Selasa, 28 Ogos 2012

Addin

Addin


Muka Selamba Buat Maksiat

Posted: 28 Aug 2012 09:00 AM PDT

KUANTAN – "Mereka seolah-olah sudah biasa melakukan perbuatan terkutuk itu hinggakan berani keluar-masuk ke hotel bajet dengan muka tidak bersalah," kata Mamat Ibrahim, 60, pemandu teksi di Jalan Pasar, di sini.Katanya, lebih memalukan, kebanyakan pelanggan yang mendaftar masuk ke hotel berdekatan kawasan itu adalah golongan remaja Islam."Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka orang sini atau orang luar. Tapi kebiasaannya jika ada sambutan atau program besar di sini, biasanya orang luar yang ramai datang menginap di hotel bajet ini.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada di antara mereka yang tinggal di Kuantan, tetapi sanggup mengeluarkan duit untuk bermalam dengan kekasih masing-masing," katanya ketika ditemui semalam.Mamat berkata, kebiasaannya mereka akan mula mendaftar masuk sekitar jam 6.30 petang sehingga lewat malam."Mereka daftar masuk tak tentu masa. Kadangkala saya sendiri tak sedar bila mereka masuk, tahu-tahu sahaja sudah keluar keesokan harinya."Yang peliknya, mereka sedikit pun tidak ambil peduli dengan pandangan masyarakat, sebaliknya bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bag imereka, orang ramai tidak berhak untuk menegur perbuatan mereka. Sebab itulah mereka berani buat apa sahaja," katanya.

Tambahnya, selepas menunaikan 'hajat' masing-masing, ada di antara remaja terbabit menaiki teksinya untuk pulang ke rumah."Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman Kuantan. Bila ditanya, mereka jawab terpaksa bermalam di hotel murah kerana hari sudah lewat malam serta tiada kenderaan," katanya.Dia yang lebih 20 tahun memandu teksi berkata, kawasan itu bukan hanya menjadi tumpuan remaja ketika sambutan hari kemerdekaan atau Tahun Baru, tetapi menjadi tempat persinggahan setiap malam minggu.

"Faham-faham sahajalah, jika tiada acara besar di sini pun sudah ramai yang datang, bila tiba hari kemerdekaan, lagilah berebut bilik. Pendek kata, siapa yang lambat mendaftar masuk, tiadalah peluang untuk melampiaskan nafsu."Tauke hotel bertambah kaya, mereka pula tambah dosa," katanya.Manakala, bagi peniaga tudung dan pakaian muslimah, Zainon Mamat, 28, kadangkala golongan ini mendaftar masuk sekitar jam 9 pagi."Mereka memang bijak, seolah-olah sudah tahu waktu operasi Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) hinggakan ada yang terlepas daripada ditahan pihak berkuasa.

"Saya memang tidak berani tegur jika nampak ada pasangan yang mencurigakan masuk ke dalam hotel kawasan ini. Saya bimbang, jika ditegur mereka akan buat perkara yang tidak diingini."Golongan seperti ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepaskan diri. Justeru, jika saya nampak sesuatu yang mencurigakan, saya akan segera menghubungi pihak berkuasa," katanya.


Katanya, perbuatan ini memang sukar dibendung jika ada pihak yang tidak memberikan kerjasama terutama pemilik hotel murah."Jika mereka tegas serta tidak berkompromi, kemungkinan aktiviti maksiat ini dapat dikurangkan. Namun, pemilik hotel murah lebih kepada mengejar keuntungan, mereka tidak peduli sama ada pelanggan itu muhrim atau tidak," katanya.

Sementara itu, bagi Madri Mohd, 61, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu bagi mengelakkan ia terus berleluasa."Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kerana semakin hari saya lihat aktiviti ini semakin rancak seolah-olah mereka tidak takut dengan pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan."Mungkin kerana mereka sudah dapat membaca pergerakan pihak berkuasa, sebab itulah masing-masing berani mengusung teman wanita naik ke bilik," katanya.

Lebih menyedihkan, dia pernah melihat teman wanita yang mendaftar masuk manakala yang lelaki menunggu di bawah."Saya faham, pihak berkuasa tidak mampu untuk menempatkan pegawai mereka 24 jam di hotel-hotel murah, namun saya harap mereka dapat mempertingkatkan operasi bagi mengurangkanaktiviti tidak bermoral ini."Saya bimbang, jika ia tidak dibendung, masalah pembuangan bayi akan meningkat serta merosakkan masa depan remaja itu sendiri.

Kita memerlukan generasi muda untuk membangunkan negara, jika mereka sudah rosak, bagaimana pembangunan negara kita pada masa akan datang," katanya.Sebelum ini Jaip memberi amaran supaya tidak mencemarkan sambutan ambang merdeka dengan melakukan maksiat dan perkara yang ditegah agama.Jaip juga tidak akan berkompromi dengan golongan itu yang jelas menyalah ertikan sambutan kemerdekaan dengan melakukan perkara tidak senonoh sehingga melanggar hukum syarak. ~sinar

Gambar Raya Pun Mau Kencing Ka?

Posted: 28 Aug 2012 07:26 AM PDT


Seorang pemimpin DAP telah mempersoalkan kesahihan gambar yang kononnya menunjukkan puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu.

Merujuk kepada laporan The Star pada 21 Ogos lalu, Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian berbahasa Inggeris tersebut sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan".

Mengukuhkan testimoni beliau, seorang belia tanpa nama yang hadir di sana, beliau berkata bahawa saksi tersebut tidak melihat puluhan ribu orang seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan.

Ini membawa kepada mengapa Ramakrishnan membuat tuduhan bahawa gambar, yang telah diambil oleh agensi berita nasional Bernama, telah ditokok-tambah.

Ramakrishnan mendakwa bahawa kediaman Sri Perdana di Putrajaya tidak akan mampu untuk menampung kebanjiran puluhan ribu orang ramai.

Beliau mendakwa bahawa gambar yang berbeza telah "dijajar dan ditindan" dari gambar asalnuntuk mewujudkan tanggapan bahawa orang ramai telah berkumpul di sana.

Pemimpin DAP juga tertanya-tanya mengapa imej tersebut tidak menunjukkan Najib Altantuya di sana, dan bertanya mengapa ia hanya menunjukkan orang-orang di sana kebanyakkannya memegang kamera.

"Gambar kini telah ditokok-tambah dan dipinda oleh seorang artis amatur grafik ... Hari ini kanak-kanak pun boleh menggunakan Photoshop (perisian gambar) dan mudah memanipulasi gambar-gambar," katanya dalam satu kenyataan.

Bercakap kepada FMT kemudiannya, Ramakrishnan mendakwa bahawa dia telah bertemu dengan beberapa wartawan yang berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya telah dipinda.

'Biarkan pembaca membuat keputusan'
Ditanya apakah sebab dakwaannya di sebalik isu itu, beliau berkata Bernama tidak seharusnya digunakan untuk projek menaikkan populariti Najib Altantuya dengan cara yang memalukan dirinya sendiri.

"Saya fikir Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya berfikir untuk meminta pihak polis ... Ini adalah pelanggaran yang jelas kod etika bagi Bernama lakukan," katanya.

Beliau juga menggesa Penerangan, Komunikasi dan Kementerian Kebudayaan untuk teguran Bernama.
FMT juga bercakap untuk belia yang Ramakrishnan dipetik. Meminta namanya disiarkan, "belia" yang dikenal pasti dirinya sebagai seorang lelaki dalam lingkungan 30-an

"Terdapat ramai, mungkin kira-kira 30,000 hingga 40,000. Tetapi ia pasti tidak apa yang anda boleh lihat [dalam akhbar itu] ... Ia tidak menunjukkan realiti seperti imej yang digambarkan, "katanya.

Menegaskan dakwaannya lagi, beliau menambah bahawa separuh daripada orang ramai kononnya terdiri "warga asing", yang dia dikenalpasti sebagai kerakyatan Iran dan Mesir.

Ketika dihubungi Bernama enggan mengulas.

Walau bagaimanapun, agensi berita berkata bahawa pembaca bebas untuk memeriksa laman web mereka dan bandingkan gambar mereka dengan imej yang dipersoalkan, tanpa memberikan gambar asal untuk dibuktikan bahawa gambar tersebut tidak dipinda. ~fmt

Lelaki Ni Penggemar Kari Daging Kucing

Posted: 28 Aug 2012 03:59 AM PDT

Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari," kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar. Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya. Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa (gambar) Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

"Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas," ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.

"Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing," ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

"Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan," soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

"Rakan-rakan serumah kamu makan kucing," tanya kami lagi.

"Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak," ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi 'kembang'.

"Mereka beli kucing itu?" kami memancing satu persoalan.

"Oh, tidak," jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit. ~sinar



Surat Paksa Kakitangan Awam Hadir Program Himpunan Janji Di Tepati Mula Tersebar

Posted: 27 Aug 2012 11:00 PM PDT


Surat nih Addin cilok dari blog Ameno World.. tak pasti dari mana surat nih di perolehi. Tetapi yang pentingnya surat memang membuatkan semua orang ketawa besar.

Sudahlah buat program besar-besar perabihkan duit rakyat, lepas tu siap paksa kakitangan awam pulak untuk hadir. Yang tak tahan tu, wajib hadir dan kehadiran akan rekod.

Tindakan DBKL nih amat memalukan seluruh kakitangan awam.. Agak-agaklah kalau nak bodek pun..


"Kalau Saya Lawan Mahathir, Saya Akan Di Tuduh Homoseks" - Tun Musa Hitam

Posted: 27 Aug 2012 08:22 PM PDT

Tun Musa: "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya.

Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu.

Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?".

Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!"

Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Alasan Bangang Dari Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Untuk Halang 'Janji BERSIH'..

Posted: 27 Aug 2012 05:34 PM PDT


Ini adalah alasan paling bodoh yang dicipta untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' yang akan diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.

Alasan bodoh ini telah disediakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf).

Alasannya ialah 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Awatlah semakin bodoh pencacai UMNO ni?? PA system dia tidak berfungsi dengan baik dia nak halang rakyat dari sertai 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pula..

Sound Technician dan Sound Engineer dah tak ada ke?


Kementerian: Janji Bersih kacau sistem siar raya kami

Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

NONE"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.

"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

"Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita.

Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka. ~malaysiakini

~anaksungaiderhaka

Addin :

Makin lama makin bangang pencacai Umno.. w'pun alasannya  sendiri membuatkan golongan ini menampakkan tahap kepencacaiannya..


"Saya Memang Ada Melawat Tun Ghaffar Ketika Sakit" - Mat Sabu

Posted: 27 Aug 2012 04:44 PM PDT

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok. "Saya menziarah Allahyarham (Tun Ghafar) di rumahnya di Damansara berhampiran dengan bangunan Parlimen beberapa tahun lalu dan ditemani oleh sahabat saya, bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Subky Abdul Latif.

"Ketika itu, tidak ada sesiapa di rumah kecuali isteri kedua Allahyarham, Toh Puan Dayang Heryati Abdul Rahim," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan anak Tun Ghafar, Datin Zainon yang menafikan dakwaan Mohamad ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Tambah Mohamad, lawatan tersebut sekadar lawatan biasa kerana Allahyarham Tun Ghafar merupakan seorang negarawan dan pernah bersama-bersama beliau di Parlimen. "Walaupun kami berbeza parti tetapi kami mempunyai hubungan yang baik," jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen. Ketika diminta mengulas desakan ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar yang mahu beliau menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

"Kali ini saya perlu berhati-hati sebelum mengulas apa-apa dan saya perlu meneliti kembali rakaman ucapan saya. "Saya kena tengok dulu macam mana saya kata dan perkataan yang saya gunakan, mungkin ada perkataan 'dan' ke, ataupun 'koma', itu perlu diteliti," tegas beliau, yang dipercayai merujuk kepada kontroversi berkenaan kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong.Kes berkaitan sedang didengar di Butterworth.

Kenyataan terbaru didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.Semalam, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab. ~sinar



Tiada ulasan: