Rabu, 15 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pelacur Ini Dapat Upah RM2 Juta

Posted: 14 Aug 2012 11:27 PM PDT

Mustapa menyampaikan habuan berjumlah RM2 juta kepada Abdullah.


KUALA LUMPUR 15 Ogos: Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah memperoleh habuan sebanyak RM2 juta kerana mengeluarkan fatwa haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP.

Beliau juga mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Malah, beliau turut menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.

Kenyataan Abdullah itu disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia 7 Ogos lalu.

Dalam laporan bertajuk 'Haram, berdosa undi DAP' itu, Abdullah berkata, DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS menggugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP.

Tidak sampai seminggu fatwa peliknya disiarkan akhbar kawalan Umno itu, Abdullah menerima sumbangan kerajaan bernilai RM2 juta.

Replika cek tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam satu majlis yang berlangsung semalam sambil disaksikan sekumpulan hadirin.

Merujuk foto yang dimuat naik dalam facebooknya, Mustafa menulis, majlis itu dihadiri sempena lawatannya ke pondok Abdullah untuk sampaikan sumbangan RM2 juta.

Tulis beliau lagi, empat bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat pondok itu dan berjanji akan menghulurkan bantuan.

Penjelasan Mustafa itu menerima banyak komen bantahan daripada pengguna facebook.

Antaranya, Ezzanee Has Upah berkata, sumbangan itu sebagai upah keluar fatwa DAP dan kafir harbi sekali.

Wang itu disumbangkan oleh Jawatankuasa Projek-Projek Khas (JPPK), Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

Pada cek itu tertera penyampaian kepada Tetuan Pondok An Najmiah, iaitu pengasas Pondok Geting di Tumpat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34610


Fitnah Freemason Ibrahim Ali Terhadap Anwar Ibrahim Kantoi

Posted: 14 Aug 2012 08:58 PM PDT

BAPA segala katak pisang, si Ibrahim Ali tampil dengan dokumen bukti kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi dunia, Freemason.



Ibrahim Ali kononnya nak bawa isu paling menggemparkan beserta bukti kukuh kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi Freemason.

Tapi nampaknya beliau tidak menyiasat maklumat yang diperolehinya. Isu ini adalah isu lapuk yang ditimbulkan oleh blogger Umno tahun 2008, dan telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut.



Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia.

Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali.



MiloSuam


Akhirnya Najib Tunduk Kepada Tekanan

Posted: 14 Aug 2012 03:49 PM PDT

PM tunduk pada tekanan, mahu 'bincang' Seksyen 114A

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan kabinet supaya "membincangkan" pindaan kontroversi terhadap Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan dalam talian, yang ldikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet.

Najib berkata demikian dalam twitter dari Arab Saudi - di mana
beliau sedang menghadiri Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam (OIC) - supaya rakyat didahulukan.


Dalam twitter itu, perdana menteri berkata, apa sahaja yang dilakukan ia mesti mendahulukan rakyat.

Najib menghantar twitter tersebut selepas berpuluh-puluh lamanweb menyokong kempen anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) membantah Seksyen 114A, yang menurut mereka, akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.

Kempen ini banyak dibincangkan di lamanweb rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.

Awal hari ini, beberapa pemimpin BN seperti Naib Presiden MCA Datuk Gan Ping Sieu telah menggesa kerajaan persekutuan supaya menyemak semula Seksyen 114A kerana ia akan menyebabkan kesusahan kepada pengguna Internet yang tidak bersalah.


Gan adalah antara segelintir pemimpin BN yang telah
menyuarakan kebimbangan mereka terhadap undang-undang tersebut. Yang lainya termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) dan datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam twitternya petang ini, Khairy berkata beliau akan menemui menteri berkenaan, Datuk seri Nazri Abdul Aziz pada hari Khamis untuk meminta kerajaan meneliti semula Seksyen 114A.

http://www.malaysiakini.com/news/206353


Layanan Hina Umno Kepada Anak2 Yatim Di Bulan Ramadan

Posted: 14 Aug 2012 08:48 AM PDT

Amaran kepada Pakatan Rakyat.

"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak."

Tajuk berita cukup best. VIP yang hadir juga cukup best. Tapi macam mana dengan layanan yang diberikan?

Aku bagi warning kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau aku nampak..gerenti hangpa naya aku katok.


Jangan sekali-kali hangpa buat benda macam ni. Dibawah ni adalah budaya Melayu Umno. Sapa-sapa juga dari Pakatan Rakyat yang buat benda macam kat bawah ni, depa juga tergolong didalam puak-puak Umno.


Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka)




Meja untuk VIP (sebelum berbuka)


Meja Anak Yatim (Nak berbuka)


Meja VIP sewaktu berbuka.


Aku setuju dengan blogger APA. Tolong tunjukkan gambar anak-anak yatim sedang makan. Tak kan depa makan kuih dalam bekas plastik dan air mineral saja.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/12/amaran-kepada-pakatan-rakyat/


Pemuda PAS Kelantan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

Posted: 14 Aug 2012 08:37 AM PDT

(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.


"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.



Apa Nasharuddin Mat Isa Buat Bersama-Sama Najib Di Mekah?

Posted: 14 Aug 2012 05:34 AM PDT


Sumber sini

Peguam Sanggah Fitnah Jahat Raja Petra

Posted: 14 Aug 2012 05:17 AM PDT

Sivarasa: Saya tidak bayar atau bimbing Bala

MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Dalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik.


"Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa.

Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008.

Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya.

"Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir.

Tambahnya, peguam Americk Sidhu, yang merupakan peguam Balasubramaniam, merangka SD pertama tersebut "selepas perbincangan dan pertemuan berminggu-minggu" dengan bekas polis itu.

Americk juga hadir ke restoran berkenaan, pada sidang media pada hari berikutnya di ibu pejabat PKR, katanya.


"Agak sukar ditanggap jika disebut senario di mana saya memberi tunjuk ajar kepada Bala di hadapan peguamnya sendiri dan orang yang saya baru temui untuk pertama kali," katanya.

Turut dinafikannya ialah dakwaan Raja Petra bahawa anggota Unit Tindakan Khas polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, juga hadir di rumah Paravalen.

"Ianya tidak benar bahawa Bala mengenali Sirul dan Azilah dan fakta itu diberitahu kepada saya dan Puravalen. Sekiranya Bala sememangnya mengenali Sirul dan Azilah, beliau pastinya didakwa bersama mereka," kata Sivarasa.

Sebaliknya, Balasubramaniam hanya direman selama dua minggu selepas kematian Altantuya tetapi dibebaskan tanpa didakwa.

Sivarasa juga menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau berjanji untuk mengatur pembiaya kepada Balasubramaniam bagi membuat temubual dengan Malaysiakini untuk memburuk-burukkan usahawan Deepak Jaikishan dan timbalan menteri Umno Datuk Hamzah Zainuddin.

"Saya tidak biasa membayar sesiapa untuk membuat kenyataan palsi. Saya ada kegunaan lebih baik untuk wang berjuta-juta yang diperlukan untuk itu, yang tidakpun saya miliki," katanya.


Umno Dan Seks Macam Isi Dengan Kuku..

Posted: 14 Aug 2012 01:47 AM PDT

BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.

"Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja.



"Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai.

Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya.

"Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik.

"Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya," katanya.

- sinarharian


Tiada ulasan: