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital. Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut lewat petang ini. Sementara itu, Ketua Polis Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu. - Bernama |
Pemuda Umno mengambil risiko menyalakan api-api agama di Facebook Posted: 19 Aug 2012 04:28 PM PDT KUALA LUMPUR— Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan. Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan. Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)." Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu. Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. "Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu. "Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter [jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ... boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud," kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele. Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu. "Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno. Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR. "Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman. DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud. Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hukum hudud. Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan. Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu. Tahun lepas, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia. Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut. Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu. "That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi. Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu. "Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama)," kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah. |
Nasha akan lawan Karpal di mahkamah Posted: 19 Aug 2012 04:24 PM PDT KUALA LUMPUR — Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas dengan kenyataannya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia untuk berhadapan dengan pengerusi DAP itu di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian antara mereka berdua. Ini bakal menjadi ujian getir kepada hubungan diantara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir. Karpal juga seorang peguam veteran berkata kepada The Malaysian Insider semalam beliau akan mengemukakan saman malu kepada Nasharuddin yang mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau menghina Islam sedangkan beliau sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan. "Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di Mahkamah," kata Nasharuddin (gambar) melalui kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. Menurut bekas timbalan presiden PAS itu, menolak hukum Islam bermakna seseorang itu anti kepada Islam. "Saya di didik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. "Didalam nya ada aqidah, perundangan dan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi. Karpal telah berulang kali mengatakan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan negara ini mengatakan Malaysia adalah negara sekular. Karpal juga mengatakan Nasharuddin perlu faham perbezaan diantara Islam sebagai agama dan negara Islam. "Perlembagaan negara menjamin Malaysia sebagai negara sekular dan di Malaysia undang-undang sekular digunakan. "Sebelum undang-undang Hudud dilaksanakan, negara Islam perlu ditubuhkan," Karpal pernah berkata. Sebelum pilihan raya 2004, gabungan PAS dan DAP serta Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dalam Barisan Alternatif (BA) berpecah oleh kerana presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan dokumen negara Islam yang menyebabkan DAP keluar dari BA. PR ditubuhkan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen serta merampas empat buah negeri dalam PRU 2008. |
Kedutaan Malaysia di Syria ditutup sementara Posted: 19 Aug 2012 04:12 PM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengarahkan Kedutaan Malaysia di Syria ditutup buat sementara waktu berikutan konflik dalam negeri di negara itu yang semakin meruncing, kata Menterinya Datuk Seri Anifah Aman. Namun, katanya, buat masa ini kedutaan Malaysia di Damsyik tidak dapat ditutup sepenuhnya kerana masih terdapat lapan pelajar negara ini di Syria yang enggan pulang. Terdapat seramai 130 pelajar Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan dan 107 daripadanya dibawa pulang kerajaan melalui proses evakuasi, tujuh orang pulang dengan sendiri dan lapan lagi sedang bercuti. "Buat masa ini tak boleh tutup sepenuhnya kerana pegawai kita di Syria perlu menguruskan rakyat Malaysia yang ada di sana," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana di sini, hari ini. Dalam pada itu, Anifah berkata, tuduhan pembangkang bahawa beliau banyak menghabiskan masa di Kota Kinabalu, Sabah berbanding di Kuala Lumpur adalah tidak berasas sama sekali. "Periksa dulu fail baru cakap," katanya mengulas kenyataan pembangkang yang mahu beliau meletak jawatan kerana dikatakan kerap berada di Sabah. Anifah berkata, sebagai Ahli Parlimen dari Sabah sudah semestinya beliau perlu berada di kawasan untuk memastikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diwakili tidak terabai. Katanya, di sebalik tugas sebagai Menteri Luar, tanggungjawab selaku Ahli Parlimen tidak boleh dipandang sambil lewa kerana pembangkang sentiasa menanti untuk masuk ke kawasan milik Barisan Nasional. "Kalau pembangkang rasa boleh masuk ke Kimanis, jangan harap... mereka tak akan berjaya," katanya. - Bernama |
Mesin ATM dilarikan awal pagi Syawal Posted: 19 Aug 2012 04:10 PM PDT SINAR HARIAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba. Beliau berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan 'portable oxcytelene'. "Di dalam kiosk itu terdapat sebuah mesin deposit tunai yang tidak diusik dan dua buah mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecah dan dilarikan manakala sebuah mesin lagi juga dipercayai cuba dilarikan berdasarkan kesan diumpil, namun gagal," katanya. Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati lima buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin di dalam kiosk itu disembur dengan cat berwarna hitam bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti. "Jumlah kerugian masih disiasat dan gerakan menjejaki kumpulan berkenaan giat dilakukan," katanya. Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati bahagian depan mesin ATM yang dilarikan terbakar sepenuhnya, manakala mesin kedua diumpil di bahagian penyimpanan wang dan CCTV pada mesin deposit tunai disembur dengan cat hitam. - Bernama |
Hospital Serdang sedia Unit Pakar Jantung Pediatrik Posted: 19 Aug 2012 04:06 PM PDT SINAR HARIAN SERDANG - Hospital Serdang akan memulakan Unit Pakar Jantung Pediatrik sebelum akhir tahun ini dengan kos peralatan dan kelengkapan terkini bernilai RM20 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, keperluan unit itu begitu terdesak buat masa ini dengan jumlah bayi yang memerlukan rawatan dan pembedahan jantung terus meningkat. "Memandangkan pesakit jantung bayi ini amat mendesak, kita perlu menambah pusat ini di mana kebanyakan kes penyakit jantung bayi memerlukan rawatan pembedahan segera. "Hospital Serdang telah dikenal pasti sebagai hospital yang mempunyai kepakaran jantung, banyak pembedahan jantung telah dapat dilaksanakan di hospital ini. "Kita sudah kenal pasti pakar itu, tetapi kita kena siapkan dulu dengan kelengkapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang bersama isteri, Datin Seri Lee Sun Loo, sempena Aidilfitri hari ini. Tiong Lai berkata, sebagai permulaan, seorang pakar jantung akan ditempatkan di hospital itu dan bilangannya akan ditambah secara berperingkat, mengikut keperluan. Beliau berkata, ketika ini, hampir 1,000 hingga 1,500 pesakit pediatrik yang menghadapi masalah jantung menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) setiap tahun. Bagi kes yang memerlukan rawatan pembedahan segera pula, mereka terpaksa dihantar ke hospital pakar swasta atau luar negara. "Dengan bermulanya operasi hospital ini, maka masa menunggu untuk pembedahan jantung bayi boleh dikurangkan," katanya sambil menjelaskan dengan usaha penaiktarafan itu, Hospital Serdang bakal menjadi hospital pakar jantung bayi kerajaan kedua yang menawarkan khidmat pembedahan jantung selepas IJN. Sementara itu, Tiong Lai berkata, pelbagai pendekatan terus diambil bagi menyelesaikan masalah parkir yang menjadi rungutan utama pesakit dan pelawat di semua hospital kerajaan di negara ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan