Khamis, 19 Julai 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Sarawak antara harapan dan cabaran kepada Barisan Nasional

Posted: 18 Jul 2012 04:11 PM PDT

Terdapat beberapa analisa yang menjangkakan parti pembangkang dapat menambah bilangan kerusi Parlimen di negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang berdasarkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perjumlahan pengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Haji Fadilah Yusof mengakui pembangkang mungkin dapat menawan beberapa kerusi Parlimen di Sarawak tetapi tidak menolak kemampuan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk mengurangkan jumlah kerusi Parlimen pembangkang.
"Mereka (pembangkang) boleh war-warkan apa yang mereka hajat dan sasarkan tetapi kita juga mempunyai strategi, mereka kata akan dapat satu pertiga kerusi DUN dalam PRN lalu malah akan dapat perintah Sarawak tapi ianya terbukti tidak berlaku," tambahnya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menaruh harapan sekurang-kurangnya lima muka baru dari kalangan pemuda akan ditonjolkan sebagai calon Parlimen pada PRU akan datang.
Dalam temubual eksklusif bersama LUKMAN ABDULLAH di bangunan Parlimen baru-baru ini, Fadilah mengulas beberapa perkara berhubung pembangunan negeri Sarawak yang direncanakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud terutama dalam 'Sarawak Corridor of Renewable Energy' (SCORE) yang akan melibatkan penempatan semula masyarakat luar bandar.
Beliau juga menerangkan cabaran perlaksanaan program 'Rural Growth Centre' di mana usaha memindahkan kelompok kecil orang dari satu kawasan yang jauh ke kawasan pengumpulan baru bagi mewujudkan perseimbangan kemajuan bandar dan luar bandar terutama dari segi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas lain.
Dalam perkembangan politik Sarawak, Fadilah juga memberi pandangan terhadap sikap pengundi kaum Cina yang boleh buat perubahan di samping kesan pengundi muda yang berada di dalam dan luar negeri itu.
Soalnya apakah Sarawak yang dianggap sebagai salah satu negeri 'deposit tetap' BN dilihat 'tergugat' sekiranya keputusan PRN 2011 diambilkira. Sedikit analisa berdasarkan beberapa kawasan parlimen di Sarawak.
Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi manakala 2 kerusi milik DAP. Keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak memberikan gambaran undi-undi yang dijumlahkan akan memberi kesan negatif terhadap beberapa kawasan Parlimen BN di negeri itu.
Jumlah kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, menggambarkan kerusi Parlimen Bandar Kuching akan terus kekal di tangan DAP dalam PRU13 nanti kerana kerusi-kerusi DUN di kawasan parlimen itu seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP.
Parlimen Sibu juga dijangka berpotensi kekal pada pembangkang, mempunyai 3 kerusi DUN, DAP menang besar di DUN Pelawan di mana pengundinya ramai walaupun Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. Namun DAP kalah tipis di Bawang Assan.
Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud dikatakan akan membuat percaturan tertentu terutama dari segi pemilihan calon bagi mengembalikan Parlimen Sibu ke tangan BN.
Berdasarkan keputusan PRN itu juga, kalau dikira-kira jumlah undi DAP mampu untuk 'merampas' sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti.
Antara yang dilihat berpotensi adalah kerusi Parlimen Stampin, Sarikei dan Miri serta Parlimen Bintulu.
Kawasan Parlimen Stampin, dua DUN dimenangi dengan besar oleh DAP iaitu DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa manakala PKR menang di DUN Batu Lintang.
Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong.
Di Parlimen Miri pula, DUN Piasau menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut juga dimenangi DAP, hanya DUN Senadin dimenangi BN dengan majoriti tipis 58 undi.

Nik Aziz setuju kempen pilihan raya tak guna bendera parti

Posted: 18 Jul 2012 03:55 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) setuju jika kempen pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti yang dilaksana di Thailand. Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan.
"Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen pilihan raya berlangsung.

"Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah... tak cantik," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti.
Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

Tiada ulasan: