Khamis, 19 Julai 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mangsa Bkt Koman: 30kg garam diguna untuk ringankan kegatalan

Posted: 19 Jul 2012 09:11 AM PDT

Seorang warga emas, Chin Thiam Hee, 62 tahun, membentangkan kesnya di mana seluruh tubuhnya telah mengalami kegatalan kulit, malah terpaksa menggunakan 30 kilogram garam untuk merawat kegatalannya sejak awal tahun ini.  Penduduk Sungai Lui ini berkata, terdapat ruam pada kulitnya yang menyebabkan kegatalan sejak bulan Februari 2012, malah telah menular ke bahagian kemaluannya.

Dalam satu sesi dialog bersama RAGM (Raub Australian Gold Mine) semalam di sebuah tadika Bukit Koman, Chin Thiam Hee (gambar kanan) menyelak bajunya untuk menunjukkan bintik merah-keunguan yang ada pada tubuhnya, "Kulit saya panas, malah menjangkiti vaginitis."

Ketika ditanya wartawan MerdekaReview selepas itu, Chin Thiam Hee menyatakan bahawa beliau mempunyai seorang anak yang bekerja di Kuala Lumpur.  "Walaupun pendapatannya ribuan sebulan, (tapi) kos hidup di Kuala Lumpur tinggi.  Nak bayar lagi hutang pengajian (PTPTN), hanya mampu menghulurkan RM500 sebulan untuk bapanya sebulan," kata Chin.

Chin Thiam Hee mendakwa dirinya tidak mampu menampung kos untuk rawatan doktor pakar, menyebabkan penyakitnya tidak terubat sehingga hari ini.  Minggu lalu, ADUN Tras Chong Siew Onn berjanji untuk membawa Chin Thiam Hee ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan pakar kulit.

Chin Thiam Hee dari keluarga yang miskin hanya bergantung kepada garam kasar untuk meredakan kegatalannya.  Dalam jangka tujuh bulan sejak awal tahun, 30 kilogram garam kasar telah digunakan ketika mandi, namun keadaannya tetap tidak sembuh.  Akhirnya Chin bergantung kepada cecair enzim yang diberi penduduk kampung untuk meringankan keadaannya.

Lebih 10 kali Chin Thiam Hee pergi ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan sejak tahun 2012, dan doktor berkata "tiada masalah", sekadar memberinya ubat mencegah kegatalan, yang tidak berkesan untuknya.

Semalam, Jawatankuasa Anti-Cyanide Bukit Koman telah menganjurkan satu sesi dialog bersama RAGM, dihadiri dengan kira-kira 400 orang penduduk setempat.  Chin mengesyaki penyakit kulitnya disebabkan perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia cyanide oleh RAGM.  Bagaimanapun, tiada wakil dari RAGM tampil untuk berdepan dengan soalan penduduk.
 *Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal.

KAT JOHOR BAKAL ADA 2 LOJI NUKLEAR

Posted: 19 Jul 2012 09:08 AM PDT


K'jaan kenalpasti 7 tapak loji nuklear, dakwa NGO
 
 ELOK JUGA BUAT DI JOHOR.MAMPUS RAKYAT DAN TEMPAT UMNO BERKUBUR DI JOHOR.BARU SEDAR LANGIT TINGGI RENDAH.SOKONG LAGI....NAH KAU UMNO JOHOR.
 
 
 
 
Sebuah gabungan hari ini mendakwa bahawa kerajaan telah secara rahsia meneruskan projek loji kuasa nuklear dan telah mengenal pasti tapak yang berpotensi untuk tujuan itu, walaupun mendapat bantahan rakyat.

NONEKerajaan, melalui Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), telah
mengenal pasti tujuh tapak untuk loji janakuasa nuklear unit berkembar, kata jurucakap Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MyCan), Dr Ronald McCoy (kiri).

Tujuh tapak tersebut terletak di empat negeri - satu di Kedah dan masing-masing dua di Perak, Terengganu dan Johor, katanya dalam satu sidang akhbar.

azlanMcCoy berkata lima daripada tapak itu terletak berhampiran kawasan
pantai, manakala dua tapak lagi terletak di pedalaman - Tasik Temenggor di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu - kerana jumlah besar air diperlukan untuk menyejukkan reaktor berkembar itu.

Beliau berkata, gabungan itu telah memperolehi maklumat yang tepat dalam tempoh sebulan, tetapi tidak dapat mendedahkan sumber-sumbernya dan kawasan potensi yang tepat untuk melindungi sumber-sumber tersebut.

Tiada ulasan: