Rabu, 11 Julai 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LAGI PENCERAHAN SANDIWARA DARI PEMBACA

Posted: 11 Jul 2012 05:39 PM PDT





KALAU PAKAI INI MUNGKIN OK





PENCERAHAN DARI PEMBACA

2 hari selepas kes ni, Akta Keharmonian Nasional diumumkan. Kebetulan? :)
By Manufacture Consent on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/12/12

Jgn pening2 badak, Jgn pikir sampai muntah-muntah, Jgn baca blog pelik berkali-kali, Jgn kaji-kaji ayat yg pening2, Nnt semua jd bodoh, Semua muntah-muntah, Semua jadi boroi, Semua pakai topi lanun, Kena tipu!! Oleh BIK MAMA..!!
By Anonymous on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/12/12

Iman Mahdi turun kat Malaysia tak pakai baju. Sapa yang percaya memang dia lembu macam Utusex!Kah..Kah..Kah.Malaysia boleh!
By Anonymous on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/11/12

dan terbaru sebagai tambahan aku juga usha blog2 yang jaya negara ni follow,blog2 yang dia follow ni semuanya adalah lebih ke arah pro umno bn,korang leh usha beberapa senarai blog yang jaya negara ni follow,kata nak tumbang kerajaan bagai,tapi dia follow blog yang pro kerajaan,bunyi nama blog macam ada unsur islamik atau konspirasi,tapi bila aku baca sebahagian artikel blog yang di follow oleh jaya negara tu ada sebahagian artikel yang menyokong kerajaan,korang ushalah sendiri
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/11/12

syed u live inside the closed box. penakut nak ckp ini sandiwara sauk al maunah buatlah cerita rambo bodoh kau tu lepastu api2kan lagi, ckp dlm tulisan kau tu imam mahdi tak ada, kemudian kau kaitkan dgn agenda syiah
By Anonymous on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/11/12




ini rancangan yg lebih besar lagi - satu peluru silap2 kununnya nak kena seribu islam liberal lawan islam konservatif lawan islam plural lawan islam wahabi lawan islam shiah lawan sama sendiri sama tak mcm skrip di iraq? kesudahannya tak boleh jadi, terpaksa dilakukan demi 'keselamatan dan ketenteraman serta keamanan' keluarga besar bik mama tanda-tanda hari-hari akhir gerombolan
By Anonymous on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/11/12

ada beberapa lagi kelemahan dan keraguan,kalau baca view complete profile since blogger on may 2012,dan gambar profile blog dia kenapa mesti sama dalam Fb dia,ini menandakan,fb dan blog dia baru di cipta,orang lain pun blogger gak,tapi mesti profile pic tak sama,aku pun confiuse sebab aku pun ade buat blog,ini semua konspirasi nak olah persetujuan yang ada bermotifkan kuasa dan politik,serta mendominasi undang2 negara ke atas rakyat..lebih baik siasat lebih lanjut..

ini senjata terbaik kita untuk mencari kelemahan pemimpin zalim yang cuba mereka2 peristiwa ini,kerana aku merasa sangsi akan plot manusia yang dikatakan imam mahdi ini ini adala profile jaya negara

http://www.blogger.com/profile/01682960284487878786 on blogger since may 2012, baru lagi ni akunye profile blog since october 2009 aku taruk pic anak aku,kat fb muka aku la..tapi jaya negara ni lain macam blog dicipta may 2012 cuba siasat akaun fb dia bila dia bikin?atau last update dia di fb? ya..ini adalah konspirasi See more...
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/11/12



It is possible that the samurai guy was high on meth(syabu). People high on meth can go on rampage(amok) to kill. This has been well documented.
By Anonymous on SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MEN... on 7/11/12

Aku dari hari kejadian nak tanya warna darah tu macam dalam drama swasta la, ke memang warna darah macam tu? huhu
By Anonymous on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... on 7/11/12

Aiseh.. tak sempat aku nak melawat blog imam madi tu. Dan2 terus remove. Arrgghh bikin pusing gue pikirin hal ngga masuk akal inih!
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12


SABTU INI KITA BERNINJA




PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI

Posted: 11 Jul 2012 12:21 PM PDT




SILA PILIH JEMPUTAN BUAT RAMAI


sila cari program menghasut
yang selesa di datangi
ada di petaling jaya
ada di melaka
ada di temerloh

pilih dan cari
berdemo hari sabtu ini pun ada

lepas demo ada pesta
ini pesta merayakan
lagu lagu jalanan
lagu lagu demo


JEMPUTAN PROGRAM MELAWAN






















BETUL KE MAT SAMURAI ITU MATI?

Posted: 11 Jul 2012 10:48 AM PDT





NOTA:

kena tembak di peha
kena tembak di tangan
tetiba mati

kalau mati mana kuburnya?



DARI FB BADAR DING




99 % BLOG JAYA NEGARA ITU CIPTAAN AMNO HARAMJADAH
---------------------------------------------------------------------------


KENAPA IA DIKATAKAN CIPTAAN 'UMNO' ??????


1. BLOG ITU HANYA DIREKA MULAI AKHIR MEI 2012...KONSIDER BLOG YANG AMAT BARU SANGAT. TETAPI AGAK PELIK SIKIT PENULISANNYA BANYAK DAN PADAT SEHINGGA 30 JUN 2012.

2. BLOG BARU...TETAPI AGAK PELIK MACAM MANA 'TOPIK-TOPIK' YANG DITULIS SEHINGGA 30 JUN 2012...TEMANYA, CERITANYA DAN ISINYA PULA BOLEH DIKATAN HAMPIR-HAMPIR SAMA DAN SERUPA JER

3. BELUM PERNAH TERJUMPA 'TUAN BLOG' MEMAPARKAN RUPANYA WAJAHNYA YANG SEBENAR 'TAK PAKAI BAJU' DALAM BLOGNYA...kah kah kah

4. KEBANYAKKAN TOPIK YANG DITULIS DALAM BLOG ITU IALAH 'TIBAI/ HENTAM' RAJA-RAJA KHASNYA SULTAN SELANGOR DAN SULTAN JOHOR.

MAT SAMURAI DAN MINAH NINJA


5. GAMBAR DALAM BLOG JAYA NEGARA 'TUAN BLOG' TAK PAKAI BAJU. TIBA-TIBA ' TUAN BLOG' PERGI NAK SERANG PEJABAT JPM PUN TAK PAKAI BAJU JUGA...kah kah kah

6. MUNGKIN 'TUAN BLOG' DAH STANDBY DAKWAT MERAH ATAU PEWARNA MERAH. BILA PASUKAN POLIS DATANG LEPASKAN TEMBAKAN...SAPUKAN JER DAKWAT MERAH TUU PADA BADAN...BAGI NAMPAK KENA PELURU...kah kah kah. BUAT DRAMA LAA woit...kah kah kah...kah kah

7. woit...'TUAN BLOG' TAK MATI DI SITU...DIA DIKATAKAN MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL. MASA DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL 'TUAN BLOG' BANGKIT LAA woit...kah kah kah.

8. SELEPAS INI AKAN DITUNJUKAN SEBIJI KERANDA KONONNYA 'TUAN BLOG' BERADA DALAM KERANDA TUU...kah kah kah. KEMUDIAN AKAN DITUNJUKKAN PULA UPACARA 'PENGKEBUMIAN'. woit...SIAPA YANG DIKEBUMIKAN TUU..? kah kah kah

9. BILA TAKUT ORANG RAMAI DAPAT TAHU BLOG ITU ADALAH CIPTAAN 'UMNO'...TERUS TUTUP...TERUS MATIKAN BLOG TUU...kah kah kah


10. KELEMAHAN PENGARAH DAN CREW 'BLOG' INI IALAH KUTUK NAJIB SIKIT SANGAT. DIKATAKAN NAJIB RAMBUT SIKIT DAN PENIPU...kah kah kah

..." SEPATUTNYA KATAKAN...RAMBUT NAJIB BANYAK MENIPU SIKIT...kah kah kah " — with Yahaya Rahman, Bob


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BETUL KE MAMAT SAMURAI INI MATI?.... kah kah ah




SANDIWARA ITU DI TERUSKAN LAGI - KOMEDI SERAM MENJADI LAWAK BODOH

Posted: 11 Jul 2012 03:12 AM PDT



PERTANYAAN DARI TUKAR TIUB


sudahkah dikapankan?
sudahkan dikebumikan?
dimana di kebumikan?

ada pembaca yang tahu!

al-fatihah



KALAU MACAM INI MASUK AKAL






NOTA:
kalau pakaian samurai macam ini
baru amsuk akal untuk menyerang
ini pakai levis golok
dan tak ada baju
boroi pulak tu
kah kah kah




PENCERAHAN DARI PEMBACA
Berita petang ini terus belit dan umum yang pisau pemotong daging dan pedang samurai diguna untuk menyerang!
By yb on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... at 5:37 PM

pelakon2 diambil dari mereka yg mempunyai masalah.....
By Anonymous on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... at 5:05 PM

Itulah Malaysia apa pun boleh? PM ex salesman kapalselam komisen 1/2 Billion mak oi! Jadi PM pun tumpang tui tuah ZZZZZZZ.....beli cincin berlian di kumpol dari kecik duitnya...hau hau hau hau.....lahabau!
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... at 4:31 PM

ada komen pembaca yg keliru. bapa yg umur 55 tahun tu ialah bapa kepada wanita tu. baca betul. namun, setuju kes ini mmg pelik
By Anonymous on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... on 7/11/12

Lelaki Khalil Afandi 47 Perempuan Muhdalina Ahmad 25 -> ni rasanya dhuda dlm blog dia.. Media massa sudah spin kata internet jadikan Mudalina ni taksub.. So adakah kemungkinan Internet akan ditapis habis-habisan.. jeng jeng jeng..
By Anonymous on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... on 7/11/12

Bro, Citer nie leh dapat box office ker??? Aku tak mahu pertikai banyak sgt,alasan menembak mangsa mcm tak logik, senjata cuma pedang samurai bukan M16 siap grande Launcher ker? Bagi aku polis boleh tangkap mamat nie dgn senang, ada 2 org jer musuh... Mana silat perang /silat tempur masa belajar kat Kem dulu..

Dari segi logistik dan kelengkapan perang musuh mmg hancur giler, kekuatan tempur pun tak power(2 org nak lawan ramai)ingat rambo ker...rambo pun lawan pakai senjata berat... Kalau aku jadi polis putrajaya aku malu tembak mamat tu...kan ada pistol current tu, guna yg mcm tu jer dah boleh tangkap mamat tu...kalau 5 lawan satu pun leh tangkap mamat tu...Script cerita fail or mamat tu mmg bodoh giler.
By Anonymous on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... on 7/11/12

SOROK MUKA


Amboi... Bapanya baca STAR..?
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Kalau tgk gambar memang macam dia.. blog ntah hape.. pening nak baca http://jayanegara65.blogspot.com/ email jayanegara1234@gmail.com Facebook https://www.facebook.com/jaya.negara.10 Motor BHB 1541 perempuan tu dhada ke yang salu komen blog dia? memang macam tak betui.. adakah blog2 akan diharamkan sebab boleh membuat orang gila kah kah kah
By Anonymous on SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAI... on 7/11/12

kalau tgk blog yang dikatakan arwah pengendalinya (http://jayanegara1234.blogspot.com/) , ada komen2 yang dihantar pada 10july telah "This comment has been removed by a blog administrator." dan "This comment has been removed by the author". Timbul kesangsian siapa yg tuan punya blog sebenarnya? Sedangkan arwah dah xde pada 10july.


Siapa yang tulis?? Siapa yg moderate?? Pihak berkuasa kena cari mereka2 yang sedang maintain blog tu, baru blh tahu kaitan antara arwah dengan peristiwa ni. Kalau tak akan menimbulkan kesangsian. Lagipun blog ni baru je setup bulan June. Hari2 tulis artikel sampai la g mengamuk. Macam tersusun pulak .. PELIK AJAIB HAIRAN
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," kahwin dengan pemandu lori...
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

kalau isteri hang mengandung ..aku rasa bukan sebab hang punya projek..tapi sebab UMNO lah kot...huk..huk..huk....apalah punya ke dajjal punya pemikiran
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU...



BAHAN BAKAR PETROL DAN KUASA KAUM KAPITALIS DUNIA

Posted: 10 Jul 2012 10:39 PM PDT



TIDAK ADA SANGKUT PAUT DENGAN ISLAM








MEMAHAMI MINYAK DAN POLITIK DUNIA

Apa sahaja tulisan yang cuba menghuraikan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah – tanpa memahami ekonomi dan kepentingan kaum pemodal – maka analisa itu akan kantoi. Hasilnya bukan satu analisa yang kukuh yang boleh membawa pencerahan tetapi cakaran perasaan ' kesukuan mazhab' yang amat cetek dan kurang ilmiah.

Analisa politik tanpa ekonomi akan menghasilkan analisa yang tidak mendalam yang hanya berupaya membincangkan nama watak, nama tempat dan apa yang telah atau sedang berlaku. Politik Timur Tengah tanpa diikat rapat dengan bahan bakar petrol bukan satu analisa politik yang tuntas.

Saya perhatikan masih ada lagi yang gagal memahami konflik antara Amerika dengan Syria. Masih ada lagi yang mengira mayat di Syria sebagai tanda kezaliman Presiden Bashar. Yang menjadi lawak sedih ialah apabila tukang kira ini juga – mungkin kerana mangsa guruh – telah tidak pula mengira mayat-mayat yang terus bergelempangan di Pakistan akibat serangan drone. Drones ini ialah kapal terbang pengembom tanpa pemandu milik kuasa imperialis Amerika.

Ramai yang masih berpendapat bahawa apa yang sedang berlaku di Syria ialah pertembungan antara mazhab Shia dengan Sunni. Pandangan ini salah. Pandangan inilah yang sedang dijual oleh media antarabangsa. Inilah juga 'cerita' yang dipungut oleh Pak Lebai dan Pak Khatib ketika mereka cuba memberi 'kuliah pencerahan'. Kuliah perncerahan berbentuk ini samalah saperti Rosmah Mansor memberi kuliah tentang berjimat cermat – sesat lagi menyesatkan.

Sekali lagi disini saya nyatakan bahawa apa yang sedang berlaku di Timur Tengah khususnya di Syria adalah hasil perancangan kaum pemodal antrabangsa bersama NATO. Rancangan untuk mengubah lanskap politik Timur Tengah telah lama di rancang.

Seymour Hesh pada 5 March 2007 dalam majalah New Yoker telah membocorkan dengan panjang lebar strateji Amerika yang baru untuk menundukkan rejim-rejim yang dilihat gagal untuk menjadi barua setia saperti Saudi Arabia.

KAPITALIS BERGERAK TANPA AGAMA



Jantan Yahudi yang bernama Seymour Hesh ini pada tahun 1969 telah memeranjatkan dunia dengan laporan My Lai. Ini adalah berita jenayah perang Presiden Richard Nixon di Vietnam. Orang-orang kampong di My Lai telah dibunuh beramai-ramai oleh soldadu Amerika dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan Gerakan Pembebasan Vietnam.

Wartawan ini juga telah bertanggung jawab membocorkan berita tentang apa yang sedang dilakukan oleh soldadu Amerika terhadap para tahanan di Abu Ghraib Iraq pada tahun 2004. Laporan Abu Gharaib ini telah mensahehkan sekali lagi bahawa kempen 'demokrasi dan hak asasi' yang dibawa oleh Amerika ke Timur Tengah hanyalah tipu helah untuk menaklok telaga minyak di Iraq

Menurut Seymour dalam tulisannya yang bertajuk Redirection dalam majalah New Yorker; pada tahun 2007- satu rancangan telah diatur untuk memastikan semua rejim-rejim yang dilihat degil dan tidak sudi tunduk kepada Amerika akan dijatuhkan. Antara perancang projek ini ialah Dick Chenny, Donald Rumsfled, dan Paul Wolfowitz. Termasuk juga Zalmay Khalilzad yang berasal dari Afghanistan.

Selain dari menawan telaga minyak, rancangan ini juga untuk memastikan negara-negara ini akan dipaksa untuk membuka pasaran. Iraq yang tidak membenarkan syarikat minyak milik imperialis melabor cari gali telah menjadi sasaran utama. Libya dibawah Muammar Gadaffy dilihat bahaya kerana dengan duit minyak Gaddafy telah dapat membantu negara Afrika untuk menolak kemasukan soldadu Amerika ke bumi Afrika. Manakala Iran ketika ini sedang dikepong dengan sekatan ekonomi yang bertujuan melemahkan untuk senang ditaklok.

Latar belakang projek Timur Tengah Baru ini ialah perang Iraq. Dalam pertempuran dengan gerila Iraq jelas kelihatan kekuatan bala tentera Amerika telah menerima tentangan hebat. Tentangan yang amat hebat telah dilakukan oleh rakyat Iraq - dari semua mahzab anak semua bangsa.

Dengan secara terancang untuk mengalahkan gerila pembebasan ini, Amerika telah memasukan jarumnya untuk melaga-lagakan warga Iraq. Amerika melalui ajen-ajennnya telah mengebom masjid dan tempat ibadah mazhab Shiah. Kemudian ajen yang sama akan pergi mengebom pula masjid Sunni.

DOLAR MEMAKAI BAJU ISLAM



Apakah kita semua lupa dengan nama Abu Musab al- Zarqawi – ketua gerila Sunni berkaki satu - yang cukup hebat menyerang soldadu Amerika. Sandiwara Zarqawi menjadi 'absurd' apabila dilaporkan juga bahawa si Zarqawi ini juga bermata satu. Sebenarnya si Zarqarwi yang licik ini hanyalah permainan propaganda Amerika dalam strateji pecah dan perintah.

Sama ada Zarqawi berkaki tiga atau bermata tujuh wujud atau tidak telah menjadi tidak penting. Apa yang penting melalui ' ledakan bom' telah berlaku keretakan dalam setiakawan menentang imperialis dikalangan warga Iraq. Di bawah Saddam Hussein konsep pemisahan antara Sunni/Shiah telah cuba dibasmi. Kini perbezaan antara Sunni dengan Shiah telah digunakan oleh kuasa imperil Amerika untuk memadamkan gerakan gerila menentang mereka.

Dengan senyap-senyap Amerika juga telah memberi kelengkapan senjata kepada 'kumpulan Shiah' yang sedang naik minyak kerana masjid mereka dibom. Maka bermulalah pertelingkahan mazhab secara tersusun di bumi Iraq.

Racangan licik ini sekali pandang memperlihatkan bahawa strateji ini menguntungkan Iran. Ini kerana rejim baru yang dinaikkan ke atas tahta di Baghdad adalah politikus Shiah yang amat bersimpati terhadap Iran.

Awas! Tidak bagitu senang dibaca rancangan jahat ini. Jangan tersilap baca. Kaum pemodal dan kuasa imperial Anglo-Amerika bukan hanya merancanag untuk Iraq dan Iran, malah seluruh Timur Tengah. Lanskap politik baru dengan kemunculan rejim Shiah di Iraq yang ' tidak memusuhi Iran' telah menakutkan Saudi Arabia dan juga semua Negara-negara Telok. Apabila Saudi takut maka jarum Amerika telah berjaya.

Disini muncul pula Putera Bandar bin Sultan sosok yang amat dipercayai oleh Raja Fahad. Semenjak tahun 1983 hingga tahun 2005 , selama 22 tahun Bandar telah menjadi Duta Saudi ke Amerika. Ketika inilah Bandar telah bekerjasama dengan kumpulan Neo-Con untuk merancang dan mengubah lanskap politik Timur Tengah.

Kerjasama antara keluarga Saud dengan zionis Israel menjadi lebih mesra. Saudi dengan duit petrol telah berjaya 'mematahkan' revolusi Palestin. Perjuangan bersenjata Palestin kini menjadi mandul apabila banyak pemimpin Palestin terperangkap dengan 'petro dollar' yang dihamburkan oleh Saudi dari bertempur dengan zionis Israel.

Harus diterima hakikat sebagai fakta sejarah bahawa Saudi dengan kerjasama Amerika dan CIA telah melahirkan Usama Bin Ladin dan juga apa yang dikenali sebagai Al-Qaeda. Dengan 'petro dollar' Saudi telah membiyai banyak kumpulan-kumpulan 'salafi dan wahabi' yang memiliki pandangan kolot, reaksionari, anti-perempuan dan kanan.

Sokongan Saudi ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Agama untuk kaum kerabat Saud hanyalah telaga minyak yang menghasilkan petro dollar. Dengan menyokong kumpulan reaksionari Islam ini , keluarga Saud akan terus dapat bertahta diatas telaga minyak di Semenajung Arab. Melalui petro dolar Saudi dilihat sedia 'berbelanja'. Ini akan mententeram suasana penentangan terhadap rejim keluarga Saud.

RAMAI MELAYU KENA KELENTONG




Penentangan Saudi terhadap Iran ini juga tidak ada sangkut paut dengan teoloji Islam, mazhab Sunni atau mazhab Shiah. Keluarga Saud menentang Iran kerana Iran sebuah republik. Ketika Iran dibawah Ahamad Reza Pahlevi dahulu hubungan keluarga Saud dan Pahlevi ini adalah baik dan tidak bermusuh. Kedua-dua Raja ini berlumba-lumba untuk menjadi barua Amerika. Dua negara ini berlumba-lumba membeli senjata dari kuasa Anglo- Amerika

Iran telah menghumbankan sistem beraja yang tidak wujud dalam teoloji Islam. Tetiba Iran menjadi musuh. Dengan serta merta konflik Sunni/Shiah menjadi ajenda utama. Iran membawa garis kesedaran baru untuk rakyat tertindas. Bayangkan jika umat Islam memiliki kesedaran bahawa dalam Islam tidak ada Raja , Shah, Malik atau Sultan – inilah yang mengerunkan keluarga Saud di Riyadh.

Dibelakang Saudi ini ialah kuasa imperialis Anglo-Amerika dan syarikat minyak antrabangsa. Mereka memberi sokongan yang kuat kepada keluarga Saud. Keluarga Saud juga semakin intim hubungan mereka dengan Israel. Malah Israel dan Saudi terus menggalakan Amerika untuk menyerang Iran. Kepada Saudi Arabia jika Iran ranap maka berulah mereka dapat bertenang.

Wajib juga kita semua sedar bahawa satelah PLO mandul dan gerila Palestin meninggalkan gerakan bersenjata , kumpulan yang masih berjuang mengangkat senjata hanya Hamas dan Hisbullah. Hamas kini menjadi pentadbir di Gaza. manakala Hisbullah menjadi satu gerakan politik yang ampuh di Libanon

Didalam Projek Timur Tegah Baru – Hisbullah yang disokong oleh Syria dan Iran ini dianggap 'terrorist/pengganas' oleh Amerika. Tetapi untuk warga Palestin dan warga Lebanon Hisbullah adalah wira Arab yang masih berani mengangakat senjata melawan zionis Israel. Jika Syria atau Iran di serang tidak dapat tidak Hisbullah akan pasti menyerang Israel.

Pusing punya pusing kita akan sampai juga kepada Israel – punca segala masalah di Timur Tengah. Negara 'pasang siap' made in Amerika ini telah dipasang pada tahun 19848 dahulu sebagai strateji kuasa imperil untuk menggangu gugat bumi Arab.

Isreal kalau dikaji dengan rapi maka kita akan membuat rumusan bahawa Israel inio hanyalah pengkalan tentera Amerika yang tercanggih. Tugas Israel di Timur Tengah ialah untuk memastikan tidak ada negara di Timur Tengah yang berani sekali lagi bersuara saperti Saddam Hussein atau Muammar Gadaffy.

Perang yang dilancarkan oleh Amerika bertujuan untuk memastikan semua negara, semua rakyat dunia, anak semua bangsa akan tunduk kepada kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial ini memerlu semua sumber bahan mentah jatuh ke tangan mereka. Semua punca ekonomi akan jatuh ke bawah kawalan mereka. Semua negara akan membuka pasaran mereka untuk kaum kapitalis antarabangsa membuat untung. Rakyat dunia hanya hanya diperlukan untuk menjadi konsumer yang setia tanpa banyak soal jawab.

Kuasa imperial Anglo-Amerika memerlukan Hamid Karzai, Zadari, Al-Khalifa, Al-Malik Faizal dan bukan Bashar al-Assad dan Mahmooud Ahmadinejad yang menggangu aliran bahan bakar petrol ke pasaran dunia. END

SABTU INI KITA BERDEMO




NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA

Posted: 10 Jul 2012 09:53 PM PDT





MALAM INI DI RADIO BANGSAR UTAMA


temu bual dengan syed shahrir
aktivis buruh
aktivis kesatuan sekerja


SYED SHAHRIR



pemimpin kaum buruh
bekas presiden MTUC

pengerusi bersih 1
yang membawa kemenagan hebat pada 8/3/08

pemimpin parti rakyat
pemimpin parti keadilan rakyat
pemimpin kanan kerajaan pakatan selangor

kini senator

MOGOK BERSAMA KAUM BURUH


akan ditanya:
pengalaman sebagai aktivis
pengalaman menggerakan kesatuan buruh
bergerak dalam dan luar negara
dan peranan terkini sebagai senator

dan.... masa depan kerajaan pakatan di selangor



layari sekarang untuk punk rock:






SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAIKO

Posted: 10 Jul 2012 09:39 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB


berita wajib diyakini
apabila ledakan berlaku di wtc pada 9/11
pada awalnya semua orang pecaya ini kerja usama

tetapi beberapa hari kemudian
cerita dan kesah mula bocor
ini kerja orang dalam

apa yang berlaku pada 9/11 itu
din panggil: mengolah persetujuan

mengolah persetujuan ialah melakukan sesuatu
untuk meminta rakyat
untuk meminta pengundi
bersetuju dan menyokong

mengolah persetujuan
untuk menyediakan suasana
yang lebih baik untuk melakukan
kejahatan yang besar



BETUL KE MATI ATAU SANDIWARA?





PENCERAHAN DARI PEMBACA

belajar tinggi,kerja bagus,tapi takkan bapak jual nasi lemak,suami pemandu lori,apa kes ni bro..lain macam la jalan cerita mereka ni...ada rasa pelik sikit dalam statment paper ni..meragukan
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

arwah tu (kalau betul da mati) dikatakan seorang blogger. Tapi bila jenguk blog dia, hanya mula blogging bulan Jun. http://jayanegara1234.blogspot.com nama blog pun pelik - macam hentam je nama,macam nama yg sebarang taruk je.

nama tak mencerminkan ke-Imammahadi-an. kahkahkah pastu dikataan wanita itu pembaca setia blog. kepala bana apa blog baru mula bulan jun boleh popular. mamat tu bukan public figure, macam mana blog boleh popular.
By ninja turtle on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12


"Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Utusan" Macamana tembak kat tangan leh mati? berita baru dikatakan ditembak di ari-ari? huh Bagaimana 2 orang nak gulingkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai?? adeh
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Isteri pemandu lori bersama seorang lelaki menyerang JPM.. agak saspens.. wanita itu Kelulusan UIA :) ingatkan lulusan matshusiro dari Jepun.. Motif masih tak dapat diketahui ke? pejadah serang JPM kalau pi bank dapat gak rompak duit hahah..
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

perdaa....satu hari tanpa otak politik boleh tak....semua benda yang tak elok semua UMNO ke....?jangan sampai nanti anak dalam kandungan isteri pun cakap UMNO punya kerja....?tolong fikir kejap?
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/11/12

hairan bin xjub bin peelik ayah umur 55 thn anak umur 47 anak kedua plak 2
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

belajar UIA keje penolong pengurus ermm... kawin dengan driver lori ermm...1 lagi pelik polis tak call family tunggu bapak pompuan tu yang call. pelik...
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Dorg tak siasat pulak kat mana dorg beli pedang samurai tu? Nota - hang rasa logik ka org gila pi putrajaya lepas tu boleh buat2x gila libas pedang. Dasat org gila kat malaya sekarang nie. Time nak gila boleh bawak pedang. Lepas nie mesti ada plot sakaliau kapal ka, bot ka kapal terbang ka tak pung bas. Mcm mana dorg buat scrip mcm kita dah tau.
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

TT baca laporan kat sinarharian rasa ada letak semua nama..
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

nasib lah anon 1:50. kalau awak bodoh tapi duduk diam-diam pasti tak ada yang tau. ini nak juga tumpang sekaki. kan dah kena belasah!
By Anonymous on SANDIWARA BERSAMBUNG LAGI - DARI SEDIH JADI SERAM on 7/11/12

Heran bin ajaib bin bengong wa di buat nya
By 6803man sarawak on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Ala google je banyak gambar salah satunya,.. http://khairulryezal.blogspot.com/2012/07/jpm-diserang-lelaki-samurai-sudah.html Itu la BH dan Utusan tak laku semua nak kena filter gambar orang mengamuk ni ganas.. kah kah kah
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/10/12

Bro, kalau lu baca blog dia (http://jayanegara1234.blogspot.com/2012/06/hidup-dan-mati-apa-yang-dipertaruhkan.html) cuma ada 17 entri jer tu pon bulan Jun thn ni,FB plak (https://www.facebook.com/khalil.afandi.1) nmpk sgt baru create, ntah betul ke tak mati?? ni 'storyline' tak cukop ngam laa nk kasi box office kakakaka
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/10/12



layari radio bangsar - radio punk rock:





KESAH SUWEY NAJIB TAK HABIS HABIS

Posted: 10 Jul 2012 09:24 PM PDT




NAJIB KENA PERANGKAP PERANCHIS








KARTUB BUKAN PLATFORM KUTUK PEMIMPIN
- meloya

SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca.

Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin.

"Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi Dua Malaysia, di sini malam tadi.

Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Najib di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.

Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing.

"Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok.

"Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... BUAT LAH SIDANG PARLIMEN.... kah kah kah..

kah kah kah...SAPERTI YANG LIAN LAIN.... kah kah kah....

kah kah kah...BUAT AKTA ANTI KARTUN YANG ANTI KERAJAAN.... kah kah kagh,..

kah kah akh...BUAT KHUSUS UNTUK MEMANTAU MACAM ISA UNTUK GERAKAN POLITIK.... kah kah kah..

kah kah kah .... AUKU UNTUK MENGAWAL PELAJAR MAHASISWA.... kah kah kah..

kah kah akjh..... AKTA CETAK UNTUK KONTROL AKHBAR.... kah kah kah...

woit.. TUBUH BADAN INDUSTRI KARTUN MENGAWAL DAN MEMANTAU ... ATAU SINGKATNYA BIK MAMA..... kah kah kah







Tiada ulasan: