Selasa, 10 Julai 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB

Posted: 10 Jul 2012 12:03 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB

betulkan si jantan itu mati?
bolehkah mati kalau di tembak di kaki?
kalau mati bila di kebumikan?

soalan soalan ini timbul


BERITA DI BAWAH INI
sila baca berita dibawah ini
baca betul betul

berita ini cukuyp pelik
berita ini cukup ganjil

berita ini melanggar semua hukum
membuat laporan berita


siapa nama ayah itu?
siapa nama ibu itu?
siapa nama anak itu?

tuan pengarang tidak sedar
atau sengaja nama tidak lagi
dimunculkan

apakah ini bukan satu sandiwara
untuk mengolah peesetujuan
untuk satu rancangan yang lebih besar

amerika meledakan wtc
untuk melancarkan perang ke atas iraq

lalu ramai teringat kesah private adam
dimana sosok ini sekarang?
apa terjadi kepada dia?

SIAPA DIA MAK CIK DAN PAK CIK INI
kenapa mak cik dan pak cik
tidak ada nama?

SANDIWARA BUKIT JENALIK
ini juga dikenali sebagai sandiwara al-maunah
ini juga dikenali sebagai sandiwara sauk
ini juga dikenali sebagai sandiwara 3 buah pajero
ini juga dikenali sebagai sandiwara 5 tan senjata



SANDIWARA KERAJAAN LANGIT



BAPA SUSPEK WANITA TIDAK SANGKA ANAK MENGAMUK - berita hairan

PUTRAJAYA: Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lalu.

Bapa suspek, seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan. Beliau berkata, setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya selepas mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ibu suspek berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".
Beliau berkata suspek tinggal di Klang.

Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati suspek yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu, suami suspek yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi. - TIEWNAMA








SIAPA SUWEY - NAJIB ATAU SUAMI NAJIB:?

Posted: 10 Jul 2012 11:45 AM PDT




DATANG KE BANGSAR UTAMA







JAWATANKUASA PEROLEHAN MENTERI KEWANGAN TELAH MENGANUGERAHKAN TENDER KEPADA GEORGE KENT

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak selaku pengerusi,

2. Menteri Kewangan II, Husni Hanadzlah,

3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan

4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Nozirah Bahari

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.

Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.

Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Najib Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.

Saya mendesak Najib Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:

1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?

2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan

3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?

Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Apakah pertimbangan sebenar Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?

Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?

Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?

Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.

Pun begitu, saya percaya Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.

Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Najib Razak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012



JUMAAT - KITA ROCK DI MELAKA


DI MANA BALA SEKARANG ?

Posted: 10 Jul 2012 11:26 AM PDT



APA JADI AKUAN BERSUMPAH BALA?





KENYATAAN MEDIA
10 JULAI 2012



71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012

Semalam, seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah ditembak di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, manakala seorang sukarelawan St John Ambulance (Tang Mui Choo) mati akibat terjatuh daripada motosikal kerana kejadian ragut berhampiran Damansara Jaya dan mayatnya telah ditemui di saluran air.

Ini hanyalah beberapa contoh kejadian yang berlaku.

Apa yang saya benar-benar melihat adalah kenyataan Hishammuddin Hussein itu tidak punyai perasaan ihsan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Program transformasi kerajaan Najib Razak yang berlandaskan kepada belanjawan 2012 telah menunjukkan tumpuan yang berlebihan kepada bagaimana menguruskan persepsi awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Saya beranggapan bahawa konsep "Keputusan Besar Pantas" itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara Malaysia ini.

Belanjawan 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi 5 aktiviti dasar;

1. Pengurangan indeks aktiviti jenayah ; Sebanyak RM8.8 juta atau 3.67% telah diperuntukkan untuk mencegah dan latihan maklumbalas mengenai aktiviti kecurian kenderaan dan pecah rumah.

2. Pengurangan jenayah di jalanan

"Program bandar selamat" bertujuan untuk mengurangkan kegiatan ragut dan jenayah jalanan. Sebanyak RM28 juta iaitu 11.27% diperuntukkan dan juga pembelian aset seperti CCTV sebanyak RM15juta.

3. Meningkatkan kes-kes pesalah ganas yang dibawa ke muka pengadilan - . . RM6.6 juta atau 2.75% telah diperuntukkan, RM3.5 juta untuk membayar gaji pegawai-pegawai Penyiasat

4. Meningkatkan tahap kepuasan orang awam dengan pihak polis

Tumpuannya adalah untuk melancarkan peranti Penilaian Perkhidmatan Pelanggan di balai polis, untuk melibatkan lebih banyak acara komuniti seperti Hari Bertemu awam dan Liga Jadual Balai. Kerajaan memperuntukkan RM27 juta atau sebanyak 11.25%, 1.3 juta bagi geran kemasyarakatan.

5. Mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah. Satu-satunya aktiviti yang dinyatakan dalam Laporan Pemandu 2011 Tahunan adalah Pentauliahan Kaji Selidik, yang mana salah satu kajian ini adalah perasaan Takut Menjadi Mangsa Penyiasatan Jenayah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM170 juta. Iaitu 70.83% bagi bekalan dan perkhidmatan ini.

Oleh yang demikian, kunci utama program transformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71% daripada jumlah belanjawan yang diperuntukan adalah untuk NKRA.

Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan kepada persepsi rakyat awam.

KEADILAN yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah dan ini hanya boleh diperolehi daripada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang kukuh bagi mengurangkan jurang pendapatan rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang penuh tanggungjawab akan sentiasa bekerja untuk membaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata memikirkan persepsi umum.

Saya masih belum lagi mendengar sebarang maklumbalas mengenai isu yang telah dibangkitkan minggu lepas.

Mengapakah pihak unit khas (SB) PDRM melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?

Saya menambah satu lagi persoalan;

Mengapakan program transformasi kerajaan dalam mencegah jenayah ini hanya melebihkan kepada pengurusan perhubungan awam?

Rakyat dan Keadilan khusunya akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT






MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA

Posted: 10 Jul 2012 12:43 AM PDT




FAISAL MUSTAFFA




MALAM INI JAM 9 MALAM

temu bual dengan faisal mustaffa
tentang politik
tentang budaya
tentang seni
tentang membodeek
tentang teater boodek

tentang sandiwara melawan
tentang sandiwara melawan
tentang sandiwara menghasut



BENG HOCK MATI DIBUNUH






TENTANG SANDIWARA TEOH BENG HOCK
yang baru saja di pentaskan
yang baru selesai
komen orang ramai
komen syok sendiri
dan dan dan

layari radio bangsar utama rqadio punk rocker
radio counter culture
radio berani langgar
radio laporan jelas
radio menghasut







BERAT MATA MEMANDANG - BERAT LAGI NAJIB TERHIMPIT

Posted: 10 Jul 2012 12:24 AM PDT









ESTETIKA GEMOK MONTOK DAN HOTOK

Ketika saya tinggal di Pakistan pada tahun-tahun 70'an dahulu, saya telah difahamkan tentang nilai estetika warga Pakistan. Saya diberitahu bahawa jantan dan betina Pakistan yang gemok dan montok adalah mereka yang berjaya. Mereka ditakrifkan sebagai warga dari kelas atasan yang berekonomi tinggi. Mereka berjaya dalam hidup. Justeru hampir ke semua Begum dan Sahib di Pakistan semuanya gemuk, montok dan hotok.

Gemuk dan hotok sedang dirayakan sebagai estetika kejayaan. Manakala para mazdoor dan kisan - buruh dan tani - kelihatan kurus dan langsing ditakrif sebagai bukti mereka dari kelas bawahan yang kurang makanan. Justeru kurus, slim dan langsing dianggap gagal dalam hidup.

Budaya dan estetika berbentuk ini juga dirayakan di Tiongkok. Malah, begitu penting sekali, seseorang untuk dilihat montok sebagai keupayaan memiliki makanan. Tidak menjadi satu kehairanan jika didalam budaya Tiongkok tidak ada konsep - apa khabar - bila bertemu. Bertegur sapa dimulakan dengan pertanyaan - sudah makan atau belum.

sila baca seterusnya disini:
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/estetika-gemuk-montok-dan-hotok-053959796.html


CUBA DAN MENCUBA LAAA



layari stesen radio punk rocker:






ALNTANTUYA MENGAHNTUI NAJIB LAGI

Posted: 09 Jul 2012 11:23 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB

jelas bahawa najib razak telah diperangkap
jelas bahawa najib razak kena peras ugut
jelas projek lrt ini ada kaitan dengan scorpene

tak percaya?
mustahil?
ini fitnah?


BAGINI KES NYA:

pada awalnya dalam pemilihan tenderm dibuat secara profesional
semua yang berwajib bermesyurat
semua pegawai yang berilmu bertemu dan berbincang

hasilnya:
syarikat Konsortium Balfour Beatty-Invensys
adalah yang paling berjaya
syarikat ini betul betul membuat landasan keretapi
ini syarikat darin uk
yang amat berpegalaman


pemilihan awal ini
telah dipengerusikan oleh najib

surat lantikan dihantar kepada Konsortium Belafour
tup tup najib beralih fikiran
tertiba surat lantikan dibatalkan
tetiba geogge kent diberi kontrek ini


APA TERJADI?
empat dari 6 syarikat yang membida kontrek
adalah syarikat yang di taja oleh syarikat
penjual scorpene

empat syarikat ini hanya muka depan
dibelakang nya ialah THALES syrikat peranchis
penjual scorpene

ALTANTUYA MUNCUL?
apajkah gambar altantuya di paris muncul?
apakah gambar makan makam antara
najib, razak baginda dan altantuya muncul?

kenapa najib tetiba mengalihkan pemilik kontrek ini?

syarikat george tan hanya memiliki pemngalaman
membuat meter paip air
syarikat george tan hanya ada pengalaman
memasang paip air

MARI KITA FIKIRKAN

untuk menyedapkan cerita
harga kontrek ini kini menjadi 1.1 bilion

mari kita fikirkan
kenapa bagini jadinya?

ini sama macam malaysia menjual
tanah ktm di singapura
najib kena pau

RUMUSAN

tinggi tinggi najib memanjat
lagi tinggi lagi berjaya
curi curi najib memantat
datang lagi gambar altantuya



MALAON KES BUNUH?




RAFIZI DEDAHKAN SYARIKAT SCORPENE DAPAT PROJEK LRT AMPANG - keadilan daily

KUALA LUMPUR 10 Julai: Sebuah 'syarikat Perancis' yang terlibat dalam urusiaga Scorpene 10 tahun lalu, memiliki kepentingan dalam empat daripada lapan pembida projek kontroversi LRT Ampang.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, salah satunya adalah Konsortium George Kent, yang menerima kontrak penyambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion ringgit.

George Kent diterajui rakan golf Najib Razak iaitu Tan Kay Hock.

Dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, baru-baru ini, Rafizi berkata, George Kent hanya berminat mendapat keuntungan 'atas angin' dalam projek berkenaan, sedangkan ia dijalankan syarikat Perancis yang terbabit dalam urusniaga Scorpene.

"Syarikat Perancis itu juga ada kepentingan tinggi dalam George Kent dan membekal lokomotif gerabak untuk projek MRT.

"Dari segi teknikal, projek MRT dilihat diserah kepada George Kent dan Tan Kay Hock, tetapi sebenarnya dijalankan syarikat Perancis itu," katanya.

Menurut Rafizi, syarikat Perancis itu berpengalaman dalam industri mekanikal dan kejuruteraan tinggi, termasuk pernah membina kapal selam, lokomotif dan landasan keretapi. Bagaimanapun katanya, beliau akan mendedahkan nama 'syarikat Perancis' tersebut pada masa yang sesuai.


BESAN NAJIB DI TANGKAP DI DUBAI?



SUWEY TAK ABIS ABIS
nampaknya suwey najib ini
tak habis habis
lepas satu satu

besan ditangkap di dubai
anak prempuan hilang lari
menantu di cari oleh polis new york

muhyiddin berkomplot dengan madey
nak jatuhkan najib

yang tinggal hanya kj
yang terus memboodek najib


DEMO SABTU INI




SANDIWARA BERSAMBUNG LAGI - DARI SEDIH JADI SERAM

Posted: 09 Jul 2012 09:40 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB


dalam politik
dalam perniagaan
ini dipanggil mengolah persetujuan

sebelum iraq diserang
sebelum dilancar perang melawan teror

special branch amerika
cia amerika
telah berkomplot
untuk meledakkan bangunan wtc
komplot ini juga ada kerjasama
dengan tim neo-con
yang sedang bersarang di rumah puteh

seawal 1997 telah ada ditulis
rancangan untuk menjatuhan saddm

jadi ledakan 9/11 wtc
hanyalah mengolah persetujuan
bukan hanya untuk warga amerika
tetapi untuk warga dunia

sesudah pengolahan berjalan
maka iraq di serang
sesudah iraq diserang
dilancar dasar war on terror

ledakan wtc itu adalah taktik
untuk menyediakan rakyat amerika
untuk menyediakan rakyat dunia
bahawa perang akan sampai
dan hanya amerika sahaja
yang boleh menjadi penyelamat


NOTA:
kalau ini pun tak faham
bangang sangatlah
pembaca blog ini
kah kah kah


TAKTIK MENGOLAH PERSETUJUAN




POLIS SAHKAN DUA SUSPEK CEROBOH BANGUNAN JPM MENTAL - berita hairan

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua suspek yang cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri, petang semalam mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, D Mohmad Salleh berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa kedua-dua suspek ke bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MENTAL PULAK.... kah kah kah....

kah kah kah...NINJA DAN SAMURAI INI MENTAL RUPANYA...kah kah akh..

kah kah kah...TAK SANGKA SAMURAI BOLEH MENTAL.... kah kah kah

woit... SIAPA TULIS SKRIP SANDIWARA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah... INI SAMURAI BOROI... kah kah kah..

kah kah kah... NINJA INI NAK SURUK MUKA JANGAN ORANG TAHU.... kah kah akh..


NOTA:
betul ke ninja ini
dari uia?

kalau dari uia
hebatlah universiti ini
ninja mental pun boleh masuk

kalau murid ninja mental
bayangkan pensyarah di sana
macam mana agaknya
kah kah kah






NOTA:
lihat kemana arah kes almaunah
kes ini berlaku ketika madey
diserang hebat
ketika madey tersepit tak bernafas
ketika gerakan reformasi mengampuh

maka dipentas teater al-maunah
ini khusus bertujuan untuk mengolah
persetujuan untuk menyediakan ruang
kepada madey untuk menagkap musuh politik
untuk menggunakan isa
terhadap aktivis reformasi

ketika berita awal muncul
dikatakan al maunah ini
menentang yang dipertuan agung

tetapi teater ini gagal
skripnya pada awalnya kukuh
tetapi bahagian teknikal
kantoi mantoi

spesial effect rampas 5 tan senjata
dimasukkan ke dalam 3 pajero
dalam masa 15 minit mengagalkan teater ini

sehingakan terpaksa di pentaskan
di kuala lumnpur

kalau dalam filem ini dipanggil - reshoot
reshoot sandiwara al-maunah
bertujuan untuk mengolah persetujuan
orang ramai bahawa yang dilihat
bukan sandiwara tetapi yang saheh


SABTU INI KITA BERDEMO





RAMAI MURTAD KERANA KECEWA MENUNGGU HASAN ALI

Posted: 09 Jul 2012 09:08 PM PDT

KOMENTAR TUKAR TIUB

ini lah bahayanya berhutang
bila banyak hutang jadi kelam kabut

bila bank anta surat
mula mericau
mula meroyan
tujuan agar bank jangan kacau

ini sebanrnya yang sednag berlaku

buat hutang kerna nak dirikan
summer camp di hulu selangor


AKIBAT BANYAK HUTANG



SAYA TETAP MAHU DEBAT DENGAN ABDUL RANI : HASAN ALI
- Mstar

Hasan Mohamed Ali menegaskan bahawa beliau tetap mahu berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Hasan berkata, dia akan menunggu kesediaan Abdul Rani sekiranya tidak mahu berdebat pada Rabu ini.

"Saya tetap akan tunggu Abdul Rani. Jika digantikan dengan Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor), pastikan dia jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu," katanya ketika dihubungi mStarOnline pada Isnin.

Hasan mengulas mengenai Khalid yang akan mewakili Abdul Rani sekiranya beliau masih mahu berdebat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KAH KAH KAH.... la kah ka..

kah kah kah...ADA MACAM MACAM GILA... kah kah kah...

kah kah kah... MUAL MULA GILA NAK PERTAHAN RAJA... kah kah kah...

kah kah kah... TAK ADA SAPA AMBIL POT.... kah kah kah..

kah kah kah..KEMUDIAN GILA NAK PERTAHAN ISLAM... kah kah kah...

kah kah kah...LAGI TAK ADA SAPA AMBIL POT.... kah kah akh...

kah kah akh.... LEPAS ITU MEROYAN KE HULU KE HILIR.... kah kah kah...

kah kah kah.... DAH JADI GILA TALAK..... kah kah kah...

woit.... SEKARANG DAH JADI GILA NAK DEBAT.... kah kah kah...

PROJEK BUAT HUTANG

KAH KAH KAH
KAH LAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... APA JADI DENGAN VIDEO MURTAD?.... kah kah kah..

kah kah kah... SUDAH LAMA TUNNGU.... kah kah kah...

kah kah kah..RAMAI TELAH MURTADA KERANA KECEWA MERNUNGGU VIDEO MURTAD...kah kah kah..

kah kah kah... VIDEO INI TERSIMPAN DALAM KOTAK SENATAK MAT EZAM KE?.. kah kah kah



SABTU INI KITA BERDEMO




Tiada ulasan: