RAKYAT MARHAEN |
- Today in History for July 20th
- CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun - Teo Nie Ching
- CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun - Zuraida Kamaruddin
- Perutusan Ramadhan Kerajaan Negeri Selangor
- Demi Rakyat : Tiada penswastaan air di Selangor
- Mahu Ketika cinta bertakbir, tukar kerajaan
- Polis mengamuk dibebas walau didakwa
- Sememangnya rakyat menilai dari 'track record' kepimpinan Najib
- Ramadhan: Universiti Tarbiyah
- Kenyataan Terkini MB Selangor Berkenaan Isu Air
- Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno
- Pok Yo terkilan isu cerai dikait politik
- Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina, kata Ridhuan Tee
- AMOK OR DRUNK: Police must come clean on renegade inspector - MCA
- PRU terburuk : Jaminan Pengerusi SPR, ia tak berlaku !!
- 'Kerajaan Islam tak boleh jatuh, kerajaan kebangsaan boleh dijatuhkan'
- Pengganas Islam, komunis menyusup masuk parti PR adalah propaganda SB
- Mat Sabu: PAS ganti perangai Umno bahaya...!!
- Merdeka: Pakatan diseru tidak guna 'Janji Ditepati'
- Janji Ditepati: Perayaan Kemerdekaan jadi hak peribadi UMNO@BN
- Cerita Ustaz Azhar Dikacau Hantu - Ustaz Azhar Idrus
- Di mana BASHAR AL-ASSAD Dan Keluarganya?
- Islamists, Reds infiltrating Pakatan an SB spin, says Kit Siang
- SPRM serbu UDA kerana bekas pegawai kanan..bila nak serbu Menteri deh..!!!
- Nasrudin : Selebriti Dan Artis Dalam Pas Bukti Parti Itu Bukan Fanatik
Today in History for July 20th Posted: 19 Jul 2012 09:24 PM PDT | ||
CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun - Teo Nie Ching Posted: 19 Jul 2012 09:22 PM PDT | ||
CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun - Zuraida Kamaruddin Posted: 19 Jul 2012 09:21 PM PDT | ||
Perutusan Ramadhan Kerajaan Negeri Selangor Posted: 19 Jul 2012 09:18 PM PDT | ||
Demi Rakyat : Tiada penswastaan air di Selangor Posted: 19 Jul 2012 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR 20 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan penswastaan air di Selangor, yang jika dilaksana hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air. "Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan SYABAS kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender. "Justeru, Kerajaan Negeri Selangor tawarkan untuk ambil alih SYABAS dengan segera untuk mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus. "Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta," katanya. Menurut Anwar, air sebagai khazanah bumi tidak sepatutnya dijadikan barang dagangan sehingga membebankan rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mahu Ketika cinta bertakbir, tukar kerajaan Posted: 19 Jul 2012 09:15 PM PDT (Penal Bicara Selebriti di Balai Islam) KOTA BHARU: Andainya masyarakat di negeri lain ingin mengikuti program Bicara Selebriti sebagaimana yang dianjurkan kerajaan Kelantan, mereka seharusnya terlebih dahulu menukar kerajaan di negeri masing-masing. Demikian pengakuan bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ketika berucap sebagai penalis Bicara Selebriti anjuran kerajaan negeri malam tadi. Menurutnya, beliau berkata demikian dalam facebooknya sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat di luar Kelantan apabila bertanyakan kenapa beliau harus ke Kelantan untuk bersama selebriti dan bukannya di Perak, Kuala Lumpur atau di Johor Bharu. | ||
Polis mengamuk dibebas walau didakwa Posted: 19 Jul 2012 09:11 PM PDT Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan. "Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis. "Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita semalam. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis. "Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sememangnya rakyat menilai dari 'track record' kepimpinan Najib Posted: 19 Jul 2012 09:06 PM PDT "Bodek PM Days are over" kata Najib kepada perjumpaan beliau dengan sekumpulan pesara kerajaan semalam. Najib meminta pesara kerajaan memberikan sokongan kepada beliau bukan kerana beliau seorang Perdana Menteri. Najib mahu semua pihak memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan kepada 'track record' yang ada kepada beliau bukan kerana hendak mengampu beliau. Sesungguhnya memang begitulah sepatutnya kita semua lakukan terhadap Najib. Kita mesti memberikan sokongan atau penentangan kepada seseorang pemimpin itu mengikut 'track record' nya dan itu pun sebabnya banyak pihak termasuk diri saya tidak memberikan sokongan kepada Najib dan parti yang beliau pimpin. Semuanya itu berdasarkan kepada 'track record' yang kita semua sudah membuat penilaian dengan teliti. | ||
Posted: 19 Jul 2012 09:02 PM PDT Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah University Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita. Therapy Ramadhan insyaallah akan terus menyemarak Semangat Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam. 1. Buat semua exco DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini. 2. Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA. Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah. 3. Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya. 4. Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat temot dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya. 5. Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Mynmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||
Kenyataan Terkini MB Selangor Berkenaan Isu Air Posted: 19 Jul 2012 08:59 PM PDT Baru sekejap tadi MB Khalid menyatakan pendirian beliau dalam tweeter. Masalah ini sebenarnya bukan isu air kurang atau apa pun. Mereka saja nak ugut dan bagi rakyat takut dan Umno nak menyalahkan kerajaan Selangor. Mereka kena ingat yang rakyat selangor tidak muda ditipu dan diperdaya. Rakyat Selangor sudah cerdik dan tahu tipu daya Umno. | ||
Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno Posted: 19 Jul 2012 08:59 PM PDT SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo. Read More / Baca Lagi >>Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi. "Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan. | ||
Pok Yo terkilan isu cerai dikait politik Posted: 19 Jul 2012 08:55 PM PDT Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku? Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik. Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini. Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi. Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan. | ||
Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina, kata Ridhuan Tee Posted: 19 Jul 2012 08:53 PM PDT "Dalam perlembagaan Melayu itu adalah Islam. "Sebab itu saya mementingkan Melayu walaupun saya adalah orang Cina," kata Dr Ridhuan Tee, yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik parti pembangkang. | ||
AMOK OR DRUNK: Police must come clean on renegade inspector - MCA Posted: 19 Jul 2012 08:51 PM PDT The Royal Malaysian Police have to be impartial and prompt in their investigation concerning the issue in Seremban whereby a police officer was caught on camera pistol whipping a hotel employee. The police force should investigate the incident with a high degree of justice, responsibility and transparency in order to give an explanation to the public It was allegedly reported that the said police officer had drunkenly attacked a hotel employee after an argument by hitting him repeatedly with his pistol and had later on vandalized several cars. The police officer has now been arrested and is under investigation. What if he had opened fire? The CCTV footage of the police officer hitting a civilian is outrageous, and I shudder to think of the consequences should the police officer had decided to open fire with his pistol instead of using it as a hammer to hit others. It is the responsibility of the police to maintain social order and to protect lives and ensure the safety of property. In performing their duties they are granted the right to bear arms, but in doing so they must be extremely discipline and be of professional conduct. Certainly they must be expected to acquire higher standards than that of the ordinary layman. Such actions by the said officer have shown that he is a threat to public safety and this is intolerable. Should the police not provide a clear explanation to the public, their credibility will undoubtedly suffer a severe and crucial blow. Datuk Dr Ir Wee Ka Siong is MCA Youth National Chairman & Member of Parliament for Ayer Itam | ||
PRU terburuk : Jaminan Pengerusi SPR, ia tak berlaku !! Posted: 19 Jul 2012 08:49 PM PDT Semasa taklimat kepada semua parti-parti politik bagi menghadapi PRU ke-13 kelmarin, Pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihan Raya) Tan Sri Abd.Aziz Yusuf menyatakan rasa kesalnya kerana sebelum ini ada pihak-pihak yang mendakwa PRU-ke13 akan datang ini adalah PRU yang paling buruk dalam sejarah. Menurutnya, tuduhan sebegini tidak wajar, kerana SPR telah dan sedang berusaha membuat beberapa perubahan agar PRU ke-13 nanti akan menjadi pilhanraya yang paling bersih dan terbaik. Ini diperkuatkan lagi dengan penggunaan dakwat kekal, yang beliau sendiri memberi jaminan, confirm akan dilaksanakan !! Alahai Tan Sri ! janganlah nak megah sangat dengan pelaksanaan dakwat kekal ! Itu baru satu perlapan dari tuntutan BERSIH!, yang lain-lain tu bagaimana? Yang paling penting senarai daftar pemilih !, sudahkah dibersihkan senarai pengundi hantu yang sudah begitu lama bersarang dalam daftar? Begitu juga ratusan ribu rakyat asing yang sewenang-wenang didaftar sebagai pemilih. Ada dato' sebut perkara ini dalam taklimat?? Apa-apa pun mari kita berbaik sangka dengan SPR ! Harap-harap biarlah PRU kali ini akan menjadi PRU yang terbaik dalam sejarah seperti yang dijamin oleh Tan Sri. Oleh : rahimothman | ||
'Kerajaan Islam tak boleh jatuh, kerajaan kebangsaan boleh dijatuhkan' Posted: 19 Jul 2012 08:36 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan yang mengamalkan dasar kebangsaan boleh ditumbangkan setelah diberikan peluang dan nasihat oleh rakyat. Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Kelantan itu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Syeikh Dr Sulaiman, yang menegaskan adalah haram untuk menjatuhkan kerajaan Islam. "Apa yang dikatakan Syeikh itu betul, Kerajaan Islam tak boleh jatuh, tetapi kerajaan kebangsaan boleh jatuh," katanya selepas majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri, di sini semalam. Sebuah akhbar semalam melaporkan kenyataan Dr Sulaiman yang menegaskan tindakan menjatuhkan kerajaan Islam tidak dibenarkan, apatah lagi kerajaan yang diganti boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar. Terdahulu, Nik Aziz dalam majlis itu menyerahkan replika banglo sumbangan Kerajaan Negeri kepada juara tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali bernilai RM250,000. Berucap di majlis itu, Nik Aziz mengucapkan syukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud yang diperjuangkan Kelantan sebelum ini. | ||
Pengganas Islam, komunis menyusup masuk parti PR adalah propaganda SB Posted: 19 Jul 2012 08:33 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai — Laporan tentang pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan bekas komunis menyusup masuk dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah propaganda polis Cawangan Khas (SB) yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional semakin terdesak, kata Lim Kit Siang hari ini. Read More / Baca Lagi >>Ahli politik veteran pembangkang itu turut mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mendapatkan penjelasan polis, siapakah ahli kumpulan yang disebutkan dan kenapa polis dibenarkan untuk menyebarkan "cerita mengarut" yang dibawa oleh agensi berita kerajaan, Bernama semalam. "Adakah kerajaan Umno/BN semakin terdesak dalam menghadapi cabaran dari PR sehingga terpaksa menggunakan Cawangan Khas untuk menakutkan orang ramai, mereka-reka cerita mengarut tentang JI dan komunis menyusup masuk dalam PR, terutamanya PAS dan DAP, untuk menyerang PR secara tidak demokratik?" kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam kenyataannya pagi ini. | ||
Mat Sabu: PAS ganti perangai Umno bahaya...!! Posted: 19 Jul 2012 08:31 PM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menaruh harapan besar kepada NGO, seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk bekerja kuat bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak asasi daripada "belenggu yang menyeksakan". Bahkan beliau menggesa NGO lain seperti Asal Bukan Umno (ABU) menjadi "kumpulan pendesak" untuk mengkritik dasar kerajaan khusus Pakatan Rakyat jika meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan sebelum ini, sekiranya berlaku. Mohamad berkata jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih khususnya Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" untuk mempertahankan kuasa mereka. "Sebab itu slogan PAS ganti Umno ini cukup bahaya. Saya bimbang mereka (betul-betul) ganti perangai Umno. Kalau perkara itu timbul, tugas NGO ini (menentangnya). "Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi (perlu) terus hidup dan kuat , walaupun sesiapa sahaja memerintah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Merdeka: Pakatan diseru tidak guna 'Janji Ditepati' Posted: 19 Jul 2012 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menggunakan tema Hari Merdeka kerajaan Umno Barisan Nasional iaitu "Janji Ditepati". Read More / Baca Lagi >>"Tema itu direka khusus untuk kempen pilihan raya Umno BN dan bukan tema yang berjiwa patriotik yang boleh dikongsi oleh semua rakyat," katanya. Tema "Janji Ditepati" itu, katanya, adalah tema yang bersifat kempen yang tidak berbeza sama sekali dengan kempen lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Jika rakyat tidak mahu menyambut Hari Merdeka secara terbuka tahun ini, jangan salahkan mereka kerana itu salah kerajaan Umno BN sendiri. | ||
Janji Ditepati: Perayaan Kemerdekaan jadi hak peribadi UMNO@BN Posted: 19 Jul 2012 08:27 PM PDT
Saya terbaca kenyataan yang berbagai oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim selaku Pengerusi Perayaan Kemerdekaan Peringkat Nasional yang merayu supaya semua rakyat Malaysia ketepikan fahaman politik masing-masing dan merayakan bersama perayaan kemerdekaan tahun ini. Read More / Baca Lagi >>Saya mengalu-alukan rayuan beliau itu kerana "Kemerdekaan" adalah kepunyaan kesemua rakyat Malaysia dan harus dirayakan bersama sebagai Bangsa Malaysia. Saya sendiri pernah menjadi Pengerusi Perayaan Kemerdekaan selama 7 tahun (1999 – 2006). Pada waktu itulah pihak kerajaan telah menukar konsep perayaan dari Perayaan Hari Kebangsaan (perayaan rasmi selama 1 hari) kepada Perayaan Bulan Kemerdekaan --- perayaan selama sebulan). Tarikh yang ditetapkan juga merangkumi 16 September, iaitu untuk menghormati rakyat kita di Sabah dan Sarawak yang mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 16 September. | ||
Cerita Ustaz Azhar Dikacau Hantu - Ustaz Azhar Idrus Posted: 19 Jul 2012 06:00 PM PDT | ||
Di mana BASHAR AL-ASSAD Dan Keluarganya? Posted: 19 Jul 2012 05:58 PM PDT Di mana Presiden Bashar Assad?. Ia masih tidak diketahui. Khabar angin yang tersebar di Twitter mengatakan bahawa beliau mungkin berada di bandar pantai Latakia. Walau bagaimanapun, laporan dari Reuters mengatakan bahawa Menteri Pertahanan Syria yang baru telah mengangkat sumpah pada hari Khamis (19 Julai 2012) di hadapan Assad menggambarkan seolah-olah presiden masih berada di Damascus. Laporan Associated Press pula mengatakan lokasi kedudukan presiden, isteri dan tiga anak kecil mereka masih belum diketahui. Assad semakin jarang muncul di khalayak ramai, kemunculannya semakin menjadi perhatian sejak rejim menerima serangan hebat kelmarin. | ||
Islamists, Reds infiltrating Pakatan an SB spin, says Kit Siang Posted: 19 Jul 2012 05:55 PM PDT KUALA LUMPUR, July 20 — Reports that Jemaah Islamiah (JI) terrorists and former communists are infiltrating Pakatan Rakyat (PR) parties to be fielded as candidates are a police Special Branch "spin" that reflects the ruling Barisan Nasional's (BN) desperateness, Lim Kit Siang said today. Read More / Baca Lagi >>The veteran opposition leader also dared Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein to get the police to explain who were such closet leaders and why they allowed the police to go public with the "cock and bull story" carried by state news agency Bernama yesterday. "Have the Umno/BN leadership become so desperate in the face of the democratic electoral challenge from Pakatan Rakyat that they have to get the Special Branch to conjure up the latest scare, a 'cock and bull story' of the JI and communists infiltrating Pakatan Rakyat parties, in particular PAS and DAP, to prepare for an undemocratic pre-emptive strike against the Pakatan Rakyat?" the Ipoh Timor MP asked in a statement this morning. Lim (picture) also questioned if this was an attempt by the Special Branch to justify its RM381 million allocation from the RM6.3 billion police budget for 2012. The Bernama report yesterday quoted Special Branch chief assistant director of the E2(M) national social extremist threat division Mohd Sofian Md Makinuddin at the National Young Leaders Convention in Parliament yesterday, claiming that JI elements were trying to infiltrate PAS while the communist elements were trying to infiltrate the DAP. | ||
SPRM serbu UDA kerana bekas pegawai kanan..bila nak serbu Menteri deh..!!! Posted: 19 Jul 2012 05:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai — Menurut sumber dalaman yang tidak mahu namanya dikenali semalam, badan pencegahan rasuah mengambil fail dari UDA Holdings Bhd berkaitan dengan penyiasatan terhadap kes tuntutan kewangan yang tidak berasas bekas pegawai kanan berjumlah RM1 juta. Read More / Baca Lagi >>The Malaysian Insider difahamkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif, Datuk Jaafar Abu Hassan, yang meninggalkan syarikat pemaju hartanah milik kerajaan pada bulan Jun 2011. "Pegawai SPRM datang dan ambil beberapa fail berkaitan dengan tuntutan kewangan yang ditemui ketika pemeriksaan audit dijalankan," kata sumber kapada The Malaysian Insider. Difahamkan lagi, UDA telah mengambil tindakan sivil untuk mendapatkan kembali wang yang dibayar bagi tuntutan kewangan tersebut. | ||
Nasrudin : Selebriti Dan Artis Dalam Pas Bukti Parti Itu Bukan Fanatik Posted: 19 Jul 2012 05:50 PM PDT SHAH ALAM, 20 JUL : Sambutan hangat dari kalangan selebriti tanah air terhadap perjuangan PAS sejak kebelakangan ini membuktikan parti itu bukanlah fanatik agama semata-mata dan menolak hiburan. Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, PAS berjaya memberi pemahaman kepada golongan selebriti dan masyarakat umumnya bahawa parti itu adalah fleksibel dan menerima hiburan berasaskan syarak. Beliau berkata, masyarakat kini lebih bijak menilai dan tidak lagi dimomokkan dengan dakwaan Umno-BN yang kononnya PAS berfikiran sempit dan akan menyebabkan negara kucar-kacir sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia kelak. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan