. |
- Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin
- Salentia Buat Lawak Lagi...
- Tidak Boleh Jadi Menteri, Jadi Jurualih Bahasa Pun Cukup
Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin Posted: 15 Aug 2012 01:26 AM PDT ULASAN ISU Para pemimpin Pas telah memberi reaksi berbagai-bagai tanggapan terhadap bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa yang kini miring kepada fahaman sekular, Umno. Pandangan-pandangan pemimpin itu bukan merupakan ketetapan parti tetapi lebih merupakan pandangan peribadi. Kesemua pandangan itu walaupun bergumpal dengan nada kekesalan, tetapi masih cuba memberi ruang dan peluang kepada timbalan presiden yang bersaiz 4' -11" itu.
Manakala Setiausaha Agung Mustapa Ali pula lebih lunak dengan menyatakan Pas sedang memantau perkembangan seterusnya apa yang akan dilakukan Nasharuddin. Bagi Mustapa beliau nampak berhati-hati sebelum membuat komen langsung kepada Nasharudin. Beliau mungkin bimbang kalau tidak kena cara menyebabkan timbul salah anggap beliau ke atas komen itu kerana beliau sebelum ini dikatakan orang yang tidak disenangi Nasharudin. Begitu juga dengan ketua Pemuda Pas, Nasudin Hassan dalam komennya lebih kepada menyeru Nasharudin supaya insaf dengan apa dilakukan kerana ia boleh merugikan parti dan menggembirakan musuh. Ternyata Nasharudin 'pemuda anak' ini tampak lebih matang dan berhemat berbanding dengan Nasharudin 'separuh ayah' itu. Kata Nasrudin, ahli parlimen Bachok itu harus tampil berbincang jika terdapat apa-apa yang tidak disetujunya kerana cara mengkritik Pas secara terbuka ia lebih menguntungkan musuh Pas. Beliau juga tidak setuju dengan cara Nasharudin kalau beliau mengikut jejak langkah Hasan Akidah yang memburukkan Pas di merata tempat. Seorang lagi pemimpin Pas yang kurang senang dengan karektor politik Nasharudin ialah Mahfuz Omar. Naib Presiden Pas itu mencabar Nasharudin supaya berdepan dengan Majlis Syura Ulama kalau tidak berpuas hati terhadap 'tahalluf syiasi' Pas yang hubung dengan DAP. Ini kerana jalinan politik dengan parti lain termasuk PKR dalam pengetahuan Majlis Syura di mana beliau salah seorang anggotanya. "Persoalannya kata Mahzfuz apakah dia tidak cukup ilmu untuk berdepan dengan Majlis Syura Ulamak?", kata Mahfuz seperti dilapor. Tentu orang awam sedang menanti apakah ulasan selanjutnya terhadap Nasharudin yang dilihat sudah mula ghairah mematuk Pas itu. Dalam hal ini komen dan ulasan yang sangat dinanti ialah dari Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden Abdul Hadi Awang. Bagaimana pun yang paling digeruni untuk mendengar komen terhadap tindak tanduk Nasharudin ialah dari Nik Aziz. Sebelum ini Nik Aziz pernah menghalaukan Nasharudin keluar dari Pas kerana perilakunya yang cuba mengadakan kerjasama politik dengan Umno. Mungkin kerana sejarah itu kalau Nik Aziz membuka mulut terhadap Nasharudin ia sangat pedas dan menggerikan. Jangan salahkan Tok Guruku itu kalau beliau hanya berkata 'no komen' mengenai Nasharudin kerana beliau sudah mensyarahinya panjang lebar sebelum ini. Mantik 'no komen' nanti merupakan satu kemarahan besar beliau kepada Nasharudin. Justeru saya berharap baik Abdul Hadi dan Nik Aziz tidak memberi apa-apa komen dan reaksi. Sebaiknya biarkan sahaja Nasharudin dengan gleagat dan peta baru politiknya.
Seperti apa yang saya katakan sebelum ini sebagai seorang berjiwa kecil dalam perjuangan Nasharudin tidak akan teringat lagi bahawa dia pernah diberi peluang menjadi orang kedua tertinggi dalam Pas, di mana peluang itu tidak mungkin akan diperolehinya walaupun beliau menubuh parti sendiri. Keistimnewaan itu akan dialpakan begitu saja kerana tempias sinar pelangi dari dalam Umno. Jadi ukur dan analisa sendirilah bagaimana orang ini. Nasharudin sendiri mungkin menyedari selama lebih empat atau lima tahun menjadi timbalan presiden beliau tidak dapat menjadi 'asoib' yang baik kepada Abdul Hadi Awanag melainkan megah dengan kedudukan itu ke mana sahaja. Jadi... kalau pun selepas ini Nasharudin mempertikaikan mengenai pendekatan Pas kini yang kononnya tidak tidak Islamik, memusnahkan Melayu, bersekongkol dengan Cina dan sebagainya ...biarkan sahaja. Beliau umpama si burung tukang (burung malas) yang akan bertukang bila siang bertukar malam. Selepas ia bertukang tatkala hari hendak siang maka akan berhentilah dia bertukang (berkokok) maka begitu jugalah Nasharudin. Saya tidak kira kalau ditakdirkan dia menyertai Umno akan mendapat makam yang sama dengan apa yang di perolehi dari Pas. Juga kerana keyakinan dia bahawa Umno lebih Islamik dari Pas, biarlah dia mencapai 'mardatilah' dalam Umno. Di sini biarlah saya mendahului orang lain untuk mengucap selamat menyertai parti baru buat Nasharudin. [wm.kl.4:09 pm 15/08/12] | ||||
Posted: 14 Aug 2012 03:13 PM PDT CELOTEH MURAI Lama Murai tidak buka mulut untuk mengatuh. Pagi ini Murai hendak berkokok sikit setidak-tidak melakukan senanam mulut. Ceritanya tentulah fasal Salentia. Dalam surat khabar hari ini Salentia mendedahkan kononnya Anwar Ibrahim seorang ahli Freemeson yang aktif dengan kedudukan keahliannya di tangga ke 148. Salentia menemui maklumat itu dari sebuah laman web? Murai percaya ada syaitan yang membekalkan perkara itu kepada dia. Malaikat dan orang baik-baik tidak akan tergamak membekalkan bahan yang belum sah untuk didedahkan. Setahu Murai Salentia buta dan seorang jahil murakab mengenai internet. Dia tidak tahu bukan saja menggunakan geoogle atau sebarang jenis enjin pencari, bahkan hendak bukan komputer pun tidak tahu. Pada perkiraan Salentia suis untuk buka komputer atau laptop macam hendak hidupkan enjin motor, kena start .. cendeh statar dengan kaki. Mana dia tahu kalau hendak buka laptop hanya sentuh suisnya sahaja, bahk... kelier terbuka. Jadi dengan kedudukan dan kejahilan itu Murai tidak fikir sumber itu dia dapat sendiri. Berapalah dibayar kepada pembekal itu tidak pula dapat diagakkan. Jadi kalau sumber itu adalah pemberian syaitan, macam mana boleh dipercayai. Tetapi akhbar penjilat buntut tidak kira sama ada sumber itu sahih atau tidak akan dipakai saja asalkan ia memburukkan Anwar. Bagi media PB usahkan perkara atau soal-soal sebegitu sekiranya ia terjumpa tahi Anwar akan dipukul gambar dan diletak dimuka depan selepas itu akan bertanya kepada orang seperti Salentia, wakil rakyat 9/10 dan serumpun dengannya untuk memberi pandangan dan previu tahi Anwar. Kalau media PB waras tidak mudah untuk ia menyiarkannya kerana Salentia sendiri mengakui dia tidak dapat mengesahkan maklumat itu. Katanya dia tidak menuduh tetapi meminta penjelasan dari Anwar tentang apa yang dikatakan itu. Agaknya macam mana kalau Murai juga bersikap begitu meminta Salentia dedahkan siapakah artis yang beliau belanja buka saloon? Begitulah orang tidak ada kerja akan berbuat apa saja untuk menyibukkan diri agar menarik perhatian umum. Mungkin kerana jelous dengan sokongan ke atas Anwar hari ini yang sibuk ke sana ke mari sedangkan dia meriba tangan tidak ada mana-mana pihak panggil ceramah, maka dilakukan kerja-kerja syaitan itu. Sekali lagi tektik politik murahan atau semahal barang dalam kain Salentia yang sudah tidak berapa hidup diamalkan. Dia tahu Anwar yang jauh lebih berbisa yang moral politik lebih tinggi darinya tidak akan melayani kerenah itu. Anwar tidak pun akan memandang sebelah mata dengan apa yang didedahkan itu. Bila ini berlaku masa inilah dia hendak tempelak dan hentam Anwar balik, kononnya Anwar sudah kecut perut dengan pendedahan itu. Politik iblis sebegini orang panggil politik hayung batu atau ***** mamba.! Setuju benar Murai kalau Anwar tidak memberi apa-apa reaksi atau menjawab tuduhan Salentia itu. Jangan kata apa-apa biar dia membebel sendiri. Biarlah orang-orang yang sama gila dan sama tolol dengannya sahaja yang peduli pendedahan berbentuk fitnah itu. Murai hendak tanya si Salentia ini kenapa dia tidak mengeluarkan senarai keahlian yang dianggoati oleh beberapa bekas pemimpin Umno lain termasuk seorang perdana menteri yang mana perkara ini sudah menjadi pengetahuan umum? Kalau dia seorang yang adil, kononnya profesional dalam politik kenapa menghala kepada Anwar saja? Kenapa? Kenapa? Basa jahat. Apakah Salentia tidak mengetahui maklumat ini. Kalau tidak tahu macam mana pula dia tiba-tiba dapat maklumat mengenai Anwar. Nampak sangat bohong dan belawak serta jahatnya Salentia dengan pendedahan itu. Murai faham kenapa dia jadi gila babi dengan pendedahan itu kerana kecewa bila mana Anwar dikatakan tidak melayan siulannya untuk berbaik semula dengan pembagkang - PR. Ada maklumat yang Murai tahu ada orang kuat Salentia cuba untuk berjumpa dengan Anwar bagi diberi tahu hasrat Salentia untuk berbaik semula dengan Anwar. Dia dikatakan mahu simpati Anwar bagi mendapatkan laluan bertanding dalam pilihan raya setelah Umno tak berapa mengharapkannya. Katanya Anwar tidak layan dan inilah menyebabkan dia jadi sasau tempoh pagar memburukkan Anwar. Pendedahan Salentia mengenai Freemeson itu satu kesilapan. Percayalah selepas ini akan ada orang mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang menjadi ahli kehormat pertubuhan Yahudi itu. Secara tidak langsung tindakan tolol Salentia itu akan memalitkan malu kepada Umno juga termasuk diri Ha Najib Razak sendiri. Dan mungkin juga selepas ini akan ada orang yang sebar gambar Salentia dalam keadaan memalukan. Murai: Kalau tangan berani mencincang bahu hendaklah berani menanggung. [wm.kl.6:12 am 15/08/12] | ||||
Tidak Boleh Jadi Menteri, Jadi Jurualih Bahasa Pun Cukup Posted: 14 Aug 2012 09:25 AM PDT MERENTAS MALAM Zohor tadi seorang rakan dari Rantau Panjang, Kelantan dengan nafas tercungap-cungap menelefon saya bertanyakan status Nasharudin Mat Isa bekas timbalan presiden Pas. Saya jadi terheran dengan pertanyaan rakan itu. "Abang Ti macam mana dengan status Ustaz Nasharudin Mat Isa sekarang ini?" tanya rakan itu.
"Macam mana dia dengan Pas, dia masih ahli Pas ke atau tidak.." soalnya. "Kenapa..?" saya jadi tambah hairan dengan pertanyaan itu. Setahu saya Nasharudin masih ahli Pas dan masih dihormati oleh sebahagian ahli Pas. Pas tidak pun mengambil tindakan memecatnya seperti mana dilakukan ke atas Hasan Akidah yang dilihat rakan atau patnernya. "Ahli Pas guana dia bersama Najib di Makkah. Dia sambut Najib...," katanya dengan nada sedikit geram dan kesal dengan apa yang dilihat. "Apa salahnya, Najib kan PM Malaysia. Sesiapa boleh sambut dan hormat Najib.... kalau abang Ti ada di Makkah ketika itu, abang Ti juga sambut Najib," kata saya mahu meredakan kemarahannya dan mengajar politik rasional kepadanya. "Tetapi abang Ti berat dia ni, dia duduk sebelah Najib...," katanya lagi. "Tengok di mana?" Tanya saya mahukan kepastian. Saya tidak tahu menahu akan apa diperkatakan oleh rakan ini. "Baru sekejap tadi dalam berita TV3 ditunjuk Ustaz Nasarudin bersama Najib...nampak mesra benar," katanya. Baru saya faham cerita dan faham juga kenapa kawan itu sanggup menghabiskan top-up untuk bertanyakan hal itu. Sebagai ahli Pas yang tegar dia tidak tergamak atau malu melihat aksi sebegitu. Baginya menyakitkan hati dan memalukan parti. Beberapa jam selepas itu bila saya membelek Fb saya terjumpalah foto yang dikatakan itu. Nasharuddin kelihatan duduk bersimpuh di samping Najib sambil tersenyum. Gambar itu menunjukkan Nasharudin dan Najib sedang berbual-bual dengan dua orang Arab berjanggut lebat. Tidak dinyatakan siapa dua orang Arab itu. Saya mengagak Najib menjadi tetamu kepada orang Arab berkenaan manakala Nasharudin menjadi jurubahasanya. Walaupun menteri agama Jamil Bahrum ada sama, tetapi Nasarudin diberikan tugas menjadi jurubahasa kerana bahasa Arab Nasharudin lebih baik dari Jamil. Memang satu-satu kelebihan yang ada kepada Nasharudin berbanding dengan timbalan dan bekas timbalan presiden Pas ialah dia dapat berbahasa dalam beberapa bahasa. Nasharudin tahu berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris dengan baik. Dia juga pandai loghat Negeri Sembilan tetapi agak telor dengan lorat Kelantan walaupun sudah lebih empat tahun menjadi wakil rakyat Bachok. Atas kepandaian itu sesetengah ahli Pas yang menjadi pengkagum tegar kepadanya merasakan Nasharudin lebih layak untuk menjadi pengganti Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas berbanding Muhammad Sabu atau Husam Musa. Jadi apabila dia kecundang dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ditangan Muhammad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man, murih sakan si para penyokong Nasharudin. Tentang gambar itu beberapa orang rakan Fb saya juga bertalu-talu bertanya saya dan minta saya ulas mengenainya. Ada yang hantar sms dan ada yang menghantar mesej dalam PM. Mereka minta saya ulas mengenai gambar berkenaan. Rupanya gambar berkenaan menjadi satu masalah. Sebenarnya saya tidak berminat untuk menyetuh kedudukan Nasharudin dan juga memperkatakan chasis politiknya yang bagi saya sudah rosak. Saya mulai merasakan chasis politiknya mulai renyuk bila mana beliau tidak dapat menerima kekalahan dalam merebut jawatan timbalan presiden. Nasharudin saya sifatkan sebagai seorang yang berjiwa kecil. Orang berjiwa kecil memang tidak layak untuk menjadi pemimpin melainkan sesuai menjadi lalang. Jika jiwanya besar dia tidak mudah ugah dan terus berjuang seperti biasa dalam Pas. Tetapi dia telah menolak perlantikan parti dan tidak menghadiri mesyuarat. Bermula dari tindakan beliau ini saya sudah dapat mengagak ke mana hujung jatuhnya nanti. Dan apa yang beliau tunjuk dan pamerkan dengan bermesra dengan pemimpin Umno menjelaskan keadaan itu. Chasisnya sudah rosak dan wajahnya sudah renyok ke arah lain. Bukan tidak boleh untuk bermesra dengan pemimpin Umno, boleh. Bergambar dan makan bersama juga boleh. Tetapi cara Nasharudin mempamirkan kemesraaan itu seakan mahu menyakiti pihak-pihak tertentu. Dalam masa sama beliau mahu menunjukkan yang beliau tidak kisah dan masih laku dan sedia dibeli oleh pedagang politik. Dia menunjukkan kononnya dia hebat dan dicari oleh sesiapa saja. Sebenarnya perilaku beliau dengan Najib di Makkah itu bukan aksi pertama Nasharudin yang boleh menyebabkan ahli dan penyokong Pas bertanya dan mengsyaki sesuatu kepadanya. Sebelum ini dia telah pun bergambar dengan Udin anak Yassin di rumahnya ketika timbalan perdana menteri itu hadir ke majlis kenduri anaknya di Bukit Mahkota, Bangi. Sekali lagi bergambar dengan Udin anak Yassin tidak menjadi kesalahan kerana Udin bukan makhluk yuang najis. Tetapi cara Nasharudin lakukan itu ia semacam sengaja mahu menyakitkan mata orang-orang tertentu. Gambar itu misalnya tidak salah kalau presiden atau timbalan dan mana-mana pemimpin lain ada sama. Ia dilihat indah dan cantik lagi. Tetapi nawaitu Nasharudin tampaknya bukan begitu... Jadi kesimpulan dengan apa yang berlaku dan dilakukan Nasharudin hari ini tidak perlu merasa anih dan pelik. Sepatutnya orang Pas boleh membayangkan awal-awal lagi apa yang akan berlaku ke atas bekas timbalan presiden Pas ini. Apabila beliau meninggalkan muktamar di hari beliau kalah tanpa bersalaman dengan pemimpin lain sudah mengenalkan siapa beliau sebenarnya. Apabila beliau menolak perlantikan dibuat parti, kita sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya. Bahkan jauh dari itu apabila beliau beriya untuk membawa Pas bergabung dengan Umno, sedangkan sebahagian ahli Pas lain menentangnya, sepatutnya sudah dapat diramalkan apa warna siasah Nasharudin. Nasharudin sungguh tidak dapat melupai angan-angannya untuk menjadi menteri apabila Pas bergabung dengan Umno. Kegagalan penggabungan itu, Unity Government (UG) menjadikan Nasharudin benar-benar kecewa dan marah. Kenapa tidak, kalau termenterai kerjasama Umno dengan Pas beliau akan menjabat salah satu daripada dua kerusi menteri yang dijanjikan. Antara syarat pembetukan UG ialah Pas akan mendapat dua kerusi menteri, di mana salah seorangnya Nasharudin kerana kedudukannya sebagai timbalan presiden ketika itu. Nasharudin merasakan dia layak walaupun ada lagi orang lebih layak dan senior daripadanya. Kerana kegagalan itulah menyebabkan beliau merajuk, kesal tidak sudah-sudah. Mungkin Nasharudin masih mengharapkan mimpi berkenaan menjadi kenyataan di mana dengan keilmuan yang beliau ada, beliau akan dilantik menjadi menteri oleh Umno. Walaupun beliau sedar tidak akan menang dalam pilihan raya, mungkin Umno akan melantik beliau menjadi senator seperti Nalakarupan, Ezam Mohd Noor untuk terus menabur budi kepada Umno. Atas merasakan dia seorang berilmu dan pandai bercakap beberapa bahasa Umno akan mengambilnya untuk jadi menteri. Orang Pas dan penyokong Pas usah kesal dan marah dengan telatah dan sikap Nasharudin. La tahzan. Sebaliknya doakan dia dapat mencapai cita-cita politiknya. Biarlah dia menjadi menteri. Cuma apa yang saya hendak ambil kesempatan di sini, mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen Bachok itu kerana berjaya menyakitkan hati orang Pas. Mungkin kekesalan ahli dan rakyat Bachok tidak sesakit dan sekesal ahli Pas dan rakyat Pasir Mas atas perbuatan Inchek Ibrahim Ali, tetapi apa yang berlaku iras-iras itulah juga. Orang Bachok hingga ke sembilan keturunan akan kenang atas apa yang dilakukan Nasharudin. Sebenarnya tindakan Tok Guru yang dianggap kejam, menghalau Nasharudin satu waktu dulu adalah tindakan benar berdasarkan daya kahsyafahnya yang saudah mengetahui ke parit mana akhirnya Nasharudin akan tergelincir. Tindakan Tok Guru itu sepertilah tahunya Khidir mengenai nasib seorang kanak-kanak yang dibunuhnya walaupun dibantah Musa a.s. [wm.kl. 12:01 t/malam 15/08/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan