ANAK SENGAT |
Posted: 25 Aug 2012 04:18 PM PDT "Apabila datangnya pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai ramai. Maka ucaplah tasbih dan pujian kepada Allah dan mohonlah keampunan kepadanya. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat". ( surah annasr) Ayat ini diturunkan sempena kemenangan Rasulullah dalam pembukaan Kota Mekah. Kemenangan Islam menguasai Mekah telah membuka ruang kemasukan ke dalam Islam secara borong. Kira kira 2000 tambahan tentera Islam ketika gerakan ke medan Hunain selain 10 000 tentera Islam yang di bawa Rasulullah dari Madinah. Sebahagian dari mereka bersama Rasulullah kerana menyedari kesilapan sebelum ini. Antaranya … bapa mertuanya Abu Sufiyan bin Harb dan sepupunya yang kuat menentang Islam sebelum itu, Abu Sufyan al Harits. Abu Sufyan Al Harits adalah orang yang kekal bersama Rasulullah ketika tentera lain berselerakan lari setelah diserang hendap oleh suku Hawazin dan Tsaqif di waktu subuh. Beliau teguh memegang tali kenderaan Rasulullah ketika anak panah menghujani baginda. Sebahagiannya pula mengambil kesempatan mengharapkan habuan duniawi yang terbentang apabila menang. Mereka menjadi sebahagian tentera Rasulullah di medan namun mereka tidak dilantik menjadi pemimpin melainkan setelah diuji kehebatan dan keikhlasan mereka. Khalid al Walid dilantik oleh tentera Islam di medan Mu'tah setelah Syahidnya tiga panglima lantikan Rasulullah sebagaimana sewaktu tentera tersebut dilepaskan. Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abu Thalib dan Abdullah bin Rawahah. Ketika peperangan tersebutlah Khalid di beri gelaran Saifullah atau pedang Allah oleh Rasulullah yang berada di Madinah. Baginda mendapat perkhabaran tersebut dari Jibril. Perlantikan Khalid memimpin tentera setelah empat bulan beliau masuk Islam dan ternyata kepimpinan dan keikhlasannya setelah diuji menyertai peperangan dengan Rom yang sangat besar seramai 200 000 berbanding tentera Islam seramai 3000 orang. Amru al 'As pula dilantik memimpin tentera dalam perang Zat as Salasil seramai 300 orang setelah beliau terlibat sebagai tentera dalam beberapa peperangan. Keikhlasan Amru al 'As terbukti dari ucapannya kepada Rasulullah.. Wahai Muhammad.. demi Allah, aku Islam bukan kerana harta.. Pemilihan mereka adalah atas kebijaksanaan Rasulullah setelah melihat keikhlasan mereka berada di medan perang sebagai tentera biasa. Pilihanraya ke 13 semakin hampir. Semua orang politik yang merasakan mereka layak dipilih mula menonjolkan diri. Ramai yang bercita cita ingin memakai gelaran YB. Apatah lagi gong kemenangan telah dicanang. Ada juga khabarnya sudah bertanya dan mengintai jawatan exco jika menang. Bagi yang berjuang atas nama Islam , mereka memilih untuk tidak menonjolkan diri atas kesedaran amanah yang sangat berat. TG Presiden sendiri pernah menyuarakan hasrat ingin berundur. Namun harus disedari jika golongan yang ikhlas berjuang untuk Islam memilih mengundur diri dari arus kemenangan ini, dibimbangi peluang yang terbuka direbut oleh mereka yang mengintai habuan dunia. Gerakan Islam juga tidak terlepas dari fitnah ini. Pengajaran dari PRU 12 dengan kemenangan yang diluar jangka seharusnya di ambil perhatian oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Runtuhnya negeri Perak di tangan pengkhianat adalah bukti ampuh betapa PR perlu teliti dalam mencari calon untuk di amanahkan. Jangan hanya kerana mereka tokoh hebat, lalu mereka ditonjolkan menjadi calon. Apatah lagi main tangkap muat... Bagi PAS sebagai sebuah gerakan Islam, yang lebih penting ialah mereka mampu membawa aspirasi Islam yang di dokong. Memahami Islam satu hal… memahami pendekatan perjuangan Islam di dalam PAS satu hal yang lain…kadang kadang dah pegang jawatan tinggi dalam PAS pun masih keliru terhadap aspirasi Islam seperti hudud di dalam PAS hingga terpaksa diperbetulkan oleh TG Mursyidul Am…bagaimana pula yang baru memakai "blazer" Pas??? Jangan sudah terantuk baru nak terngadah… Keghairahan sesetengah pihak untuk menonjolkan tokoh baru menyertai PAS harus di teliti dengan waspada. Sebahagian mereka sudah lama mengikuti perjuangan PAS, Cuma baru mengisytiharkan diri setelah melalui proses tarbiah… mereka mungkin telah diuji…jika layak mereka di alu alukan… bagi yang baru mendekati PAS sewajarnya mereka dimandikan dengan "lumpur perjuangan sebelum mereka dikalungkan dengan bunga malai dan minyak wangi." Perjuangan PAS sangat berbeza dengan rakan pakatan Rakyat yang lain…. sama di sudut keadilan dan ketelusan yang ingin diperjuangkan namun asas keduanya dari sumber yang berbeza. Belajarlah dari apa yang berlaku di Parlimen Pasir Mas… Ibrahim Ali yang diberi kerusi percuma atas perkiraan politik pihak tertentu dengan mengundurkan Ustaz Ismail Noh yang telah berjasa di Parlimen sangat menyakitkan. Kini dengar khabarnya Parlimen Pasir Mas sekali lagi ingin dicagarkan kepada tokoh yang khabarnya sedang menanti waktu membuat kejutan. Sumber menyatakan tokoh PAS yang sekian lama teruji sudah di asah taji nya di Pasir Mas cuba di singkirkan… atas perkiraan apa …?? Semuanya masih menjadi "risik khabar yang diharap sebagai berita palsu". Dr Hatta yang mencatur calon diperingkat Pusat sebagai pengarah Pilihan raya rasanya tidak akan buat kerja bodoh yang Nampak cerdik ini… Biarlah kita memiliki calon yang ikhlas dan teruji dalam lumpur Islam PAS daripada calon minyak wangi yang memakai "blazer" PAS menutupi T shirt yang belum dibasuh. "Abe Uji" YB Manek Urai yang "berlenak" di Pasar Ikan jauh lebih berjaya membawa aspirasi perjuangan dan mendekati rakyat yang mengharapkan sentuhan di hati dan bukan di mata mereka… Renungkanlah hadis soheh yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : Orang mukmin tidak disengat dalam lubang yang sama sebanyak dua kali… |
Posted: 25 Aug 2012 02:46 AM PDT Mufti yang menghalang hudud sekali lagi merepek ...setelah bermadah tentang syaitan , kini tuan mufti halang hudud buat fatwa baru mengenai Malaikat.... siapakah syaitan Mahathir dan siapakah malaikatnya... bila semuanya dilihat dari kacamata sekular... sesat jadinya.. Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN. "Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini. Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang. Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya. Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan. "Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan. Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu. Jika ada yang masih keliru antara syaitan dan Malaikat yang dikatakan silap juga.. kita renungkan ayat surah Attahrim 6.." ... Penjaganya ialah Malaikat yang keras.. tidak derhakakan Allah dengan apa yang diperintahkan .." Bagi yang tak mengenal Syaitan... alBaqarah ayat 168.. sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata... Mahathir keliru atau sesat ??? |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan