Tempayan Retak |
Nik Aziz Setuju Kempen Pilihan Raya Tak Guna Bendera Parti Posted: 17 Jul 2012 08:23 PM PDT KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setuju jika kempen pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti yang dilaksana di Thailand. Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan. "Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen pilihan raya berlangsung. "Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah...tak cantik," katanya kepada pemberita di sini malam Selasa. Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti. Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. -BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan