Addin |
- 'Perang Dingin' Antara DAP Dan PKR P. Pinang Bertambah Buruk?
- Suspek Bakar Teman Wanita Di Tahan
- Followers 52K Tak Akan Lah Palsu Kot.. Agak-Agaklah Pemuda Umno
- Dr. Asri Kata Sesiapa Yang Persenda Hudud Boleh Murtad.. Sudah Tentulah Umno
- Panas!! Umi Hafilda Terkantoi Lagi..
- PRU13 : PKR Mahu Kerusi Bachok
- Kenapa Kubur Wanita Digali Lebih Dalam Dari Lelaki?
'Perang Dingin' Antara DAP Dan PKR P. Pinang Bertambah Buruk? Posted: 23 Aug 2012 11:11 AM PDT GEORGETOWN - Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Dalam diam, komponen Pakatan Rakyat itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng. |
Suspek Bakar Teman Wanita Di Tahan Posted: 23 Aug 2012 09:46 AM PDT SHAH ALAM - Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam. "Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam."Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam.Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya. ~sinarharian |
Followers 52K Tak Akan Lah Palsu Kot.. Agak-Agaklah Pemuda Umno Posted: 23 Aug 2012 09:34 AM PDT IPOH – Gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap Pemuda Umno di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan berikutan kewujudan laman sosial yang memaparkan poster berbaur hasutan tidak masuk akal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya isu Facebook 'palsu', yang kononnya didalangi Pergerakan Pemuda Umno itu, tidak seharusnya diperbesarkan kerana belum terbukti kesahihannya."Hanya sekiranya mereka (Pemuda Umno) didapati bersalah di bawah undang-undang Malaysia, maka seksyen itu boleh digunakan sebagai prosedur jika ada bukti sebelum pihak mahkamah yakin ia satu kesalahan," katanya. Beliau berkata, akta berkenaan hanyalah prosedur untuk menyabitkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.Oleh itu katanya, Pemuda Umno tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen terbabit."Sehingga hari ini, pihak pendakwar raya masih belum menerima hasil siasatan polis untuk mendakwa Pemuda Umno di bawah apa-apa undang-undang Malaysia, lagipun sayap parti berkenaan boleh menafikan perkara itu bagi menegakkan keadilan," katanya. Nazri tidak menolak kemungkinan isu seumpama itu timbul berikutan kurang faham sesetengah pihak mengenai perundangan dalam negara.Semalam, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia'yang memaparkan poster berbaur hasutan. Setakat semalam hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu. Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan - "jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepadagabungan pembangkang, Pakatan Rakyat." ~sinarharian |
Dr. Asri Kata Sesiapa Yang Persenda Hudud Boleh Murtad.. Sudah Tentulah Umno Posted: 23 Aug 2012 05:15 AM PDT Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993."Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama. "Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah. Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi."Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. "Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya. Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya"."Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. "Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. "Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu. ~mkini |
Panas!! Umi Hafilda Terkantoi Lagi.. Posted: 23 Aug 2012 03:33 AM PDT Tiba-tiba 'timeline' laman sosial Twitter penulis penuh dengan 'tweet' Azwan Ali.Rupa-rupanya, selebriti 'panas' yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah 'naik angin' dengan sebuah stesen televisyen.Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya. Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.Selepas beberapa minit kemudian, 'timeline' penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan 'sesuatu' selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen. Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang? Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin 'hangat'.Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul. Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.Rupanya tidak!Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya. Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat. ~mynewshub |
PRU13 : PKR Mahu Kerusi Bachok Posted: 23 Aug 2012 01:29 AM PDT KOTA BHARU- PKR Kelantan mengesahkan memohon pertimbangan Pas negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon 'harapan' bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas. "Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam. Memetik laporan sebuah blog bertajuk 'Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok' terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok. Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13. Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok. Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13. Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat. " Biasanya kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya. Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan. Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek. ~sinarharian |
Kenapa Kubur Wanita Digali Lebih Dalam Dari Lelaki? Posted: 22 Aug 2012 09:48 PM PDT Isteri : Abang, boleh sayang tanya? Suami : Ye sayang. Nak tanya apa? Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki? Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). "Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita." Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang. Suami : *Hanya tersenyum* Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, Allah SWT juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan