Nuffnang

Pengikut

Tempayan Retak

sumber :-

Tempayan Retak


MB Kedah: Beli saham Felda Global tidak canggah dasar PR

Posted: 18 Jul 2012 05:50 PM PDT

Oleh NURUL FATIHAH SULAINI

MB Kedah: Beli saham Felda Global tidak canggah dasar PRALOR SETAR - Pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat Kerajaan Negeri tidak bermakna berlaku percanggahan perjuangan antara Pas Kedah dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan apa yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal dan tidak menyentuh mengenai dasar parti.

Beliau berkata, keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham FGVH tidak sekali-kali menunjukkan wujud percanggahan Kerajaan Negeri ditadbir Pas dengan PR.

Sehubungan itu, Azizan menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk menjual semula saham berkenaan.

"Jangan ada pihak lain lagi mengatakan kita tidak bersama PR. Ia masalah teknikal kerana sebelum ini Amanah Saham Kedah yang wakili Permodalan Kedah Berhad (PKB) datang jumpa nak beli saham FGVH, tapi kita tahan kerana tidak mahu timbul kontroversi.

"Memang sudah menjadi amalan biasa bagi PKNK. Bila saham keluar kita boleh beli tapi kali ini kita tolak kerana isunya sangat sensitif. Kita harap kekeliruan berlaku di kalangan ahli serta penyokong mengatakan kita tidak bersama PR. Ia masalah teknikal kerana sebelum ini Amanah Saham Kedah yang wakili Permodalan Kedah Berhad (PKB) datang jumpa nak beli saham FGVH, tapi kita tahan kerana tidak mahu timbul kontroversi.

"Memang sudah menjadi amalan biasa bagi PKNK. Bila saham keluar kita boleh beli tapi kali ini kita tolak kerana isunya sangat sensitif. Kita harap kekeliruan berlaku di kalangan ahli serta dapat diatasi," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.

Dalam pada itu, beliau difahamkan berdasarkan prospektus dikeluarkan FGVH pada 21 Januari lalu menunjukkan Felda sudah buat satu perjanjian dengan FGVH dan Felda Plantation untuk guna semua tanah Felda Plantation sebagai modal sahamnya.

"Tanah berkenaan dinyatakan dalam prospektus sedangkan tanah (Felda Plantation) adalah tanah milik Kerajaan Negeri. Kita tidak pernah maklumkan mengenainya dan tidak ada kebenaran diberikan untuk tujuan itu.

"Kerajaan Negeri pemilik sebenar tanah itu selagi tidak pindah nama dan Felda Plantation hanya diberi hak gunakan tanah berkenaan bukannya membuat perjanjian dengan pihak lain atas tanah itu. Kita minta FGVH menjelaskan perkara ini," katanya.





Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT