Khamis, 23 Ogos 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


DEMI PEMBANGUNAN KUBUR CINA JADI MANGSA

Posted: 22 Aug 2012 10:46 PM PDT

Kalau lah kejadian ini berlaku di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat nescaya heboh dalam akhbar atau media elektronik UMNO dicanang mengatakan kerajaan pakatan zalim dengan rakyat demi pembangunan.

Seperti biasa media pencacai UMNO akan berdiam diri jika ianya berlaku di negeri di bawah pentadbiran UMNO-BN kecuali media yang sedikit telus di dalam laporan mereka.

Gambar hiasan
 
JOHOR BAHRU - Keputusan Kerajaan Negeri mengalihkan tapak perkuburan bukan Islam di Pengerang, Kota Tinggi menimbulkan rasa terkilan dan tidak puas hati di kalangan penduduk di mukim berkenaan.

Kira-kira 40 penduduk Pengerang  hadir menunjukkan sokongan kepada panel peguam dilantik bagi mendapatkan Perintah Certiorari untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri terhadap pengalihan tapak perkuburan itu.

Chong Chun Yet, 38, berkata, segala keputusan yang mahu dibuat seharusnya mendahulukan penduduk terlebih dahulu, sebaliknya Kerajaan Negeri mengetepikan mereka sekali gus gagal mendapatkan maklum balas sewajarnya.

"Tanah perkuburan ini sudah berusia beratus tahun lamanya. Tiba-tiba mahu dialihkan untuk mendahulukan projek pembangunan.

"Apa salahnya mereka bertemu dan berunding bersama kami dahulu," katanya.
Sementara itu, Sim Seng San, 48, berkata, penduduk pernah berdialog dengan wakil rakyat kawasan mengenai bantahan dibuat, tetapi suara dilontarkan tidak didengari dan dibawa ke mana-mana.

Tiada ulasan: