Addin |
- "Ustaz Nasha, Jangan Ikut Cara Hassan Ali"
- Muslimah Saman Disney Kerana Larang Pakai Tudung
- Umno Berjaya Kayakan Syarikat Judi.. Ini Buktinya
- Dua Pengacara Tidak Bertudung, Bercakap Pasal Tudung Di TV3
- Abby Abadi Terasa Hati Bila Di Tegur Ustaz Azhar Idrus?
- Panas!! Keluar Fatwa Undi DAP Haram Boleh Dapat RM2 Juta?
- Najib Tunduk Patuh
"Ustaz Nasha, Jangan Ikut Cara Hassan Ali" Posted: 15 Aug 2012 10:42 AM PDT SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa agar bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati. Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan Pas. "Saya menggesa supaya Ustaz Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. "Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hasan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," katanya dipetik Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu yang disiar di Buletin Utama TV3 malam tadi yang mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka menolak keputusan parti. "Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. "Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata Nasrudin lagi. Sehubungan itu, beliau menggesa Nasharudin segara bertemu pemimpin tertinggi parti begi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman. "Saya tidak nampak Ustaz Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah. "Ustaz Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya. "Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini, justeru ALLAh pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini," katanya. ~sinarharian |
Muslimah Saman Disney Kerana Larang Pakai Tudung Posted: 15 Aug 2012 09:31 AM PDT LOS ANGELES - Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja. Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney's Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan. (Gambar) Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja. Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney. Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan 'penampilan' pekerja mereka semasa bertugas. Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi. Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya. Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah. Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil "pengganas" dan "unta" oleh rakan sekerja dan penyelia. Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan. "Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak gangguan sejak saya mula bekerja di sana," Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika. "Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab." Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney. ~reuters |
Umno Berjaya Kayakan Syarikat Judi.. Ini Buktinya Posted: 15 Aug 2012 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business. Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lepas, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta. Genting juga mencatatkan imbuhan tertinggi sebanyak RM113 juta hingga RM113.05 juta bagi seorang pengarah tetapi tidak menamakan beliau. Eksekutif tertinggi disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Tan Sri Lim Kok Thay. Syarikat kedua terbaik ialah IOI Corporation Bhd, yang membayar lembaga pengarahnya RM60.30 juta, naik 7.1 peratus dari 2010. Syarikat tersenarai awam membayar imbuhan sebanyak RM56.75 juta hingga RM56.80 juta kepada pengarah berpangkat tertinggi. "Kami mengandaikan penerima adalah Pengarah IOI Corp dan Pengasas Tan Sri Lee Shin Cheng," kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini. Anak syarikat Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar lebih daripada RM48 juta kepada eksekutif tertinggi, menduduki tempat ketiga. Kaji selidik itu menyatakan bahawa bayaran mungkin telah dibuat kepada orang yang sama, mengambil kira kemungkinan pengiraan dua kali. Syarikat yang menurunkan imbuhan lembaga pengarah mereka tahun lepas termasuk Berjaya Corporation Bhd, yang membayar RM20.67 juta atau 12.5 peratus kurang kepada anggota lembaga. Imbuhan tertinggi dibayar kepada seorang pengarah dalam syarikat adalah dalam RM10.35 juta hingga RM10.40 juta, juga lebih rendah daripada RM11.70 juta hingga RM11.75 juta yang dibayar sebelum ini. CIMB Group Holdings Bhd membayar RM16.49 juta atau 10.9 peratus kurang kepada anggota lembaga tahun lepas. Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohd Nazir Razak tahun lepas adalah lebih rendah pada RM8.70 juta berbanding dengan RM12 juta pada 2010. - Bernama |
Dua Pengacara Tidak Bertudung, Bercakap Pasal Tudung Di TV3 Posted: 15 Aug 2012 06:44 AM PDT Entah la nak kata apa…tetapi ada rasa sikit pelik la bila dua pengacara beragama Islam yang tidak bertudung bercakap pasal isu tudung di televisyen. Isu yang dibincangkan ialah Bertudung Tetapi Seksi dalam salah satu segmen program Wanita Hari Ini yang disiarkan akhir tahun lalu. Untuk cover malu, beberapa baris ayat seperti berikut telah digunakan oleh pengacara; Kita bukanlah orang yang arif…masih sedang mempelajari selok-belok dan cara pemakaian yang sesuai…untuk dijadikan pedoman… Lama betul belajar cara nak pakai. Ada jugak baris ayat konsep bertudung… Memakai tudung itu konsep atau ia selari dengan tuntutan menutup aurat… Sebenarnya topik itu ok. Namun, bila keluar ayat-ayat cover line tu yang rasa nak tergelak tu. Nak salahkan pengacara tu pun tak boleh jugak…. Namun tak tahulah…anda rasa ok ke kalau pengacara dan topik camni? Adakah ia nampak serasi? ~info Addin : Sebenarnya sehingga sekarang stesen milikan Umno nih mengeluarkan rancangan seperti ini. Panggil ustaz atau ustazah untuk bincang isu agama tetapi pengacara dan artis jemputan tidak menuntup aurat. Memang cukup-cukup biadap.. |
Abby Abadi Terasa Hati Bila Di Tegur Ustaz Azhar Idrus? Posted: 15 Aug 2012 12:54 AM PDT Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama. UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; "Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga," kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby berkata, "Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan." Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI. UAI lebih 'direct' dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan 'cool' serta menerima secara positif nasihat UAI. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat 'melatah' dengan mesej yang disampaikan oleh panel. Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif. Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik. Ikhlas.. sekadar teguran membina dari hamba Allah yang serba kekurangan.. |
Panas!! Keluar Fatwa Undi DAP Haram Boleh Dapat RM2 Juta? Posted: 14 Aug 2012 07:00 PM PDT Minggu lepas, pada 8 Ogos 2012, seorang pengasas pondok Geting, Abdullah Sa'amah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam mengundi DAP. Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi. Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta. ~milosuam Addin : Itulah Umno, ulamak hanya dikuda-kudakan.. |
Posted: 14 Aug 2012 06:14 PM PDT SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat. "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa parti komponen Pakatan Rakyat juga memperlihatkan pendirian menyokong kempen protes #STOP114A - menggesa Kerajaan Pusat mengkaji semula Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang dikuatkuasakan sejak Jun lalu. Dalam kenyataan media hari ini, PKR berkata, pihaknya telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri. Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, pindaan akta itu meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Kelmarin, gesaan berhubung seksyen itu turut dilahirkan oleh Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin.Kempen protes turut meminta orang ramai melahirkan sokongan dengan menandatangani petisyen. Laman sosial Facebook juga dibuka bagi tujuan itu.Dalam kenyataannya dua hari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa 1 Jun lalu. Menurut beliau, akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun telah dipinda.Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web."Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan," katanya. Sebelum itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997. Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.Semalam, beberapa pengikut akaun Twitter Khairy juga meminta beliau membawa perkara itu ke Parlimen.Pandangan itu disampaikan apabila Khairy berkata Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan