Ahad, 15 Julai 2012

dollah yankee

dollah yankee


Selamatkan masjid ini.

Posted: 15 Jul 2012 01:27 AM PDT

siri: 1


Masjid Wan Chik Arrifin, atau masjid  Mat Ariff, ada lah sebuah masjid melayu yang terletak di Kampong Dodol off Jalan Perak didalam bandaraya Georgetown, Pulau Pinang. Ianya telah telah dibina pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 olih seorang ahli perniagaan dan saudagar islam yang berjaya yang telah membawa sekumpulan pekerja-pekerja dari Colombo,Ceylon dengan hanya mengayuh sebuah tongkang yang dikayuh dengan perjalanan nya yang berbulan-bulan untuk membinanya dan juga sebagai mengenang jasa dan mengingati ayahandanya Mohammad Ariff Mohamad Tajudin (yang mana rumah agamnya kini telah menjadi New Savoy Hotel berhadapan dengan New Wold Park di lorong Hutton yang juga dihadapan nya ada sebuah 'kedai kopi' dan adalah merupakan tempat gurkah-gurkah politik di'port' bersidai dan menjadi 'point' untuk sebarang temu janji).


Biarpun dibesarkan dengan pendidikan barat @ pendidikan orang putih, Ariff Wan Chik ini merupakan seorang alim dan telah menjadikan hukum-hukum islam sebagai panduan dalam kehidupan dan perniagaan nya termasuk menerapkan nya kepada masyarakat-masyarakat setempat yang berhampiran.


Sepanjang hidup nya Ariff Wan Chik ini telah banyak berjasa kepada komuniti-komuniti orang-orang islam di dalam bandaraya ini pada kurun itu. Dan dia juga telah mendermakan sebahagian daripada tanah-tanah miliknya kepada City Council of Georgetown (semasa itu, kini Majlis Perbandaran Pulau Pinang) untuk tujuan pembanggunan dan Jalan Ariffin off Jalan Transfer, Halaman Ariffin off Jalan Burmah yang terletak ditengah-tengah bandaraya Georgetown ini menjadi saksi apabila nama-nama jalan-jalan ini dinamakan sebagai membalas jasa dan budi baik beliau.


Kini, pada hari ini, masjid ini hanya menunggu kelulusan dari pihak yang berkuasa yang bakal di robohkan olih orang-orang melayu yang pro-umno yang tamak haloba yang telah menggunakan jawatan mereka sebagai paspot untuk mengaut keuntungan peribadi apabila rebahnya masjid yang penuh dengan rahmat ini, yang mana perancangan nya kini sedang berjalan lancar dan secara diam-diam.


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' akan cuba sedaya-upaya untuk mempertahankan masjid yang penuh bersejarah ini.





Tiada ulasan: