Khamis, 16 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenapa saya berada di sebelah Najib?.. penjelasan Ust. Nasharudin (Video Inside)

Posted: 16 Aug 2012 05:50 AM PDT


Ketika perhatian kini bertumpu padanya kerana isu kenyataan beliau mengenai isu hudud antara PAS-DAP,bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pulang ke tanahair dari Makkah,Arab Saudi tengahari Khamis.

Selain isu berkenaan penyiaran gambarnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga telah mengundang reaksi.

Kalangan pimpinan PAS tertentu kelihatan macam 'gatal tangan' hendak kenakan Nasharudin ekoran perkembangan terbaru ini.

Bercakap dalam sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ,Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok menegaskan beliau tidak berhajat hendak meninggalkan PAS ataupun menyertai UMNO.


Beliau juga relaks saja menjelaskan pertemuannya dengan Najib di persidangan OIC itu adalah atas jemputan beberapa rakan ulama di negara ini bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Kedua-dua isu berkenaan merupakan fokus utama sidang OIC itu.

Namun kalangan pimpinan PAS melihat dengan penuh curiga pertemuan itu sekalipun ia diadakan secara terbuka dan disiarkan oleh media.

Hakikatnya perbezaan ideoloji politik tidak harus menjadi sempadan atau pengalang dalam perjuangan keatas isu-isu melibatkan kepentingan Islam contohnya dalam isu Palestine dimana umat Islam bersatu suara - AgendaDaily

Berikut adalah video penjelasan Nasharudin tentang isu ini..



Nampak contras lah dua kenyataan ni..


2:40.. Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekkah dengan beberapa orang ulamak di Mekkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC, saya dijemput ke Mekkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk menemui ulamak-ulamak tersebut..

5:15.. bukan Datuk Najib yang pilih saya..  saya dipanggil oleh Ulamak di Saudi.. Kenalan.. saya mempunyai beberapa kenalan di..di.. beberapa ulamak di Mekkah itu.. saya baru saja pulang dari Umrah sebenarnya..

Atau aku yang keliru...

BERNAMA fitnah TG Nik Aziz?

Posted: 15 Aug 2012 10:06 PM PDT

Semalam BERNAMA telah melaporkan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa.

Kenyataan yang menyebut nama Nasharudin itu sebenarnya adalah satu kenyataan yang ditokok tambah oleh BERNAMA sendiri kerana dalam kenyataannya TG Nik Aziz tidak langsung menyebut nama Nasharudin.

Dari kenyataan yang disiarkan di laman Facebook milik TG Nik Aziz, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu.

Menurutnya lagi soal keluar parti adalah bergantung kepada individu itu sendiri ataut keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat.

Apa yang beliau nyatakan sebenarnya ialah "Saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.

Bukannya "Saya tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS".

Ini laporan dari BERNAMA semalam..


Dan ini pula kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook TG Nik Aziz..


Gagal memecah belahkan perpaduan antara parti dalam Pakatan Rakyat, cubaan memecah belah dalam parti pula dijalankan mereka..

Semakin hampir dengan Plilihanraya, semakin banyak medium yang digunakan untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat nampaknya..

Tiada ulasan: