Selasa, 28 Ogos 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ANTARA SYAITAN MALAIKAT RUPANYA ITU MAHADHIR BUKAN?..

Posted: 28 Aug 2012 06:57 AM PDT

SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

"Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali".

Suaram: Siapa beri kamu wang, Utusan?

Posted: 28 Aug 2012 03:27 AM PDT

Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

NONE"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua (kanan) kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

"Mengapa kami perlu memberitahu kamu dari mana kami memperoleh dana? Adakah Umno perlu memberitahu dari mana mereka mendapatkan dana?

"Adakah syarikat Umno perlu untuk menerangkan dari mana mereka meraih sumber dana? Adakah kamu mahu bertanya saya dari mana datangnya sumber dana kamu itu?

"Jadi, kenapa kamu perlu bertanya kepada Suaram? Kenapa Suaram ini sungguh istimewa sehingga kami perlu memberitahu kamu dari mana sumber kami perolehi?"

LOMPAT PARTI? ANWAR OK

Posted: 28 Aug 2012 01:34 AM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.

"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari ini.

Enakmen itu sebelum ini dilihat sesetengah pihak sebagai tidak selari dengan tindakan Anwar meyakinkan dua ahli parlimen Sabah keluar BN dan mengisytiharkan diri mereka mesra Pakatan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP semalam berkata, langkah memperkenal enakmen itu di Pulai Pinang dengan sendirinya menjelaskan pendirian mereka terhadap situasi di Sabah itu.

Menurutnya lagi, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru dari rakyat. Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

Sementara itu, Selangor bagaimana pun belum membincangkan cadangan memperkenalkan undang-undang sama, menurut exco negeri pelbagai parti Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga), Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) dan Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang).

"Kita belum bincang lagi undang-undang antilompat (di Selangor)," kata Rodziah.

Mat Sabu nafi akan bentang usul hudud jika memerintah

Posted: 27 Aug 2012 09:29 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa partinya akan membawa usul pelaksanaan hudud dalam Dewan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

Sebaliknya, dalam wawancara dengan Sin Chew Daily itu, beliau hanya menjelaskan, sebarang pindaan undang-undang perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen, mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan.

Malah, katanya, jika usul pelaksanaan hukum Islam itu dibawa ke parlimen, tetapi ditolak oleh majoriti ahli parlimen untuk dibahaskan, maka sudah tentu tidak boleh dilaksanakan.

"Saya kata (pada Sin Chew Daily), sebarang perubahan dan pindaan hendaklah melalui parlimen dan mengikut perlembagaan dan menghormati perjanjian Pakatan Rakyat. Saya tak sebut mengenai (bawa usul) hudud (ke parlimen).

"Bawa usul, (tetapi) ramai tolak, (maka) tak boleh jalankan hudud," katanya ketika ditemui malam tadi.

Harian itu dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini memetik beliau sebagai berkata, PAS berhasrat mengusulkan pindaan perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau dilaporkan mendakwa perkara tersebut merupakan pendirian PAS dan pihak lain termasuk ahli parlimen bukan Islam yang tidak bersetuju boleh mencabarnya dalam di parlimen.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mohamad bagaimanapun menegaskan, sebelum melaksanakan undang-undang syariah itu, urus tadbir kerajaan dan keadilan sosial di kalangan rakyat perlu diwujudkan terlebih dahulu.

"Nak buat hudud perlu timbulkan 'good governance' dan keadilan sosial terlebih dahulu," katanya sambil menambah isu hudud itu akan dimainkan BN setiap kali menjelang pilihan raya.

Tiada ulasan: