WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan. Posted: 15 Jul 2012 03:19 AM PDT 3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan.Laporan dan foto: Amiruddin AhmadKUANTAN 14 Julai: Lebih 3000 hadir di Bukit Pelindung, Kuantan bagi menyertai Perhimpunan Anti Lynas dan membantah pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan. Himpunan itu dianjurkan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan mendapat sambutan hebat dari penduduk Kuantan. Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, rakyat yang hadir himpunan itu membantah sikap tamak dan angkuh kerajaan BN yang tidak mempedulikan kesan radioaktif akibat projek tersebut kepada penduduk setempat. Kerajaan katanya, membenarkan Lynas beroperasi demi mendapatkan pelaburan RM8 bilion tanpa menghiraukan keselamatan rakyat. "Sambutan di Kuantan ini membuktikan masyarakat Kuantan khasnya tidak mahu akan kilang ini (dibina)," katanya. Salah satu acara yang dianjurkan petang ini ialah memberi peluang orang ramai mengundi sama ada membantah atau menyokong industri pemprosesan nadir bumi. Acara itu adalah sindiran kepada kerajaan BN yang tidak mahu melakukan pungutan suara penduduk sebelum membina projek nadir bumi yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Turut sama menyertai perhimpunan itu Jawatankuasa Majlis Peguam sebagai pemerhati. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32807 LAPORAN SABTU.BERITA DAN GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan