Addin |
- Gempar!! Bekas Ketua Hakim Negara Sedia Bantu Rafizi?
- Rais Yatim Tidak Akan Berganjak W'pun Sejengkal
- Wah!! George Kent Hanya Dapat 8.7 Daripada 30 Markah Keseluruhan Bagi Penilaian Kewangan
- Kisah Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah
- Di Jangka Ramai Lagi Beralih Sokongan
- Najib Pasti Cemas Dengar Berita Nih..
- Gambar Najib Tunduk Patuh Kepada Tuntutan Royalti Minyak Kelantan
- Benarkah Dinasour Wujud? - Ustaz Azhar Idrus
- Lingkaran Misteri Muncul Di Amerika Syarikat
Gempar!! Bekas Ketua Hakim Negara Sedia Bantu Rafizi? Posted: 04 Aug 2012 09:18 AM PDT Dari maklumat terkini, Rafizi Ramli malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo".Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri. Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.Ini akan membuatkan Najib dan Shahrizat makin gelisah!......... ~penoreh getah |
Rais Yatim Tidak Akan Berganjak W'pun Sejengkal Posted: 04 Aug 2012 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal."55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian."Yang dimainkan oleh Malay Mail itu merupakan gara-gara politik bangkangan yang tak senang dengan pencapaian dan kejayaan kerajaan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai pemilihan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang dipertikaikan pihak pembangkang kerana dikatakan mempunyai unsur politik.Rais berkata semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan. "Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!," katanya. ~bernama |
Wah!! George Kent Hanya Dapat 8.7 Daripada 30 Markah Keseluruhan Bagi Penilaian Kewangan Posted: 04 Aug 2012 04:17 AM PDT Konsortiun George Kent-Lion Pacific didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kelulusan penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan projek tambahan sistem LRT-Ampang. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya berkata, konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Perkara itu didedahkan Rafizi melalui satu salinan surat yang dikemukakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan. Dalam surat bertarikh 20 Januari itu, Shahril melaporkan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan. Menurut laporan tersebut, berdasarkan lapan calon pembida, Konsortium George Kent juga didapati tidak memenuhi syarat kontrak, namun membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (Agreed Disruption Damages) disemak kembali. Manakala dari segi teknikal, laporan tersebut menyatakan George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal dengan 38.62 daripada 70 markah keseluruhan. Malah laporan Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu. Bidaan itu dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. "Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi berkata, pembohongan yang dibuat Pengarah Eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook ini dibuat dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia. Malah, katanya ia menghina semua prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara seolah-olah ia tidak berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida. `Lesen besar' Lebih merunsingkan, katanya ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. "Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional (BN) percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan Najib dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak," katanya. Disebabkan itu, beliau berkata kemampuan Prasarana kini mungkin diragui bagi memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat Prasarana. "Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Najib kepada syarikat itu. "George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih," katanya. Cheong dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek tersebut yang bernilai RM1.1 bilion, malah yakin dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. ~fmt |
Kisah Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah Posted: 04 Aug 2012 01:32 AM PDT Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah…. Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… . Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya. ~info |
Di Jangka Ramai Lagi Beralih Sokongan Posted: 03 Aug 2012 11:04 PM PDT SHAH ALAM – PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR). Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti. "Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang memberitahu, akan ada lebih banyak 'berita baik' sempena lawatan beliau ke Sabah 12 Ogos ini. Ketika ditanya sama ada hanya seorang pemimpin terlibat, Tian Chua berkata, dijangka lebih daripada seorang akan tinggalkan BN dan bukan hanya Ahli Parlimen. Bagaimanapun, Tian Chua enggan dedahkan lebih lanjut dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkannya. Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, meletakkan jawatan dalam parti. ~sh |
Najib Pasti Cemas Dengar Berita Nih.. Posted: 03 Aug 2012 09:07 PM PDT Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu. Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas. Gambar: Maijol kanan sekali pada majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah Ahad lalu. Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu. Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. "Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN. "Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu. Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting. Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu. Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ~keadilandaily |
Gambar Najib Tunduk Patuh Kepada Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Posted: 03 Aug 2012 08:55 PM PDT |
Benarkah Dinasour Wujud? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 03 Aug 2012 07:35 PM PDT Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, filem mengenai dinosaur juga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini. Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, file mengenai dinosaurjuga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.Tapi timbul persoalan benarkah dinosaur ini benar-benar wujud? Mengikut fakta sains, kewujudan manusia adalah selepas zaman dinosaur, tapi itu sains, bagaimana pula dalam agama? Ada yang bertanyakah persolan ini kepada Ustaz Azhar Idrus, adakah dinosaur ini wujud? Mari kita lihat apa Ustaz Azhar Idrus jawab. Benar juga bukan? kalau dinosaur itu tidak wujud masakan kita boleh jumpa fosil atau tulang-tulang dinosaur tersebut. Tapi kenapa fosil dinosaur ini hanya dijumpai di sesetengah tempat saja ye? kenapa fosil yang lain menjadi petroleum? Ada yang berpendapat dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinosaur itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah.. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinosaur ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinosaur ini menjadi petroleum.Wallahu a'lamsumber : facebook |
Lingkaran Misteri Muncul Di Amerika Syarikat Posted: 03 Aug 2012 05:00 PM PDT SEATTLE – Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu. (Gambar) Corak lingkaran misteri di ladang gandum Wilbur itu dikatakan kelihatan seperti telinga watak animasi, Mickey Mouse. Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse."Corak sama seperti ini pernah dilihat di kawasan berhampiran pada 2008 dan 2010," menurut Cindy.Sebelum ini, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara. ~info Addin : Apa yang Addin pernah tengok dalam dokumentari, ada sekumpulan manusia yang mempunyai hobi yang pelik. Suka membuat pelbagai corak dan bentuk. Mereka suka buat hasil seni secara rahsia. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan