Jumaat, 10 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kerakyatan Palsu - Kenapa Mahathir Takut Sangat Dengan Suruhanjaya DiRaja?

Posted: 10 Aug 2012 12:11 AM PDT

RCI tidak akan membuahkan hasil, kata Dr M
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pembentukan Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) berkenaan pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah tidak akan memberikan sebarang perubahan yang akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Menurut bekas perdana menteri itu lagi, pembentukan RCI itu juga hanya akan merumitkan keadaan kerana ia akan menjurus kepada perkara lain dan tidak fokus kepada membincangkan permasalahan.


"RCI ini tidak akan hasilkan apa-apa yang boleh selesaikan masalah. Bila ada RCI nanti ia akan bawa kepada perkara lain," kata bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini.

Pembangkang sebelum ini pernah menuduh Dr Mahathir menjadi dalang untuk membawa masuk warga asing berkenaan ke Sabah dan diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya.

"Saya dituduh kononnya bawa mereka (pendatang asing) ini (masuk ke Sabah) ... kita tak perlu buat begitu, mereka yang akan datang sendiri.

"Dulu mereka boleh datang ulang-alik ke situ. Mereka bukanlah asing sangat dengan Sabah, mereka ini sudah sekian lama berulang-alik ke Filipina dan Sabah, mungkin mereka rasa Sabah lebih selamat, sebab itu mereka tinggal di sana," kata Dr Mahathir kepada pemberita hari ini ketika sidang media.

Jelas pemimpin yang masih berpengaruh ini lagi, ada antara pendatang asing itu telah menetap lebih 10 tahun di Sabah dan berhak mendapat kerakyatan.

"Ada antara mereka pernah menetap selama lebih 12 tahun, di Sabah. Ikut undang-undang kita, lebih 10 tahun mereka di negara ini, mereka berhak mendapat kerakyatan.

"Kalau kerajaan kita nak beri (kerakyatan), kita boleh beri, tapi kalau tidak tak mengapa, namun mereka memang berhak," katanya lagi.

Malah, jelas Dr Mahathir, semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau pernah mengarahkan warga asing berkenaan di hantar pulang ke negara mereka, namun ia hanyalah tindakan sia-sia kerana mereka akan kembali semula ke Sabah.

"Dulu kita sudah hantar balik, tapi mereka datang balik ke Sabah. - TMI


Ustaz Azhar Idrus Seorang Penjenayah..

Posted: 09 Aug 2012 09:45 PM PDT

Seorang pelajar UiTM Cawangan Pahang telah disaman oleh Unit Keselamatan Universiti tersebut kerana kesalahan "MEMPUNYAI PELEKAT USTAZ AZHAR IDRUS"

Inilah pertama kali dalam sejarah negara kita, menempelkan pelekat Ulamak menjadi satu kesalahan trafik/lalulintas

Dinegara Israel Yahudi Laknatullah pun tak lakukan sebegitu zalim dan kejam keatas rakyatnya, tetapi di negara yang diperintah oleh UMNO, yang mengaku menobatkan ajaran Islam dan mempertahankan hak dan Ketuanan Melayu sanggup lakukan keatas pelajar Melayu beragama Islam.





blog politikus


Umno Semakin Parah Dan Merayu Minta Nyawa

Posted: 09 Aug 2012 06:37 PM PDT

Umno harap pintu hati Nik Aziz, Hadi akan terbuka...

Salam perpaduan Umno kepada PAS tidak pernah ditarik balik meskipun selama ini ia tidak disambut oleh parti itu, kata Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka telah menghulur salam perpaduan kepada pemimpin PAS.


Berucap di majlis Ramah Mesra Warga Pertubuhan Peladang Kawasan Jaya Peringat di Kota Bharu hari ini, Ahmad berharap pintu hati pemimpin utama PAS, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terbuka ke arah perpaduan itu sempena Ramadan yang penuh keberkatan dan demi kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Di majlis itu, Ahmad menyampaikan zakat sebanyak RM100 dan buah kurma kepada tiap seorang daripada 400 penerima, terdiri daripada penduduk miskin dan anggota pertubuhan peladang di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

- Bernama


Orang Melayu Johor tidak fanatik lagi...

Posted: 09 Aug 2012 03:19 PM PDT

Sebahagian jemaah yang mengerumi Najib di Skudai

Barang kali benarlah cakap-cakap mengatakan Umno Johor sudah tidak sekuat dulu. Perubahan minda di kalangan orang Melayu Johor sudah berlaku. Mereka tidak menjadi fanatik dan ekstrem menyokong Umno atau pun taksub kepada tokoh-tokoh Umno.

Perkembangan dan perubahan ini sangat membimbangkan Najib dan inilah menyebabkan Najib melakukan apa saja tindakan bagi memulihkan keadaan yang tidak akan pulih itu.


Ini terbukti kehadiran Ha Najib Razak di Taman Universiti Skudai 6 Ogos lalu kurang mendapat sambutan. Secara tidak langsung juga pegawai kerajaan dan pendidikan yang tinggal di taman itu tidak lagi tergila-gilakan Najib.

Najib ke situ untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Sebelum berbuka puasa diadakan majlis khatam Quran.

Di situ Najib berpeluang berucap kepada para hadirin. Menurut laporan antara isi kandungannya beliau mengajak orang ramai mengekalkan kerajaan Malaysia yang terbukti maju di bawah teraju kepimpinannya. Beliau juga memberi tahu hadirin presiden baru Mesri Dr Mohammad Morsi juga ingin belajar cara-cara memimpin dan membangun negara sepertinya. [wm.kl.6:26 am 09/08/12]


Merdeka - Negeri Pakatan sepakat guna logo dan tema sama

Posted: 09 Aug 2012 02:36 AM PDT

Jawatankuasa Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat (Pakatan) hari ini sebulat suara memilih logo ciptaan Ilusenidesign.com untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Mustafa Ali berkata, logo itu akan digunakan oleh keempat-empat negeri Pakatan iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bersama tema Kemerdekaan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.


Katanya, pemilihan logo itu kerana ia menggabungkan ciri-ciri Malaysia seperti bendera Malaysia, bunga kebangsaan dan latar belakangnya bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan ke-55.

"Terdapat lima gabungan dalam logo ini iaitu bendera Malaysia, angka 55, bunga raya, simbol hati dan juga seekor burung yang sedang terbang.

"Bendera Malaysia adalah elemen terpenting dalam logo ini dan ia bersesuaian dengan tema 'Senegara dan Sebangsa'. Simbol hati pula bersesuaian dengan maksud 'Sejiwa'.

"Bunga raya adalah lambang Bunga Kebangsaan, manakala angka 55 bersesuaian dengan tempoh 55 tahun negara menyambut Hari Kemerdekaan.

"Keseluruhan logo menunjukkan burung sedang terbang sekaligus melambangkan kebebasan atau kemerdekaan," jelas beliau pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Logo tersebut dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Naib Presiden PAS, Datuk Hussam Musa; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34267


Anwar: Umno mula 'kempen pelampau agama'

Posted: 09 Aug 2012 02:11 AM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."



Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

"Najib kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah, Datuk Seri Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.

"Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi.

Kit Siang: Ini hasutan berapi-api

Dalam sidang media sama, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut.

"Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi.

"Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim (kiri).

Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.

Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi".

"Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/205879


Tiada ulasan: