Biaqpila |
- Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan
- Koleksi kepala bapak rakan dan taulan
- WANTED!!! Polis Terengganu
Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan Posted: 14 Aug 2012 05:00 AM PDT Syukri Razab, Setiap rakyat Malaysia yang mengimpikan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil semestinya menyokong penuh penganjuran Janji Bersih yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ambang Merdeka ini. Pertemuan aman berbaju kuning ini merupakan satu lagi acara solidariti rakyat Malaysia untuk menyuarakan tuntutan agar pihak kerajaan menunaikan janji membersihkan sistem pilihanraya. Penganjuran Janji Bersih di ambang merdeka ini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada sambutan kemerdekaan kerana Hari Kemerdekaan adalah milik setiap rakyat Malaysia. Oleh itu terpulang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjiwai sambutan kemerdekaan sama ada ingin berbaju kuning, biru, hijau mahupun merah. Apa yang penting ialah sambutan kemerdekaan mestilah penuh etika dan tidak melanggari batas tatasusila yang sudah sebati dengan budaya rakyat Malaysia. Melihat kepada lemahnya komitmen kerajaan dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pilihanraya, adalah wajar untuk rakyat meneruskan desakan secara konsisten. Oleh itu pertemuan kuning malam ambang Merdeka ini sangat bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan peringkat persekutuan iaitu Janji Ditepati. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan laungan transformasi dan perlaksanaan beberapa inisiatif seperti TR1MA dan BR1MA, sedangkan masalah pokok yang lebih penting untuk masa depan demokrasi masih tidak diselesaikan. Pihak kerajaan perlu memberi tumpuan kepada permasalahan yang lebih utama iaitu melaksanakan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil. Pilihanraya merupakan hak hakiki setiap rakyat yang perlu dijaga dan dihormati. Membiarkan pilihanraya berlangsung dengan penuh kecelaruan merupakan pengkhianatan yang serius terhadap hak rakyat. Pilihanraya yang tidak bersih seolah-olah menutup peluang rakyat untuk memilih kepimpinan Negara secara adil setelah mereka membuat penilaian terhadap prestasi kerajaan sedia ada. Sekiranya Kerajaan benar-benar menjunjung prinsip rakyat diutamakan, Kerajaan seharusnya jujur dalam menyediakan ruang demokrasi yang adil untuk rakyat memilih pemimpin. Pilihanraya yang bersih dan adil juga akan menjadi satu evaluasi yang telus untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap segala usaha yang telah kerajaan lakukan. Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak menyemarakkan usaha menyuburkan demokrasi, maka sudah pasti semangat demokrasi dalam kalangan rakyat juga akan menjadi suram. Alexander Woollcott seorang tokoh sejarah Amarika pernah membuat satu kenyataan yang disiarkan dalam New York Megazine yang mengatakan demokrasi hanya akan berfungsi, sekiranya manusia menggunakannya dengan baik. Oleh itu apabila pilihanraya dibiarkan tercemar, maka tidak hairan sekiranya rakyat memilih jalan raya sebagai alternatif demokrasi yang lain. Setelah 55 tahun merdeka, adalah tidak wajar untuk kerajaan Malaysia terus membiarkan sistem pilihanraya berjalan dalam keadaan yang cukup meragukan. Lebih parah apabila pilihanraya ini dibiarkan kotor dalam keadaan cabang-cabang demokrasi yang lain juga masih tidak hormati seperti sekatan terhadap kebebasan media, limitasi terhadap hak berhimpun dan masih ada tahanan tanpa bicara yang belum dibebaskan. Jika kerajaan ingin sambutan 55 tahun kemerdekaan menjadi lebih bermakna, maka Kerajaan perlu bersedia untuk membuat perubahan besar dalam arena demokrasi Malaysia. Mengulangi cerita yang sama pada setiap 31 Ogos hanya menimbulkan rasa bangga pada sejarah, tetapi tidak memberi sebarang makna sekiranya Negara dibiarkan berada dalam keadaan demokrasi lapuk. Adalah amat dirisaukan sekiranya kerajaan membiarkan Negara terlalu lama berada dalam keadaan demokrasi usang, rakyat mungkin akan hilang percaya pada pilihanraya. Akhirnya rakyat terpaksa memilih jalan-jalan demokrasi yang lain seperti mana yang digunakan oleh rakyat mesir dalam menumbangkan regim diktator Hosni Mubarak. Oleh itu keberadaan lapisan rakyat berbaju kuning pada malam ambang merdeka diharap dapat mengingatkan pihak kerajaan agar segera mengambil inisiatif untuk memulihkan keadaan demokrasi Malaysia. Hal ini perlu dimulakan dengan melaksanakan tuntutan BERSIH agar kepercayaan rakyat terhadap pilihanraya dapat dipulihkan. Sekian Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan juga merupakan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Koleksi kepala bapak rakan dan taulan Posted: 14 Aug 2012 01:13 AM PDT kepala bapak kau!! itulah ucapan yang selalu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang sangat luar biasa, atau menidakkan dengan bersungguh-sungguh, menunjukkan perbuatan yang super negatif, dan tanda tidak bersetuju dengan sesuatu fakta.. aku pun tak pasti kenapa selalu perkataan "kepala bapak" ini yang digunakan.. kenapa tidak "kepala emak?" kenapa tidak "kepala isteri?".. mungkin semua ini sangat berkait rapat juga dengan sejarah malaysia suatu ketika dulu.. ada orang pernah menceritakan kepada aku bahawa ketika zaman penjajahan jepun dulu, orang jepun ni sangat jahat dan kejam.. biasanya selepas dia pancung kepala lelaki melayu, dia akan gelak pada anak-anak dan isteri si mati "kah kah kah.. ini kapara bapak lu".. mungkin penggunaan "kepala bapak" berasal daripada cemuhan orang jepun ini menandakan perasaan tidak hormat dan juga tanda penghinaan.. (cerita tipu ja) berikut adalah situasi yang biasa kedengaran perkataan "kepala bapak" :
ada setengah orang tak boleh terima ucapan-ucapan seperti ini.. tapi ada juga yang boleh.. bagi aku ucapan kepala bapak itu tidak offensive langsung.. apa lah sangat sekadar menyebut salah satu tempat anggota badan manusia yang bukan kemaluan pula tu.. mungkin sebagai satu kepuasan kepada diri mereka.. mari kita cuba review kembali koleksi kepala bapak rakan-rakan kita.. adakah ianya sesuatu yang memalukan ataupun perkara yang patut dirahsiakan oleh umum? kah kah kah.. pelik betul kepala bapak nurul izzah kepala bapak bard simpson kepala bapak aku sendiri kepala bapak brandon lee kepala bapak bush kepala bapak mokhzani a.k.a kepala bapak pemodenan kepala bapak najib a.k.a kepala bapak pembangunan kepala bapak uncle seekers kepala bapak shamsul yusof kepala bapak shila amzah kepala bapak adlin aman ramli kepala bapak siapa????? tak dapat dikenal pasti.. kepala bapak kau!! rosmah mana boleh tersenarai dalam senarai kepala bapak.. dia first 'lady' kot.. kepala bapak kau tubelawak!! entry tak lawak langsung!! sekian terima kasih.. TUBELAWAK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 13 Aug 2012 10:34 PM PDT Dikehendaki : Pihak Polis Terengganu sedang mengesan suspek berkait kes langgar anggota polis trafik semasa menjalankan tugas rondaan "Operasi Selamat" di tepi Jalan Alor Tuman Marang. Sebarang maklumat berkaitan suspek, orang ramai diminta mengubungi Pegawai Penyiasat INSP Wan Afzan di talian IPD Marang 09-6182222 @ mana-mana Balai Polis Berdekatan. SUMBER KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan