:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
HUKUM MUTLAQ DAN MUQAYYAD – ISBAL Posted: 19 Aug 2012 09:36 PM PDT Hukum nas muqayyad adalah diamalkan hukum muqayyad itu selama tiada nas yang menafikan qayidnya. Contohnya adalah firman Allah bermaksud; Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja), dan barangsiapa membunuh seorang mukmin karena tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman (surah al-Nisa', ayat 92) Dalam ayat ini, Allah nyatakan hukum kifarat bunuh dengan tersalah adalah merdekakan hamba yang beriman. Dalam ayat ini, Allah kaitankan 'hamba' dengan 'beriman'. Dengan maksud, jika hamba itu tidak beriman, maka kifarat tersebut tidak sah. Ataupun contoh lain, iaitu firman Allah; barangsiapa yang tidak mendapati (hamba untuk dimerdekakan), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut'. (surah al-mujadalah, ayat 4). Dalam ayat ini, Allah nyatakan kifarat orang yang zihar isterinya adalah wajib dia merdekakan hamba. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut. Dalam ayat ini, Allah SWT kaitkan dengan puasa dua bulan dan berturut-turut Dengan maksud, jika dia tidak berpuasa dua bulan berturut-turut, maka puasanya itu tidak dapat membayar kifaratnya. Ulama usul fiqh dari semua mazhab empat berpendapat bahawa hukum beramal dengan nas yang muqayyad itu adalah wajib selama tiada dalil yang mengilgha', atau menghilangkan kaitannya itu. (lihat taudih, jilid 1, hlmn 275, dan kitab Irsyad al-fuhul, hlmn 144). Namun begitu, dalam beberapa keadaan, ada situasi yang mana qayid boleh hilang. Antara contohnya adalah contoh firman Allah; 'sekiranya kamu sakit atau dalam musafir atau salah seorang kamu kedatangan qadha hajat atau kamu sentuh perempuan, lalu kamu tidak dapati air, maka hendaklah kamu tayammum dengan debu yang bersih' (surah al-maidah, ayat 6). Dalam firman Allah SWT ini, dinyatakan bahawa dengan ketiadaan air, maka dibenarkan tayammum. Bermakna, keizinan bertayamum itu dimuqayyadkan dengan ketiadaan air. Lalu, jika wujud air, bagaimana pula status hukum tersebut, apakah wudu'nya dikira sebagai sah, ataupun dikira sebagai batal? Dalam hal ini, ulama berbeda pendapat kepada dua pendapat; 1- hanafiyyah - mereka menyatakan bahawa hukum multak itu kekal, juga hukum muqayyad turut kekal. 2- jumhur (malikiyyah, hanabilah dan syafieiyyah) - hukum muqayyad diilgha'kan atau diabaikan, lalu kembali kepada hukum mutlak. [al taqrir wa al tahbir, jld 1, hlmn 296 - 297, al-tawdih ma'a al-talwih, jld 1, hlmn 275) Jadi, dalam kes tayammum tadi, mengikut manhaj hanafiyyah, di kala wujud air, maka wudu' kekal sah dan tidak batal. Sedangkan mengikut manhaj selain hanafiyyah, tayammum boleh jadi batal dengan sebab kewujudan air. (mabahis usuliyyah fi taqsimat al alfaz, hlmn 27). ISU ISBAL. Seperti kita maklum bahawa nas-nas yang menceritakan tentang isbal terlalu banyak. Ada sebilangan ulama melihat larangan nas tentang isbal bersifat mutlak, sedangkan setengah pendapat yang lain menyatakan larangan itu mempunyai muqayyadnya, iaitu apabila ada khuyala'. Dengan maksud, apabila digabungkan semua nas-nas yang melibatkan isbal, hukum isbal itu terlarang jika wujud khuyala. Adapun jika tidak wujud khuyala, maka hukumnya adalah harus. Secara dasarnya, berdasarkan kepada manhaj usul fiqh yang dikemukakan, bahawa menurut hanafiyyah, hukum bagi isbal tetap terlarang, sama ada berfaktorkan khuyala atau tidak, sedangkan mengikut manhaj selain hanafiyyah, larangan itu dikaitkan dengan khuyala. Adapun jika tiada khuyala, maka kembali kepada hukum asalnya, iaitu harus. FATWA ULAMA Ulama berfatwa, terpengaruh dengan beberapa factor. Menurut al-Izz bin Abd al-salam dalam kitab Qawaid al-Ahkam fi masalih al-Anam, dan muridnya iaitu al-Imam al-Qarafi dalam kitab al-Furuq, sesuatu fatwa itu tertakluk kepada tiga perkara, masa, tempat dan ahwal (kondusif). Sepertimana dalam tarikh tasyrik ada menyatakan bahawa fatwa dalam mazhab syafie tidak sama dengan fatwa dalam mazhab hanafi dalam isu teroka tanah. Dalam mazhab hanafi, mensyaratkan dapat keizinan kerajaan kerana untuk menjadi orang yang layak, sedangkan dalam mazhab syafie, tanpa mendapat keizinan dari kerajaan pun sudah melayakkan pemilikan tanah. Ini berfaktorkan tempat yang syafie memberikan fatwa, iaitu di mesir yang ketika itu adalah padang pasir, sedangkan mazhab hanafi berfaktorkan Baghdad yang merupakan Bandar maju. Dengan maksud, fatwa itu hendaklah dilihat dari sudut dimanakah ulama itu berada, di masa bila mereka berada, juga dalam kondusif yang bagaimana mereka berada. Ekoran itu, bila dibaca dalam kitab-kitab fiqh, kita akan dapat banyak fatwa-fatwa ulama dalam sesuatu mazhab menyanggahi fatwa imam mazhab mereka sendiri, ekoran tiga perkara tersebut. Antara contohnya seperti fatwa imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad (sahibain) yang menyalahi fatwa imam Abi hanifah dalam isu qadha dengan mengambil saksi orang yang tidak diketahui keadaannya. Menurut Imam Abi Hanifah, harus qadha' dengan merujuk kepada saksi yang tidak diketahui keadannnya, sedangkan menurut Sahibain, iaitu Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani, mereka tidak membenarkannya ekoran tersebarkan pembohongan pada zamannya (Usul al-Tasyrik al-Islami, hlmn 84). Keadaan yang sama juga dalam isu isbal. Jika dilihat pada manhaj mazhab selain hanafi, hokum mutlaq dan muqayyad itu hendaklah dilihat terlebih dahulu. Jika wujud hokum muqayyad, maka hokum itu tertakluk kepada muqayyad, iaitu haram kerana berkaitan dengan sombong. Namun, apabila hilang muqayyad, iaitu sombong, maka kembali kepada kepada hokum asal, iaitu harus melabuhkan pakaian. Pun begitu, ada ulama yang menekankan kepentingan, malahan mewajibkan pula tidak melabuhkan pakaian. Ia tidak hairan, kerana melihat kepada uruf dalam masyarakat tersebut yang terbiasa dengan suasana orang-orang sombong melabuhkan pakaian. Ekoran itu, Qardawi ada menyatakan, "urusan pakaian itu tunduk kepada uruf dari sudut cara dan bentuknya. Ia berbeda kadangkala di satu ketika dengan ketika lain; sejuk, panas, kaya, miskin, mampu, tak mampu, dll" (Kaifa Nata'amal Ma'a al-Sunnah, hlmn 127) Dengan maksud, dalam masyarakat yang terbiasa dengan budaya orang sombong itu dengan pakaian labuh, maka mereka menfatwakan keharaman berdasrkan kebiasaan dalam masyarakat tersebut. Sepertimana fatwa Imam Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani menfatwakan wajib diketahui keadaan saksi dalam Qadha' ekoran uruf masyarakat pada ketika itu sudah terbiasa dengan bohong. Wallahu 'Alam. |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan