DIALOG RAKYAT |
- Ibrahim Ali tanya Anwar: Anda Freemason?
- Exco: SPAN, Upen setuju struktur semula bekalan air
- Tiga lagi MP BN akan lompat, dakwa Lajim
- Pemimpin GERAKAN perolok kempen 'Stop 114A'
- Politik Impotem Hasan Akidah
- Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan
- Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi..
- Hujan lebat, ribut Felda Kota Tinggi rosakkan 100 rumah
- MB: Tiada arahan sekat air
- PAS akan beri ruang kepada artis - Salahuddin
- Seorang lagi tokoh Umno Sabah akan keluar parti
- Ribut landa Jengka, persiapan Aidilfitri mangsa terjejas
- Rebat tol PLUS 30% sempena Aidilfitri, Hari Merdeka
- Pemuda PAS Perak diperkenan bebuka di Istana
- JPJ: 38 kes pemandu bas laku pelbagai kesalahan dalam tempoh 2 hari
- 300 sambut Pandelela, kurang meriah banding Chong Wei
- PR runding semula kerusi ambil kira senario Sabah
- Sokong kempen Internet Blackout
- Hudud: Perkasa minta bukan Islam 'diam seketika'
- 3 suspek kes letup Bank Rakyat ditahan, 1 diburu
- PR, Perkasa yakin PRU selepas Tahun Baru Cina
Ibrahim Ali tanya Anwar: Anda Freemason? Posted: 14 Aug 2012 03:32 AM PDT NGO pro-Melayu PERKASA menuntut ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sekiranya beliau merupakan individu yang disenaraikan sebagai pemegang jawatan dalam Freemason. Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, satu kiriman faks kepadanya minggu lalu menyatakan bahawa seorang lelaki yang namanya sama dengan Anwar merupakan anggota kumpulan Freemason. Ibrahim berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi hanya meminta penjelasan. "Jika ini ialah Anwar Ibrahim lain, Alhamdulilllah," katanya yang berkata, Freemason merupakan pertubuhan yang dikaitkan dengan Zionis. Malaysiakini telah menghubungi Anwar untuk mendapatkan komen dan masih menunggu maklum balas beliau. Seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi berkata perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh penulis blog Umno pada 2008 tetapi ia merupakan kes kesilapan identiti. "Anwar Ibrahim yang disenaraikan itu merupakan seorang lelaki Arab berperut buncit," kata pembantu tersebut. | |||
Exco: SPAN, Upen setuju struktur semula bekalan air Posted: 14 Aug 2012 03:26 AM PDT Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (Upen) mempersetujui rancangan Selangor untuk menstruktur semula bekalan air di negeri itu. Beliau berkata, persetujuan itu dicapai hasil daripada program Dialog Air Selangor 2012 di Dewan Sivik Petaling Jaya hari ini. "Upen, SPAN dan orang ramai semuanya bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula hasil daripada dialog ini," katanya. Selain itu, Xavier berkata, kerajaan negeri juga bercadang untuk membuka semula loji rawatan air di Bukit Jelutong sebagai salah satu tindakan mengatasi masalah air di Selangor. Loji berkenaan akan dibuka semula dalam tempoh dua hingga tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas program dialog yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu. Dalam perkembangan sama, Xavier berkata, kerajaan negeri tidak menolak seratus peratus projek pembinaan loji Langat 2 memandangkan sebahagian daripada pembinaannya telahpun dimulakan. ''Banyak kekeliruan yang ada bagi Langat 2. Kita perlu kaji dulu. Tidak menolak sebab terowong telah dibina. "Tetapi apa yang penting ialah kita perlu penstrukturan terlebih dahulu. Kemudian baru kita bincang bagaimana untuk Langat 2," katanya lagi. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua yang turut hadir ke dialog hari ini berkata suruhanjaya itu bersetuju dengan penstrukturan semula bekalan air Selangor, namun mengharapkan agar projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan. Beliau yang ditemui pemberita selepas dialog tersebut, berkata loji rawatan Langat 2 itu penting bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga tahun 2015. "Langat 2 perlu diteruskan. Jika tidak, pada 2015 air akan berkurang. Kita perlu lakukan sesuatu. Industri berharap agar kita dapat bekerja bersama dengan kerajaan negeri untuk pembangunan negara," katanya. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memuktamadkan pengambilalihan syarikat terbabit selewat-lewatnya pada September. Langkah itu demi mempercepatkan proses penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu, kata Khalid. VIDEO | 3.12 min | |||
Tiga lagi MP BN akan lompat, dakwa Lajim Posted: 14 Aug 2012 03:23 AM PDT MALAYSIA KINI Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi. "Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. "Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily. Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. "Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti . "Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya. | |||
Pemimpin GERAKAN perolok kempen 'Stop 114A' Posted: 14 Aug 2012 03:21 AM PDT Pemimpin Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang hari ini menjalankan kempen dalam talian yang digelar "BlackOutTipu" sebagai serangan ke atas kempen bantahan ke atas pindaan Akta Keterangan – "Stop #114A". Tan dalam kempennya meminta penyokongnya supaya mengesan pemimpin Pakatan yang menulis di Twitter sepanjang tempoh kempen tegah siar berjalan. Tan berbuat demikian kerana menganggap bahawa kempen tegah siar itu bermaksud tidak menggunakan Internet semalam 24 jam. Kempennya itu dimulakan sejurus selepas kempen tegah siar Internet dimulakan tengah malam tadi. "Saya fikir orang Pakatan kata mereka akan tegah siar untuk 24 jam tapi mengapa mereka masih (muncul di paparan Twitter) saya? Ini ibarat cakap lain buat lain. "Rakyat Malaysia gembiar apabila Pakatan kata (ia) akan berada di luar talian... Aman selama 24 jam. Tapi mengapa mereka masih muncul di Twitter?," katanya lagi. Pemerhati media yang menganjurkan kempen tersebut, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menjelaskan bahawa penyokong tidak perlu berada di luar talian tetapi diminta menimbulkan kesedaran awam ke atas isu tersebut. | |||
Posted: 14 Aug 2012 03:18 AM PDT MSO Lama tidak dengar cerita mengenai Hasan Akidah alias Hasan Ali. Segar ke dia? Masa saya berada di Makkah baru-baru ini dan minum di restoran Bunga Raya di bangunan berdekatan Hilton saya teringatkan dia. Beberapa tahun lepas di sebuah meja agak tersudut di restoran itu saya nampak beliau sedang minum dan berbual dengan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid mempelawa saya duduk sama tetapi saya tolak untuk memberi peluang kepada mereka berbual panjang termasuk hal-hal kepentingan bangsa dan agama.
Kini, apakah khabar Hasan Akidah.. lama tidak tersua. Kali terakhir berjumpa di masjid al Gufrun di Taman Tun Dr Ismail. Itu pun dari jauh kerana semasa saya bercakap sambil berjalan dengan Abdullah Badawi, Hasan tersudut dari belakang setelah saya menjauh Pak Lah baru Hasan mendekatinya. Mungkin dia tidak mahu saya mendengar apa-apa bakal dibualkan dengan Pak Lah. Al maklumlah Sayuti, akan tulis apa saja yang didengarinya. Sebelum puasa sebelum balik kampung ada sepanduk di Lebuh Rayua Cabang 4 Salam simpang untuk ke rumah ibu saya, memberi tahu Hasan Akidah akan berceramah di Rantau Panjang. Sayang saya tidak sempat mengikutinya kerana urusan lain pada malam itu lebih penting dari mendengar ucapan Hasan yang akan mengkririk Pas dan memcabukkan Anwar Ibrahim. Katanya sudah habis daerah di Kelantan dijelajahi Hasan kecuali Gua Musang dan Pengkalan Chepa. Kalau menurut dakwaan dipihak menyokong Hasan dan Ngo Beras Jati, Kelantan akan tumbang dalam pilihan raya akan datang sebab Hasan ajak orang Kelantan supaya tinggalkan Pas dan undi Umno. Membimbangkan juga kata ribuan yang dengar ceramah Hasan? Malam tadi saya berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar. Kebetulan Hasan Akidah juga katanya ada di hotel berkenaan. Dia juga mengadakan majlis berbuka puasa di situ bersama 100 orang yang akidah mereka diselamatkan oleh Hassan dari dipunahkan oleh Kristian. Saya tidak tahu siapa yang membayar bil majlis berbuka puasa itu. Apakah bayaran di buat oleh Jabatan Khas Umno (Jasa) yang terletak di bawah kementerian dipegang Rasi Yatim atau pihak mana? Sebab sebelum ini ada majlis yang dihadiri Hasan Akidah kos majlis dibayar menerusi chek Jasa? Langsung tersebut namanya di situ saya jadi teringat kepada Hasan. Kebetulan pengarang Sinar Online, Dr G Manimaran duduk disebelah saya. Manimaran yang juga dijemput untuk berbuka puasa dengan Mahfuz terlewat tiba kerana mengikuti kenyatan akhbara dari Hasan. Saya tidak tanya apa yang dinyatakan Hasan kerana saya pasti Manimaran akan melaporkan dalam portal beritanya. Ternyata benar ada laporan. Manimaran seorang wartawan yang bukan saja rajin tetapi cekap menangkap berita. Kelebihan yang ada kepada bekas editor Malaysia Indsider ini menyebabkan saya memburunya kerana kecepatannya melaporkan berita. Beliau tidak menangguh dan inilah menjadikan apa-a badan dikepalai Manimaran cepat menjadi popular dan hit bertambah. Dalam laporan itu seperti mana dilapor Sinar Online, Hasan menggesa supaya Pas mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Aik... cari penyakit Hasan ini bisik hati saya. Katanya ini kerana Pas gagal menyatakan pendirian sebelum ini yang hendak menegakkan Islam dan Hudud. Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Haron Taib yang memberi menegaskan Pas akan menegakkan Islam dan Hdudu dan kalau ada halangan dalam Pakatan, Pas sedia mencari rakan baru. Kenyataan politik itu dipegang dan diramas oleh Hasan. Lucu juga saya apabila Hasan berpegang kepada kata-kata Harun Taib. Apakah beliau faham mengenai kedudukan Harun Taib dan kesesuaian (...........) beliau (Harun) menjelaskan perkara itu pada saat itu? Kalau Hasan Akidah arif dan faham politik dia tidak mengambil serius dengan kenyataan Harun itu. Pertama, (eh tiru bahasa cakap Hasan pulakk...), Harun Taib hanya sebagai ketua ulamak dan pandangan itu adalah pandangan peribadinya. Keduanya, (eh tiru lagi pakai poit..) Harun berkata begitu kerana itulah prinsip Pas. Soal hendak cari akan baru sekiranya Pas bermain dengan hudud dan hukum Islam itu hak Pas bukan Harun Taib. Sebagai ahli politik Harun akan melihat kiri dan kanan sebelum dia berkeras dengan prinsip dan dasar parti itu. Dalam politik untuk pengetahuan San... eh eh... kita tidak boleh jadi bijak sendiri. Betapa pun bijak dan munasbaah tetapi jika tidak mendapat sokongan jemaah, kita akan tertinggal. Sebab itu saya selalu katakan tidak ada kebenaran dalam politik, tidak ada kejujuran dalam politik, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri. Jadi Hasan tidak boleh kaitkan kenyataan Harun Taib itu sebagai satu ketetapan dan penegasan Pas. Pas sebagai sebuah badan siasah akan memikirkan sedalam-dalamnya untung rugi buruk dan baik untuk melaksakan apa juga matlamnatnya. Lebih penting Pas akan mengambil kira keutamaaan dan keselamatan parti berkenaan. Saya rasa Harun Taib juga bersikap sama. Sebab kalau Harun Taib bersikap pandai sendiri, seperti Hasan lakukan semasa beliau berada dalam Pas, sudah lama Pas akan hancur dan beliau pun akan ditendang oleh Pas. Dalam pada itu beliau juga menggesa Dewan Ulamak Pas mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan dan mengajar dewan itu tidak boleh bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui. Sekali lagi saya hendak nyatakan, daya politik dan akal siasah Harun Taib lebih dalam dan panjang dari Hasan. Kekemetotan akal politik Hasan Akidah tidak boleh ditiru dan dipakai oleh Harun Taib. Bagi Hasan semua perkara senang, sesenang lidah dan mulutnya bercakap. Beliau mudah mengambil kesimpulan atas perkara-perkara yang rumit dan memerlukan tektikal dalam perjuangan. Mungkin kerana amalan itu maka beliau menerima padah dari apa yang dibuatnya kini. Kerana Hasan Akidah mengira dia akan menang ke atas tiga perkara dalam kemelut dihadapiunya maka beliau kini terkanjar dari Pas. Hasan dipecsayai sangat yakin apabila beliau berdepan dengan jawatankuasa Pas beliau akan menang. Dia yakin beliau tidak akan dipecapat dari Pas kerana merasakan dialah tokoh intelektual Islam yang utama dalam parti itu. Dia juga percaya bahawa Sultan Selangor akan mempertahankan dia sebab dia komited dengan Islam serentak itu kedudukannya sebagai Exco tidak akan terusik. Dan dia juga percaya apabila keluar dari Pas nanti berbondong-bodong orang Pas akan mengikut buntutnya macam anak ayam lapar padi. Walhasil, Pas tidak pun memandang keintelektualannya dan mengambil tindakakan memecat atas kesalahannya. Sultan Selangor juga tidak mempertahankan kedudukannya, menyebabkan jawatan Exco agama yang menjadi ruang untuk beliau berjuang dan memberi kawan-kawan makan selama ini terlucut dan terlepas kepada orang lain. Begitu juga yang mengikuti buntutnya bukan orang Pas tetapi orang Umno yang datang bertepuk mendengar ceramah Hasan yang mengutuk Pas. Terlanjur bercakap fasal Hsan Akiah, untuk apa dia memberi nasihat dan peringatan kepada Pas lagi. Tindakan itu menyebabkan orang boleh tuduh beliau kini seperti ayam gilakan sangkak. Untuk apa dia ingatkan Pas lagi kerana dia bukan ahli Pas sudah... eh stail orang Sabah pulak. Sama ada Pas hendak buat Islam, laksanakan Hudus itu Pas punya fasal. Melihat cara Hasan bangkit memberi ingatan kepada Pas itu tidak ubah persis sikap seorang suami yang cuba menasihat isterinya yang sudah diceraikan. Kalau sudah dicerai, tinggal sajalah. Usahkan dikenang dan disebut pun jangan. Apabila Hasan aysik menyebut dan terkenangkan Pas semacam ada sesauatu yang terlekat di hatinya. Hasan kena ingat apabila orang menceraikannya adalah kelemahan dan kecatatan fatal dibatan tubuhnya. Seorang isteri tidak akan minta cerai kalau suaminya penuh pengertian dan ideal. Tetapi bila isteri meminta cerai, adalah kelemahannya yang tidak boleh diatasinya. Kalau Hasan boleh diibaratkan si suami dan Pas adalah isterinya, boleh difahami kenapa Pas menceraikan Hasan kerana kelemahan yang ada kepadanya itu. Selalunya masalah utama antara suami isterinya ialah apabila si sumia impoten (mati pucuk). Tidak usah ceritalah sehebat mana suami, pandai dan petah bercakap berdengar-degar macam pelakar, indah menyusun kata macam pendita tetapi kalau si anuhnya mati, ia tidak memberi guna barang setengah dinar Kelantan pun. Begitulah Hasan Akidah saya lihat dalam konteks memberi teguran kepada Pas, tidak ubah seprerti suami yang mati pucuk dan cuba menarik perhatian si isteri yang ditinggalkan untuk bersatu semula. Ketika ini dan hari ini kalau Hasan Akidah ikhlas dan bersungguh untuk menegakkan Islam dan hukum hudud Hasan cadanglah kepada parti Umno yang kini menjulang dan tertegun dengan pidato bambastiknya. Cubalah.. mana tahu takut-takut berjaya. Mat ... Mat mana? Ahmad Maslan lah... dah sahur ke? Macam mana dengan Sabah dan Sarawak nampak ponat tu? | |||
Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan Posted: 14 Aug 2012 03:15 AM PDT
Setiap rakyat Malaysia yang mengimpikan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil semestinya menyokong penuh penganjuran Janji Bersih yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ambang Merdeka ini. Pertemuan aman berbaju kuning ini merupakan satu lagi acara solidariti rakyat Malaysia untuk menyuarakan tuntutan agar pihak kerajaan menunaikan janji membersihkan sistem pilihanraya. Penganjuran Janji Bersih di ambang merdeka ini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada sambutan kemerdekaan kerana Hari Kemerdekaan adalah milik setiap rakyat Malaysia. Oleh itu terpulang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjiwai sambutan kemerdekaan sama ada ingin berbaju kuning, biru, hijau mahupun merah. Apa yang penting ialah sambutan kemerdekaan mestilah penuh etika dan tidak melanggari batas tatasusila yang sudah sebati dengan budaya rakyat Malaysia. Melihat kepada lemahnya komitmen kerajaan dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pilihanraya, adalah wajar untuk rakyat meneruskan desakan secara konsisten. Oleh itu pertemuan kuning malam ambang Merdeka ini sangat bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan peringkat persekutuan iaitu Janji Ditepati. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan laungan transformasi dan perlaksanaan beberapa inisiatif seperti TR1MA dan BR1MA, sedangkan masalah pokok yang lebih penting untuk masa depan demokrasi masih tidak diselesaikan. Pihak kerajaan perlu memberi tumpuan kepada permasalahan yang lebih utama iaitu melaksanakan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil. Pilihanraya merupakan hak hakiki setiap rakyat yang perlu dijaga dan dihormati. Membiarkan pilihanraya berlangsung dengan penuh kecelaruan merupakan pengkhianatan yang serius terhadap hak rakyat. Pilihanraya yang tidak bersih seolah-olah menutup peluang rakyat untuk memilih kepimpinan Negara secara adil setelah mereka membuat penilaian terhadap prestasi kerajaan sedia ada. Sekiranya Kerajaan benar-benar menjunjung prinsip rakyat diutamakan, Kerajaan seharusnya jujur dalam menyediakan ruang demokrasi yang adil untuk rakyat memilih pemimpin. Pilihanraya yang bersih dan adil juga akan menjadi satu evaluasi yang telus untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap segala usaha yang telah kerajaan lakukan. Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak menyemarakkan usaha menyuburkan demokrasi, maka sudah pasti semangat demokrasi dalam kalangan rakyat juga akan menjadi suram. Alexander Woollcott seorang tokoh sejarah Amarika pernah membuat satu kenyataan yang disiarkan dalam New York Megazine yang mengatakan demokrasi hanya akan berfungsi, sekiranya manusia menggunakannya dengan baik. Oleh itu apabila pilihanraya dibiarkan tercemar, maka tidak hairan sekiranya rakyat memilih jalan raya sebagai alternatif demokrasi yang lain. Setelah 55 tahun merdeka, adalah tidak wajar untuk kerajaan Malaysia terus membiarkan sistem pilihanraya berjalan dalam keadaan yang cukup meragukan. Lebih parah apabila pilihanraya ini dibiarkan kotor dalam keadaan cabang-cabang demokrasi yang lain juga masih tidak hormati seperti sekatan terhadap kebebasan media, limitasi terhadap hak berhimpun dan masih ada tahanan tanpa bicara yang belum dibebaskan. Jika kerajaan ingin sambutan 55 tahun kemerdekaan menjadi lebih bermakna, maka Kerajaan perlu bersedia untuk membuat perubahan besar dalam arena demokrasi Malaysia. Mengulangi cerita yang sama pada setiap 31 Ogos hanya menimbulkan rasa bangga pada sejarah, tetapi tidak memberi sebarang makna sekiranya Negara dibiarkan berada dalam keadaan demokrasi lapuk. Adalah amat dirisaukan sekiranya kerajaan membiarkan Negara terlalu lama berada dalam keadaan demokrasi usang, rakyat mungkin akan hilang percaya pada pilihanraya. Akhirnya rakyat terpaksa memilih jalan-jalan demokrasi yang lain seperti mana yang digunakan oleh rakyat mesir dalam menumbangkan regim diktator Hosni Mubarak. Oleh itu keberadaan lapisan rakyat berbaju kuning pada malam ambang merdeka diharap dapat mengingatkan pihak kerajaan agar segera mengambil inisiatif untuk memulihkan keadaan demokrasi Malaysia. Hal ini perlu dimulakan dengan melaksanakan tuntutan BERSIH agar kepercayaan rakyat terhadap pilihanraya dapat dipulihkan. Sekian Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan juga merupakan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia. | |||
Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi.. Posted: 14 Aug 2012 03:08 AM PDT MSO Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Chik berkata pencapaian kontijen negara di sukan olimpik London 2012 terbaik dan luar biasa walaupun kontijen negara mendapat dua pingat perak. Kejayaan itu katanya perlu dibangga. Iyalah kalau tidak kata begitu hendak kata apa lagi. Shabery tidak boleh mengatakan pencapaian negara terburuk dan jauh dari mencapai sasaran (MSN) kerana dia adalah menteri bertanggungjawab membangun sukan negara. Dan kalaulah MSN hanya mensasarkan hanya dua pingat dalam sukan terbesar dunia itu ini bermakna hati MSN sebesar kuman. Tidak sepatutnya MSN meletak sasaran sebesar itu sedangkan negara sudah merdeka 54 tahun dan pemimpin kerajaan pula berbueh mulut mengatakan Malaysia mencapi taraf negara maju. Maju apa kalau hanya dua butir pingat warna kelabu? Walaupun sebelum ini kontijen negara pernah mendapat dua pingat perak pada olimpik di Atlanta 1996 tetapi pencapain tahun ini dalam dua acara berbeza. Itu sajalah yang Shabery dapat perkatakan untuk mengelakkan beliau dituduh sebagai gagal memajukan sukan negara. Mendengar kata-kata dan alasan Shabery itu teringat saya kepada kata-kata jurulatih pasukan bola kebangsaan K Raja Gobal. Gobal setiap kali pasukan negara tewas akan mengeluarkan alasan klisenya dengan macam-macam helah. Beliau tidak sama sekali mengakui kelemahannya sebagai jurulatih kerana kalau beliau mengaku pasti beliau kena lepas jawatan. Kalau lepas jawatan bermakna akan kehilangan pendapatan puluhan ribu. Begitu juga dengan Shabery sama sekali tidak akan mengakui kelemahan dan akan mencari dua tiga juta helah untuk tidak mengakui kelemahannya seterusnya menyelamatkannya sebagai menteri. Shabery juga tidak mahu kehilangan pendapatan sebagai menteri. Di sini baik Shabery maupun Gobal lebih melihat kedudukan dirinya dari masa depan sukan. Bagaimana pun cara Shabery mempertahankan dirinya itu dengan memuji sendiri kononnya pencapaian olimpik kali ini terbaik dan luar biasa tidak akan menjamin kedudukannya selamat di Kemaman. Sukan olimpik tidak ada kena mengena dengan prestasi Shabery sebagai wakil rakyat di Kemaman. Sudah lama kedengaran berbagai protes di kalangan Umno Kemaman terhadap Shabery. Berbagai runggutan terhadapnya juga kedengaran bertujuan menjejaskan prestasinya sebagai wakil rakyat. Shabery dikatakan sukar untuk ditemui rakyat dan kalau balik ke Kemaman asyik menghayung kayu golf saja. Seorang bekas pengerusi tetap Umno Kemaman pernah memberi tahu saya kedudukan Shabery di Kemaman tidak selamat. "Kalau Umno nak hilang kerusi... cubalah letak Shabery sekali lagi di disitu," kata bekas pengerusi berkenaan memberi amaran | |||
Hujan lebat, ribut Felda Kota Tinggi rosakkan 100 rumah Posted: 14 Aug 2012 03:06 AM PDT KOTA TINGGI - Hujan lebat dan ribut yang melanda dua Felda di sini sekitar jam 4 petang kelmarin menyebabkan hampir 100 rumah penduduk rosak biarpun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dalam kejadian itu, 60 rumah terjejas termasuk lima rumah di Felda Penggeli Timur mengalami kerosakan teruk selain turut melibatkan masjid, pejabat Felda, kedai dan sekolah agama. Manakala di Felda Sungai Sibol, sebanyak 36 rumah terjejas termasuk lima rumah rosak teruk. Turut terjejas sekolah kebangsaan, taman didikan kanak-kanak (tadika) dan balai raya. Pokok tumbang timpa rumah Dalam kejadian di Felda Sungai Sibol, seorang penduduk cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi sebagai pesakit luar. Penduduk, Jahrah Sujak, 58, berkata, rumahnya mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian dapur, bilik air dan garaj akibat dihempap tiga pokok dalam kejadian itu. Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama anak bongsunya Noratiqah Aisyah, 22, dan suami Suliman Kasim, 61, berada di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka. "Ketika itu hujan sangat lebat berserta kilat dan guruh, tiba-tiba saya terdengar bunyi pokok seperti hendak tumbang di luar. Saya yang merasa tidak sedap hati segera mengajak suami dan anak ke hadapan. "Kemudian tidak sampai dua minit kami meninggalkan kawasan dapur, kedengaran bunyi yang kuat menghempap bumbung bahagian belakang rumah dan dapur kami. "Syukurlah Tuhan menggerakkan hati saya dan kami sempat beralih dari dapur, jika tidak, tak tahu apa yang bakal berlaku," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Felda Penggeli Timur, semalam. Katanya, juadah berbuka yang telah siap dimasak juga musnah manakala suaminya yang mempunyai penyakit darah tinggi turut demam kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku. Seperti hujan batu Bagi Kassim Mat, 70, kejadian itu adalah yang pertama berlaku di kampung tersebut sepanjang 35 tahun dia menetap di Felda Penggeli Timur. "Sebelum ini tidak pernah pula berlaku ribut sehingga menjejaskan rumah penduduk. Malah hujan lebat yang turun juga seperti hujan batu. "Akibat hujan itu, rumah saya juga banjir dinaiki air," katanya. Sementara itu, Pengurus Felda Penggeli Timur, Mohd Maharol Adimi berkata, diharapkan penduduk terlibat dapat bersabar untuk menerima bantuan yang akan diberikan. Bagi Ketua Kampung Felda Sungai Sibol, Hakim Abd Rahman berkata, pihaknya telah memulakan kerja-kerja penilaian dan bantuan segera kepada penduduk terlibat akan disalurkan secepat mungkin. | |||
Posted: 14 Aug 2012 03:01 AM PDT SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) kononnya pengurusan atasan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengarahkan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan meminta pihak terbabit untuk menghentikan tindakan seperti itu. "Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhamed Khusrin Munawi mengadakan perjumpaan setiap hari dan tiada berlaku perkara seperti itu. "Bulan puasa ini lebih baik kita tidak buat fitnah supaya kita tidak mendapat banyak dosa," katanya sinis pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2012 peringkat negeri di Plaza Tol Bukit Jelutong Lebuh Raya Guthrie, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa arahan itu dibuat melalui sepucuk surat pada 2011 oleh pengurusan atasan KDEB mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan dari 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari. Mohd Zin mendakwa tindakan itu menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abass mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. Mohd Zin turut mempersoalkan tindakan seorang Exco Kerajaan Negeri terlibat bantahan isu air di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kajang baru-baru ini. | |||
PAS akan beri ruang kepada artis - Salahuddin Posted: 14 Aug 2012 02:55 AM PDT
KUALA LUMPUR: Lebih 30 artis menyertai usrah bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Wangsa Maju semalam. Majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Azhar Idrus, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Majlis bermula jam 6 petang dengan diskusi ringan pemimpin PAS, Ustaz Azhar bersama artis-artis. Nasrudin yang ditemui Harakahdaily berkata majlis itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dengan para artis sambil mendapatkan pandangan dan menyatakan harapan mereka kepada PAS. "Ia juga untuk membuka ruang kepada para artis untuk bertanyakan soalan kepada pemimpin PAS," katanya. Dalam majlis itu, Salahuddin mengakui sehingga kini PAS masih tidak mempunyai dokumen bertulis mengenai dasar hiburan seperti yang telah dibuat pada konsep Negara Berkebajikan. "PAS masih baru dalam bidang ini. Yang ada cuma contoh di Kelantan yang kita dah memimpin selama 20 tahun, di Kedah kita masih baru," kata beliau semasa menjawab soalan seorang peserta yang mempersoalkan mengapa PAS seolah-olah mempunyai dasar hiburan yang berbeza di Kedah dan Kelantan. (Antara artis wanita yang hadir.) Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata PAS akan menerbitkan dasar hiburannya tersendiri dalam masa terdekat. "Jaminan saya PAS akan beri ruang yang secukupnya kepada artis-artis bergerak dan zero-in pada bidang-bidang khas untuk artis menggunakan kemahiran mereka," kata beliau. Sementara itu, Harakahdaily juga sempat meninjau keadaan kesihatan saudara Bob Lokman yang menjalani angioplasti baru-baru ini. "Satu saluran sumbat sedikit… Alhamdulilah sihat. Doktor masih perlu check, minggu depan check paru-paru pula," katanya. Selepas berbuka, Nasrudin mengadakan usrah bersama exco DPPM manakala Tuan Ibrahim pula menyampaikan kuliah dan bertarawih bersama artis-artis. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus. | |||
Seorang lagi tokoh Umno Sabah akan keluar parti Posted: 14 Aug 2012 02:53 AM PDT
KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira-kira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Menurut penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar, tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim kelmarin tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu. Berikut ialah tulisan beliau di dalam blog http://www.msomelayu.blogspot.com/ Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib. Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadaan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan. Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Apdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah. Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya. | |||
Ribut landa Jengka, persiapan Aidilfitri mangsa terjejas Posted: 14 Aug 2012 02:47 AM PDT JENGKA - Dalam tempoh tak sampai seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, 27 keluarga dan sebuah kedai makan di Jengka 12 dan Jengka 21 mendapat dugaan menjelang hari lebaran itu apabila rumah mereka rosak akibat dilanda ribut, semalam. Lebih memilukan apabila sebahagian daripada mereka sudah berhabisan wang ringgit membuat persiapan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, Ahad ini. Kejadian ini merupakan insiden paling teruk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. Difahamkan sebanyak 16 rumah di Jengka 12 rosak dan 11 rumah kediaman di Jengka 21 turut mengalami nasib sama. Salah seorang mangsa di Jengka 12 terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila keseluruhan atap tingkat atas rumahnya diterbangkan ribut. Tidak hanya atap, malah hujan lebat malam semalam menyebabkan keseluruhan barangan tingkat atas rumah kedai tersebut dibasahi air. Pemilik rumah terbabit, Mariam Ibrahim, 59, tidak menyangka kejadian tersebut akan menimpa dirinya lebih-lebih lagi di saat orang lain sedang sibuk melakukan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. "Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi saya. Lebih menyedihkan, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah seminggu yang lalu. "Tidak habis lagi kepenatan pulang dari mengerjakan umrah, kini saya diduga pula dengan ujian sebegini," katanya. Reda dengan ketentuan Tuhan, Mariam bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dari kejadian ribut terbabit. "Ketika ribut itu berlaku, saya dan anak-anak berada di Temerloh kerana membeli barangan kelengkapan menyambut Aidilfitri. "Sekitar jam 7.15 malam semalam, saya dihubungi jiran yang mengatakan atap rumah saya habis diterbangkan ribut," katanya. Hanya sekali tiup Menceritakan detik ribut tersebut, seorang pemilik kedai makan yang musnah 80 peratus dalam kejadian ribut itu, Mohamed Ramli Jamil, 45, berkata, angin ribut terbabit cuma datang sekali, namun cukup untuk menerbangkan keseluruhan atap kedainya. "Ketika kejadian, saya sedang menyiapkan moreh untuk diagihkan di masjid selepas Terawih. "Pada asalnya, ia cumalah ribut biasa berserta hujan. Selepas hujan dan ribut tersebut berhenti dan tiba-tiba datang satu angin kuat seperti berpusing menerbangkan atap kedai saya sejauh 50 meter," katanya. Dia menganggarkan kerugian sekitar RM5,000 dan ketika kejadian itu juga, terdapat wayar elektrik yang putus di rumahnya. "Bimbang terkena renjatan, saya, isteri dan anak perempuan saya berlari ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri. Seorang lagi penduduk yang rumahnya turut terjejas dalam kejadian terbabit, Roslan Mohd Junadin, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku sepantas kilat ketika mereka sedang bersiap untuk berbuka. "Ia berlaku terlalu pantas sehinggakan kami tidak sempat menyelamatkan barangan kami. Secara tiba-tiba atap rumah kami terbang lalu merosakkan segala barang yang ada," katanya. Selesaikan Aidilfitri Sebaik sahaja mendengar berita berkaitan kejadian ribut terbabit, pihak Felda terus turun padang melawat mangsa kejadian. Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, sebanyak 16 rumah yang telah dikenal pasti dan wang bantuan bencana sebanyak RM300 telah dihulurkan kepada mangsa. "Selain menghulurkan bantuan berupa wang, kami juga telah memanggil kontraktor untuk membaiki rumah mangsa yang terlibat dengan kadar segera. "Pada hari ini (semalam) kerja-kerja pembaikan telah bermula dan kita harap pembaikan ini dapat disiapkan segera sebelum menjelang Aidilfitri," katanya. Tambahnya lagi, kejadian ribut terbabit merupakan takdir yang ditentukan Ilahi, justeru tidak kira peneroka mahupun generasi kedua, bantuan tetap akan dihulurkan. Hadir sama melawat mangsa kejadian ialah Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amin Othman. Khairul Amin yang memberitahu, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Pungutan Zakat bagi membantu meringankan beban mangsa bencana terbabit. | |||
Rebat tol PLUS 30% sempena Aidilfitri, Hari Merdeka Posted: 14 Aug 2012 02:45 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini. "Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS. "Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Noorizah berkata pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak. Katanya rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Okt hingga 31 Dis ini. "Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari. "PLUS menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik bagi mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat," katanya. Noorizah berkata rebat tol tersebut bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang. - Bernama | |||
Pemuda PAS Perak diperkenan bebuka di Istana Posted: 14 Aug 2012 02:43 AM PDT
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak semalam diperkenan hadir ke Majlis santapan berbuka Ramadhan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Hassan bersama 10 yang lain dibarisi oleh pimpinan Pemuda dan barisan Exco. Turut bersama ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat dan warga media, jemputan khas dan pimpinan Kerajaan Negeri. Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan Majlis Berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh. | |||
JPJ: 38 kes pemandu bas laku pelbagai kesalahan dalam tempoh 2 hari Posted: 14 Aug 2012 02:42 AM PDT SINAR HARIAN Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata pihaknya mengeluarkan saman kepada pemandu bas terbabit, sama ada melibatkan kesalahan teknikal mahupun kesalahan pemandu sendiri. Selain itu, langkah penyamaran yang dilaksana JPJ ternyata berkesan dalam mendisiplinkan pemandu bas ekspres, apabila mereka dilihat lebih berhati-hati ketika memandu, katanya kepada pemberita selepas operasi khas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini malam tadi. Katanya pegawai JPJ yang menyamar sebagai penumpang akan mengeluarkan saman kepada pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan, sebaik sahaja bas tiba di destinasi. "Selain itu, pegawai kita juga membuat pemeriksaan terhadap keadaan bas seperti brek, tayar dan sebagainya di depoh dan terminal bas. Selepas membuat pemeriksaan, pegawai kita akan mengeluarkan sijil pengesahan yang menyatakan bas berkenaan layak atau tidak untuk membuat perjalanan jauh dan jika layak barulah kita benarkan bas keluar daripada depoh untuk meneruskan perjalanan," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata operasi JPJ kali ini akan bertumpu kepada penunggang dan pembonceng motosikal memandangkan kenderaan jenis itu penyumbang terbesar kemalangan maut. Sebahagian besar kemalangan motosikal ini pula membabitkan golongan remaja dan ramai daripada mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya termasuk tidak ada lesen memandu, tidak ada cukai jalan selain mengubah suai kenderaan, katanya. Pada operasi malam tadi, sebanyak 52 saman dikeluarkan kepada pemilik kereta dan 112 kepada pemilik motosikal yang didapati tidak mematuhi undang-undang jalan raya.- Bernama | |||
300 sambut Pandelela, kurang meriah banding Chong Wei Posted: 14 Aug 2012 02:41 AM PDT [DIKEMAS KINI] SEPANG - Perenang negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa dalam 10m Platform Wanita dalam Sukan Olimpik London baru-baru ini tiba di tanah air pagi ini tetapi sambutan bagi beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini tidak semeriah ketika ketibaan Datuk Lee Chong Wei. Menurut tinjaun Sinar harian Online, kira-kira dalam 300 sahaja peminat yang berada di ruang balai ketibaan KLIA berbanding sambutan yang diberi kepada jaguh badminton minggu lepas. Pada masa yang sama, meskipun sambutan yang diberikan tidak semeriah dan gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, Pandelela tetap menerima pujian dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila menjadi wanita pertama menyumbangkan pingat dalam sukan berprestij itu. Ruang balai ketibaan KLIA tetap dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk antaranya 'Selamat Pulang wira negara, tahniah Pendelela, 'Tahniah Pandelela for winning bronze medal in 10m platform' dan 'We are know for our LAH slang now, are well-known for Pandelela-LAH'. Suasana di balai ketibaan itu tetap riuh apabila berita pesawat Malaysia Airlines MH003, iaitu pesawat terkini A380, yang membawa Pandelela dari London diumumkan sudah mendarat kira-kira 7.54 pagi. Sebaik sahaja Pandelela melangkah ke balai ketibaan dua jam kemudian, para peminat dan penyokong melaungkan slogan 'Malaysia Boleh'. Salah seorang peminat yang tiba di KLIA pada jam 6.45 pagi, Noor Fishah, 24 berkata, dia begitu teruja untuk menyambut ratu terjun itu. "Saya tumpang berbangga dengan kejayaan Pandelela lebih-lebih lagi menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik. Dia membuktikan wanita mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. "Bagi saya, Pandelela seorang atlet yang mampu menyerlah pada masa akan datang," katanya. Atlet muda dari Sarawak ini mencipta sejarah apabila berjaya mengumpul 359.20 mata untuk meraih pingat gangsa, sekaligus menjadi atlet wanita pertama Malaysia merangkul pingat Olimpik. Gangsa beliau merupakan pingat pertama bagi kontingen Malaysia untuk acara terjun sejak penyertaan pertama negara di sukan itu iaitu di Olimpik Melbourne 1956. Pandelela turut bertemu dengan kumpulan media di balai ketibaan sambil mengalungkan pingat perak Olimpik yang dimenanginya untuk sesi bergambar media disambut sorakan gembira peminat. Terdahulu, ketibaan Pandelela dan atlet terjun yang lain serta Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik London Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Dalam pada itu, Bernama melaporkan ratu terjun negara itu tersenyum lebar sebaik sahaja terpandang wajah kedua-dua ibu bapanya. Pamg Joheng dan Hartini Lamim diterbangkan khas dari Kuching oleh MAS untuk menyambut ketibaan anak gadis mereka yang berusia 19 tahun di KLIA. Namun di sebalik kejayaan itu, Pandelela tetap tidak lupa diri apabila beliau berkata: "Walaupun saya berjaya meraih pingat di Sukan Olimpik, saya akan tetap merendah diri sampai bila-bila." "Saya ucap terima kasih kepada semua yang ada di sini hari ini. Saya terharu dengan sambutan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong termasuk ahli keluarga," kata Pandelela. Ketika dalam penerbangan, anak kapal pesawat tersebut sempat bergambar bersama Pandelela yang menggayakan pingat gangsa kemenangannya. MAS dalam satu kenyataan berkata sebagai menghargai pencapaian cemerlang Pandelela, atlet negara itu diberi keistimewaan menikmati layanan mesra anak kapal MAS di dalam kabin Kelas Perniagaan. Pandelela berkata, pengalaman beraksi di London memberi peluang kepadanya bersaing dengan penerjun terbaik dunia. Beliau berterima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia, Institut Sukan Negara dan MSN kerana membantu beliau dari segi persiapan menghadapi Sukan Olimpik. Katanya, beliau akan berehat dua minggu dan menghabiskan masa cuti itu untuk bersama keluarga. Ahmad Shabery berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bertemu Pandelela pada Jumaat ini selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam di Makkah. | |||
PR runding semula kerusi ambil kira senario Sabah Posted: 14 Aug 2012 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan berunding semula soal pembahagian kerusi di Sabah susulan perkembangan politik di negeri itu sejak dua minggu lalu. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sementara perundingan asal antara DAP, Pas dan PKR belum selesai, perkembangan terbaru memerlukan PR meneliti semula soal pembahagian kerusi. "Kami akan berunding semula dengan mengambil kira apa yang berlaku di Sabah. Kami kena bertolak ansur dalam soal ini kerana perlu memberi ruang mereka yang akan bersama dengan kami di Sabah," kata beliau ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada pengurangan kerusi yang bakal ditandingi rakan-rakan komponen PR. Berdasarkan laporan media sebelum ini, PR dipercayai akan mengekalkan formula pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-12. "Kemungkinan pengurangan kerusi kami tandingi ada, juga kemungkinan pertukaran kerusi di antara parti komponen PR sendiri. "Ini semua akan kami bincang dalam waktu terdekat. Saya yakin boleh diselesaikan, saya percaya parti-parti komponen akan bertolak ansur," kata beliau yang turut merujuk kepada perbincangan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin Sabah kelmarin. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ditanya soal perundingan PR berkenaan dengan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sabah menyediakan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Empat tahun lalu, DAP bertanding di lima kerusi Parlimen dan PKR di 21 kawasan. Pas tidak meletakkan calon. Di peringkat Dun, Pas tanding di dua kerusi, DAP (10) manakala PKR pula 55. Ahad lalu, Senator Datuk Maijol Mahap dilaporkan telah mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN), menjadi pemimpin ketiga negeri itu berbuat demikian dalam tempoh tidak sampai sebulan. Mahap, Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko). Sebelum itu, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, mengisytiharkan peletakan jawatan. Turut keluar ialah pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga timbalan menteri pusat. Selain perkembangan itu, kata Mahfuz, perbincangan juga akan mengambil kira sokongan Parti Maju Sabah (Sapp) dan parti-parti politik lain. Sapp telah keluar BN akhir 2008. "Dalam soal pembahagian kerusi, kita juga kena mengambil kira kedudukan Tuaran (Bumburing) dan Beaufort (Lajim)... mereka ada sokongan, kita perlu mempertimbangkan perkara ini," katanya lagi. | |||
Sokong kempen Internet Blackout Posted: 14 Aug 2012 02:31 AM PDT
(Kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A) KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen "Hari Internet Blackout" yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012. Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan 'pop up' kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini. Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini. Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok. Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini. Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain. Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit. Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit. Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu. Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap "Hari Internet Blackout". "Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet. Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam. Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut. "Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi. "Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut," sambungnya lagi. | |||
Hudud: Perkasa minta bukan Islam 'diam seketika' Posted: 14 Aug 2012 02:22 AM PDT Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Islam jangan mempersoalkan hudud kerana setiap yang akan dilakukan akan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Menurutnya, Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyat berhak membuat keputusan atas sesuatu perkara yang akan dilakukan dalam negara termasuk perkara-perkara yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan. "Kita minta, orang bukan Islam yang lantang berbicara mengenai hukum hudud ini supaya berdiam seketika untuk mencari jalan penyelesaian dan cara terbaik untuk mendapat penjelasan mengenai isu ini. "Hudud bukan undang-undang yang zalim tapi ia sesuai untuk semua, masyarakat bukan Islam tak perlu merasa tergugat," katanya kepada sidang media di pejabatnya dekat sini hari ini. Sebelum ini, isu hudud telah dicadangkan oleh pemimpin Pas untuk dilaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya walaupun Pakatan Rakyat yang lain tidak bersetuju dalam pelaksanaan itu. Lebih sebulan lalu, wakil rakyat Umno dari Johor juga menyuarakan hasrat agar diadakan undang-undang hudud di negeri itu. Pelbagai reaksi telah timbul ekoran isu hudud diperbangkitkan oleh semua parti politik negara. Dalam pada itu, Ibrahim berkata, orang Islam tidak seharusnya berlembut hati dan bertolak ansur sekiranya hukum-hukum ALLAH dipermainkan oleh kaum beragama lain. "Kita boleh bertolak ansur untuk isu lain, tapi hukum ALLAH dan hal yang bersangkut dengan agama Islam jangan biarkan orang lain permainkannya. "Jangan kita berpakat dengan orang seperti itu, kerana yang akan menang adalah orang lain," katanya lagi. | |||
3 suspek kes letup Bank Rakyat ditahan, 1 diburu Posted: 14 Aug 2012 02:21 AM PDT [DIKEMAS KINI] ALOR GAJAH - Tiga suspek ditahan oleh polis berhubung kejadian ledakan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Melaka kelmarin. Sumber berkata, tiga suspek lelaki berusia 24 dan 30-an yang baru beberapa tahun bertugas di negeri ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. Difahamkan, suspek pertama ditahan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam. "Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada suspek pertama, dua suspek lagi berjaya dikesan sebelum ditahan di tempat berlainan dalam kawasan mereka bertugas beberapa jam kemudian. "Maklumat tambahan yang diperoleh mendapati terdapat seorang lagi suspek dipercayai masih bebas dan balik bercuti akan ditangkap dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka. Dalam pada itu seorang suspek kes ditahan oleh polis Kelantan di Pasir Puteh awal hari ini. Lelaki berusia 25 tahun, yang dipercayai bertugas sebagai kakitangan awam, berjaya diberkas kira-kira jam 2.45 pagi semasa berada di rumahnya di Kampung Merkang. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek akan diserahkan kepada polis Melaka untuk tindakan selanjutnya. "Dipercayai lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan, bekerja berhampiran kawasan bank itu," katanya. Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas cuba meletupkannya. Dipetik media kelmarin, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM). Letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu. | |||
PR, Perkasa yakin PRU selepas Tahun Baru Cina Posted: 14 Aug 2012 02:19 AM PDT [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) dan Perkasa yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi sebutan arena politik tempatan sejak lebih setahun lalu, hanya akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina awal tahun depan. Sambil mengakui tidak terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disiarkan oleh Sinar Harian Online petang semalam, Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, mengambil kira persekitaran semasa, 'tingkap' yang sesuai dan terbaik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah awal tahun depan. "Saya percaya Datuk Seri Najib hanya akan bubar selepas sambutan Tahun Baru Cina. Apa yang pasti, pilihan raya selepas hari raya… iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, bermakna awal tahun depan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam. "Saya tidak terkejut langsung dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Adnan. Mustahil PRU13 akan diadakan September atau Oktober sebab masa tidak sesuai kerana ramai akan pergi untuk menunaikan haji... itu jelas. "Kemudian September, Oktober dan November juga bulan peperiksaan. Kira-kira 400,000 pelajar terlibat dalam peperiksaan SPM, dan dicampur dengan ibu bapa, jumlahnya 800,000 orang, selain 10,000 guru menjadi pengawas dan penyelia peperiksaan," kata beliau. Pembabitan ibu bapa dan guru dalam peperiksaan, katanya, sudah perlu dan pasti akan diambil kira oleh Najib. Sebahagian guru juga dilantik sebagai pekerja pilihan raya. Parlimen September-November akan bermula 24 September manakala Bajet 2013 akan diumumkan pada 28 September. "Oleh itu, saya yakin ia akan diadakan tahun depan. Melainkan jika BN terdesak untuk membubarkan beberapa hari selepas 1 Syawal," katanya dengan merujuk kepada perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini. Tengku Adnan berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh masa tersebut sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam. "Saya tidak berkeyakinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober, mandat akan habis pada bulan Mac tahun depan. "(Pun begitu) saya tidak tahu mengenai itu dan semua ini perlu ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno. Dalam pada itu, pada satu sidang media di ibu negara tengah hari tadi, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya meramalkan PRU13 akan diadakan pada Februari depan dan yakin bahawa BN memperolehi kerusi majoriti. Ibrahim berkata, BN bakal mentadbir Kerajaan Pusat sekali lagi dengan memperolehi 136 kerusi manakala 20 kerusi lagi masih dalam keadaan samar dalam PRU13. Menurutnya, empat negeri PR bakal mengalami perubahan terutamnya di Kedah, diramal dimenangi BN kerana majoriti rakyatnya telah berubah ke parti itu setelah beberapa kajian lisan dijalankan. "Kita yakin BN akan menang dengan majoriti kerusi yang bakal dipegang 136 dan 20 lagi masih mempunyai harapan kearah itu. "Kita ramal PRU13 bakal diadakan pada Februari tahun hadapan dan negeri PR akan berubah kerajaannya terutama di Kedah manakala Selangor dan Kelantan dalam keadaan 50-50 serta Pulau Pinang agak susah BN mahu rampas kembali," katanya. Justeru itu, Ibrahim menjalankan tinjaun seluruh daerah dalam tempoh dua bulan bagi meramalkan kedudukan parti politik negara yang bakal perolehi kemenangan pada PRU kali ini. "Kalau sebelum ini, ramai yang mengatakan BN makin lumpuh, PR semakin kuat tapi itu semua berdasarkan penggunaan media baru seperti Internet atau online. "Tapi selepas kita buat kajian, ramai masyarakat di luar sana telah memilih BN untuk diundi pada pilihan raya kali ini," katanya lagi. Beliau berkata, kaum India dan Cina kelas atasan akan kembali memilih BN dalam PRU kali ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan