Jumaat, 3 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kesihanilah Anak Yatim Yang Malang Ini

Posted: 03 Aug 2012 03:00 AM PDT

Anak-anak yatim lain mendapat layanan yang istimewa dibulan puasa ini. Mereka diraikan untuk sama-sama berbuka puasa dan ada juga yang sudah mendapat 'duit raya'

Tetapi tidak begitu bagi si anak yatim yang malang ini.Nasibnya dirundung malang sejak dulu lagi.Sungguh malang nasibnya.

Beberapa tahun dahulu dia mengalami satu peristiwa kebakaran yang sangat menyayat hatinya. Dia tidak sanggup untuk menoleh ke belakang melihat peristiwa tersebut yang kini merupakan satu nostalgia yang pahit baginya.

Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya. Dia kata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka jika ada kemampuan nanti.

Namun beliau tetap tabah dan meneruskan sisa-sisa hidupnya yang semakin tinggal tidak berapa lama lagi ....

Kesihanilah anak yatim ini. Jiwanya sengsara tersiksa dibulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Harap-harap adalah insan yang ikhlas sanggup menghulurkan bantuan kepadanya supaya 'stress' yang sedang dialaminya ini dapat berkurangan dan anak yatim ini kembali pulih dan normal semula sebelum mengakhiri hayatnya yang tidak seberapa lagi tinggal. Sila klik di sini untuk membantunya.

Tiada ulasan: