Sabtu, 4 Ogos 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gambar projek R sambut kedatangan Najib.

Posted: 04 Aug 2012 11:22 AM PDT







Antara projek yang dilakukan ialah; kerja-kerja menaikkan billboard ROYALTI di setiap jalan yang mungkin dilalui oleh PM. Cuba cabaran bsar ialah menjaga billboard tersebut sehingga Najib pulang.

Cerita Konvoi Tuntut Royalti #3

Posted: 03 Aug 2012 11:37 PM PDT

Masa makan colek Pemuda PAS ari tu, gua ada bincang dengan Presiden CABAR, Ostad Marzuk berkenaan projek sambut Najib sempena kedatangan dia ke Bachok.

Antara cadangan tahap mentah untuk itu ialah bla bla bla bla. Esoknya Ostad Marzuk kena panggil oleh OCPD Bachok. Pasal SB hantar laporan terdapat perancangan sambutan Najib oleh Ostad Marzuk. Terer sungguh SB. Duk makan colek skali dengan kitorang rupanya.

"Jangan ada banner pasal royalti ketika PM datang. Jangan ada bla bla bla. Jangan buat bla bla bla." - OCPD

"Saya tak boleh jamin benda tu. Pasal royalti bukan kehendak saya. Tapi kehendak rakyat Kelantan." - Ostad Marzuk

"Tolonglah ustaz. Jangan buat sampai saya ditukar ke Sabah. Saya suka duduk Kelantan."

Sempena kedatangan Najib, kami adakan konvoi melalui Bachok, rumah Awang Adek sebelum berakhir di Pasir Puteh. Kami melalui bazar-bazar ramadan. Tujuannya untuk mencipta peristiwa, gambar dan penceritaan di media sosial.

Alhamdulillah. Walau terpaksa bersaing dengan Ostad Azhar Idrus pada hari yang sama, lebih 200 kenderaan (kereta + motor) yang memilih priority perjuangan maruah hasil bumi berbanding ceramah entertainment + ilmu.

13 buah motosikal bukan kumpulan MERAK, memaklumkan kepada gua, bahawa mereka akan sampai Tok Bali sahaja. Sebab akan hadir ke kuliah Ustaz Azhar. Gua cakap terpulang la. Join sampai Tok Bali pun gua dah rasa tq dah.

"Sempat ke kejar kuliah tu?"

"Kalau tak sempat, kami tengok youtube jer la. Tapi kami tetap try."

R induk dan R Pasir Puteh bergambar sebelum hujan lebat.

Sampai Masjid Bachok, konvoi pecah 2. 1 ke Pasir Puteh. 1 ke Tok Bali. Ini adalah kumpulan konvoi ke Perlabuhan Tok Bali. Kemudian kami semua bergabung di Pasir Puteh. Cuma ada peserta julang frame TGNA. Gua lepaskan kerana frame tu tulis MB Kelantan (bukan Mursyidul Am PAS). Dan bila gua nak ambil frame tu bagi tujuan bergambar tanpa frame TGNA pula, sesi bergambar dah nak tamat. Gua harap R jemaah UMNO faham. Insyaallah.

Menziarahi YB Limbongan yang tidak sihat. Beliau turut menyampaikan hasrat, tuntutan hasil bumi perlu dilakukan secara berpadu antara kesemua pihak dan parti.

Antara kereta rakyat Kelantan yang menyertai konvoi. Ketika ini pecahan ke Pasir Puteh sudah dilepaskan.

Ulama sufi Republic Czech bersama sahabat Ahmad Dhani dan Ropi Mat Sin. Turut berdoa untuk hasil bumi Kelantan.

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti.

Posted: 03 Aug 2012 10:10 PM PDT

Sumber : Harakahdaily

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.

Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.

Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Tiada ulasan: