ALHUSSEYN |
Pernahkah PAS hantar surat tunjuk sebab kepada Nasharudin Mat Isa? Posted: 18 Aug 2012 02:06 AM PDT Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Baca di sini Cerita tu dah lama, keluar kat blog tu pada tarikh 16 Disember 2011 lagi! (tarikh dlm entri tu tulis 16 Sept – mungkin penulisnya tidak menyedari kesilapan tersebut) Maka tentu kita semua mahu tahu, pernahkah PAS menghantar surat tunjuk sebab kepada Nasharudin Mat Isa diatas kegagalannya tidak pernah hadir mesyuarat? Nak tanya itu sahaja, sebab rasa-rasanya Nasha sepatutnya sudah terima surat tunjuk sebab yang terakhir – lama dulu lagi! Bukan baru nak draf! ha! ha! Ini ada pula pemimpin minta Nasha supaya menghadirkan diri ngadap Majlis Syura?....Hoi jangan jadi mangkuklah!! Hantar surat notislah! Bukan merayu-rayu minta ehsan Nasha untuk hadir! Cerita dongeng yang mengkisahkan bagaimana telah begitu lama orang Greek mahu menakluki orang Trojan, namun tidak mampu menembusi kota mereka. Orang Trojan kebal dengan pertahanan kubu mereka itu selama ini. Maka begitu jugalah Umno dalam berhadapan dengan PAS. Orang PAS tetap teguh walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi.Yang ini bukan dongeng tau! Orang Greek tidak pernah berputus asa untuk menakluki orang Trojan. Maka begitu jugalah Umno.Mereka senantiasa mencari jalan bagaimana nak menembusi kubu PAS yang kental dan kebal. Orang Greek dapat satu idea - Membina kuda kayu besar di atas roda yang cukup besar untuk sekumpulan askar Greek bersembunyi di dalamnya. Kemudian orang-orang Greek semua berpura-pura belayar kembali ( kecuali sekumpulan askar yang bersembunyi di dalam kuda kayu itu!). Umno pun gitu gak, pura-pura nampak baik pada orang PAS! ha! ha! Orang-orang Trojan gembira melihatkan musuh mereka telah pergi lalu pergi mendapatkan kuda kayu tersebut .Masing-masing bertanya antara satu sama lain. Tetapi tiada siapa yang tahu kenapa kuda kayu itu ditinggalkan di situ. Kemudiannya mereka mendapati ada seorang askar Greek menyorok berdekatan. Beliau berkata (ini pun adalah sebahagian daripada perancangan) bahawa orang-orang Greek lain membenci dia dan mereka telah meninggalkan dia di belakang. Jadi orang Trojan bertanyakan dia tentang hal kuda itu. Beliau berkata ia merupakan satu persembahan kepada Athena , salah satu 'Tuhan' orang-orang Greek Trojan pun menyembah dan menghormati Athena , sama macam orang Greek. Mereka pun menghormati persembahan tersebut , "Demi Athena...." kata mereka! (Umno pun ngaku nak HUDUD macam PAS!) Orang pun ramai yang dok kata, dia ni Ustaz, berjuang untuk Islam juga...dia macam kita...ingatlah pesanan Allah dalam ali-Imran -
Mereka meninggalkannya di kuil Athena, dan kemudian orang Trojan mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran untuk meraikan perang yang kononnya sudah berakhir itu. Apabila semua orang tertidur kekenyangan, maka keluarlah tentera Greek dari kuda kayu itu dan membunuh para pengawal Trojan. Mereka memberi isyarat kepada geng mereka yang lain supaya datang semula menyerang Trojan. Kini mereka dapat masuk ke dalam kota Troy kerana dinding kota itu telah dirobohkan. Satu pertempuran besar berlaku semua lelaki Trojan terbunuh, dan semua wanita dan kanak-kanak telah dibawa balik ke Greek sebagai hamba . Aku rela mati tapi bukan disebabkan lalai oleh kekenyangan atau BRIM yang seumpamanya itu. Biar mati berjuang. Dan aku tidak mahu anak bini aku jadi hamba atau tukun Umno! Korang nak ker itu semua? Apakah lelaki yang ditinggalkan bersama kuda kayu itu bernama Nasharudin Mat Isa? Korang fikirlah sendiri tindak tanduk Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS ini yang tak pernah mengadakan mesyuarat tetapi sibuk pergi Mekah mengiringi Najib. Apakah mengiringi Najib ke Mekah ini antara tugas Pengerusi Lajnah Antara Bangsa PAS? Korang kena tanyalah Mustapha Ali sendiri. "Hatinya adalah dalam Umno tetapi tubuhnya adalah dalam PAS. Anda tidak boleh menjaga hati dan badan yang dipisahkan terlalu lama,." Begitulah yang dikatakan oleh orang bukan Islam seperti Ramakrishnan, senator DAP. Dia kata Nasha ini adalah Kuda Trojan! Lihat di sini |
Posted: 17 Aug 2012 10:53 PM PDT Oleh Idris Hj Ahmad Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba mencari pelampong Agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini. Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini. Kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam. Pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum Islam supaya jangan menyokong Pas. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah Mca yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor. Sebab itu kalau pemimpin Mca bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam. Hampir 40 tahun Pas berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. Jika dulu kita dengar mereka mengatakan jika laksanakan hukum Islam akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung. Sekarang sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada kepada tuduhan hudud Pas. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan