DIALOG RAKYAT |
- Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
- Bekas tahanan ISA ikrar perjuang pembebasan 30 lagi
- Televideo Najib dengan rakyat M'sia di Beijing raya pertama
- MIC kecewa SPA tidak ambil pelajar cemerlang India bekerja
- Hudud: Kenyataan Mahathir hanya gimik politik, kata Pas
- Situasi petang: Trafik Lebuh Raya Utara-Selatan, LPT bergerak perlahan
- Ibu, dua anaknya maut kereta-van bertembung
- Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut
- Umno Mencari Pelampong Agama
- Antara tapis internet dan tapis pilihanraya
- Malaysia Negara Selamat : Empat Konstebel Dituduh Merogol Remaja
- Melepaskan Lembu Tersepit
- AMANAH MEDIUM SUARAKAN MASALAH RAKYAT
- MRR2 kembali bahaya?
- 12 tahanan ISA dibebaskan hari ini
- Dr M: Umno tak dihormati apabila terus lemah
- Guna anggota menyamar antara langkah penguatkuasaan JPJ musim perayaan
- Gabungan Janji tidak mewakili Bersih, kata penganjur
- Percubaan lima lelaki rompak mesin ATM di UKM gagal
- 'Apa salahnya kita duduk semeja', Umno ajak Pas
- Kenyataan Nasharudin ‘kejam’, Karpal mahu saman
- Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya
- Tuduh Pemuda PAS menipu: Umno dituntut penjelasan
- 'Tanda Putra' itu 'tanda Umno terdesak'
Posted: 18 Aug 2012 07:57 AM PDT سلامت هاريراي عيدالفطري DIALOG RAKYAT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA FITRI 1433 HIJRIAH KEPADA SEMUA PEMBACA DI MANA JUA BERADA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA PEMBACA SEMUA JUGA KEPADA PIHAK AKHBAR/ POTRAL DAN PENULIS BLOG DI MANA TULISAN MEREKA TURUT DISIARKAN DALAM DIALOG RAKYAT. SAMA ADA DISEDARI ATAU TIDAK, DIALOG RAKYAT TELAH MENCAPAI LEBIH SEJUTA PEMBACA SEJAK BEBERAPA HARI LALU ! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN. | |||||||
Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok Posted: 18 Aug 2012 07:48 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012," kata beliau. | |||||||
Bekas tahanan ISA ikrar perjuang pembebasan 30 lagi Posted: 18 Aug 2012 04:30 AM PDT Waktunya kira-kira satu jam menjelang waktu senja di pinggir bandar yang tenang di Sungai Buloh, Selangor, dan keluarga Abdul Razak sedang menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran. Buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, kesemua lima anak Abdul Razak dan Hadijah CP Veeravu akan berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Hanya sejam sebelum kunjungan Malaysiakini, anak lelaki mereka, Fadzullah (kanan) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - di mana dia ditahan tanpa bicara selama 23 bulan dan 14 hari, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah. Tetapi jauh daripada memikirkan sambutan hari raya yang menjelang tiba, Fadzullah berkata "keutamaannya" sekarang ialah untuk berkempen bagi pembebasan 30 lagi yang masih ditahan di bawah ISA, yang dia yakin adalah satu undang-undang yang "kejam'. "Oleh kerana saya telah melaluinya, maka saya tahu betapa kejamnya ia dan apa yang berlaku kepada tahanan termasuk dalam tempoh tahanan reman. "ISA kejam, dari segi pemenjaraan, penyiksaan dan sekarang, hakikat ialah sesetengahnya dibebaskan awal manakala yang lain tidak," katanya. Fadzullah menerima 'berita baik' mengenai pembebasannya dengan "perasaan yang bercampur" dan fikirannya masih dengan tahanan lain yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok di dalam bilik kurungan. "Mereka telah ditahan tanpa sebab dan kini mereka terpaksa menyambut Aidilfitri di sana, seorang diri. Inilah yang bermain di fikiran saya, ia menjadi satu bebanan berat di jiwa saya." Katanya, kalau menurut perintah tahanan, beliau dijadual dibebaskan pada 1 September dan oleh itu telah bersedia untuk dibebaskan dalam masa dua minggu lagi. Fadzulla dibebas sehari sebelum ibu bapanya merancang untuk ke kem tahanan tersebut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan anak sulung mereka itu. "Kami telah berdoa supaya dia dibebaskan dalam bulan Ramadan ini. Neneknya menasihatkan kita supaya berbuat demikian dengan harapan dia akan dibebaskan sebelum Hari Raya, dan ia terkabul," kata bapanya, Abdul Razak. "Kami bersyukur kepada Allah, dan mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suaram atas sokongan mereka." | |||||||
Televideo Najib dengan rakyat M'sia di Beijing raya pertama Posted: 18 Aug 2012 04:28 AM PDT MALAYSIA KINI Sidang televideo antara rakyat Malaysia di Beijing dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada 3 petang pada hari pertama Aidilfitri. "Kira-kira 30 daripada kami akan berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anggota-anggota Kabinet. "Ini merupakan peluang kepada pegawai, pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin di Malaysia," kata Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin kepada Bernama di Beijing. Iskandar berkata selepas pada 2010, ini merupakan kali kedua bagi rakyat Malaysia di Beijing berpeluang berkongsi kegembiraan menyambut lebaran menerusi sidang televideo pada Hari Raya ini. Sementara itu, Iskandar akan mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi beliau, Rumah Malaysia di sini pada 26 Ogos dari 7.30 malam hingga 9.30 malam. "Kita akan jemput pelajar, komuniti Malaysia, diplomat, dan rakan warga China untuk merayakan Hari Raya mengikut cara Malaysia. Juadah istimewa Malaysia akan dihidangkan," katanya.- Bernama | |||||||
MIC kecewa SPA tidak ambil pelajar cemerlang India bekerja Posted: 18 Aug 2012 04:25 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel hari ini melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mengambil 21 graduan dengan kepujian kelas pertama untuk bekerja tanpa menyebut mana-mana pelajar kaum India yang cemerlang. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, katanya, terdapat graduan India mendapat kepujian kelas pertama dan kepujian kelas kedua atas daripada universiti awam, namun mereka ditolak untuk diambil bekerja atas sebab-sebab tertentu. Semalam, Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam mengumumkan suruhanjaya itu akan pergi terus ke universiti tempatan dan luar negara mencari modal insan cemerlang di bawah sistem pengambilan baru berasaskan meritokrasi dan cepat. Pencarian itu menawarkan pelajar-pelajar cemerlang bekerja terus dan seramai 18 graduan Bumiputera dan tiga graduan Cina dalam bidang kejuruteraan akan melaporkan diri untuk bertugas di Kementerian Kerja Raya. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau telah banyak kali membawa perkara tersebut kepada kerajaan dan perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini. Palanivel berkata, beliau telah mengemukakan senarai calon graduan India yang ditolak kepada Perdana Menteri seperti yang diminta. "Bersaing dan menawarkan pekerjaan sebelum sektor swasta melaksanakannya adalah langkah betul dan ia langkah yang sangat proaktif dan baik tetapi saya mahu SPA beri perhatian khusus kepada pelajar India yang berjaya. "Tidak kisah jika mereka tidak mendapat kepujian kelas pertama tetapi jika memperoleh kepujian kelas kedua atas adalah cukup baik untuk mendapat perhatian SPA," katanya. - Bernama | |||||||
Hudud: Kenyataan Mahathir hanya gimik politik, kata Pas Posted: 18 Aug 2012 04:23 AM PDT SHAH ALAM - Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu. Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online. "Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja... bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet," kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud. "Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau. Justeru katanaya, "mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?" Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru ini hanya satu lagi gimik politik Dr Mahathir untuk menarik sokongan pengundi-pengundi atas pagar dengan melabel kononnya Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno. "Itu sahaja. Ini gimik menjelang pilihan raya. (Dr Mahathir) Dia tidak ikhlas," kata beliau lagi. Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Dr Mahathir antara lain berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam. Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, komponen BN itu amat mengalukan-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. Tuan Ibrahim seterusnya berkata, sekiranya Umno ikhlas, Barisan Nasional (BN) seharusnya memperkenalkan hukum ini sekarang tanpa mempelawa agar Pas menyertai parti itu. "Umno boleh laksanakan di Johor, sebab sudah ada wakil rakyat Umno, Adun Kemelah di Johor yang mahu hudud dilaksanakan, ramai orang Umno mahu undang-undang ini diperkenalkan. "Jika tidak, Umno juga boleh laksanakan di Pahang, sebab BN ada kerusi majoriti, cuma ada empat pembangkang di Dun," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. | |||||||
Situasi petang: Trafik Lebuh Raya Utara-Selatan, LPT bergerak perlahan Posted: 18 Aug 2012 04:20 AM PDT SINAR HARIAN Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd berkata di arah selatan, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Seremban menghala ke Nilai dan dari Senai ke Kuala Lumpur ekoran hujan sejak pukul 3.40 petang tadi. Di arah utara, trafik bergerak perlahan di Ipoh menghala ke Terowong Menora, dari Slim River menuju ke Sungkai sebelum hentian Ladang Bikam arah utara. "Laluan kontra juga dibuka sejak pukul 3.25 petang tadi dari Km350 hingga Km346.5 arah selatan dari Sungkai ke Bidor sebagai laluan alternatif," kata jurucakap itu. Jurucakap itu juga melaporkan keadaan trafik di beberapa lebuh raya lain seperti di Plaza Tol Duta dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) bagi kedua-dua arah kekal bergerak lancar. Sementara itu menurut Twitter Plus, berlaku beberapa kemalangan di arah utara dan selatan, bagaimanapun tiada penutupun lorong dibuat dan trafik bergerak perlahan. "Pada pukul 3.57 petang, berlaku kemalangan di Km93 dari Sg Petani Utara ke Sg Petani Selatan manakala kemalangan di selatan di Km259.8 arah selatan dari Seremban ke Port Dickson dilaporkan berlaku pukul 3.44 petang. "Kemalangan di Km157.3 arah selatan dari Bukit Tambun ke Jawi yang berlkau pukul 3.41 petang tadi telah dialihkan dan trafik kembali lancar," katanya. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Terowong Karak dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong sejak pukul 1.28 petang tadi. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya Plus menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. - Bernama | |||||||
Ibu, dua anaknya maut kereta-van bertembung Posted: 18 Aug 2012 04:17 AM PDT SINAR HARIAN Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Maisarah Mohd Ali, 34, yang memandu kereta tersebut dan anaknya Zakiah Hanim Uda, 4, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Rashidah, 3, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Anak saudara Maisarah, Aishah Shafikah Mohd Zuki, 7, mengalami cedera parah dan patah paha kirinya, kini dirawat di hospital yang sama dan dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Ab Rahim Che Ghani berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di HUSM sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. Katanya, pemandu van tersebut Adnan Jusoh, 38, yang mengalami cedera ringan sudah membuat laporan di Balai Polis Bachok di sini. Tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Ketereh bersama 10 anggota berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan dalam masa setengah jam, katanya. Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Maisarah yang memandu kereta Perodua Viva itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selising, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Beliau berkata, kemalangan tersebut adalah yang terburuk di daerah itu di musim perayaan ini dan beliau menasihati pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu. - Bernama | |||||||
Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut Posted: 18 Aug 2012 04:12 AM PDT Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS. Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP. Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur. Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud. Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri. Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya. Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama. Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini. Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti. "Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS. Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat. Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula. "Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly. | |||||||
Posted: 18 Aug 2012 04:06 AM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba mencari pelampong Agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini. Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini. Kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam. Pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum Islam supaya jangan menyokong Pas. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah Mca yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor. Sebab itu kalau pemimpin Mca bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam. Hampir 40 tahun Pas berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. Jika dulu kita dengar mereka mengatakan jika laksanakan hukum Islam akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung. Sekarang sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada kepada tuduhan hudud Pas. | |||||||
Antara tapis internet dan tapis pilihanraya Posted: 18 Aug 2012 04:04 AM PDT Oleh: Hafiz Zainuddin Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditransformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan "internet perlu penapisan". Antara alasan Rais ialah untuk mengekang akses pornografi yang menganggap ianya boleh merosakkan akhlak dan kesantunan masyarakat apalagi Malaysia merupakan negara Melayu Islam terbesar di dunia. Walhal, semada beliau sedar atau tidak mengetahui sedikitpun, industri pornografi telah lama mengeluarkan produk majalah, video tape, vcd dan terkini dalam bentuk DVD yang mudah didapati di kaki lima sebelum era Mahathir melancarkan MSC lagi. Apapun, ilham Rais terhadap "penapisan internet" mendapat protes meluas dan hebat melibatkan segenap lapisan umur masyarakat seperti pelajar universiti, pekerja ladang, kakitangan kerajaan sendiri termasuklah dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Najib lembut hati? Pemimpin-pemimpin UMNO telah lama sedar, selain mampu menikmati laman pornografi dengan mudah, rakyat negara ini mempunyai akses yang lebih cepat, mudah dan privasi dalam apa sahaja informasi negara dan dunia. Lihatlah bagaimana Sidi Bouzid menempa sejarah hebat di Tunisia dengan tersebarnya berita kematian Bouazizi yang protes sampai mati terhadap ketidakadilan dan kezaliman penguatkuasa yang telah mencetuskan Arab Spring di Timur Tengah. Bermulalah era baru revolusi hujung jari dunia IT melalui facebook dan twitter. Tetapi, cetusan rasa Rais tetap tidak dihampakan sehinggalah pindaan dibuat terhadap seksyen 114A Akta Keterangan anjuran Pusat Kewartawanana bebas (CIJ). Dan apabila ia berkuatkuasa, sekali lagi ia mendapat protes dan kemuncaknya adalah pada 14 Ogos 2012 kelmarin. Sebanyak puluhan laman web telah melancarkan protes "internet blackout" selama 24 jam. Memperlihatkan protes "internet blackout" yang mendapat sambutan hangat tersebut, maka berkicaulah memanda Najib dalam tweeternya @najibrazak: I have asked Cabinet to discuss section 114A of the Evidence Act 1950. Whatever we do we must put people first . "Saya telah meminta Kabinet untuk membincangkan seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Walauapapun, rakyat mesti didahulukan"-tweet Najib Razak. Wah. Nampaknya Najib telah lembut hati, prihatin kepada suara rakyat. Salah satu modal politik oposisi tak boleh dipakai lagi… Tapis pilihanraya barulah janji ditepati Jika pindaan akta ini diumumkan untuk dimansuhkan. Ia tetap bermakna kemenangan kepada rakyat terutamanya kepada makhluk dunia maya seperti kita. Walau bagaimanapun, seperti pemansuhan ISA yang digantikan dengan akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ia tidak memberi makna apa-apa selain risiko salah guna kuasa pemerintah yang semakin terbuka luas. Sekarang, marilah bersangka baik. Najib memansuhkan pindaan tersebut demi mewujudkan ruang maya yang bebas seperti fitrahnya. Noktah. Maka kita boleh bebas memberi komen dan kritik terhadap ceramah bersiri Umi Hafilda, Ibrahim Ali, Hasan Ali dan sebagainya,kita boleh bertukar pandangan dan kritik terhadap rencana dan isu yang berbangkit dalam blog, facebook dan forum-forum dan lama kelamaan, berlakulah proses pematangan minda rakyat dengan lebih berkesan. Protes "internet blackout" ini telah berjaya menghimpunkan hampir 60 laman web dan blog untuk menyuarakan bantahan ini. Kalaulah menteri-menteri, pimpinan UMNO boleh terfikir untuk menapis rangkain internet, sangat wajarlah kiranya mereka juga berfikir untuk menapis sistem pilihanraya kita yang telah terbukti kotor. Apakah slogan dan 'kicau' Najib yang mahu "rakyat perlu didahulukan" ini benar-benar jujur dan bagaimana pula dengan tiga kali himpunan Bersih yang dianjurkan. Biarpun ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa dan agama turun ke jalan-jalan yang menguningkan Kota Kuala Lumpur, malang sekali apabila kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib menyantuni kita dengan canister, cota dan semburan air asid. Tuntutan Bersih yang kita laungkan ini bukanlah perkara baru, bukan juga perkara remeh. Sebesar manapun isu kafir harbi yang baru-baru ini dimainkan, rakyat tidak akan lupa. Kalau najib benar-benar mendahulukan rakyat. Apalah salah kiranya kesemua lapan tuntutan Bersih ini dilaksanakan segera. Lagipun, pilihanraya sudah semakin hampir. Najib perlu menepati segala janji-janji transformasi politik, ekonomi dan undang-undang yang telah dilaungkannya. Tak salah kan?-Roketkini.com | |||||||
Malaysia Negara Selamat : Empat Konstebel Dituduh Merogol Remaja Posted: 18 Aug 2012 04:01 AM PDT JASIN DAILY Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu. Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka. Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah. Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir. "Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam. Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam. "Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan. "Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang.~Addin | |||||||
Posted: 18 Aug 2012 03:56 AM PDT JASIN DAILY Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan. Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut: - Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli; - Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat; - Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan. Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3). Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personal guarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya. Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut. Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih. Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru. Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut: - Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi; - Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan - Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya. Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN | |||||||
AMANAH MEDIUM SUARAKAN MASALAH RAKYAT Posted: 18 Aug 2012 03:52 AM PDT
| |||||||
Posted: 17 Aug 2012 10:27 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali dipersoal apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat. Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Menurut Mohd Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan. Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini. "Saya melalui laluan itu boleh dikatakan setiap hari, selain hantar isteri bekerja saya juga kerap menggunakan lebuh raya itu untuk ke rumah bapa saya di Batu Caves setiap hujung minggu. "Saya akui laluan itu akan bergegar ketika trafik padat, itu biasa, tapi keadaan berbuai yang dirasakan sejak kebelakangan ini amat berlainan seperti berlaku gegaran gempa bumi kecil yang membuatkan kedudukan kita seakan-akan terhayun," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Kebimbangan itu turut dikongsi bekas Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Datuk Seri Azman Ujang yang menyifatkan insiden itu bukan sesuatu yang biasa dan memerlukan perhatian segera pihak berkuasa berkaitan. Beliau berkata pengalaman yang dilaluinya pada malam Rabu lepas itu agak mencemaskan kerana jejambat itu dirasakan seolah-olah bergerak. "Saya betul-betul terperanjat seolah-olah ada gempa bumi kecil di Kuala Lumpur dan keadaan itu berlaku lebih dari 10 saat. Saya perhatikan laluan di sebelah, tidak pula kelihatan sebarang kenderaan berat. "Memang saya tahu masalah di MRR2 ini, ingat apabila sudah dibaiki masalah bergegar dah selesai tapi masih berlaku dan keadaannya lebih teruk," katanya yang ketika itu dalam perjalanan memenuhi jemputan berbuka puasa di Damansara. Azman yang juga bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berharap keadaan itu dapat dipantau segera yang mana Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya itu perlu melihat dan mengkaji semula kekuatan pembinaan jejambat itu. Sebelum ini, jejambat Kepong telah tiga kali ditutup bermula 2004 apabila penduduk Kepong memaklumkan terdapat lebih 7,000 rekahan di 31 daripada 33 tiang jejambat dan dua tahun kemudian laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya ekoran kerosakan lebih serius dikesan di jejambat itu. Pada 3 Ogos 2008, jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalu lintas selepas rekahan sekali lagi ditemui di tiang ke-28, memaksa kerajaan memperuntukkan lebih RM70 juta bagi membaik pulih jejambat yang boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu masa itu. Sementara itu, seorang pengguna wanita yang turut merasai situasi sama ketika berada di jejambat di persimpangan Hotel Flamingo, berkata 'hayunan atau buaian' ketika kejadian adalah luar biasa berbanding gegaran yang dirasai ketika menggunakan laluan itu sebelum ini. "Sebelum ini keadaan itu tidak begitu ketara, namun apabila saya betul-betul berhenti di atas jejambat itu akibat kesesakan, saya dapat rasakan seolah-olah berbuai-buai," katanya yang enggan dikenali. Sebanyak 130,000 kenderaan termasuk treler menggunakan laluan MRR2 yang menghubungkan kawasan Kepong serta Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya setiap hari sejak dibuka pada 2002. - Bernama | |||||||
12 tahanan ISA dibebaskan hari ini Posted: 17 Aug 2012 10:25 PM PDT SINAR HARIAN SUNGAI BULOH - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, hari ini. Beliau berkata 12 tahanan itu merupakan kumpulan kedua dibebaskan pada bulan ini selepas kumpulan pertama seramai tiga orang tahanan dibebaskan pada 3 Ogos lepas. Pembebasan 12 individu itu dibuat selepas kerajaan berpuas hati dan yakin kesemua mereka bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara, katanya selepas meluangkan masa lebih satu jam melawat banduan di Penjara Sungai Buloh serta menunaikan solat Jumaat bersama mereka, di sini. Pada 3 Ogos lalu, kerajaan telah membebaskan tiga individu iaitu seorang warga tempatan dan dua warga asing, masing-masing wargan egara Pakistan dan Sri Lanka. Hishammuddin berkata 12 individu yang dibebaskan hari ini terdiri daripada lapan orang yang terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan manusia manakala empat lagi terlibat dengan kegiatan berunsur keganasan. "Mereka terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga warga Indonesia dan dua wargan Pakistan. Tahanan itu dibebaskan kerana kerajaan berpendapat mereka telah melalui proses pemulihan yang secukupnya dan telah sedar dengan kesalahan yang dilakukan," katanya. Katanya mereka yang dibebaskan itu pernah terbabit dalam beberapa kes jenayah seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia, memiliki cop palsu bagi kebenaran keluar dan masuk negara milik Jabatan Imigresen, memproses dokumen palsu bagi pasport Malaysia dan negara lain, selain bersubahat menjadikan Malaysia pangkalan bagi penyeludupan manusia. Daripada aspek aktiviti keganasan, Hishammuddin berkata kesemua mereka yang dibebaskan pernah dikaitkan dengan kumpulan sulit Darul Islam, selain terbabit dalam Tahzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara Jemaah Islamiah. "Keputusan ini dibuat bukan atas desakan politik, sebaliknya melalui pertimbangan dan kajian daripada sudut keselamatan. "Ini menunjukkan kerajaan tidak mengikut polemik dan pertimbangan politik serta tuntutan yang kadang-kala beremosi, sesuatu yang kita lakukan selalunya akan mengimbangi antara kepentingan nasional dan keselamatan negara termasuk hak asasi setiap individu," katanya. Berhubung baki 11 warga tempatan dan 19 warga asing yang masih dalam tahanan, Hishammuddin berkata kerajaan perlu melakukan kajian terperinci sebelum boleh memutuskan untuk diberi pembebasan. Beliau berkata beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman berhubung nasib baki tahanan warga asing telah pun ditandatangani sebelum kata putus mengenai kedudukan mereka ditentukan kerajaan. Pembebasan 12 individu hari ini dan tiga pada awal Ramadan menjadikan jumlah keseluruhan tahanan yang dibebaskan sejak penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai lepas adalah 25 orang. - Bernama | |||||||
Dr M: Umno tak dihormati apabila terus lemah Posted: 17 Aug 2012 10:23 PM PDT JERLUN – Umno semakin lemah kerana orang Melayu berpecah dan keadaan itu menyebabkan komponen teras Barisan Nasional tersebut sudah tidak lagi dihormati, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, parti berusia lebih enam dekad itu semakin lemah kerana Melayu kian berpecah akibat pertumbuhan sebuah parti serpihan. Katanya, pemimpin yang menubuhkan parti serpihan itu dinamakan "Keadilan" (kini dikenali sebagai PKR) hanya bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri. "Tumbuhnya Keadilan bukan untuk keadilan rakyat, sebaliknya ingin mencapai cita-cita seseorang sebagai Perdana Menteri. "Perpecahan ini juga bukan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik mahupun agama, tetapi kerana keinginan untuk menjadi PM sahaja," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis berbuka puasa di Masjid Pekan Jerlun di sini, semalam. Ketua Umum PKR ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau dipecat ketika era Dr Mahathir. Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia paling lama memegang jawatan itu berkata, kebanyakan orang yang menyertai PKR adalah mereka yang berasal dari Umno sendiri. "Umno sudah tidak kuat dan semakin lemah. Apabila Umno lemah, orang sudah tidak menghormati Umno lagi. "Kita boleh perhatikan orang Melayu juga semakin banyak menjadi pengemis. Inilah adalah kesan daripada perpecahan orang Melayu sedangkan perpaduan adalah untuk menyatukan kita semua. "Orang Melayu berpecah disebabkan oleh orang tertentu yang bercita-cita ingin menjadi seorang PM. "Orang ini menyebabkan Umno semakin lemah dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang lain untuk mendapatkan kembali tempat dalam negara," katanya. Beliau berkata, orang Arab sentiasa padang tinggi kepada Malaysia kerana telah menjadi sebuah negara yang aman dan maju. "Tetapi, sekiranya Melayu berpecah secara berterusan dan Umno tidak dapat menjadi sebuah kerajaan yang kuat, prestasi negara akan jatuh dan tidak akan dihormati oleh negara luar," katanya. | |||||||
Guna anggota menyamar antara langkah penguatkuasaan JPJ musim perayaan Posted: 17 Aug 2012 10:17 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KOTA BHARU —Seramai 1,806 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal keselamatan jalan raya di bawah Op Selamat pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini. Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata pihaknya juga menempatkan anggota yang menyamar sebagai orang awam, terutama dalam bas ekspres dan kawasan tumpuan orang ramai, untuk mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. "Langkah itu bagi menjaga keselamatan pemandu dan kepentingan penumpang ketika musim perayaan ini," katanya kepada pemberita di stesen bas ekspres Lembah Sireh di sini, hari ini. Solah berkata JPJ juga menguatkuasakan peraturan melarang kenderaan berat berada di jalan raya dalam tempoh dua hari bermula hari ini dan esok serta 25 dan 26 Ogos, iaitu waktu puncak orang ramai dan kenderaan berada di jalan raya. "Pengecualian hanya diberi kepada kenderaan yang membawa barangan perlu seperti ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas lain," katanya. Solah berkata sejak Op Selamat dimulakan Ahad lepas, sebanyak 21,344 kenderaan diperiksa dengan 3,144 pemandu dikenakan tindakan saman dan 14 kenderaan disita kerana melakukan pelbagai kesalahan. "Antara kesalahan utama ialah memotong giliran, tidak memakai tali pinggang keledar, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat lalu lintas, menggunakan telefon bimbit dan menggunakan lorong kecemasan," katanya. Selain itu, katanya 556 kes dikesan di bawah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres. Beliau berkata kebanyakan kes yang dikesan di kalangan pemandu kenderaan terutama pada musim perayaan ini ialah mereka memandu tanpa mempunyai lessen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. "Sepatutnya mereka boleh membuat persiapan melengkapkan segala peraturan itu lebih awal bagi mengelakkan daripada diambil tindakan pihak berkuasa pada musim perayaan ini bagi mengelakkan kesulitan dialami," katanya. Dalam pada itu, katanya, JPJ memberi tumpuan penguatkuasaan terhadap 89 kawasan berisiko tinggi kemalangan jalan raya di seluruh negara termasuk lapan di Kelantan, serta membuat pemeriksaan di 32 terminal bas bagi memastikan pengusaha bas ekspres mematuhi peraturan. Antara kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya di Kelantan ialah di Km 12 dan Km 30 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis; Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Pasir Puteh-Kota Baharu di Kampung Peringat dan Kampung Padang Kala; Jalan Grik-Jeli di Km 128; km 50 Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu; dan Bukit Baka, Machang. — Bernama | |||||||
Gabungan Janji tidak mewakili Bersih, kata penganjur Posted: 17 Aug 2012 10:15 PM PDT KUALA LUMPUR — Gabungan Janji, sebuah gabungan terdiri daripada 49 badan bukan kerajaan (NGO), tidak mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan akan berhimpun pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka. Menurut penganjur, di bawah tema "Janji Demokrasi", mereka akan berhimpun di pancuran air di kawasan tersebut pada jam 10 malam pada hari tersebut. "Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi". "Gabungan Janji sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini. "Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai baju berwarna kuning pada malam ambang Merdeka," kata pengelola perhimpunan Janji yang dihantar pada The Malaysian Insider hari ini. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said (gambar atas) berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil. "Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau. "Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulinan Hari Kemerdekaan. "Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail (gambar bawah) menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini. Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu. "Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan. "Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara," katanya lagi. | |||||||
Percubaan lima lelaki rompak mesin ATM di UKM gagal Posted: 17 Aug 2012 10:10 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM —Percubaan lima lelaki untuk merompak mesin pengeluaran wang tunai automatik (ATM) di sebuah bank di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Rabu lepas gagal selepas perbuatan mereka disedari pengawal keselamatan di universiti itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, seorang pengawal keselamatan UKM ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di depan sebuah bank dalam universiti itu, ketika membuat rondaan. Katanya apabila pengawal menanyakan tujuan mereka berada di sana, suspek mendakwa mereka mendapat panggilan telefon mesin ATM itu mengalami kerosakan dan kedua-dua suspek terus bertindak melarikan diri apabila banyak soalan ditanya. "Pengawal yang mengesyaki sesuatu pelik berlaku kemudian mendapati ada kesan terkopak di pintu gril bank itu dan terhidu bau hangit. "Selepas beberapa minit kemudian, kedua-dua suspek datang kembali ke tempat sama dan seorang daripada mereka berjaya ditahan oleh pengawal itu manakala seorang lagi melarikan diri menggunakan motosikal," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Adnan berkata ketika dalam proses hendak menangkap suspek itu, tiga lelaki tiba-tiba keluar dari bilik mesin ATM bank itu dan terus melarikan diri menggunakan dua buah motosikal yang diletakkan di depan bank. Adnan berkata setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengawal berkenaan, polis berjaya menahan seorang lagi suspek di sebuah stesen minyak di Seksyen 7 di Kajang. Katanya kedua-dua suspek, berumur 23 dan 26 tahun, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan. Beliau berkata polis turut menemui sebatang kuku kambing, dua pasang sarung tangan dan seunit kunci mangga hasil penangkapan itu. Dalam satu kes lain, Adnan berkata seorang gadis tempatan berumur 22 tahun ditemui mati akibat dibunuh di sekitar sebuah apartmen di Flora Damansara awal hari ini. Katanya polis menerima maklumat kira-kira pukul 3 pagi mengenai ada wanita menjerit meminta pertolongan di kawasan flat itu. Bagaimanapun, katanya tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. — Bernama | |||||||
'Apa salahnya kita duduk semeja', Umno ajak Pas Posted: 17 Aug 2012 10:06 PM PDT SINAR HARIAN MUAR - Pucuk pimpinan Pas diminta mengamalkan dasar politik yang lebih terbuka apabila berhadapan dengan permasalahan atau manfaat umat Islam di negara ini mahupun sejagat. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika bangsa lain di negara ini boleh duduk semeja berbincang apabila ada sesuatu isu berkaitan kepentingan mereka, beliau hairan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh Pas. "Kenapa Pas dan Umno tidak boleh duduk semeja untuk bincangkan isu-isu berkaitan umat Islam, teruk sangat ke Umno ni. Apa salahnya kita duduk semeja dan keluarkan kenyataan bersama tentang Palestin contohnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Batu 18, Air Hitam di sini semalam. Ahmad Maslan mengulas teguran beberapa pihak dalam Pas terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berikutan tersiar gambarnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa ulama di Makkah sempena persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). "Apabila Ustaz Nasha kelihatan duduk di sebelah Perdana Menteri semasa pertemuan itu beliau dihentam kononnya nak masuk Umno. "Sedangkan beliau hadir ke sana adalah untuk menemukan Perdana Menteri dengan kepimpinan ulama di Makkah untuk membincangkan mengenai nasib masyarakat Islam dan Rohingya yang ditindas," katanya. - Bernama | |||||||
Kenyataan Nasharudin ‘kejam’, Karpal mahu saman Posted: 17 Aug 2012 10:04 PM PDT KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam. "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'. Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam". Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas. Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu. "Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya. | |||||||
Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya Posted: 17 Aug 2012 10:03 PM PDT
(Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.) RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman. "Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini. "Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik. Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang". Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka. "Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya. Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan. Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi. Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini. Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan. (Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.) | |||||||
Tuduh Pemuda PAS menipu: Umno dituntut penjelasan Posted: 17 Aug 2012 10:01 PM PDT
Ini berikutan perubahan pucuk pimpinan Pemuda Umno Johor mulai esok, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar). "Saya mewakili rakyat Negeri Johor mahukan penjelasan daripada semua Ketua-ketua Pemuda UMNO yang telah menafikan dalam akhbar dan menuduh Pemuda PAS Johor dengan pelbagai tuduhan. "Rakyat Johor mahu tahu siapa yang menipu dalam pergolakkan Pemuda UMNO Johor. "Adakah Pemuda UMNO menipu rakyat Johor? Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini," kata Suhaizan dalam kenyataannya hari ini. Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengumumkan pertukaran Ketua Pemuda Umno Johor. Kketuanya, Mohd Fadil Muskon (gambar) disingkirkan dari jawatannya. Beliau digantikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru 14 Julai lepas. "Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Dalam kenyataannya pada 28 Jun 2012 lalu, Suhaizan berkata, 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fadil Muskon. Mereka telah mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan. Namun kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan ini dengan menuduh beliau dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai tuduhan. "Kini dengan perubahan kepimpinan UMNO Negeri Johor bermula esok membuktikan kebenaran kenyataan saya sebelum ini. "Mustahil bagi mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan disaat-saat genting menghadapi pilihanraya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menawannya," kata Suhaizan dalam kenyataannya itu. The Malaysian Insider dalam laporannya pula berkata, Pemuda Umno Johor berpecah dua dengan satu kumpulan yang dipimpin oleh Mohd Fadil Muskon bertembung dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman. Mohd Fadil Muskon, dikatakan mempunyai masalah dengan Ghani selepas menganjurkan perhimpunan taat setia kepada Sultan Johor pada 10 Jun lalu dalam isu pembelian nombor pendaftaran 'WWW 1'. "Fadil disuruh supaya tidak menganjurkan acara tersebut kerana ia akan memberikan imej negatif kepada Umno. "Semenjak itu, beliau tidak disukai dan kepimpinan negeri mahukan beliau digantikan," kata sumber kapada The Malaysian Insider, tulis Editornya, Jahabar Sadiq. Perhimpunan Menjunjung Taat Setia di Istana Pasir Pelangi dihadiri ramai tetapi hanya beberapa kerat pemimpin Umno negeri untuk menyokong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dikhabarkan pemimpin Umno negeri mahu menjarakkan diri mereka dalam isu pembelian nombor pendataran kenderaan beharga RM520,000 oleh sultan pada ketika keadaan ekonomi yang tidak baik. | |||||||
'Tanda Putra' itu 'tanda Umno terdesak' Posted: 17 Aug 2012 09:52 PM PDT
'Tanda Putra' merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk 'discredit' Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan 'desperate' pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR. Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan 'desperate' untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini. Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu daripada strategi untuk mengelakkan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah-belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah 'predictable'. Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan bahawa filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya tragedi 13 Mei '69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu. Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan pada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya diburukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak-tanduk BN untuk mengelakkan pergaduhan antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum. Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini. Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah-belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau daripada korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini. LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang. Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor sesetengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut. Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang 'ultimate', iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap 'national unity' yang optima. Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan